.

6/6/10 PETANI DI DESA MEMBERI SUBSIDI ORANG KOTA...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 13, 2010

Share

& Comment


(Wajah ini, seorang ibu, duduk melepas lelah selepas panas kemeringet dibakar siang, sempat saya berbual dengannya: "Banyak peroleh jagung ini tahun?". "Lumayan nak, buat belanja cucu ke sekolah". Luhur, ikhlas, jujur, tiada apa untuk dirinya, hanya untuk cucunya. "Berapa harga jualanya bu.". "Ah, tidak ketentuan, untung nasib, ada harga, selalunya, tidak cukup buat melepas lelah"....untung dia dapat melepas lelah dalam rakaman lensa saya!)

Bayangkan harga sayur naik dua kali atau tiga kali lipat. Begitu juga halnya dengan ikan. Bahkan mungkin juga menjadi parah jika harga beras melambung terus. Pastinya banyak yang akan memberontak. Rusuhan akan berlaku di kota-kota!

(2) Pernahkah kita terfikir keresahan dan kegusaran para petani, penternak dan nelayan di desa-desa. Bagaimana nasib mereka jika harga baja terus naik, harga racun perosak terus menjulang langit, begitu juga harga pukat, makanan ternak, segalanya bahan asas-keperluan asas masyarakat desa untuk menghasilkan segala panganan buat kita di kota t6erus naik?

(3) Masyarakat desa, mereka tidak akan berbaris berteriak di jalanan. Mereka tidak akan menuntut 'pembebasan'. Mereka hanya terbelenggu resah, menyerah. Itulah bedanya antara mereka di desa dan kita di kota. Sayur mereka, ayam-itik mereka, ikan-udang mereka, segalanya keluaran mereka, boleh saja kita berikan harga murah, kerana mereka tidak akan 'marah', melainkan hanya menyerah! Benarlah kata Taufiq Ismail dalam Puisinya: Petani Di Desa Memberi Subsidi Orang Kota.

kalau adalah ratap yang paling tak kedengaran
itulah ratap petani di pedalaman
kalau adalah tangis yang paling panjang
itulah tangis petani di pedesaan

kalau kau ada waktu
luangkanlah masa menyimak lirihnya itu suara
gumam petani, peternak, nelayan dan keluarga mereka
berpuluh juta jumlahnya
tangis mereka yang berlahan sempit
yang terus menerus tercekam
di dalam kurangka kemiskinan

mereka adalah kaum dhu'afa
bagian besar dari Indonesia yang dimiskinkan
dipertakuti, diberi puluhan janji
diraup suaranya dalam pemilihan umum
adakah diberi tanggung jawap janji sesudahnya
kepada mereka

tapi mereka
saudara-saudara kita petani, peternak dan nelayan
warga desa sederhana itu begitu sabarnya
sedikit bicaranya
dari zaman ke zaman menanti sentiasa
dari satu pemerintah ke pemerintah berikutnya

mereka tidak pernah menggugat subsidi
yang mereka berikan kepada kita
orang kota
subsidi pada harga beras dan padi
yang dengan susah payah mereka tanam
jadi nasi yang kita makan
lebih dari 30 tahun lamanya


(4) Bayangkan segala apa yang dihasilkan di desa diapung seperti pasaran hartanah di kota, pastinya kemiskinan dan kesengsaraan mereka akan terubat akhirnya. Beras sekilo harga RM10.00, sayur kangkung seikat RM5.00, dsb naik harga dan pengeluaran berasaskan permintaan bebas.

(5) Hanyalah kerana, para arkitek, para jurutera, para peguam, para ukur bahan, para segala para profesional tidak terlibat dalam segala usaha masyarakat desa, maka selayaknya, apa juga hasil mereka 'tiada nilai professionalisma mereka', lantas mesti diberi harga murah sahaja! Kepingin juga saya melihat para peguam yang besar omongannya menyinsing lengan membajak tanah dihisap lintah!

Kuching, Sarawak
12 June, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Bayu Senja said...

Lumrah kehidupan, yang susah terus dihimpit kesusahan dan yang senang terus menerus senangnya.Sudah berpuluh tahun yang senang cuba memengertikan apa yang dialami oleh yang susah melalui puisi, cerpen, karya, seminar, bengkel dan program -program yang rata- ratanya membantu diri mereka untuk memahami apa itu kemiskinan dan kesusahan kerana ramai yang bersimpati tetapi tidak sanggup untuk benar-benar menyingsing lengan untuk 'berjuang' ke arah memerdekakan para petani, nelayan dan penternak kita.

Masyarakat juga secara amnya begitu akur dengan pasaran bahawa hasil dari kampung mestilah murah kalau nak dibandingkan dengan hasil keluaran kota yang berjenama.

Para profesional kita tidak pernah terlibat dalam segala usaha masyarakat desa kerana mereka begitu asyik dengaan kerjaya mereka, mereka asyik dalam pakatan mereka yang rata-ratanya adalah golongan berpendapatan tinggi dengan persekitaran yang selesa yang telah mereka cipta sendiri. Mengapa pula mereka harus memikirkan tentang petani di desa yang susah? Kalau ada pun di kalangan mereka yang asalnya dari desa, maka kehidupan susah itu telah lama mereka tinggalkan dan ingin mereka tinggalkan buat selamanya. Mungkin ada yang sedar dan prihatin, tetapi itu pun sekadar menghulur bantuan ketika tibanya hari-hari lebaran tatapi untuk peguam kita yang besar omongannya menyinsing lengan membajak tanah dihisap lintah, saya rasa detik itu masih terlalu jauh untuk kita saksikan.

Anonymous said...

setuju dgn kata2 tuan. "orang yang hanya cuba untuk merasai tak akan sama dengan orang yang benar2 merasainya". Kerana yang cuba merasanya, dgn hanya berfikir, tetapi tak cuba untuk melalui, mengalami dan menghadapinya kerana pada mereka untuk apa itu semua, buang masa@ mungkin mereka akan berkata " bukan kerja aku@ bukan masalah aku!!" sikap ini yang terlalu banyak di kalangan masyarakat kita. HANYA MEMENTINGKAN DIRI DAN PERUT SENDIRI. Tanpa memikirkan tentang orang yang susah...... Terkilan dengan sikap mmasyarakat sekarang.... Seakan sudah hilang sifat kemanusiaan dan belas kasihan....

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.