.

16/6/09 GADIS MENGIURKAN.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 17, 2009

Share

& Comment


Sekian waktu, saya berfikir, bahawa bumi Indonesia sedang senget bahkan mungkin akan tengelam perlahan-lahan. Di sana sini, dari berita, bila saja bencana menerpa, pasti ratusan bahkan ribuan jadi korban. Jakarta, Bandung, Surabaya, segalanya, bila terpampang di dada media, pastinya gambaran kepayahan dan kesesakan. Rakyatnya, saya kira, pasti berasak-asak berebut hidup di setiap inci tanah yang mungkin sudah tidak hijau lagi. Gambaran para pengunsi yang melelang begitu jauh di serata dunia, meyakinkan saya bahawa manusia sudah terlalu sukar untuk hidup di bumi Indonesia ini.

2) Setelah agak selesai berjalan dari Sumatera, Jawa, Kalimantan, Pulau-pulau Timur Jauh dan Papua, kini saya sadar betapa amat manisnya Indonesia. Indonesia adalah lebih manis dari gadis-gadis peranakan bule yang simpang siur di Jakarta dan Bandung.

(3) Untuk berjalan merentas Indonesia, seakan-akan kita terpaksa merentas terlalu banyak negara. Bermula dari Thailand di paling Barat, Malaysia di paling Utara, Singapura di pertengahan jalan, Filipina di Timur-Utara, Timur Leste di kesepitan, Australia di paling Selatan, dan Papua New Guini di Tenggara. Indonesia, adalah negara besar yang sangat istimewa penciptaannya.

(4) Yang pasti cuma, sebahagian Tanah Jawa sahaja yang sudah kesempitan, biar sebetulnya masih ada saja ruang bagi penghidupan yang lebih sempurna, cuma kerana nafsu sebahagian kecilnya, maka akal dan kemerdekaan sebahagian besar rakyatnya jadi kian tersumbat padat lalu pasrah.

(5) Bumi Indonesia, sebetulnya masih luas dan hijau. Hasil buminya masih bertimbun belum terbongkar. Pasir pantai putih-kuning emas-hitam, tidak mungkin langsai dijalani biar seumur perjalanan. Lautan lepasnya, berlambak ikan yang belum mendarat. Pasti kekayaan flora dan fauna, tidak terbilang kayanya. Gunung-gunungnya banyak saja memuntahkan tenaga panas yang boleh memberika tenaga bagi menerangi sebahagian besar keperluan gelap rakyatnya, begitu juga air tropika yang terus melimpah dari gunung-gunung, minyak dan gas yang tersimpan dalam laut Natuna dan Ambalat, segalanya adalah anugerah Tuhan yang tidak terbilang nikmatnya.

(6) Rakyatnya, dari segi rupa bentuk fizikal dan sosio-budayanya begitu beragam. Dari bentuk rupa tinggi, besar, dan tangkas Melayu di Riau-Sumatera, membawa kepada sawo, halus, licik tetapi sopan Jawa, terus kepada yang yakin, sendiri, dan berani Dayak di Kalimantan, dan yang lincah, kental, yakin masyarakat kepulauan (Maluku dan Flores), juga kepada yang perlahan, sendiri, gelap, dan terasing Papua yang Malanesia. Inilah gambaran wajah-wajah Indonesia dari Melayu kepada Malanesia, yang punya kepakaran hebat hidup di darat, laut dan belantara.

(7) Rakyat Indonesia, adalah rakyat yang sangat tinggi budaya kerajinan mereka, daya karyawan mereka, cuma, lantaran kerana, mereka sedang terlalu sibuk mengejar kehidupan harian yang selalu sempit, maka mereka hanya melihat hari ini untuk hari ini. Esok dan kejauhan esok hanya tergambar dan dihambat hebat oleh hanya sebahagian kecil rakyatnya, yang dulunya adalah pengunsi-pengunsi dari tanah besar.

(8) Ketinggian daya cipta rakyat Indonesia dapat digarap jelas dalam cara dan gaya mereka mengolah segala sesuatu di lingkungan hidup untuk keperluan harian mereka. Lihat sajalah pada potret lukisan, gemersik musik, ukiran kayu, gading, tembaga, emas, anyaman rotan, pandan, akar dan kulit kayu, dan segala. Merantau sajalah kita di buminya, pasti kita terpegun melihat akan kehebatan kerajinan bangsa ini. Ini adalah gambaran halus hati dan ketekunan jiwa mereka dalam menempuh hidup yang susah dan sengsara.

(9) Atas kekayaan dan keindahan yang begitu besar dan luas, saya kira, Indonesia, punya upaya untuk menjadi bangsa yang benar-benar besar dan perkasa. Tiada apa yang kurang di buminya. Segalanya sudah Tuhan sediakan. jika ditadbir dengan kewarasan dan akal yang sempurna, pasti, rakyat mereka tidak perlu mengunsi dan melelang (perkataan Jawa yang memawa maksud, merantau, hijrah) jauh-jauh.

(10) Bagi saya, Indonesia, adalah semanis anak-anak gadisnya yang melampai, putih, munggil, biar ada yang sudah kotor, namun masih banyak yang masih putih. Tidak heran jika Amerika dan Australia, sebagai lelaki jantan, ingin saja mahu meratah tubuh segar Indonesia.

(11) Di sinilah, saya lihat, segala hasil makanan manusia sedunia dapat dijana. Begitu juga, jika kita dapat melihat dan mengabungkan segala kekuatan Indonesia dan Malaysia, pasti kita, bukan hanya akan terus merdeka, tetapi kemerdekaan kita itu, pasti akan menebar seluas Pasifik, Atlantik, dan Laut Arab.

