Latest Postings
Loading...
May 14, 2018

1/5/18 KE MANA SARAWAK.... mengukuh bersama PH atau karam bersama BN? (DRAFT)

Keputusan PRU 14 sangat mengejutkan banyak pihak. Bahkan di pihak Pakatan Harapan PH juga sangat mengejutkan. Di pihak Barisan Nasional BN, mereka sekali-kali tidak menduga bahawa mereka akan mengalami kekalahan yang sangat teruk terutama di Negeri Sembilan dan Melaka. Kecintaan Melayu ala UMNO dan Islam ala PAS, telah sebahagian besar Melayu sisihkan. Semua atas satu faktor, sepertinya pesanan SAW bahawa "kemiskinan itu pasti membawa ke kufuran". Keresahan rakyat mengatasi segala-gala. Masalah perumahan, masalah kemudahan sosial, masalah saraan hidup yang kian membebankan, dan apa lagi peluang-peluang untuk mencari kehidupan makmur kian terhakis, maka akhirnya rakyat hilang kesabaran dan kesyukuran. PH di bawah Mahathir telah berjaya membawa rakyat untuk menggunakan kuasa mereka. PH telah berjaya menyedarkan rakyat akan kuasa mereka. Rakyat memilih apa yang mereka yakini.

(2) Dalam PRU 14 9 Mei, 2018 Allah telah mengerakkan hati rakyat Malaysia untuk memilih: PH menguasai Pantai Barat Malaya, PAS menguasai Kelantan dan Trengganu, BN menguasai Pahang, Perlis dan Sarawak dan Warisan menguasai Sabah. Kini terpulang kepada kelompok-kelompok ini untuk membentuk halatuju bahkan tindakan masing-masing. Secara tiori, itulah asasnya. Namun, saya berkira, rakyat dalam keadaan bila mereka membuat keputusan dengan suasana unfairly informed, maka kemenangan yang dicapai oleh pihak-pihak yang bertanding di dalam PRU 14 9 Mei, 2018 lepas saya yakin bukanlah suatu keputusan mutlak rakyat. Mereka memilih hanya berteraskan maklumat yang penuh kesamaran. Namun saya berkeyakinan pemilihan oleh rakyat punya hanya satu tujuan iaitu bahawa mereka memilih mereka yang mereka yakini boleh membawa kehidupan yang sejahtera dan makmur kepada mereka. Rakyat memilih demi kepentingan masa depan mereka. Rakyat tidak memilih dengan niat agar mereka dipermain dan atau diperkudakan. Namun, salah-benar pilihan rakyat tergantung kepada hahap kesaksamaan maklumat yang ada pada mereka.

(3) Namun apapun, Negara ini akan menyaksikan Model Baru Tadbirurus di peringkat persekutuan iaitu Ala PH dan di negeri-negeri pula akan wujud Model Urustadbirurus Ala PAS, ala UMNO-BN, ala State Centric Sabah dan ala Sarawak. Mudah-mudah Tadbirurus ala PH akan membawa Malaysia ke jalan yang lebih saksama. Kerajaan yang saksama, amanah dan telus adalah intipati utama bentuk Kerajaan PH seperti yang telah dijanjikan. In Shaa Allah, di bidang politik kepartian pula, akan muncul beberapa Model Pengurusan Parti akan berlaku di Negara ini. Dalam tulisan ini, saya akan cuba menduga bentuk Urustadbir Negeri Ala Sarawak. Saya memilih Ala Sarawak atas dasar bahawa Sarawak masih sangat-sangat memerlukan biaya pembangunan yang sangat tinggi. Model Ala Sarawak juga saya kira akan menyerupai ala Warisan Sabah. Di Sabah, Warisan bukanlah sebahagian dari PH, jauh sekali sebagai BN. Warisan adalah kepartian secara Wilayah Sabah. Di kebalakangan ini, Sabah dan Sarawak mempunyai suatu matlamat perjuangan yang serupa iaitu pengembalian kedaulatan Wilayah Sabah dan Sarawak, maka kekalahan BN di peringkat Pusat, namun kekal di Sarawak adalah suatu pertunjuk dari Allah agar kita berubah. Ke mana perubahan politik Sarawak juga sebetulnya tidaklah susah dan tidak harus sekali-kali membingungkan Abang Johari. Jika Abang Johari bersih dan beramahan dalam sistem pengurusannya, tiada apa yang harus dia gusarkan apa lagi dalam dilema. Sebetulnya, Allah telah merintis jalan buat pilihannya.

(4) Kelantan selama 20 tahun silam diurus oleh PAS. Akibatnya Kelantan tersisih dari arus perdana politik dan pembangunan kebangsaan. Kelantan menjadi tercorot. Sabah juga suatu masa dahulu pernah sebegitu, dan Sabah menerima akibat yang sangat tidak baik. Kini, PH telah menang besar di Malaya, dan saya yakin UMNO akan terus bergolak untuk seketika dan PH terutama Bersatu akan mengukuh, maka sebahagian dari UMNO malah PAS akan terserap ke dalam Bersatu. Warisan di Sabah juga akan menjadi wadah hijrah UMNO Sabah. In Shaa Allah betul cara, UMNO Sabah akan semua terserap ke dalam Warisan. Di Sarawak, DAP dan PKR kian mengukuh serta kian melebar sayap untuk mengantikan pengaruh SUPP, PRS dan SPDP. Hanya PBB belum tergugat di Sarawak. Kepada saya, SUPP sudah beyond repair. Kaum Cina di Sarawak sedang memihak kepada DAP, cuma masa dan keadaan saja menanti tsunami mereka hijrah berleluasa ke DAP. PKR dengan bermain isu tanah dan perbezaan tahap pembangunan wilayah di Sarawak, juga sedang meruap ke kawasan-kawasan pedalaman. Apa lagi pergolakan di dalam PRS dan SPDP akan menjadi faktor kebosanan rakyat pribumi bukan Melayu untuk perlahan-lahan hijrah ke PKR. Kedua-dua DAP dan PKR Sarawak adalah anggota penting PH, biarpun mereka dikatakan sedikit berlainan dari PKR dan DAP Malaya. Kini mereka sedang bertarung dengan Mahathir untuk mendapat tempat di dalam kabinetnya. Apakah sikap Mahathir nantinya? Apakah kesannya kepada rakyat Sarawak?

