Sejak empat ke lima bulan lepas saya berkeliling ke seluruh pelusuk Negara. Tujuan lawatan saya, adalah untuk menyakinkan diri saya, tentang kemungkinan status Majunya Negara. Pada tahun 2020, Negara harus mencapai taraf Negara Maju. Pada takrifan pada 1990 dulu, kita hanya mensasar sebagai Negara Maju pada 2020, dengan acuan sendiri, namun sejak 2015 saranan ini telah berubah kepada Negara Maju Berpendapatan Tinggi. Acuan kita pastinya adalah Barat. Berpendapatan Tinggi? Apa mungkin jika tercapai kedudukan Negara Maju Berpendapatan Tinggi maka Melayu khususnya akan juga berpendapatan tinggi? Jika Negara Berpendapatan Tinggi sedangkan Melayu tidak, maka apa tidak mungkin akan menjadi pengemislah Melayu? Tidakkah jika itu terjadi, maka kuasa politik Melayu juga akan turut jadi miskin, mengemis? Jika Melayu Berpendapatan Tinggi seiringan Negara, maka pasti akan jauh lebih majulah Negara. Namun, akan tercapaikah itu menjelang 2020 dengan keadaan politik Negara dan ekonomi serantau yang tidak ketentuan kini? Itulah persoalan-persoalan pokok yang sedang berligar di kepala saya.
(2) Lawatan muktakhir saya adalah ke seluruh persisir Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang. Alhamdullilah saya mendapat gambaran agak jelas tentang keadaan Negara dan Melayu berbanding 1980an, 2000an, dan 2016. Pada 1980an, saya hanyalah seorang pelajar yang ikut-ikutan rakan-rakan ke kampung-kampung di Pantai Timur juga Negeri Sembilan dan Johor. Pada masa itu, tidak perlu diceritakan tentang kepayahan kehidupan Melayu; sememangnya di mana-mana kebanyakan Melayu adalah susah. Diri saya dan rakan-rakan memang banyak yang sengkek-sengkek. Pada tahun 2000an saya adalah penjawat awam yang berkeliling cuba mencari model pembangunan yang boleh diterima pakai dalam memajukan terutama kawasan luar bandar di Sarawak. Model yang paling saya minat adalah IADP dan Pembangunan Wilayah. Kini saya berkeliling lantaran saya ingin mencari ruang untuk kembali berfikir dan berusaha aktif demi Melayu. Apa yang saya dapati adalah keresahan melonjak di kalangan Melayu kota juga anak-anak muda. Lantaran itu, saat terlihat akan keadaan Melayu kini, maka banyak persoal timbul di kepala saya. Salah satunya adalah Jikalah Razak-Mahathir itu tidak pernah wujud, agaknya Melayu bagaimana jadinya?. Saya bercadang untuk menulis tajuk sebegini secara ringkas untuk membawa kembali khususnya Melayu ke zaman lampau dalam kita hendak mengasak agar Melayu terus terhormat.
(3) Pada tahun 1970an, pada usia anak-anak, saya berkesempatan menggunakan Jalan Bentong-Kota Bharu. Bayangkan, pada masa itu, jalannya sempit, bengkang bengkok melewati juram-juram yang mengerikan. Seringnya bas-bas akan melewati kawasan ini di senja hari atau awal malam. Maka rasa takut agak terpadam dalam kegelapan malam. Namun kini LebuhRaya Setengah Timur-Barat merobah banyak, khususnya di kawasan jajaran Bt Cave-Kuala Lumpur. Kawasan-kawasan ini bahkan melimpah dari Kuala Lumpur ke Nilai sudah berubah menjadi Kota Metro Kuala Lumpur yang hebat. Cuma, saya perhatikan, di mana-mana Melayu tetap tinggal sebagai Kuasa Ekonomi Consumer yang hebat dari menjadi Kuasa Ekonomi Producer. Jikapun Melayu adalah producer seprti penanam padi, getah, malah buah-buahan dsb, mereka sekadar too minor contributors kepada biar kesejahteraan hidup mereka sendiri. Minggu sudah saya pergi ke kawasan Bentong, khusus di Kampung Janda Baik. Nuansanya sememangnya amat indah. Scenic dan segar. Namun, melihat keadaan masyarakat Melayu di situ, biar mereka hanyalah sekangkang kera dari Kuala Lumpur bahkan Batu Cave atau Selayang, mereka tetap sepi seolah-olah Menteri Besar Pahang dulu-dulu dan kini masih enak tidur tidak berupaya membangkitkan semangat membina pada mereka. Saat singgah makan di warung pinggir jalan, di situlah saya terfikir, jikalah Mahathir tidak pernah ada, agaknya Melayu sehingga kini jadi bagaimana? Saya juga ada melalui jalan lama di Persisir Trengganu-Pahang. Di situ, saya melihat lautan sawit, juga melewati kampung-kampung tradisi Melayu yang masih scenic tetapi payah. Di sana saya menyoal, jikalah Abdul Razak Husein tidak pernah ada, agaknya semua itu siapa yang punya?.
