Latest Postings
Loading...
Oct 29, 2015

5/10/15 RTM LAMBANG SAIKOLOGI MELAYU...... bangsa apa yang sedang kita bina? (DRAFT)

Tiga tahun lepas, saya punya peluang agak luas untuk mengikuti Program TV dan Radio Awam kita. Bilamana sudah tidak lagi menjawat jawatan awam, saya punya waktu untuk tidak perlu menghabis masa untuk mengkaji dan berfikir bagi melangsai segala bebanan tugas demi Negara. Tanggungan keNegaraan saya sudah amat ringan. Lantaran itu, saya banyak menghabis masa memerhati dan cuba berfikir, lalu menulis apakah yang seharusnya kita lakukan jika Negara ini, dan khususnya untuk menjadikan bangsa Melayu suatu bangsa besar terhormat. Salah satu bidang yang saya cuba perhati adalah tentang peranan, khususnya RTM yang seharusnya menjadi Jambatan Perpaduan dan Sebaran Saksama Maklumat Nasional. Lihatlah pada asas peranan strategik RTM seperti saya turunkan berikut: Vision: To be the country's prime and dynamic organization with a world class broadcast standard in upholding The “1 Malaysia” Concept”; Mission: To transmit radio and television information and entertainment programmes of a competitive standard that caters to the varied needs of the audience using the latest technics while fulfilling the nation's vision; Objective: Becoming a pioneering nation builder through broadcasting service in upholding the "1Malaysia Concept. Benefiting information technology and new media ideas for the public maximum viewers; Usage of Bahasa Melayu as a national Builder. Namun, apa yang saya dapati, dan saya yakin Radio Nasional, sudah tengelam oleh siaran pelbagai FM, khususnya Hot FM dan yang serupa. Meraikan kepelbagaian sudah mati di Radio kita. Minat rakyat terhadap siaran Radio Nasional saya kira sudah mati. Cuma Program TV Awam kita masih agak bertahan, khususnya di kawasan luar bandar, bukan kerana apa tetapi atas faktor kewangan. Jika di kota-kota khususnya di kalangan Kumpulan Menengah, saya yakin Program TV RTM khasnya sudah kurang ditonton. Jika ditontonpun cuma atas keperluan sedikit sahaja, contohnya Berita Perdana. Selain dari itu, saya yakin kalangan menengah sudah beralih kepada siaran Saluran Berbayar.

(2) Saya merasa TV kita sudah berjiwa kapitalis juga tetap ingin kekal feudalis. Berjiwa kapitalis lantaran mereka tersangat ingin untuk berebut penonton. Penilaian accounting lebih penting dari pertimbangan Nation Building. RTM seperti berebut untuk mencari untung, dan keuntungan itu dinilai pada Ringgit. Wang Rinngit sudah mengjadi hambatan RTM. Tonggak asas RTM seperti yang dinyatakan oleh pernyataan strategik mereka, sudah tidak selari langsung dengan hakikat penyampaian mereka. Lantaran itu, nilai-nilai komersil harus dijadikan asas kepada penentuan corak persembahan. Mereka tidak punya cara lain untuk menarik minat penonton selain cara komersil murahan sebetulnya. Sepertinya para karyawan di RTM sudah sesak fikiran tentang cara untuk menarik penonton. Bagi para karyawan di RTM, nilai komersil harus bersifat menghibur, rengan-rengan, glamour. Penonton, rakyat Malaysia harus dirasuah dengan hiburan. Program TV kita penuh hiburan. Hiburan yang tidak perlukan kita berfikir, sekadar tonton dan gelak dan atau gedik menjadi pilihan. Program-program yang menjadi kegilaan Generasi Y dan Z menjadi unsur utama  yang diketengahkan dari program-progam yang boleh membentuk sifat-sifat keNegaraan dan moral Generasi Y dan Z ini. Kerakusan atau kealpaan nafsu dan ego Generasi Y dan Z RTM layan dan massage baik. RTM banyak menonjol Program berunsur Syok Sendiri. Jika tidak percaya, cuba buat Kajian, apakah yang paling Generasi Y dan Z paling perolehi dari siaran TV juga Radio kita? Selain boleh bercakap hebat tentang hiburan apa lagi yang para penonton TV kita mengerti? Apa mungkin, contohnya, berapa ramai tahu tentang habitat dan perangai Orang Utan? Kenapa Orang Utan itu penting, serta bagaimana harus Orang Utan itu boleh menjadi keuntungan Negara? Apa lagi tentang memelihara ayam kampong, kerbau, atau membela kaloi untuk dijadikan bahan komersil menguntungkan? Jangan ditanya, keadaan hidup penanam sayur di Kundasang, juga Bario atau kehidupan Melayu di perbukitan Bentong? Cuba tanya apa yang mereka mengerti tentang penanaman sawit, getah, padi, kelapa, koko, kenaf, rumbia dsb. Apakah mereka akan tahu teknik juga keberuntungannya? Semakin parah kalau ditanya tentang apa maksud dari segala seni ukir dan seni bina Melayu. Cuba tanya tentang kemudharatan McDonald, Pizza, Starbuck, Carefour, Tesco, Jusco dsb, apakah cara penilaian mereka selari dengan sikap mahu membina Negara? Pokoknya, penekanan pencarian ilmu serta pembentukan sifat ke arah membangun bangsa besar tidak RTM tonjolkan hebat. Yang mereka tonjolkan adalah seolah-olah Melayu sudah menjadi bangsa besar sedang di sisi lain Melayu sering dilaung-laungkan sebagai bangsa masih kerdil. Lagu dan irama, RTM perdengarkan sebagai dua perkara terpisah.

