Dalam beberapa bulan ini, saya dengan beberapa rakan sepejabat dan dari Semenanjung telah mundar mandir ke beberapa skim saliran Gedong, Lubok Trangas, Lubuk Punggur, Lubok Buntin, Sg. Ba (Simunjan) dan Bijat-Stumbin (Simanggang). Dahulunya, saya, semasa kecil (tahun 60an), sering ke sini bersama orang tua saya mengunjungi sanak saudara, khasnya bila ada kenduri kahwin dan pergi Haji. Dalam tahun 1980an, penduduk di sini dikejutkan dengan pelbagai projek saliran yang dibawa oleh Kerajaan. Pastinya mereka amat girang kerana, ini akan membolehkan mereka menanam apa saja tanpa lagi khuatir dilanda limpahan air masin semasa air pasang besar (King Tide).
(2) Pembinaan benteng tebatan banjir (bund) dan saliran yang luas mendatangkan limpahan rezeki segera (instant income) bagi penduduk di sini. Ini kerana, Kerajaan akan membayar pampasan atas tanah dan juga tanaman yang terlibat dengan pembinaan parasana tersebut. Nilai pampasan ini boleh mencecah puluhan dan ada sampai ratusan ribu, terutama bagi yang business minded adn instant farmers (tanam lebih pokok, apa saja, di kawasan yang akan digunakan)
(3) Tersebut al kisah, seorang hamba Allah, dia memperolehi hampir seratus ribu wang pampasan dari pembinaan berkenaan. Dengan wang pampasan tersebut dia membeli sebuah speed boat dengan enjin 25 kuasa kuda (kk). Selama ini dia hanya memiliki sebuah sampan berkuasa seorang manusia ie pendayung dan pengayuh sahaja. Masa itu, sesiapa yang ada speed boat berenjin 25kk, samalah tarafnya baru mendapat Proton Iswara 1.6cc. Begitulah gamaknya!
(4) Simunjan adalah pekan terdekat bagi mereka ini untuk membeli keperluan hariannya. Dengan enjin 25kk, perjalanan ulang alik hanya memakan masa 40-50 minit sahaja. Maka hamba Allah ini, kerana sudah menjadi OKB di kampungnya, sering saja berulang alik ke Simunjan. Kini, gayanya seperti Roger Moore, James Bond 007.
(5) Suatu hari, kawan-kawan bertanya akan dia, apa saja yang dia buat selalu sangat ke Simunjan? Dia menjawap, dengan keras, penuh gaya, "Apo agik minum kupilah! Kupi di Munjan nyaman!" "Kenak sik minum kupi di umah ajak?" terus soal kawsan-kawannya. " Ne dapat agik, geruk sendat minum kupi di umah! Kupi bau asap! Kedong duit agik banyak tok, apo nak digago. Agik banyak kompensesen aku tuk! Dah mati kelak, sik do sapo nok belanjo nyo kelak!'
(6) Bila dia ke Simunjan, dia pasti membimbing kasut kulit, berbaju putih, berlengan panjang, rambut tersisir rapat, berkilat, memakai minyak rambut 999, wangi harum semerbak. Ada kalanya berkaca mata hitam. Kadang kala, bertopi ala Kojak (Telly Selvalas).Belai benar-benar James Bond, Si Jebond
(7) Perkara ini, berterusan untuk sekian waktu, sehingga suatu ketika, dia sudah tidak kelihatan lagi hilir-mudik ke Simunjan seperti biasa. Speed boat beliaupun sudah tidak terurus. Tiba-tiba dia muncul, dengan muka yang agak masam, mulut muncung, jalan lemah longlai, mata berkelip-kelip, hidung berdengus-dengus, dengan rambut tidak terurus dan berbaju lusuh....macam laki hilang bini!
(8) Tanyalah kawan-kawan kaki 'penyakat', "Apo hai nyo, lamak sik nampak? Sik ke Munjan tek, minum kupi?" Makia balas beliau tanpa segan-silu: "Celako kau! Jangan nok pelente sik tentu pasal! Celako Cino Munjan yo! Habis dah duit kompensesen aku di pajohnya! Lako na! Habis dah duit aku tuk! Dah ngekerap dah aku tok! Minum jak aik teh di umah!"
(9) Si 'penyakat', terus bersenda: "Sik raso asap aik teh di rumahkah!". Seperti marah dia membalas: "Celako kau yo! Kau ku engkalong ngan sekop tok baruk kau tauk!"
(10) Begitulah, bila kita terlalu dahagakan kemajuan, bila ianya datang bergolek, tanpa kita terlebih dahulu mendidik anak bangsa kita supaya lebih bersedia, maka begitulah kejadiannya. Siapakah yang rugi? Wajarlah kita, bersikap perlahan-lahan tetapi biar selamat dan sejahtera selamanya.
(11) Saya telah saksikan semua ini berlaku di Kabong, Matu-Daro, Sebangan-Sebuyau, dan sekarang sedang berusaha keras agar tidak terjadi di Triso-Beladin-Bungin. Mudah-mudahan.

8 comments:
..kah..kah..you cool lah bro...this reminds me on many of our relatives in kampung,..when they are not prepared to receive government development or when they never revieve huge amount of money in their life....
Thank you Sdr for a hilarious narration on what goes on amongst our rural populace, especially when they received a sudden windfall...either from Govt or other sources. It is equally important to not only build up the physical aspects of development but also to build up the mindset of the local community to change with their new 'environment'....Attitude and the right Nawaitu are two most important agents of change!
May God Bless You and Your Endeavours in Making Sarawak a Prosperous and Peaceful Place, for now and for generations to come....
