Kini saya mulai sadar, terlalu payah untuk mendapatkan riwatyat hidup Muhammad terutama sebelum kerasulan baginda. Dari sejak lahir sehingga ke usia remaja dan pendewasaan beliau, Muhammad adalah tidak lain hanyalah seorang Quraish biasa. Hanya beberapa sifatnya sebagai seorang yang sangat rajin dan jujur menyebabkan ada sedikit kepedulian manusia pada zaman itu kepadanya. Perhatian kaum Quraish kepada Muhammad hanya bermula bila dia sudah menjangkau usia 40an, bila mula-mula dia didampingi dan diperintahkan oleh Jibrail untuk ‘membaca dengan nama Tuhanmu: Iqraq’ Selepas peristiwa itu, dia kemudian mulai membacakan ayat-ayat kiriman Allah kepada kaumnya, dan seterusnya dia memulakan proses ‘pemulihan’ akidah dan keperibadian kaumnya.
(2) Pada zaman keanak-anakan dan remajanya Muhammad, masyarakat Arab, khususnya di kawasan tanah gurun Sahara, merupakan masyarakat yang agak terasing dari temaddun Byzantin (di utara) dan Parsi (Timur) dan pengaruh Yahudi dan Kristian di Barat (Somalia-Yaman). Kerana keterasingan, serta dahsatnya cabaran gurun Sahara yang tandus, menjadikan masyarakat Arab berpuak-puak, tiada kesatuan. Hanya perperangan antara puak sahaja menjadikan ikatan dalaman puak menjadi kukuh. Persaudaraan di antara puak seolah-olah tidak wujud. Manakala, ikatan di dalam puak hanya kukuh atas dasar siapa kuat. Hanya yang kuat akan menjadi ketua dan memimpin, melindungi puak berkenaan.
(3) Pendeknya, permusuhan puak dan antara keluarga adalah perkara biasa dalam kehidupan keanak-anakan dan remaja Muhammad. Kerana sudah menjadi takdir, bahawa baginda adalah insan pilihan Allah untuk membangun sebuah bangsa-negara, maka kehidupan dia seperti sudah terjurus ke suatu arah yang sangat terancang.
(4) Sedari kecil, ayah dan ibunya pergi. Muhammad seperti besar tanpa kasih sayang sejati. Dia seperti sedari mula sudah di asak untuk bersiap sedia agar sendiri, berdikari, punya jiwa kental menghadapi segalanya. Dia cuma menumpang kasih pada bapa saudaranya Abdul Mutalib dan di susui oleh seorang ibu tumpangan yang kehidupannya amat payah jauh di pedalaman Padang Pasir Sahara. Allah seperti telah menyediakan dia untuk sanggup bersusah payah untuk menyambung hidup, yang hakikatnya, kemudiannya untuk menyambung nyawa membina Bangsa-Agama.
(5) Semasa kecilnya dia, dikisahkan sebagai pengembala kambing. Kambing, atas sifatnya sebagai antara haiwan yang paling liar dan cerdik, amat payah untuk digembala. Kambing, lebih banyak gelagat nakalnya dari sifat gemar makannya. Dan sudah pasti, kerana Sahara adalah gurun tandus, pasti tidak banyak yang dapat di makan. Keadaan sebegini, pastinya menyebabkan kambing menjadi bertambah liar, bertambah payah untuk dijaga. Kerana itu tugas menjadi gembala di Padang Pasir Sahara sudah pasti suatu yang tidak enak sama sekali. Sekali lagi seperti sengaja, telah terancang oleh Allah agar Muhammad semasa keanak-anakannya menjadi gembala, pengembala yang terpaksa bekerja dengan haiwan yang susah di disiplinkan dan di dalampadang tandus yang boleh menidurkan. Muhammad seperti terlatih untuk tidak leka, dan tahan dengan segala kerenah yang mengusarkan: kambing-kambing.
(6) Di zaman remajanya, (saya sedang mencari bagaimana jalan ceritanya), dia menjadi seorang pembantu pedagang, sehingga dia ditemui oleh Khadijah. Dia berdagang antara Syam (Parsi) dan Tanah Arab (Saudi), merentasi Padang Pasir yang tandus dan membahayakan, bukan hanya kerana acaman cuacanya, namun juga oleh anasir-anasir perompak di sepanjang jalanannya. Muhammad di kisahkan tidak akan mahu mampir ke mana-mana, melainkan beliau berdegil mencapai tujuannya. Sekali lagi, Muhammad seperti sudah direncana, terus dihenyak kepayahan, kesusahan, namun dia sering menemui kejayaan kerana mampu berdagang lebih cepat dan mendapat lebih pulangan dari yang lain, dan kerana itu, mungkin itulah yang menjadikan beliau seorang yang punya tekad dan tujuan hidup yang cekal dan kental.
(7) Di zaman kerasulannya, biarpun dia telah diangkat menjadi Nabi, seorang manusia yang paling dikasihi Allah, namun Muhammad tidak pernah dibairkan aman. Nyawanya, kehidupannya, terus saja terancam.
(8) Namun, saya pasti, mungkin Muhammad sudah sedar akan natijah hidupnya adalah untuk UmatNya, maka kerana itu tidak pernah dia merasa gentar untuk menghadapi apa saja. Muhammad kerana telah sedar akan, maksud sejarah hidupnya, dan tujuan kehidupannya seterusnya adalah untuk membina Agama-Bangsa, maka menjadilah dia seorang rasul yang punyai segala sifat manusia biasanya. Itu adalah kerana Allah mahukan kita mencontohi Muhammad, sebagai sifat kemanusiaan sejadinya dia.
(9) Saya yakin, Muhammad dalam mengharungi hidup dan kerjayanya, tidak dia hanya bergantung nasib atas belas ihsan Allah, tetapi Muhammad adalah seorang manusia yang mempergunakan sepenuhnya akal dan naluri hatinya sebagai manusia untuk kebaikan manusia demi cintanya dia kepada Allah.
(10) Saya juga yakin, jika kita mulai menghayati perjalanan hidup dan pengertian hidup kita, pasti kita mendapat sufaat dari perjalanan hidup dan kerjaya Muhammad. Jika Muhammad Berjaya membangun Agama-Bangsa (Islam-Arab) dan kemudian memeperluaskannya sehingga ke Farsi, Asia Kecil dan Afrika (semasa hayatnya), biarlah kita juga berkesedaran untuk membina Islam-Melayu yang berjaya di wilayah Nusantara.
(11) Lantaran itu, biar apapun kepayahan yang bakal kita tempuhi dalam membina Islam-Melayu yang berjaya, tidak perlu kita berkesal hati, menjauh diri. Biarpun mungkin kita hanya sendiri, kerana telah berjanji Allah, bahawa Dia pasti akan membantu bagi yang beriman dan berbakti.
MyBazaaRia, Desa Ilmu, Kota Samarahan
7 November, 2009
0 comments:
Post a Comment