(3) Jika disorot dalam-dalam, kebanyakan Program Hiburan TV Negara jelas mengambarkan saikologi Melayu yang ingin segalanya mudah-mudah penuh angan-angan. Sangat jarang Program TV kita menyorot tentang perit getir perjalanan untuk mencapai ke sesuatu puncak hidup dan kehidupan. Tumpuan persembahan lebih kepada mempamir kehebatan hasil akhir dari menunjuk jalan ke arah kejayaan. Kita tidak berminat untuk mendalami tatacara pengolahan sesuatu perkara. Cara RTM dan kehendak saikologi Melayu adalah result tanpa peduli cost and process. Sebabnya, itulah gaya politik dan pengurusan Melayu. Gaya politik dan pengurusan yang bersifat sudah kebelet baru mencari tandas. Kesannya, dayacipta bangsa Melayu kian memudar dan tipis dan pembaziran dan ketak cekapan berleluasa.

(4) Bila saya mengatakan betapa RTM juga masih segar mahu mempertahankan feudalisma maksud saya adalah RTM sangat gemar menonjolkan politik ketuanan. RTM terlalu berpolitik. RTM merngasak agar UMNO mesti diterima sebagai tuan semua kelompok politik di Negara ini. Yang diperjuangkan oleh RTM adalah mutlak benarnya pimpinan UMNO. Seolah-olah seluruh Negara berhutang mutlak kepada UMNO tentang segalanya. Sepertinya tanpa UMNO, tiada Malaysia. Tanpa UMNO tiada Islam. Tanpa UMNO tiada segala macam kejayan di Negara ini. Rakyat seperti diminta bersujud patuh kepada UMNO seoalah-olah UMNO adalah Tuan yang memberi mengadakan segala buat mereka, iaitu second to God mungkinnya kalau tidak God Himself. Namun apakah itu hakikatnya? Saya yakin tidak. Banyak cuba berkata, UMNO itu benar dan betul, dan benar-benar benar, sebetul-betul betul. Yang tidak benar adalah sebahagian dari pemimpin UMNO. Soal saya, mereka yang berkata sebegitu seperti telah meletakkan UMNO setaraf Islam. Mutlak benar. Apakah itu benar dan betul? Saya yakin salah. UMNO tidak mutlak benar dan betul. Biar sebahagian pemipin UMNO adalah tidak benar apa lagi betul, maka itulah hakikat menunjukkan UMNO tidak mutlak benar juga betol. UMNO memperguna RTM untuk mempamirkan kebenaran UMNO. RTM terlalu berpolitik. RTM sanggup hilang nilai professionalisma dan sanggup jadi kuda tunggangan mutlak. Pasti ada yang berkata, Parti pemerintah berhak ke atas itu. Soalnya, hak sebegitu atas dasar apa?. Hanya kerana ianya pemerintah? Saya kira itu salah. Salah lantaran, yang digunakan untuk sebegitu adalah atas biaya dari rakyat. Tidak semua rakyat adalah ahli UMNO. Paling jelek, RTM menjadikan rakyat terus-terus berpolitik. Rakyat, khususnya Melayu tidak berfikir lain selain berpolitik. Berpolitik untuk apa? RTM yakin, juga UMNO yakin, selagi Melayu berkuasa Melayu terjamin hidup mereka. Hidup sememangnya hidup, tetapi hidup macamana? Saya yakin RTM telah selama ini hanya mendidik Melayu untuk berpolitik meminta-minta dan mengharap. RTM hanyalah bermain politik untuk giving hopes dan banyaknya false hopes, bukan mendidik Melayu juga rakyat seluruhnya berilmu berkemahiran untuk berdiri bersama membina Negara. RTM gagal melaksanakan tugas penyiaran secara professional untuk menyatu rakyat bekerja bermoral untuk Negara. Ringkasnya fungsian Nation Building RTM gagal dan ianya menjadikan dirinya to sustain the fallacies of UMNO.