(4) Di saat berkeliling di Pulau Pinang, kebetulan saya singgah makan di Restoran milik seorang rakan lama. Tempatnya disebut sebagai Seberang Jaya. Dalam perjalanan ke Yan-Kuala Muda, saya sempat berkeliling di kawasan bernama Permatang Pauh. Di situ hati saya benar-benar sebak melihat akan nasib Melayu. Mereka kian berasak bagai koloni bakteria dalam pateri percubaan di makmal. Dulu mereka punya pemimpin yang gagah berkuasa, apa mereka dapat? Kini mereka punya pemimpin Melayu yang sama, tidak berkuasa, terpenjara, mereka kian menuju jalan payah tidak dipedulikan. Saya berkira, pemimpin Melayu Pulau Pinang biar siapapun mereka, Melayu ke atau separuh Melayu ke, minat mereka adalah pada Boria. Yang setengah Melayu boria mereka hanya untuk menjaga kepentingan perniagaan di kalangan mereka. Mereka tidak peduli akan Melayu-Melayu petani, Melayu Nelayan, Melayu kuli. Inilah Melayu berkempimpinan Boria. Di kawasan Yan-Kuala Muda, Kedah, Melayu di sanapun Melayu sedang terus enak dibuai angin laut dan bendang sawah. Berapa banyak Pegawai Daerah dan Menteri Besar Melayu harus terus terlahir, maka barulah Yan-Kuala Muda mulai bangkit mengeliat? Bila bersembang bersama kawan-kawan lama apa yang saya dapati pembesar-pembesar Melayu Kedah depa suka sembang deras dan paling suka cas keting sesama sendiri! Kenapa? Apa yang tidak ada pada kempimpinan Melayu Kedah sehingga rakyat susah untuk bersama mereka? Umumnya saya melihat pemimpin juga pembesar Melayu Utara Tanah Melayu kaki sembang kelentong banyak dari ketegak buat kerja.
(5) Di Sabah, khusus saya ke Pulau Gaya. Menghabis masa berborak-borak dan berkeliling menggunakan bot di perkampungan di situ, saya juga berfikir Jikalah Haris Salleh tidak bermusuhan dengan Mustapha, apa akan jadinya Gaya? Memang Musa Aman ada, namun adanya dia adalah tiada. Sepertinya, biar hanya sepotong jalan untuk berjalan kakipun Musa Aman tidak mampu hadiahkan buat anak-anak berulang alik dari sekolah ke kampung-kampung persekitaran. Saya pernah ke Gaya pada 1990 dan ianya tetap berGaya sekadar pada nama. Saya mulanya menghitung sebegitulah Gaya, namun saat ke Tuaran, Kota Belud, Kota Merudu, dan Kudat, sangat banyak tiada perubahan ketara. Perekonomian masyarakat di sana saya yakin tidak banyak berubah dari dulunya iaitu sekitar 1990an yang saya lawati. Sawah padi kian menghilang, seperti hilangnya Mt Kianablu diselubungi awan tidak mahu beranjak. Susah sangat ke untuk Musa Aman menggerakkan masyrakat di sana untuk berubah, atau dia sudah tumpul akal. Paling akhir saya ke Pitas. MasyaAllah, di sana benar-benar masyarakat kita masih dhaif. Pokoknya, kemudian saya mengerti, keadaan di luar bandar Sabah sangat payah untuk berubah lantaran politik Sabah adalah politik penuh curiga. Politik Sabah bukan untuk Sabah tetapi politik untuk diri sendiri. Kini sudah mulai terdengar laungan Sabah is for Sabah biar ndak tahu aku apa maksudnyak!