(5) Dalam PRU 14 lepas, BN Sarawak sebetulnya telah gagal menjadi kubu kuat BN. BN Sarawak jauh lebih gagal berbanding pada masa Taib dan Adenan. Namun kegagalan ini bukanlah kegagalan mutlak, sebaliknya adalah kegagalan yang memerlukan Abang Johari untuk berfikir secara matang, jauh dan lebih tepat. Saya mengira, BN Sarawak boleh kekal di peringkat Negeri. PKR dan DAP Sarawak yang telah membentuk ciri Sarawak Centric berbanding dengan PKR dan DAP Malaya, pasti sukar untuk mahu bersama BN Sarawak bagi membentuk Kerajaan Negeri. Sama halnya bagi BN Sarawak. Rakan-rakan dalam BN Sarawak pasti tidak ingin melepaskan kekuasaan mereka kepada DAP dan PKR untuk berkongsi kuasa. Ego politik pasti akan melewati kepentingan rakyat. Maka, biarlah BN Sarawak kekal sebagai "BN Kerajaan Negeri" sedang di peringkat persekutuan, demi rakyat dan Negeri, BN Sarawak mesti akur untuk bersekutu dengan PH Pusat. Pilihan lainnya, BN Sarawak boleh saja dijenamakan sebagai katalah Barisan Negeri, State Front ie BN Sarawak bukan lagi dikenali sebagai Barisan Nasional tetpati Barisan Negeri. Ideologi berpolitik demi kepentingan rakyat dan Negeri harus mendahulukan apa-apa kepentingan lain. Secara ringkas, saya sangat berharap setidak-tidak BN Negeri kekal di peringkat Negeri tetapi mereka harus menjadi sebahagian dari Kerajaan Pusat. Dengan ini bermaksud, tiada perubahan di peringkat Negeri tetapi di peringkat Pusat, BN Sarawak harus menduduki Kabinet Pusat. Untuk membina Sarawak, kita tidak boleh berada di luar Kerajaan Pusat apa lagi bermusuh dengan Pusat, melainkan jika kita mahu jadi Negara Merdeka tersendiri. Jika Sarawak memilih untuk merdeka, boleh sememangnya boleh namun korbannya pasti berat.

(6) PH telah menjanjikan Sarawak boleh mendapat sehingga 20 peratus dari royalti minyak. Itulah perjuangan kita, maka dengan bersama PH In Shaa Allah kita tidak perlu bertempur untuk mendapatkan 20 peratus tersebut. Sebegitu juga kehendak kita untuk mendapatkan sekurang-kurang 50 peratus kutipan cukai di kembalikan kepada Sarawak, itu juga seperttinya tiada masalah kepada PH. Pokoknya, PH sedia berlembut dengan Sarawak dalam tuntutan hak kita, maka kita tidak boleh melepaskan peluang yang ada. Cuma dalam menuntut, saya berdoa, kita tidak terlalu mengikut nafsu.

(7) Cuma sebagai tanda hormat kita kepada terutamanya Mahathir, mereka yang pernah mengeluarkan kenyataan politik tidak tepat, tidak matang dan kasar saya kira perlulah mereka ini memohon maaf secara terbuka. Tidak wajar kerana untuk menang kita melupakan tatabudaya Melayu yang menjadi warisan dalam menjaga kelestarian Melayu khasnya. Jika mereka punya harga diri yang baik, wajar saja mereka berundur diri, khususnya bagi meremajakan PBB khasnya. Jika mereka terus berada dalam politikpun, tiada apa yang BN boleh tawarkan kepada mereka. Mereka setakat yang saya tahu, mahu terus berada dalam politik lantaran berkira BN akan terus berkuasa di peringkat Pusat dan mereka akan terus menikmati kedudukan yang mereka nikmati. Kapal sudah bocor, tiang seri layar sudah patah, dayung dan pengayuh juga telah patah, sang nakhoda juga sudah kabur tiada apa yang boleh mereka harapkan lagi. Wajar saja berundur diri. Saya tidak nampak sumbangan sangat berkesan mereka kepada kehidupan sejahtera dan kemakmuran rakyat. Jumlah mereka ini tidak banyak. Tidak sampai hitungan sebelah tanganpun. Kepada saya, PBB akan lebih remaja dan matang tanpa mereka. Wajar Abang Johari mengambil kesempatan ini untuk meletakkan PBB dan BN Negeri pada tahap yang lebih baik dari warisan yang sedia ada. Cukup kita belajar dari kesilapan pihak lain untuk memastikan kita akan lebih berjaya.

Kuching, Sarawak
14 Mei, 2018

0 comments :

Back To Top