(5) Benar, RTM khususnya TV1 juga AL Hijerah banyak menyiarkan program berbentuk Islami. Cuba bandingkan dari 1960an, 1970an, 1980an, 1990an, 2000an, dan kini 2010an ini dari tahun ke tahun apakah perbedaan ketara tentang isi serta cara penyampian program-program Islami ini? Saya tidak nampak beda format apa lagi isinya. Sememangnya isi yang sama tetap sama, namun apakah ada kelangsungan isinya. Pengembangan pemikiran serta perluasan pandangan jarang sekali menjadi bahan yang harus RTM tekankan. RTM terus-terusan bercakap perkara-perkara yang sama, cuma oleh kelompok berbeda. Tajuk bicara terus-terus bersifat perkara pokok tanpa ada pengembangan sejajar dengan tahap perubahan demografi penonton. Sepertinya di dalam soal-soal Islami, RTM juga bersikap syok sendiri iaitu melepas batok di tangga janji buat, sampai atau tidak peduli apa. Akibatnya, apakah nilai moral Melayu kini semakin bertambah baik, atau sedang haprak? Kayukuran saya mungkin terlalu mudah, namun saya berkira sangat wajar. Contohnya, Melayu sangat jijik dengan babi. Namun adakah Melayu juga sangat jijik dengan rasuah?

(6) Paling saya kesali, RTM seperti menafikan Negara ini adalah Negara Majmuk. Di hutan, Allah tidak hanya menjadikan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan pula tidak semua adalah bunga-bungaan wangian. Sesungguhnya jauh lebih banyak tumbuhan di hutan yang dikira kurang bersahabat dengan manusia dari yang sangat berguna buat mereka. Juga di hutan, tidak semua haiwan di sana adalah kerbau dan lembu. Ada babi, ada buaya, ada ular, bahkan sebetulnya lebih banyak haiwan haram dari haiwan halal berada di hutan malah dalam lingkungan hidup manusia. Namun RTM seolah-olah melihat Negara ini adalah seperti hutan kebangan wangian dan dipenuhi hanya lembu, kerbau, rusa, kijang, ayam, dan itik. RTM seperti membutakan diri, betapa di taman penuh bungaan, yang mengindahkan taman itu, bukan sekadar kebangan mawar, namun ada berpuluh malah ratusan kembangan lainnya. RTM, atas kepentingan politik cara UMNO, menjadi buta, pekak dan bisu tentang fitrah kepelbagian di Negara ini. Cubalah, karyawan Melayu di RTM yang menerajui RTM apa lagi Menterinya, berfikir dan merasakan sebagai seorang rakyat India, Cina, Iban, Kedazan, Jawa, Bugis, dsb di Negara ini apakah kepuasan yang dapat mereka perolehi dari siaran khususnya di TV Negara ini? Apakah kesaksamaan telah tertunaikan? Cuba lihat apa yang disodorkan di TV1 dan TV2 umpamanya? Kenapakah segala-galnya harus Melayu, Islam, UMNO?. Apakah mahluk lain bukan ciptaan Allah dan mahluk Allah? Apakah sikap Negara dalam memikul amanah untuk mengurus segalanya ke jalan baik?

(7) Sesungguhnya terlalu banyak kejangalan yang dipertontonkan oleh Siaran TV dan Radio Negara ini. Kejanggalan ini, biar dari sudut manapun ie melayu, Islam, Kenegaraan dan apa lagi kesegatannya adalah lambang kegagalan para pemimpin Melayu untuk memahami tugas mereka sebagi khalifah Allah. Mereka terus-terus bersikap pemimpin kapitalis-feudalis yang toktok. Biar sekarang, Menteri yang bertanggungjawab dalam soal sebaran am ini adalah dari Ti8mur Negara ini, namun dia hanya bermain politik demi kehebatan diri dan bukan atas berkecuali dalam mengempur gerakan membina Negara.

Kuching, Sarawak
29 Okt, 2015

0 comments :

Back To Top