.

5/7/14 HENTIKAN KERJA KEPOLISAN PAK PACAK.....tidakkah ada cara lainnya?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 25, 2014

Share

& Comment

Saya berasa amat hairan, saat tiba musim perayaan khususnya yang berkaitan dengan Melayu dan Cina, pasti banyak sekatan jalanraya dibuat. Yang banyak diperiksa adalah kenderaan persendirian awam. Apa tujuannya? Memang alasannya nampak logik untuk memastikan semua kendaraan punya Cukai Jalan, pemandu ada Lesen Memandu dan kenderaan tidak lebih muatan. Segala macam pemeriksaan pula dibuat ke atas kenderaan pengakutan awam. Itulah masanya hendak memeriksa apakah bas punya permasahan teknikal, muatan lebih, pemandu ada masalah dadah atau alkohol dsbnya. Sepertinya Road Block adalah sebuah bengkel bergerak JPJ. Semua ini menambak resah rakyat. Paling perit, saban tahun ianya semakin parah. Tidak berubah-ubah ke jalan lebih memudah dan mengamankan. Itu poko isunya.

(2) Saya ingin bertanya, Idris Jala, Menteri pakar GTP Mohd Najib, sudahkah membuat Lab untuk meneliti akan perkara ini agar bukan sekadar cekap dan kos berkesan tetapi lebih penting tidak menyusahkan rakyat. Saya kira GTP lab Idris Jala mengenai ini adalah tingkatkan jumlah anggota. Lagi banyak anggota, maka lagi cepat pemeriksaan dapat dibuat, jadi kecekapan jadi lebih baik. Memanglah betrul pada hitungan budak tadika. Namun, kesan kewangan bagaimana? Kesan politik, baguslah, lebih banyak pekerjaan akan dapat dicipta. Banyak pangkat baru boleh dicipta. Sebetulnya formula ini adalah sama dengan 1+1= 0 + 0. Inilah apa yang saya lihat kini sedang berlaku di pintu-pintu masuk Boarding di lapangan terbang kita. Saya yakin sebegitulah juga di tempat-tempat lain seluruhnya.

(3) Saya tidak mempersoalkan tentang tujuan segala ini dilakukan, saya mempersoal waktu dan mekanisma perlaksanaannya. Saban tahun kesesakan jalan raya sebahagiannya adalah akibat Road Block bermusim ini. Contohnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dalam keadaan biasa adalah sekitar 6-7 jam, namun saat menjelang musim perayaan ini boleh memuncak sehingga 18 jam. Ini adalah 300 peratus lebih lama dari biasa. Memang kesempitan jalan, serta curahan mendadak kenderaan pada waktu yang hampir sama boleh dipersalahkan, namun jika itu sebagai sudah sebab azalinya, kenapa harus pula ditambah dengan sebab-sebab lain? Saya tidak nampak Road Block yang tidak berunsur mencegah dan atau mengesan jenayah harus dijalankan pada musim perayaan. Untuk keperluan menangkap mereka yang tidak selayaknya memandu serta kenderaan adalah layak untuk berada di atas jalan, pasti ada jalan lain di waktu yang lebih baik dan tidak menyusahkan rakyat yang harus kita fikirkan. Saya mengira, rakyat akan faham jika kelajuan pacuan biasa dari 90-120KM/J akan berkurang kepada 60-90KM/J di waktu puncak, di mana waktu perjalanan akan meningkat sekitar 40-60 perastus dari biasa. Setidak-tidaknya rakyat mahu merasa mereka masih bergerak agak selesa tidak tersekat-sekat sekitar 30-40 KM/J. Maka wajarlah kita cepat-cepat belajar Mengurus Trafik dari terus bekerja seperti kita sejak zaman Dharurat Komunis 1960an dulu. Saya dapati Singapura punya sistem Land Traffic Management yang baik sehingga mereka boleh menawarkan perkhidmatan ke Eropah. Kenapa kita malu untuk belajar dan berubah?

(3) Saya yakin jika Negara ini diurus dengan baik, pasti rakyat baik-baik akan jauh lebih ramai dari yang nakal dan atau jahat. Mungkin tidak sampai  lima peratus dari mereka ini punya sikap tidak senonoh. Sesungguhnya betapa Allah dengan jelas menunjukkan perkara ini di dalam masyarakat burung. Lihat saja kelompok penguin, angsa, flamingo, pipit, dsb bilangan mereka boleh mencapai pulohan ribu namun hidup penuh damai. Namun tidak pada monyet dan kera kerana segala ketua harus didahulukan. Maka sebab itulah Allah menyuruh sesiap yang menjadi pemimpin agar memimpin dengan penuh amanah. Tidak kiralah di peringkat mana. Kalau contohnya Perdana Menteri sendiri dan apa lagi dikelilingi oleh mereka yang nakal dan atau jahat pasti akan lebih ramailah rakyat yang nakal dan atau jahat. Lihat apa yang berlaku di Filipina, Columbia, Greece, dsb. Bila pemimpin gila rakyat pasti gila-gila. Mungkin wajar Mohd Najib melihat Indek Nakal dan atau Jahat Rakyat sebagai KPI Reflection of his Good Governance. Maka untuk mengelak rakyat dari bersikap nakal dan atau jahat maka urustadbir Negara ini harus bersih dan sempurna. Saya bercakap sebegitu bila membanding sikap kita dengan contohnya di sebahagian negeri di Amerika, Kanada, Australia, Jepun, Jerman, New Zealand, Switzerland, dsb. Paling dekat adalah Singapura. Kerana tadbir urus Negara adalah baik, maka rakyat secara sendiri akan lebih berdisiplin. Saya mengira, asas pertimbangan negara-negara ini adalah mudah. Tidak ada manusia yang berminat berbuat jahat. Semua ingin jadi baik-baik,  Hanya segelintir yang suka berbuat sebegitu, maka yang ada cenderung ke arah itu harus dihukum paling berat. Saya mengira Israel dan masyarakat Yahudi paling keras dalam soal ini. Inilah sebetulnya, kias Allah pada Hukum Hudud yang seperti Mohd Najib dan rakan-rakan sangat takutkan. Sesungguhnya tidak ada rakyat yang suka mencuri, jika kehidupan mereka terjaga. Tidak ada Muslimin gemar untuk murtad jika lingkungan akhlak mereka terjaga. Tidak ada Muslimin seronok terus berzina, jika lingkungan zina itu musnah. Namun tidak dinafikan, tetap ada segelintir yang suka kepada yang tidak boleh. Di situlah MahaKebijaksaan Allah, mengadakan Hukum Hudud bagi unsur-unsur yang sangat memudaharatkan Ummah: curi, rompak, zina, dan murtad.Apakah sebenarnya kias Allah tentang ini untuk kita laksanakan dalam cara kita mengurus sistem pengangkutan kita?

(4) Kelantan adalah Negeri yang saban tahun akan dilanda banjir. Baru-baru ini, Pahang paling teruk dilanda banjir. Kenapa? Betullah, hujan lebat. Memang jelas sungai Kelantan dan Pahang cetek. Bila hujan lebat, pasti melimpah banjir. Jawapan itu semua betul. Cuma, itu betul di mata, tidak di otak yang Allah jadikan agar terus kita junjung. Sesungguhnya ada waktunya Allah mendidik kita pada jalan mudah. Namun saat otak kita buta, bisu, pekak pasti Dia akan mengajar kita cara payah. Fikirkan, saat hujan lebat, sungai-sungai kita sempitkan; apa akan terjadi? Saat saluran darah kita blockage apa kita buat? Saya yakin, sebahagiannya, Allah ingin menyatakan sesuatu musibah jangka panjang di atas musibah yang Dia datangkan untuk kita fikirkan jalan penyelesaiannya. Juga pengajaran Allah tidak terbatas pada suatu perkara, Dia hanya mahu kita berfikir dan berusaha, dan saya yakin Dia pada roh Rahman dan RahimNya, pasti setiap ketika siap menepati janjiNya.

(5) Dalam soal Transport and Traffic Management saya mengira pertamanya Undang-undang kita banyak lemah dan rasanya terlalu "kacang". Harus ada severe punishment seperti roh yang hendak disampaikan oleh Hukum Hudud. Sesungguhnya, Syariah Islam, ada yang berat, ada yang sederhana, dan ada yang sangat ringan sifatnya. Jika kita bijak, pasti akan kita dapati bahawa yang berat, seringnay mencakupi kepentingan kemasyarakatan yang sangat tinggi. Keduanya, perlaksanaan hukum juga tidak bersungguh-sungguh dan seringnya ada "leeway". Lantaran leeway ini maka ada yang terang-terang melanggarnya. Dalam perlaksanaan Undang-Undang dan Peraturan kita, kita menyediakan banyak lowongan untuk disalahgunakan. Sebabnya mudah, bila Hukum Hudud yang datang dari Allah kita takut dan permainkan perlaksanaannya, pasti hukum-hukum lain adalah "nothing, who care". Di snilah pentingnya Mohd Najib dan seluruh kuncu-kuncunya harus berani melaksanakan apa yang wajib. Ketiga, saya melihat kenapa harus Road Block dijadikan mekanisma untuk memeriksa segala? Kenderaan baik tidak baik hendak diperiksa di situ. Segala keperluan permit juga hendak diperiksa di situ. Apa tidak boleh kita adakan mekanisma lain. Tidakkah boleh kita jalankan di waktu lain? Kenapa harus di musim perayaan segala ini hendak dilakukan? Apa yang kita buat di luar musim? Tidakkah wajar di waktu musim perayaan kita manage and facilitate smooth traffic movement? Tidakkah perkara-perkara mekanikal dan pengurusan manusia khususnya yang melibatkan kenderaan berat dilakukan secara in situ? Keempat saya melihat Pendidikan Kepenggunaan Jalanraya sudah kian pupus. Sekolah sudah tidak menjadi wadah bagi mendidik bangsa depan ke jalan berdisiplin. Apa lagi media massa kita, sudah jauh dari sifat membantu membina bangsa Negaranya. Soal pendidikan tidak penting buat media massa kita. Kita benar-benar sudah lemas dalam dunia Kapitalisma. Saya menghitung, lantaran Kementerian sudah berlambak-lambak, serta Jabatan lebih taat kepada Kementerian masing-masing, dan apa lagi celakanya bila Menteri pentingkan kedudukan politiknya dari membina bangsa Negara, segalanya menjadimonyet dan kera di hutan. Saya melihat, kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) juga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sudah kian kecairan kuasa akibat minat budaya berpolitik sempit yang sedang hebat kita amalkan. Konsep pengurusan bersepadu, saling mendokong sudah jauh hanyut dalam segala hal.

(6) Mungkin wajar bagi Mohd Najib dan para kuncu-kuncunya bersama pakar-pakar alami dan tafsir Al Quran ke khutub utara atau selatan, dan belajarlah dari segala burung dan binatang serta tumbuh-tumbuhan di sana tentang cara mengurus hidup agar semua dapat bahagian dan hidup secara aman makmur. Sesungguhnya, keindahan pada flaminggo, angsa, penguin, segala tidak pada warna-warna mereka, namun adalah pada susun tatacara kehidupan mereka. Allah menjadikan mereka cantik pada sifat fizik, agar manusia juga harus berminat pada ciri-ciri budaya kehidupan mereka. Namun, jika ada di antara kuncu-kuncu Mohd Najib suka berfikir dan menyelidik, pasti akan ada yang berkata; "Tidakkah Allah menjadikan alam tropika itu lebih dari segala? Para semut, anai-anai, para cacing, dan para lebah, pada sarang mereka, tidakkah mereka menunjukkan gaya pengurusan pergerakkan massa yang sangat cekap?". Sesungguhnya, maksud Allah "Aku turunkan para 'persuruhKu' di kalangan kamu, agar mudah kamu mengerti" apakah mengerti akan kita maksud luasnya? Sesungguhnya, bilamana yang kita perbuat adalah tidak demi kepentingan Ummah iaitu mengurus tanggungjawap kita secara beramanah agar semua manusia akhirnya mensyukuri nikmat Allah, maka banyak galang pasti akan kita hadapi. Saya mengira, Mohd Najib telah tiba masanya untuk berhenti berpolitik buatlah kerja pada penuh tuntutan professionalisma. Saya ingin melihat para Pak Polisi kita punya kerjaya yang mereka dan rakyat hargai dan hormati, bukan sekadar Pak Pacak di mana-mana yang tidak seharusnya.

Somewhere Allah will me be
25 July, 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.