(6) Alhmadullillah di Sarawak sudah banyak perubahan. Sarawak banyak berubah di zaman Mahathir-Taib. Cuma, Mahathir di atas sifatnya ingin menumpu membina Malaya, kerana dia percaya, jika Malaya berjaya, maka berjayalah Negara, maka dia memberikan kebebasan penuh kepada Taib untuk membina Sarawak. Sama halnya Mahathir memberikan Harris Salleh malah segala Ketua Menteri DwiTahunan Sabah untuk berbuat apapun di Sabah, namun Federalism Freedom ini sepertinya tempang juga. Khusus bagi Sarawak, Taib, pada penglihatan saya terlalu banyak menumpu kepada strategic investment sehingga rural strategic transformation beliau ketepikan. Taib, dengan politic of patronizing saya berkira membiarkan pembangunan ekonomi luar bandar Sarawak terus berada dalam arus perdana subsidi. Taib mengalami kesukaran besar dalam merombak subsidy mentality luar bandar. Akibatnya, strategic investment Taib banyak gagal dan luar bandar Sarawak kian hanyut. Kerana itu, Sarawak dalam era kepimpinan Taib telah banyak membuang dana, waktu dan tenaga. Di sekitar 5-10 tahun di penghujung pentadbiran Taib, Sarawak menjadi lesu. Dari segi pertumbuhan ekonomi sememangnya ada, namun kadar dan struktur pertumbuhan tidak menampakkan perkembangan sihat. Saya sempat berkhidmat dalam era Taib dari 1986-2011 iaitu selama 25 tahun 2 bulan. Bila Adenan naik mengantikan Taib, harapan saya pada Adenan tidaklah banyak kerana hati saya penuh keloh kesah dengan kemampuan Adenan berakibatkan masalah kesihatan beliau.
(7) Di peringkat Nasional, Negara di bawah kempimpinan Najib, sepertinya terbawa-bawa angin Abdullah, Pak Llah. Saya sejak 2009, telah mulai mengkritik bahawa Pak LLah dan Najib, lebih menumpu pada rhetoric dari bekerja dan membuktikan hasil kerja. Keadaan ini sangat berbeza dengan Razak dan Mahathir. Mereka berkerja dan bercakap. Sebegitulah sifat mereka. Mereka tidak hanya berucap tetapi mereka berucap untuk mengaruh agar semua pihak sama bekerja keras membina Negara. Biarpun masih anak-anak, saya sempat menyaksikan cara kerja Razak di kaca TV Hitam Putih 1970an. Saya menjangka di belakang tabir Razak dan Mahathir adalah kakitangan awam yang hebat-hebat berpengalaman dan berinspirasi kuat dalam membinan Bangsa, Negara dan Agama. Di zaman Pak Llah dan Najib, saya melihat mereka lebih gemar berpidato dan pidato mereka dibuat pada ketika segala buah fikir mereka masih berupa concept iaitu tidak lagi berbentuk strategi dan langkah yang sudah sangat diperhalusi. Akibatnya, bicara mereka berakhir dengan banyak kelompangan. Saya menjangka, keadaan ini berlaku kerana perumusan dasar dan strategi ekonomi Negara sudah mula beralih ke kalangan anak-anak muda lepasan Menara Gading Gah Luar Negara yang sememangnya hebat tetapi belum cukup masak tentang sosio-ekonomi Negara. Mahathir mengelar kumpulan ini sebagai Budak-budak Tingkat 4, JPM. Di zaman Najib, keadaan ini terus berubah kepada kepergantungan kepada Penasihat Asing, seperti kritik yang sering dihumbankan oleh Mahathir.
