Jika kita amati, cara Dr. Mahathir bekerja, dia tidak jauh menyimpang dari tabii disiplin perubatan yang beliau miliki. Untuk memajukan Negara, khususnya orang Melayu, beliau mengambil pendekatan 'thorough diagnose', kemudian menetukan 'cronic level' penyakit yang dihadapi oleh pesatkit tersebut, lantas mengambil apa juga tidakan perubatan bagi kepentingan pesakit, di mana jika pembedahan, cedungan (transplant), pembuangan dsb itu perlu dilakukan, maka dia tidak teragak-agak untuk melakukannya. Namun dalam membuat semua itu, dia akan mengumpul semua mereka yang perlu untuk berada di samping beliau: Pakar, Pembantu Perubatan, jururawat, farmasi, dsb. Pokoknya dia mengumpul semua mereka yang diperlukan untuk bersama-sama beliau. Dalam ilmu perubatan, Masa adalah Nyawa, maka dengan sebab itulah cara dia bekerja, segala-galanya mesti 'pantas'. Bila keputusan sudah dibuat, beliau 'tekad' menyelesaikan 'operasi' beliau.
(2) Pastinya, cara beliau bekerja adalah melalui 'diagnosis' yang teliti, diikuti dengan 'procedural preparation' dan seterusnya dengan daya keyakinan yang tinggi. Maka sebab itu, jika kita lihat di mana-mana, apa juga yang beliau lakukan pasti mempunyai jangkauan kesan yang sangat jauh: Lebuh Raya, jambatan Pulau Pinang, Menara berkembar PETRONAS, Sepang F1, KLIA, Putra Jaya, 'dawn Raid', 'Capital Control', dsb. Semuannya memberikan kesan yang jauh lebih meluas dari apa yang orang lain sanggup buat. Semuanya dilakukan dengan satu keyakinan. Tidak ada yang teragak-agak. ' Do or Die!'.
(3) Begitulah juga dengan gagasan Wawasan 2020, yang kemudiannya didokong oleh pelbagai gerakan dasar yang datang bertubi-tubi sehingga semuanya terasa pelek bagi kebanyakan orang. Pokoknya, DMM bukan hanya mengusulkan dasar, malah beliau dengan segera mengerakkan Pelan Tindakan bagi memastikan segalanya menjurus kepada segala dasar yang beliau utarakan. Beliau gunakan sesiapa saja yang boleh menjayakan apa yang beliau fikirkan baik untuk negara.
(4) Maka kita harus sedar, kenapa DMM sering menangis biarpun terpaksa melakukannya di khalayak ramai, bila mana apa yang hendak beliau lakukan demi Bangsa, Agama dan Negaranya seperti sukar dimengerti dan dihanyati khususnya oleh orang Melayu-Islam. Apa tah lagi, bila ada segelintir mereka yang beliau percaya seperti menghianati kepenting Negara seperti yang beliau 'unjur dan lihat'.
(5) Kita perlu berdoa kepada Allah agar DMM terus sihat, dipanjangkan umur dan terus dalam keadaan berfikiran tajam dan waras. Kini, Negara kita perlukan seorang mentor, kerana kepimpinan yang ada, saya kira masih memerlukan bimbingan yang sangat kuat dari DMM.
(6) Kini, Najib mengusulkan Konsep 1 Malaysia. Cuma, 1 Malaysia, biar sudah lama dilaungkan, masih kedapatan kesaramaran yang amat nyata. Apakah intipati sebenar 1 Malaysia. Apa yang kita dengar, hanyalah apa yang kita dengar. Tidak kedapatan satu doktrinpun mengenai 1 Malaysia. 1 Malaysia sudah seperti khabar yang berdesas desus dibawa angin entah dari mana dan ke mana. Maka dengan sebab itu sudah mulai kedengaran dan 'tuduhan' yang mengatakan TPM tidak sealiran dengan PM dalam konsep 1 Malayisa. Mungkin Najib sekarang sedang berfikir, 1 Malaysia, telah terlalu awal untuk dilaungkan kerana pengertian sebenar belum pun terumus dengan sempurna. Kasihan kepada Rais Yatim, kini dia terkial-kial cuba menjelaskan apa itu 1 Malaysia. Berbeda dengan Wawasan 2020, di mana rupabentuk kuantitatif dan kualitatif dengan mudah diperjelaskan oleh DMM dan tidak ada kekaburan mengenai bidang dan tahap pencapaian yang hendak dicapai atau usahakan.
(7) Saya berkira, gagasan 1 Malaysia telah terlalu awal untuk diumumkan oleh Najib. Dia sepatutnya terlebih dahulu, mencari formula yang lebih jelas tentang Model Ekonomi Baru Malaysia yang kini dia sedang tercari-cari. Saya juga percaya, Model Ekonomi Baru itu perlu menjadikan 1 Malaysia sebagai sasaran utamanya, dan ini sangat tergantung kepada intipati 1 Malaysia tersebut, yang saya kira perlu mencakupi soal ekonomi, taraf hidup, hubungan sosial, dan kedudukan bangsa Malaysia di persada dunia. Maka jika itu adalah benar, 1 Malaysia hakikatnya, tidak jauh menyimpang dari apa yang hendak kita capai jika kita telah bergerak tekad dalam mencapai Wawasan 2020. 1 Malaysia adalah keputusan (end result of) dari Wawasan 2020. Harapan saya biarlah 1 Malaysia adalah hasil dari Wawasan 2020, bukan kerana DMM tetapi, untuk mudah dimengertikan oleh semua.
(8) Sebagai seorang Islam, apapun yang kita hendak lalukan, kita mesti mempunya niat yang jelas. Itulah disiplin yang diwajibkan dalam rukun sembahyang kita. Tidak sah jika kita berSubuh sedang niat kita berJemaat!
(9) Jika hendak diulas cara kerja Najib dan DMM, saya kira Najib terlalu mudah didesak keadaan. Dia terlalu mudah mengikut rentak massa sehingga, mungkin, 'detail homework' dan pembentukan pasukan yang benar-benar pakar yang dapat membantu beliau tidak beliau beri perhatian sepenuhnya. Juga beliau seperti sering melakukan sesuatu tanpa asas yang kukuh, iaitu beliau sendiri seperti kurang arif dan yakin terhadap apa yang hendak beliau kerjakan. Saya khuatir, segala usaha beliau, biarpun ianya baik, akhirnya nanti menjadi terlalu samar bagi semua atau kebanyakan pihak perlaksana, dan akhirnya menemui segala kegagalan yang mana terlalu mahal buat kita semua membayarnya.
(10) Najib tidak hanya memimpin sebuah keluarga atau pertubuhan, beliau adalah pemimpin Negara yang dilingkungi oleh 'naga-naga besar'. Kita perlukan kebijaksanaan yang lebih strategik, berani, dan 'agak' sedikit berbeda dari arus biasa, namun matlamat dan strategi kita mestilah jelas!
Kuching, Sarawak
9 Mac., 2010
1 comments:
Saudara Abdullah'
You have provided a refreshing comment with interesting insight into Najib 1 Malaysia concept, etc.
I only hope that he will get it right. As it is now there are Ministries and initiatives not in line with the spirit of NEM, eg. the proposed restructuring of subsidy scheme and the decisions on PPSMI.
Post a Comment