.

2/3/10 KEMELUT KPI DALAM RMK10 DAN TRANSFORMASI SEKTOR AWAM...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 10, 2010

Share

& Comment

Saya bersyukur kerana telah telibat dalam penyedian Rancangan Pembangunan Lima Tahunan Malaysia (RM) sejak 1986, iaitu di zaman saiklostail, tanpa bantuan komputer, iaitu sejak RM5 lima lagi. Namun apa yang anih, dalam penyediaan RM10 sekarang ini, banyak pihak dalam sektor awam seperti panik, seolah-olah mereka sedang dilanda Tsunami Perubahan (transformation tsunami!). Banyak pihak seperti kekalutan dengan hadirnya konsep KRA (ada yang sudah mengejanya atau menyebutnya sebagai KERA!) dan KPI. Dalam penyedianaan RM terdahulu, tumpuan kita adalah pada Teras dan Sasaran Pembangunan. Juga dulu kita gunakan pendekatan IAPG (Inter-agenciy Planning Group) dan TWG (Technical Working Group)dan kini digunakan Laboratory (Lab). Mereka seperti kekalutan dalam memahami KRA dan KPI sedang perkara asas yang perlu dibinggungkan oleh mereka adalah apakah Dasar, Strategi, Pelan Tindakan, Modus Operandi Pengurusan dan Pembiayaan yang perlu diteli bagi mencapai apa juga tujuan pembangunan kita!

(2) Khususnya sebagai seorang Islam, KRA dan KPI adalah asas agama kita. Asas bermaksud TERAS. Apa juga yang hendak kita buat, kita mesti jelas mengenai 'keputusan' yang mesti kita capai. Maka dengan sebab itu, setiap sesuatu yang orang Islam hendak buat, kita seperti diwajibkan mempunyai niat yang jelas: Hanya Kerana Allah! Niat dalam Islam adalah Vision (Wawasan), adalah Mission (Tugasan), adalah Objective (Tujuan), adalah Target (Sasaran) cuma ditingkat mana kita hendak meletakkannnya tergantung pada darjah pencapaian akhir niat tersebut.

(3) Contohnya sebagai seorang Islam, niat kita melakukan segala sesuatu, biar berbentuk ibadat dan atau bakti, maka jika kita:

(a)Hanya jika kita mengharapkan keredhaan Ilahi, tanpa memikirkan apa juga faedah dan atau ganjaran segera yang harus kita perolehi, maka ini bolehlah dianggap sebagai Wawasan (seorang muslim yang taat akan perintah-amanah Allah: untuk ibadat dan berbakti), kerana adalah menjadi kewajiban setiap muslim bahawa apa juga yang dia lakukan hanyalah kerana Allah agar ganjaran perlakuan kita nantinya adalah syurga di Arasi Allah. Mencapai keredhaan Allah adalah sebesar-besar dan sesuci-sucinya niat.

(b) Jika kita lakukan sesuatu itu adalah kerana itu sememangnya sudah menjadi tanggungjawap kita, contoh seperti seorang Doktor yang mesti memulihkan penyakit seesorang, maka memulihkan pesakit ie menjadikan pesakit itu kembali sihat adalah Tugasan kita, mission kita! Kejayaan Tugasan ini pastinya akan menjadi lebih terjamin jika kita punya Wawasan yang mahasuci, iaitu kita melakukannya kerana Allah, amanah kita sebagai yang mampu dalam membantu yang tidak mampu, atas dasar itu adalah tanggungjawap kita kepada Allah, sebagai khalifahnya !(the mission of the vision)!

(c) Dalam Tugasan sebagai Doktor tadi, jika kita merawat seseorang itu kerana kita mahu dia kembali sihat agar dapat menjalankna tanggungjawap hariannya, maka tujuan itu, atau niat itu bolehlah dilihat sebagai Tujuan dari Tugasan kita (objective of our mission).

(d) pastyinya juga, setiap pesakit yang mendatangi seorang doktor, maka pastinya setaia doktor mempunyai keinginan (niat) agar semua mereka terawat dengan sempurna dan semuanya kembali sihat. Dalam hubungan ini, niat itu menjadi Sasaran.

(4) kalau dilihat dalam hubungan biasa yang selama ini telah kita amalkan, ie sejak RM1-RM9, sebenarnya apa yang dilakukan dalam penyediaan RM10, tiada bezanya. IAPG dan TWG sama dengan Lab. KRA dan KPI sama saja dengan Objektif, Teras dan Sasaran. Maka dengan sebab itu, jika menyemak kembali semua fail-fail lama dalam penyediaan RM, apa sebenarnya yang berlaku dewasa ini hanyalah 'rebranding of approach' atau 'corporate flavoring of the approach'! Itu saja, dan keputusan akhirnay tetap sama.

(5) Ada pembaca inginkan pandangan saya mengenai Belanjawaan DwiTahunan, dan ini sebenarnya telah diguna pakai dalam RM8 oleh DMM sebagai gerak balas cepat terhadap keadaan Ekonomi Negara dan Dunia yang kurang menentu. Dalam RM9, agak disepikan sedikit. Kini dalam RM10, ianya seperti dipulihkan kembali. Sememangnya wajar perkara ini dilakukan sebegitu, kerana adalah tidak bijak untuk menganalisa keadaan yang bersifat 'ganas' sekarang ini dalam tempoh panjang. 'Short Circle Analysis' adalah perlu.

(6) Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah tentang kegilaan pihak-pihak tertentu berhubung dengan Pembaharuan Sistem Penyampaian Awam (Transformation of the Public Delivery System). Kegilaan ini adakah kerana terlahir dari keperluan sebenar, atau kerana kita 'sudah dicocok bontot?'. Saya kira, kegilaan ini kerana kita selama ini telah 'tidur'. Bukankah perkara Pembaharuan Sistem Penyampaian Awam ini telah banyak diprkatakan sejak sekian lama. Kita tubuhkan MAMPU dalam pengkomputeran awam. MAMPU juga telah sejak sekian lama mengasak supaya QCC (KMK), ISO, 5S dan entah apa-apa lagi yang perlu dibuat oleh sektor awam agar ianya menjadi lebih cekap, lebih berdayamaju. Kita mengorak langkah memandang ke Timur. Kita utarakan gagasan Persyarikatan Malaysia (Malaysian Inc). Sistem Perakam Waktu. Semua itu telah diasak kepada sektor awam. Tapi hilang pemimpin berganti pemimipn, kita tetap juga ditakuk lama! Kenapa?

(7) Saya kira dalam hal ini, segelintir mereka yang perlu bertanggungjawap dalam memastikan kelicinan dan kecekapan sektor awam terlalu banyak menghabiskan masa di padang golf, di kelab-kelab, sebok mencari rezeki lain, sebok 'berpolitik', sebok 'angkat bakul', sehingga kita lupa buat kerja yang sebenar. Juga, ada segelintir, sudah seperti mahu dilayan macam VIP tanpa tahu VIP itu boleh bermaksud Very Idiot Person! Anak-anak buah pula terlalu sebok melayan mereka ini seperti VIP, sedang kerja sebenar tidakpun diberi perhatian berat. Maka jadilah VIP sebagai Very Idiot Person atau Very Indifferent Person, dsb.

(8) Bila pemimpin melatah, baru kita kalut "Tranfromasi Kerajaan", kalau tidak duduklah sebang-sebang tanpa ada rasa 'takut' dipersoal tentang 'di mana kamu habiskan masa kamu?'

Kuching, Sarawak
10 march, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.