(8) Sekarang biar saya menghujah, jika Razak dan Mahathir tidak pernah ada... di mana kita?, bagi saya ibarat tanpa Al Quran di manakah Melayu? Sesungguhnya, apa saja, segalanya sudah ada di dalam Al Quran. Tanyalah, selidiklah dan fahamilah, sesungguhnya Al Quran itu bukan untuk Muhammad SAW semata-mata, tetapi Al Quran itu adalah untuk semua mahluk Allah di setiap ketika dan keadaan. Melayu sebelum ada Al Quran adalah hamba-hamba hina bagi Buddha dan Hindu. Mereka di seluruh Nusantara, bukan hanya di Tanah Air ini, adalah hamba jajahan yang sujud manut kepada pengabdian atas dasar Tuhan. Sebegitulah juga Melayu di saat mula kemerdekaan. Penghmabaan Buddha dan Hindu sebelumnya menjadikan Melayu juga mudah diperkedilkan jiwa raga mereka di tangan Barat yang berjaya meranapkan Islam di seluruh dunia. Razak, Allah adakan kepada Melayu di saat sasaunya mereka. Melayu dalam keresahan politik, sosial, keselamatan malah Kenegaraan, maka Allah adakan Razak untuk mereka. Razak ibarat Nabi bagi Melayu di saat dan keadaannya. Bayangkan dalam keadaan Melayu biar hanya untuk membuat jarumpun belum mengerti Razak dengan bijak memerhati dan seterusnya mengorak langkah berbeda dari apa yang penjajah British telah lakukan semasa penjajahan mereka. Felda umpamanya, adalah ilham yang Razak perolehi dari ladang-ladang Guthrie milik British. Dari meminjam wang dari East Indies Company seperti amalan para pelabur penjajah British, Razak beralih ke Bank Dunia, WB. Dia meminjam. Dia pinjam untuk tiru Guthrie dan tubuh Felda. Jika Guthrie berbuat untuk tembolok Kapitalis-Imperialis, Razak bina Felda untuk rakyat Agama, dan Negara. Sebegitulah Razak. Ada mata lihat. Ada telingga dengar. Ada otak fikir. Ada hati dikobar membakar dengan naluri jujur dan teguh.
(9) Sesungguhnya Razak sangat berjasa kepada Melayu, Agama dan Negara. Dia Allah anugerahi dengan hidayah yang kuat untuk membina Bangsa, Agama dan Negara. Sebut apa saja yang ada kini, asasnya adalah Razak. MARA, SEDC, CIMB, MajuIkan, MajuTernak, Felcra, Risda, Kejora, Ketengah, segala macam agensi perubah untung nasib bangsa, semua Razak bina dan dirikan. Semua itu, saya yakin, Razak ciplak dari wujudnya kepelbagaian institusi pembina British yang beliau perhatikan semasa menuntut di London. British terbina melalui segala macam institusi kapitalis. Razak perhatikan itu semua. Namun dia faham, anak bangsanya tidak mampu berbuat sebagaimananya bangsa British. British maju kerana private enterprises. Maka dengan sebab itu Razak seperti kembali ke zaman feudal namun democratized feudal. Beliau membina agensi awam yang bersifat democratized feudal berbanding private enterprises Barat. Maka dengan sebab itu di tahun-tahun 1960-1970an, kritik Barat terhadap Negara ini adalah Negara pengamal protected economy khusus bila Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB adalah khusus untuk melindungi Melayu. Namun, kerana cara perlaksanaan DEB yang pada pengamatan saya lebih berupa menantang minyak penuh apa lagi berakibatkan salah sasaran maka DEB sudah menjadi lemak dalam tubuh Melayu yang kian membuncit. DEB gagal dalam banyak hal, khusus dalam menentukan 30 peratus dari kekayaan Negara menjadi milik Melayu, pada 1990, sekitar 19.3 peratus Melayu masih miskin dan secara kebetulan cuma 19.3 peratus kekayaan Negara dalam pegangan Melayu. Kita gagal membasmi kemiskinan, dan kita gagal mencapai pegangan kekayaan 30 peratus pada 1990.
(10) Di tahun 1980an, ekonomi Negara kurang berkembang. Melayu sangat bergantung harap untuk makan gaji dengan Kerajaan. Hasil wal hasil dari DEB adalah pengajian Melayu sebagai penjawat awam sebagai strategi untuk meningkatkan pendapatan mereka. Kakitangan awam becoming bloated kian menjadi piramid leper. Tidak banyak pihak sedar tentang ini. Bahkan semua Melayu seperti yakin bahawa Kerajaan adalah sumber ksesejahteraan hidup mereka. Setiap graduan, pasti akan melihat ke sektor awam untuk menghasilkan pendapatan. Maka di sinilah sekali lagi Allah menurunkan seorang Nabi buat Melayu. Dia pemikir. Pemikir yang juga lain cara pandangannya, seperti Razak saat melihat British dan cara British. Mahathir, melihat dan akur dengan kelemahan DEB. Dia merombak DEB. Dia merombak sifat kebergantungan Melayu kepada sektor awam untuk mencari hidup......bersambung In Shaa Allah

0 comments:
Post a Comment