.

1/7/10 KENAPA KITA LUPA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 01, 2010

Share

& Comment


(Dia hanyalah bocah cilik yang berdagang di celah-celah maruah bangsa yang tergadai. Apakah kita akan memperbaikinya, atau sekadar menonton dan menyerah atau terus menadah tangan memohon Allah mengangkat martabat kita tanpa kita ada usaha dan tekad?)

Pada abad ke 15 dulu, kebijaksanaan tadbir-urus dan kegigihan para Raja-raja Melayu dan pembesar-pembesarnya telah menjadikan Melaka sebuah Negara-Kota (City-State) yang makmur dan sejahtera. Di tokok dengan pandangan jauh (strategik) masyarakat Melayu dahulu untuk dengan segera beralih dari pengaruh mengongkong Animisma-Hindu yang berkurun mencengkam hidup mereka kepada Islam yang bersifat merdeka telah membuka Melaka menjadi sebuah negara dagangan baru kepada dunia Islam Arab. Pokoknya, kedatangan Islam ke Melaka (bahkan seluruh nusantara) telah membawa dua pengaruh yang sangat besar kepada dunia Melayu iaitu: Sistem ketemadunan yang lebih sempurna dan merdeka serta pencetusan alam perdagangan.

(2) Islam telah merubah tamaddun Melayu dari sikap berpuak, menindas, animisma, dan jahil kepada sistem hidup yang lebih tersusun dan tertib. Segala kelembutan yang ada pada watak Melayu, telah dibentuk oleh Islam menjadi lebih sopan dan bersusila (tertib), sehingga amalan Islam Melayu juga menjadi jauh lebih halus biarpun dibanding dengan orang Arab sendiri. Contohnya, berkhatan menjadi "wajib" bagi orang Melayu biarpun ianya hanya sekadar sunat!

(3) Begitu juga, dalam sejarah tamaddun Arab, mereka sememangnya amat terkenal dengan dunia perdagangan. Sejak dizaman Tamaddun Mesir (Nile) dan Babylon (Euphrates-Tigris) lagi mereka sudah mulai berdagang. Berdagang sememangnya adalah kekuatan bangsa Arab. Pernah saya diberitahu oleh seorang teman rapat, pedagang kain yang paling handal di dunia adalah orang Arab terutama orang Mesir. Daganglah (Arab) yang telah membuka Barat kepada Timur. Dagang jugalah yang telah memoden dan memaju Barat jauh meninggalkan Timur!

(4) Bazaar menjadi medan dagang bagi orang Arab. Maka tidak heranlah, jika Inggeris telah mengambil perkataan Bazaar yang sebetulnya perkataan Parsi sebagai menjelaskan Sebuah Pusat Membeli Belah. Bazaar banyak kedapatan di dunia Arab. Kemana saja kita pergi, pasti ada bazaar: Mekah, Madinah, Baghdad, Istambul, Kaherah, Tehran, dll.

(5) Orang Kelantan meniru konsep Bazaar dan menyebutnya Pasar. Contohnya adalah Pasar Besar Siti Khadijah bersebelahan Masjid Besar Kota Bharu. Konsep ini kemudian dikembang luas oleh Muslim Kerala, bila mereka di mana-mana juga membangun India Street dengan Masjid Keling jadi pusat tumpuannya. Orang Arab/Parsi sebut Bazaar, kita orang Melayu sebut Pasar: Pasar Ayam, Pasar Ikan, Pasar Sayur, Pasar Borong, dsb

(6) Sebetulnya, konsep Bazaar inilah yang menjadi asas kepada pembinaan Kota Madinah oleh Muhammad SAW. Masjid Nabawi pada asalnya adalah dikelilingi oleh bazaar-bazaar yang mulanya dikuasai oleh kaum Yahudi. Namun kerana sifat tamak dan tidak jujurnya mereka, maka Muhammad SAW telah mengalakkan para penghijrah Islam Quraish mengembangkan perniagaan mereka di sekitar Masjid Nabawi.

(6) Muhammad SAW merupakan pengasas kepada sistem perdagangan yang bersifat 'agglomeration' dan mencapai 'economic of scale'. Hanya beratus tahun setelah terbangunnya Kota Madinah, saya kira masyarakat Parsi memanggil tempat perdaganan secara berkelompok ini sebagai Bazaar. Secara ringkasnya Bazaar adalah suatu konsep perdagangan yang bersifat: berpusat, bersepadu, beranika, lengkap, dan kini ianya beralih wajah menjadi Shopping Complex atau Super Mall.


(7) Diperkuat dengan pengalaman pribadi Muhammad SAW dan peraturan hukum halal-haram perdagangan dalam Islam, maka Madinah akhirnya berjaya menjadi Kota Rohani-Dagang (Holy-Trading City) yang sangat maju. Muhammad SAW kemudian bergerak mensucikan Mekah, dan seterusnya membangunkan Mekah menjadi Kota Suci-Dagang yang baru.