..yeah sarawak princess..we can shared that sentimen..I think in coastal area like this where the land is flat and low lying, and when DID implemented the skim saliran(perimeter bund, ring bund, tidal lock gate)especially in Samarahan in the 80s..this is the key of agriculture tranformation..and when JKR adopt the DID bund to construct roads, it is just like killing two birds with one stone...
Salam
On the surface this can be a funny story, and many would crack a smile or laugh. I think it's sad,coz these rural folks are succumbed to become victims of modernisation and development.
2. They can't be fully responsible because they are straightminded, naive and haven,t seen what the real world is all about. To them Pendam, Sebuyau, Triso, Beladin, Bungin is the world. Perhaps some like sdra abdullah managed to come out from this outbacks, and sees the whole scenario differently.
3. We can't ignore the role of middlemen, the opportunist, in this region and all other 'pendalaman' od Sarawak. They ourightly take full advantage of the rural folks, live in their communities as if they belong there and own land, properties and become the unofficial 'bank' where loans can be approved instantly. My travel throughout the state, i always wonder why in every rural community, the middlemen are allowed to rule and be called tuan (towkay).
3.We can laungh ,yes, but what do we do now? educate people....how?more training? more lectures. do we really go to ground? time is always used as a limiting factor, being unpaid and having to do it for free could be another discouraging factor for all learned urban folks....i noticed many DOs do not really have interest to even get to know their area of administration, least to say, educate kampung folks.
4. Many of us are bystanders, passerbys that point our fingers, ready to blame the government. as the rakyat, what do we do? not our problem. And sdra abdullah don't need the praised, he needs more people who thinks and have his spirit.....masa untukmemuji dan berlembut/bersopan sudah habis, masa untuk bangun dari tidur....
Sad to see that many swkians are not really into building the state......thus many limits themselves to what they do only and beyond that , it's not within them. a mindset change not just for kampung folks but also for the learned, urban folks....
Sedar tidak sedar, kita masih perlu merubah bukan hanya nasib mereka di luar bandar malah di dalam bandar. kalau di kawasan luar bandar Kerajaan masih berupaya membawa pelbagai bentuk pembaharuan dan Projek untuk menyambung rezeki dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Akan tetapi, saya mempunyai kebimbangan kerana sebenarnya ada yang lebih miskin di kawasan bandar yang tidak mempunyai tanah. Saya ambil contoh mereka yang tidak mempunyai tanah tetapi berumah di tanah kerajaan. Mereka ini digelar setinggan. Namun setinggan ini telah tinggal di tanah kerajaan selama lebih dari dua puluh tahun. Pukul rata gaji untuk seisi rumah hanya RM 300 ke RM500 sebulan dan sesetengahnya tidak mempunyai pekerjaan. Maka bagaimana kah Kerajaan dapat melihat isu sebegini?
Di kawasan luar bandar kita masih mampu mengajak perubahan... program-program jangka masa pendek dan panjang disusur atur. Dan jika ada mereka yang miskin di kawasan Pendalaman, Kerajaan akan menyediakan Tanah dan skim pembangunan, tidak percaya? Tanya kepada penulis. Melalui program-program ini "Rural Folks" and the "Urban Folks" digabungkan. Malah dalam merangka dan melaksanakan program-program tersebut anak-anak tempatan kawasan luar bandar berkaitan diambil bekerja dan merangkai serta melaksanakan program tersebut di kawasan-kawasan berkenaan.Bukan hanya merangka tetapi melaksanakan.
Persoalannya, apakah aktiviti yang boleh merubah nasib mereka yang miskin di bandar?
Perubahan... We need balance development. Fikir dan buat
Kindly visit MyNotion, let be Pinang Pulang Ke Gagang, Sirih Pulang Ke Tampok, Ikan Pulang Ke Lubok......think from there!
(2) We can't wait. Let do our bit, personal and official. Let lead the way.
I hope that when the Authority decided to resettle the Malay people dont settle them at the remote area.. You know, from prime area , they are thrown away to less value area. There should be balance residential equity in term of races in the town area...
Assalamualaikum..
Hari ini saya melayari bloq Saudara Abdullah dari satu topik ke satu topik.
Istimewanya apabila tiba di Aik Kupi Di Rumah Berbau Asap..di para 5 dan 8,saya membaca sambil tersenyum sendirian.
Teringat di zaman dahulu sekitar 60 n 80an, air kopi pasti berbau asap kerana menggunakan dapur kayu.
Disebelah malam pula menggunakan pelita.
Pastikan besuk pagi sebelum ke sekolah,mandi ala-ala P.Ramlee kerana kesejukan,gosok gigi pula jangan lupa bersihkan hidung...
pasti malamnya telah disapukan dengan jelaga pelita minyak tanah.
Apa pun itu semua adalah memori terindah di waktu anak-anak..
Pasti sukar untuk dilupakan:
biar saat berganti jam, biar hari berganti minggu,biar bulan berganti tahun, tetap abadi diingatan.
Pengalaman masa lalu mengajar kita lebih mengenali hidup hari ini dan melalui masa-masa akan datang.
Bahasa Sarawak yang sinonim dengan masyarakatnya...best..mungkin boleh saya gunakan apabila berkunjung ke sana nanti.
...Order...aik kupi bersama pisang keju...emmmm...
note: terasa suram dan sepi tanpa topik terbaru dari bloq Saudara Abdullah, kenapa ya....
hanya update Menggapai ke langgit..
14hb. dan 1st.february 2013.
~Wassalam, tq.~
Post a Comment