(12) Indonesia, adalah jambatan indah merentas Asia Barat dan Asia Timur. Jika Amerika dan Australia dapat memandu di atas jambatan ini, pastinya banyak lorong tol akan terbina. Kini, mereka sedang menghantar segala tukang dan pakar dari Bank Dunia dan Bank Asia ke sana untuk terus agar Indonesia berhutang dan terus terhutang. Juga bank-bank Amerika, Eropah, dan Australia, sedang menggunakan pelbagai cara bagi memastikan kelemahan kewangan Indonesia.

(13) Saya kira, kita yang serumpun ini, harus mengorak langkah pantas agar, tetangga kita, tidak saban malam dirogol tanpa nyaman. Kita, jika tidak boleh melihat ini, pasti, akan juga teranyiaya dalam tempoh waktu setelah lemahnya mereka.

Makasar, Sulawesi Selatan
15 June,2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Bayu Senja said...

Indonesia sememangnya negara yang kaya dengan pelbagai sumber,ini telah lama dieksploitasi oleh masyarakat Barat.Namun di akhir dekat ini, jiran terdekat Indonesia (malangnya bukan Malaysia) telah mengambil peluang untuk mengekploitasi sepenuhnya keran Singapura tiada apa apa sumber.Negaranya miskin ,tapi akalnya kaya.Pentadbirannya, walaupun angkuh di mata Malysia, namun dapat menjadikan ia 'one of the tigers of Asia'. Kita patut boleh belajar dari Singapura.JTC telah lama bertapak di timur tengah dan menjadi pensihat ekonomi kepada negara-negara pengeluar minyak. Adakah badan/agensi kerajaan kita mempunyai cita-cita sedemikian?

2.Dengan kedatangan Barat, maka jelajah kolonisasi dapat diperhebatkan. Pinjaman yang pelbagai bentuk telah menjadi satu routine dalam pentadbiran Indonesia. Maka, ia akan terus terusan berhutang dan bergantung kepada kuasa dunia , terutamanya Amerika. Kalau kita lihat, kita akan mengerti mengapa Asian Development Bank berpusat di Manila, Phillippines.
3.Kita mungkin serumpun, tapi itu hanya dari segi goegrafinya sahaja. Papua Nuigini mungkin sebahagian Indonesia, tapi ianya di bawah 'kuasa' Australia.
4.Kepulauan Indonesia yang begitu indah dan cantik, rakyatnya yang begitu mahir dan mempunyai kreativiti seni yang tinggi, malangnya tidak dapat menikmati kesenangan dari hasil bumi dan hasil titik peluh mereka sendiri. Mereka masih lagi dijajah sepenuhnya oleh Barat.Globalisasi tidak dimenfaatkan sepenuhnya oleh pemerintah, yang sering menjadikan bilangan pulau-pulau yang banyak menyukarkan pentadbiran yang cekap dan efektif.

Unknown said...

Ya saya sokong budi bicara bayu memang indonesia antra sebuah negara yg kaya di negara asian lain.goegrafinya strategik di tengah2 kelompok asian dan mempunyai lokasi yg hebat indah merupakn stu tarikan selain hasil buminya yg kaya.utk mencapai status negara maju pokok penting yg utama ialah keselamatan,keharmonian serumpun perlu adlah lagkah utama rakyatnya harus bersatupadu tdk mengira bangsa dan ugama.klo ini blh di bentuk tiada perbalahan kaum sama2 inginkn kemajuan maka apa tidaknya pelabur2 asing datang bersatu niaga dgn masyarakat indonesia.org luar tdk merasa tergugat aksesnya keselmatannya maka satu fenomena baru akn berubah.saya sbg org malaysia spai sekarag masih takot utk sendirian melancung ke indonesia sb bnyk halangan.jika undang2 indonesia tepat dan berjaya di laksanakn dgn telus pasti sebuah negara yg aman makmur blh di bentuk.rompakan,samun,colek org,pembunuhan adalah perkara utama kerajaan indonesia perlu atasinya dgn adil.hapuskn politik perkauman,saling salah menyalahi antra stu sma lain adlah menghancurkn lg pembangunan yg di bentuk kerajaan.malaysia bnyak pendatang dr seluruh dunia indonesia,thai,singapura,veitnam,kemboja,loas,india,filipina,china,bangla,nepel,,myanmar spailh dr negara2 barat.bayangkn bagaimana mahu tangani smua ini dgn adil.tp malaysia ttap maju menuju kehadapan skrg ingin mencapai kapasiti negara maju WAWASAN 2020 malaysia akn di beri geran statas negara maju berpendapatan tinggi di iktiraf olh PBB.saya pecaya indonesia jga bagus blh capai kejayaan spt singapura dan malaysia jka rakyatnya berbaik berpakat tdk kira bangsa utk makmurkn negara barulh kerajaan blh merancang sesuatu bla keselamatan terjamin berbilang bangsa hidup sama2 membantu.sektor pelancungan misalnya indonesia merupakan negara yg kaya geografinya.jka ia dpt di luaskn rakyat mendpat manfaat di kampong2 di desa dpt tempias kemajuan.kerajaan harus peka mulakan beriadah satukn bangsa mjdi indonesia moden bersatuhati tnpa hilangkn identiti kaum itu.selagi ini blm dpt disatu kn sebuah negara maju tdk akn capai.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.