.

5(VI) MEMPERKASAKAN MELAYU.....pendekatan koprat

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 29, 2009

Share

& Comment

Banyak dari kita mungkin tidak sedar, dulu-dulu datuk nenek kita suka menyimpan duit mereka di bawah bantal, dalam lipatan kain, dalam tin, dan sebagainya. Tujuan mereka adalah untuk menabung, terutama untuk ke Tanah Suci Makkah. Maka atas kesedaran otak geliga Ungku Aziz, atas minat beliau dalam mengkaji masalah kemiskinan dan kemunduran pendidikan dikalangan orang Melayu, maka beliau mengusulkan kepada Kerajaan agar sebuah Tabung dibangunkan bagi mengurus simpanan rakyat ini. Maka dengan cadangan ini, Tabung Haji telahpun ditubuhkan.

(2) Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri, yang bergandingan dengan Tun Gahafar Baba, selaku Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, kemudiannya telah mewujudkan banyak agensi kerajaan lainnya yang sekarang ini telah menjadi GLC contohnya FELDA, FELCRA, RISDA, SEDC, MARA, LPN (BERNAS), PERNAS, PETRONAS, UDA, dsb. Semua ini adalah tidak lain untuk mengerakkan ekonomi negara, khususnya dalam membangun masyarakat pribumi di luar bandar.

(3) Kemudian dizaman Tun Husein Onn, Amanah Saham Nasional (ASN) telah ditubuhkan, dan kemudian berkembang menjadi pelbagai jenis Amanah Saham (ASB, ASW, ASM, dsb)di bawah Tun Mahathir.

(4) Tun Mahathir, kerana pandangan berbeda beliau dalam merancakkan tempo perubahnan ekonomi orang Melayu, serta semangat Nasionalisma beliau yang tebal, telah menggunakan ASB sebagai suatu senjata untuk mengambilalih Gutrie dan Sime Darby dari penguasaan British, dan kini berkembang menjadi gergasi yang sangat besar. Pelbagai GLC lainnya dan syarikat-syarikat gergasi telah diwujud dan dikembangkan contohnya seperti Proton, Perwaja, MMC, MISC, STMB, CELCOM, TV3, dsb. Semua ini adalah untuk memperkukuhkan penguasaan ekonomi kaum pribumi.

(5) Di sektor kewangan pula, pastinya, MayBank, CIMB (dulunya Bank Bumiputera), Bank Rakyat, Bank Islam, dsb yang dana asalnya disokong oleh Kerajaan melalui pelbagai GLC khususnya PETRONAS juga sengaja diwujud dan dipertahankan tidak lain dan tidak bukan untuk kepentingan kaum pribumi.

(6) Di Sarawak, dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beberapa langkah besar dan berani juga telah dan sedang dilaksanakan dimana agensi-agensi sedia ada telah diperkukuh dan ditambah: SEDC, SLDB, SALCRA, BDA, BDC, STIDC, LCDA (PELITA), ASSAR, RECORDA (SCORE), dsb agar pembangunan negeri Sarawak kan menjadi lebih pantas dengan sistem pengurusan yang lebih anjal.

(7) Pendeknya, di bidang koprat, Kerajaan sebenarnya telah tersedia untuk mengembeleng dan mengerakkan ekonomi kaum pribumi. Namun, sehingga kini, milikan langsung kaum pribumi dalam ekuiti kekayaan negera hanyalah sekitar 19%. Sememangnya, jika pegangan dalam GLC diambilkira,pasti perangkaan ini akan jauh lebih besar. Namun, untuk mentakrifkan GLC sebagai milik bumiputera adalah tidak tepat, kerana GLC adalah milik negara! Cuma pengurusannya sahaja diterajui oleh kaum bumiputera!

(8) Namun, natijahnya, GLC adalah dibangunkan untuk membantu kaum bumiputera, ditadbir oleh bumiputera, disokong dan lindung penuh oleh Kerajaan, namun di manakah silapnya (khilafnya) maka GLC telah kurang (atau tidak) berjaya dalam membangunkan kejuaraan ekonomi dikalangan bumiputera? Sepatutnya, dengan curahan wang yang begitu banyak dari Kerajaan sejak sekian lama, semua GLC ini, seharusnya telah boleh bergerak sendiri, menjana kewangan sendiri, dan menguasai bidang strategik demi kepentingan kaum pribumi. Namun apakah ini sudah terjadi? Kita sebenarnya masih jauh, dari mengarap segala kekuatan bagi kejayaan dan keunggulan kita!

(9) Apa yang saya lihat sejak kebelakangan ini adalah bila mereka yang menjadi CEO GLC, mereka bersifat seolah-olah mereka adalah peneraju badan Koprat Tulin, iaitu badan Koprat yang hanya bertanggungjawap dalam membuat untung. Sifat dan gaya CEO-CEO ini, sudah lagaknya seperti GLC yang mereka terajui adalah milik mereka, tanpa menyedari matlamat asal penubuhan agensi berkenaan yang kemudian ditukar menjadi GLC.

(10) Hakikatnya, agensi Kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Agensi-agensi ini ditukar jadi GLC agar mereka dapat diurus mengikut gaya Koprat, atas tujuan supaya perkhidmatan mereka kepada rakyat akan menjadi lebih cekap dan berkesan. Tanggungjawap ini, tampaknya sudah dipinggirkan dalam pendekatan pengurusan kebanyakan GLC pada masa ini.

(11) Seharusnya GLC gergasi seperti PETRONAS, Sime Darby, TH, FELDA, PNB, pelbagai SEDC mereka boleh bergabung tenaga dan sumber untuk menebus, memegang (custody), dan membangunkan segala aset-aset penting pribumi. Namun dimanakah silapnya, kita seperti tiada kepimpinan dalam menyatukan gergasi ini untuk memperkasakan ekonomi orang kita. Saya percaya, struktur pentadbiran Makro GLC-GLC ini agak bercelaru, kerana mereka seperti disepah-sepahkan kepelbagai Kementerian, sehingga seperti tiada penyatuan dikalangan mereka!
(12) Saya percaya, setelah bergelumang hebat membangun dan mengembangkan GLC, saya percaya, masyarakat kita sepatutnya telah ada yang berani untuk tampil jadi usahawan yang berjaya dan berdikari.

(13) Saya kira, jika Najib ingin lebih berjaya dari PM-PM terdahulu, inilah senjata paling ampuh untuk beliau mengarap segala kekuatan. Tun Abdullah Badawi telah memulakan langkah berani dengan mengabungkan Austral, Golden Hope dan Sime Darby menjadi Sime Darby yang lebih besar. Cuma, apa agenda selanjutnya, what is our finishing Plan?

(14) Saya bermimpi, alangkah pintarnya, jika seluruh perkampungan Melayu di Tebingan Utara Sg Sarawak, bahkan di Sg. Melaka, Kota Bahru-Sg. Kelantan, Kuala Trengganu, Port Dickson, Langkawi, dsb yang 100 tahun dari sekarang akan menjadi hartanah paling strategik dan paling berharga dapat diamanahkan (custody) oleh gergasi-gergasi ini, dan kemudian dibangunkan sebagai pusat-pusat dagang dan penempatan moden pribumi, pastinya kita akan boleh berdiri lebih tinggi, duduk lebih tegap di bumi sendiri.

(15) Orang Arab ada berpesan, warna hidup para cicit kita (generasi seratus tahun kemudian) adalah ditangan kita generasi sekarang ini. Jangan sampai besok, mereka kencing atas kubur kita!


Bintulu, Sarawak
29 Sept., 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.