(8) Dari apa yang dilakukan oleh Muhammad SAW ini, dapat saya simpulkan bahawa beliau pertamanya menunjukkan kepada seluruh umat Islam dan Arab bahawa berdagang akan membawa kemakmuran yang sangat besar. Namun, beliau tidak suka melihat amalan tamak dan bathil kaum Yahudi (di Madinah) terutama dalam soal penentuan sukatan-timbangan, harga, mutu barangan dan perkhidmatan yang memeras dan merugikan ummah. Maka dengan sebab itu, dan berlandaskan hukum Al Quran, Muhammad SAW menganjurkan corak perniagaan yang membawa barakhah: betul sukat-timbang, harga berpatutan, mutu barangan baik, dan bersifat mesra pelangan.

(9) Pada hari ini, kita orang Melayu dan Islam di negara ini, seperti sudah lupa akan teladan hidup yang ditunjukkan oleh Muhammad SAW. Kita bukan hanya tidak berminat berniaga, apa tah lagi berdagang, sebaliknya kita juga tidak berminat menyokong orang Melayu atau orang Islam yang berniaga atau berdagang.

(10) Kita lebih gemar menyokong bangsa lain, biarpun mereka sebenarnya secara tidak tampak turut mengulangi sikap dan cara perdagangan Yahudi di zaman Muhammad SAW. Perkara ini, bukan setakat saya dengar dan lihat, malah alami sendiri. Apa terlalu parahkah kita menyokong kaum sendiri untuk berjaya? Kenapa kita terlalu bahil dan jahil untuk memajukan bangsa sendiri? Mungkin, hanya sekadar mahal sedikit sepuloh sen dua, kita sudah menjadi tawar hati untuk mendokong bangsa sendiri, tanpa berkira bahawa orang kita hanya baru bertatih dan kerana masalah-masalah 'Competitive Disadvantage' maka mereka dihukum berat! Tidak diperdulikan!

(11) Saya percaya, jika orang kita bersatu tekad, pastinya orang kita juga mampu membina 'Competitive Advantage'. Dan jika ini terjadi, pastinya kita, kerana sifat-sifat keIslaman kita, dan sifat-sifat sopan santun kita, pastinya kita mampu memberi lebih dari mereka yang bukan sebangsa dan seagama dengan kita.

(12) Saya berkira, pastinya Muhammad SAW akan menangis panjang melihat ummahnya kini masih bersekutu kuat dengan mereka yang terang-terang tidak dan atau kurang membawa kesejahteraan kepada ummah kita sendiri. Kita perlu mahir untuk mengesan dan mengerti gunting dalam lipatan bahkan musang berbulu ayam dalam masyarakat kita!

(12) Apalah maksud sebenarnya kita mengucap dua kalimah sahadah: "Tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah dan Muhammad itu persuruh Allah".....adakah maksud "Muhammad itu persuruh Allah", kita lihat dan mengertikannya hanya sebagai orang suruhan, maka apa yang dia buat atau anjurkan tidak perlu kita ambil berat hanya kerana dia seorang pesuruh, seperti budak suruhan. Jika bukan begitu fikiran kita, kenapa pula perbuatan kita sedemikianlah gayanya?

(13) Saya berkira, kita telah terlalu banyak lupa tentang asas bagi kekuatan bangsa dan agama kita, maka dengan sebab itu, kita kian mengemis di bumi sendiri! Kita tidak minat berdagang, kita tidak juga mendokong hebat bangsa kita berdagang. Kita mungkin lebih gemar mendagang maruah dan tubuh bangsa dari dagang yang Muhammad SAW anjurkan! MasyaAllah!


(14) Saya juga merasa resah dan tersangat khuatir melihat ada juga bangsa kita yang sudah mahu berdagang, namun matlamat hidupnya hanya untuk diri sendiri. Kita juga seperti sudah lupa tampaknya, bila kita berjaya dan mendapat laba yang lumayan, maka kita pun berpendirian bahawa itu adalah anugrah kerana usaha kita sendiri. Kita lupa sesungguhnya itu semua adalah pinjaman Allah semata-mata dan dia memerhati kuat akan sikap kita seterusnya. Juga, samasa kita belum berjaya, bukan main tulus dan halus jiwa kita. Namun bila kita sudah berjaya, tanah sudah tidak kita injak lagi!

(15) Perjuangan kita sebetulnya bukan untuk membebaskan bangsa kita dari kemiskinan, tetapi kita perlu bergerak dengan masa: berjuang menjadikan bangsa kita bangsa perdaganan-perusahaan! Ayuh, di mana kalian yang bisa ku ganding sebagai teman seperjuangan!


Mukah, Sarawak
3 July, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.