.

KITA BUKAN MALAIKAT...tetapi bukan juga setan

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 24, 2009

Share

& Comment

Yang di atas (mempimpin), kerana sudah lama di atas, memikirkan mereka sudah terlalu tinggi dan tidak mahu digugat. Apa saja yang mereka fikir, kata dan buat pastinya betul dan benar. Kerana pengalaman, usia, dan darjat yang dimiliki, dadanya (mereka) sudah terlalu keras. Yang hebatnya, dia (mereka) sudah tidak mahu menyelidik secara bebas, saksama, dan menyeluruh tentang apa juga yang didengar, difikir, dilihat, dan dirasakan.

(2) Yang di bawah (dipimpin) pula, kerana terlalu lama menunggu, mulai resah, merasa sudah pandai, mulai merasa sudah tahu segalanya. Sudah kepingin punyai kuasa yang lebih. Paling dasyat, sudah mahu memberontak, mahu merentap turun yang di atas. Dia (mereka) sudah tidak mahu mendengar, melihat, memikir, dan mengkaji dari perspektif yang berbeza dan menyeluruh.

(3) Pokoknya, dalam dua keadaan di mana yang di atas sudah terlalu lama di atas, dan yang di bawah sudah terlalu lama di bawah, tidak kira dalam apa juga bidang dan darjat kehidupan....pastinya akan wujud budaya laga, cantas dan rentap....tetapi apakah itu kemestiannya?

(4) Lihatlah bila tekuyong (siput babi dalam bahasa Melayu/Iban Sarawak) bila di letak dalam baldi....pasti tidak satupun yang akan boleh membebaskan diri...lantaran jika seekor sudah dapat memanjat, pasti seekor lagi memanjat/melekap (mengukut) di belakang yang seekor lagi....dan seterusnya begitu...sehingga sudah terlalu berat maka semua kembali jatuh ke bawah.....

(5) Kenapa tidak yang di atas menarik naik yang di bawah dan yang di bawah sabar dan bijaksana mendokong yang di atas....saling melengkapi...saling membantu.....kenapa suka benar kita mengamalkan sifat bodoh tekuyong! Adakah kerana kita sudah sama bodoh dan hina setaraf tekuyong aka siput BABI!. Kenapa tidak kita menjadi Melayu yang mengamalkan....bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat...

(6) Kenapa kita mudah hilang pertimbangan, sadarkah kita bahawa hak orang tetap hak orang, biar macamana sekalipun kita cuba merebut.. ..jika dapatpun pasti tidak kekal. Jika ianya hak kita, biar sejuta halangan sekalipun, ianya akan menjadi milik kita. Bukankah itu sudah jajiNya? Yang perlu adalah kejujuran dan kebenaran.

(7) Sifat tekuyong manusia ini mungkin sesuatu yang sudah sejadi, cuba kita renungkan bila Allah mahu mencipta kita (manusia), maka Gibrael pun menyanggah niat Allah....kenapa manusia perlu dicipta, tidakkah cukup setan yang sentiasa derhaka dan kaumku (malaikat) yang sentiasa patuh....

(8) Manusia...memang tercipta bukan untuk jadi malaikat (the perfect beauty)dan bukan juga untuk menjadi setan (the perfect beast)...kita mungkin adalah separuh dari keduannya, saya kira....berjiwa besar dan nekad seperti setan tetapi menjurus kepada jiwa malaikat (ie bersih dan ikhsan)....elok kita jangan jadi setan atau cuba bermatian-matian jadi malaikat...kita kena jadi manusia yang berakal waras!

(9) Amatilah sifat tekuyong dalam baldi....juga jangan lupa sifat semut dan lebah...pesan orag tua-tua...bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...ingat masa depan cucu cicit kita...bukan setakat kita dan anak-anak sahaja...

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.