Dunia semakin mudah. Suatu hari, dari Kampung, saya bersama nenek dan anak-anak singgah disebuah bank. Saya terus ke mesin ATM, jolok kad, keluar duit. "Mudahnya", kata beliau. "Pergi saja ke dinding, picit-picit, keluar duit. Dulu masa nenek muda-muda, kena turun awal pagi, kena digigit nyamuk, kena dimakan pacat, kena toreh getah awal-awal subuh. Seharian kerja, baru dapat dua puloh sen duit Jepun. Sekarang, engkau pergi je ke dinding, terus dapat duit merah-merah. Dah mudah dunia kita ni!" (Saya cuma khuatir juga nanti dia pergi picit dinding rumah....sampai robohpun duit tak keluar-keluar!)
(2)Sememangnya itulah pemodenanan hidup kita. Rasa saja lapar atau dahaga, pergi atau talipon saja ke KFC, McDonald, Pizza Hut, atau ke mana-mana vending machine, keluar segala macam minuman: Cocal Cola, Pepsi, 7Up, Sprite, dsb. Makanan ringan semakin hari semakin berlambak. Dari yang berjenama hebat sampailah meruku dalam bungkusan akhbar di kantin sekolah!
(3) Pokoknya, apakah khasiat yang ada pada semua minuman dan makanan ini. Tidakkah kerananya pelbagai masalah pemakanan sedang melanda masyarakat kita. Kegemukan (obesity), karang batu, kanser, dsb yang akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan lain yang menyusahkan diri dan keluarga. Paling tidakpun, mengurangkan daya gerak kita. Perlahan-lahan kita membunuh diri sendiri. Apakah hukumnya?
(4)Apa tah lagi, kerana terlalu sebok, dial saja toko jualan makanan ini, buat hidangan sekeluarga. Mudah, cepat, murah, enak! Hebat! Keluarga modern katakan! Tapi....elok kita imbas zaman dua ke tiga generasi kebelakang....
(5) Dulu-dulu zaman nenek moyang kita, mereka masak sendiri apa juga yang hendak dimakan/minum. Masa itu, terutama semasa menyediakan makan tengahari dan malam, semua kaum hawa (kecil, besar, tua, muda) berhimpun di dapur. Atok, ayah, abang, adik2 lelaki sesekali buat kacau juga. Tak kisah, semuanya ada tugas masing-masing. Ada yang siang bawang, potong sayur, tumbuk belacan, parut kelapa,....yang duduk-duduk jadi tukang tuding, yang kecil menangis, ketawa...semuanya ada. Macam-macam ada! Riuh rendah serumah. Seronok. Satu keluarga. Akrab. Ya lah memang ini zaman dulu-dulu, banyak masa, tak banyak kerja...tak kalut katakan... tetapi, yang tersiratnya....
(7)Kalau bila lapar dok asyik dial nombor KFC/Pizza/McD..atau apa-apa saja, atau dok beli nasi bungkus...akhirnya apa jadi? Tidakkah kita sebenarnya perlahan-lahan sedang membunuh budaya dan pemandaian (creativity) kita? Hidup kekeluargaan kita semakin berkurangan. Pemandiaan kita semakin luput, anak-anak kita sudah tidak reti nak anyam ketupat, uli tepung, buat lempeng sagu,......apa-apa saja, semuanya belilah. Mudah. Ringkas. Cepat. Tapi sedap dan berkhatnya ada ke? Kenapa harus kita biarkan....arus pemodenan dan kemudahan ini membunuh diri (kesihatan) dan budaya kita?
(8)Kalau kita berhenti melanggani semua ini, saya pasti....contohnya: satay kita akan menjelma dalam pebagai rupa dan bahan buatannya...bukan setakat daging, ayam, mungkin satay ikan, sotong, kerang, ketam, udang, dsb nya akan timbul. Begitu juga dari segi kuahnya, pasti pelbagai. Maka kepemandaian kita pun akan terus meningkat. Bukan setakat membuat makanan, bahkan kita pun mulai berfikir dan berusaha mencari kaedah-kaedah pembuatan ynag lebih bersih, cekap, sihat, dsb. Semua ini, pastinya membantu dalam mengembangkan ekonomi tempatan kita.
(9) Paling mendukacitakan, semua makanan/minuman segera yang berjenama ini, semua para pengusahanya akan dikenakan royalty. dan royalty ini, sebahagiannya digunakan untuk membiaya penganyiayaan rakan-rakan kita yang tertindas di serata dunia. Tidakkah kita terfikir, tangan kita yang menyuap segala makanan dan minuman seperti ini adalah juga tangan-tangan yang bersubahat menganyiaya rakan-rakan kita ini. Apa pula hukumnya ini?
(10) Janganlah kita terus seronok membunuh budaya, pertumbuhan pemandaian dan rakan-rakan kita yang telah semakin sengsara. Hindarilah semua makanan/minuman/benda-benda ini. Tak apa, SEDIKIT-SEDIKIT, LAMA HAKIS JUGA!
(11) Langganilah Nasi Dagang, Keropok Lekor, Satay Kajang, Ayam Percik, Martabak,.......ayuh kita tekad membina bangsa dan negara kita. Elok kita mulakan segera, SEDIKIT-SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment