.

15/12/11 HIDUP DI AKHIR JALAN..

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 27, 2011

Share

& Comment

Malam tadi saya makan bersama seorang Pegawai Negeri Kelantan yang amat kanan. Tujuannya adalah kerana saya rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu buat kepentingan anak-anak Kelantan dan Pattani. Rasa ini terpendam lama dalam diri saya kerana selepas mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sedarjah semasa saya anak-anak sekolahan di sini, saya dapati kehidupan sebahagian dari mereka belum berubah sebagai oarng tua mereka 30 tahun terdahulu. Anak konduktor bas, tetap menjadi kondukter bas. Anak penjual Nasi Dagang, tetap menjual Nasi Dagang. Banyak dari teman-teman saya sebenarnya adalah guru, biar status baktinya amat penting buat bangsa, namun status sosialnya tetap sama sedari dulunya.

(2) Pegawai ini sebetulnya tidaklah terlalu tua usianya, baru awalan 50an. Sebelumnya saya bertanya kepada teman-terman yang mengaturkan pertemuan ini mengenai Pegawai ini. ternyata, apa yang digambarkan jauh meleset dari apa yang dinyatakan. Dia kelihatan haggled layu, letih, tidak bersemangat. Bicaranya amat perlahan. Matanya bila berbicara hanya tunduk seperti menanggung kesal dan kekecewaan yang amat dalam. Dari gerak badan, cara duduk, kumat kumit bibir bila berbicara, riak wajah, saya cuba membaca alam fikirannya. memang ternyata, dari soal-soal pokok yang saya ajukan, kekecewaannya adalah sangat dalam.

(3) Dia kecewa kerana terlalu banyak yang telah di rencana untuk kepentingan bangsanya tidak dapat dilaksanakan. Pelabur tidak datang. Pegawai yang bertanggungjawap tidak pushing dan kreatif. Bila sesuatu Projek hendak dijalankan, banyak suka mencantas, cas keting dalam istilah Kelantan. Pokoknya, rasa iri telah menjadikan jentera yang sepatutnya berbaktui kepada rakyat lumpuh menanti rebah.

(4) Pastinya, ada pihak yang seronok melihat semua ini. Namun, atas sifat ekhsan apakah sikap sebegini harus terus wujud. Soalnya, seharus berapa lamakah rakyat yang perlu dibela harus terbiar minsir, merangkak sendiri. Bayangkan, rakyat yang telah uzur, jika mereka terus-terus dinafikan hak mereka, jika mereka secara kebetulan mati sebelum hak mereka tertunai, apakah pandangan Islam mengenai mereka yang secara sedar dan tidak sedar bersekongkol dalam menafikan hak-hak tersebut?

(6) Inilah kelemahan kita bila, profesionalisma kita telah berbaur kekejaman halus. Kita mungkin profesional di dalam laku politik, pentadbiran, perdagangan, dsb berasaskan ttembolok bernafsu, namun adakah kita telah menjadi profesional Muslim. Saya amat tersentuh oleh wujudnya sikap-sikap kekejaman halus yang terus melanda masyarakat Melayu Islam Kelantan. Saya juga merasa amat kesal melihat betapa sesama Melayu Islam lewat pelbagai batas politik, PAS, PKR dan UMNO, kita saling membunuh secara halus dan perlahan. Kenapalah hati kita terlalu keras dan busuk untuk sadar dan ingat akan Sejarah Kemusnahan Emapayar Islam Abbasiah, Umaiyah, Ottoman, dan Anadalusia. Perlukan Noh lahir kembali untuk menengelamkan dunia ini, membersihkan semua dari jalut malut ini?

(7) Iktibar yang saya dapati dari pertemuan ini adalah, betapa diri akan cepat dimamah usia bila hati kita sentiasa samada kecewa dan atau menerima kegagalan sebagai kekalahan tidak berbalik. We are killling ourself softly once we flooded our heart with sorrow and accepting glitches as defeat with no return. Maka di sinilah, seharusnya kita terus meneliti akan sifat Sayidina Ali Abi Thalib, Saidina Hamzah, dan mereka yang sanggup mati demi profesionalisma Muslim yang ada dalam jiwa mereka. Hanya akal dan dada yang terbuka akan menjadikan Allah simpati atas perjuangan profesionalisma kita.

(8) Jika kita percaya, hujan ada teduhnya. Bah ada keringnya. Pasang ada surutnya. Lapar ada kenyangnya. Malam ada siangnya. panas ada dinginnya. Saya yakin, galang ada lapangnya. Allah hanya menguji dan kita mesti terus berdiri dengan akal dan rasa lapang dan kreatif. jangan sekali-kali kita melihat segala galang adalah bagai hidup di hujung jalan. We must fight with all our intelligent.


Kota Bharu, Kelantan
27 Dec., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.