


(3) Jika disorot dalam-dalam, kebanyakan Program Hiburan TV Negara jelas mengambarkan saikologi Melayu yang ingin segalanya mudah-mudah penuh angan-angan. Sangat jarang Program TV kita menyorot tentang perit getir perjalanan untuk mencapai ke sesuatu puncak hidup dan kehidupan. Tumpuan persembahan lebih kepada mempamir kehebatan hasil akhir dari menunjuk jalan ke arah kejayaan. Kita tidak berminat untuk mendalami tatacara pengolahan sesuatu perkara. Cara RTM dan kehendak saikologi Melayu adalah result tanpa peduli cost and process. Sebabnya, itulah gaya politik dan pengurusan Melayu. Gaya politik dan pengurusan yang bersifat sudah kebelet baru mencari tandas. Kesannya, dayacipta bangsa Melayu kian memudar dan tipis dan pembaziran dan ketak cekapan berleluasa.
(4) Bila saya mengatakan betapa RTM juga masih segar mahu mempertahankan feudalisma maksud saya adalah RTM sangat gemar menonjolkan politik ketuanan. RTM terlalu berpolitik. RTM merngasak agar UMNO mesti diterima sebagai tuan semua kelompok politik di Negara ini. Yang diperjuangkan oleh RTM adalah mutlak benarnya pimpinan UMNO. Seolah-olah seluruh Negara berhutang mutlak kepada UMNO tentang segalanya. Sepertinya tanpa UMNO, tiada Malaysia. Tanpa UMNO tiada Islam. Tanpa UMNO tiada segala macam kejayan di Negara ini. Rakyat seperti diminta bersujud patuh kepada UMNO seoalah-olah UMNO adalah Tuan yang memberi mengadakan segala buat mereka, iaitu second to God mungkinnya kalau tidak God Himself. Namun apakah itu hakikatnya? Saya yakin tidak. Banyak cuba berkata, UMNO itu benar dan betul, dan benar-benar benar, sebetul-betul betul. Yang tidak benar adalah sebahagian dari pemimpin UMNO. Soal saya, mereka yang berkata sebegitu seperti telah meletakkan UMNO setaraf Islam. Mutlak benar. Apakah itu benar dan betul? Saya yakin salah. UMNO tidak mutlak benar dan betul. Biar sebahagian pemipin UMNO adalah tidak benar apa lagi betul, maka itulah hakikat menunjukkan UMNO tidak mutlak benar juga betol. UMNO memperguna RTM untuk mempamirkan kebenaran UMNO. RTM terlalu berpolitik. RTM sanggup hilang nilai professionalisma dan sanggup jadi kuda tunggangan mutlak. Pasti ada yang berkata, Parti pemerintah berhak ke atas itu. Soalnya, hak sebegitu atas dasar apa?. Hanya kerana ianya pemerintah? Saya kira itu salah. Salah lantaran, yang digunakan untuk sebegitu adalah atas biaya dari rakyat. Tidak semua rakyat adalah ahli UMNO. Paling jelek, RTM menjadikan rakyat terus-terus berpolitik. Rakyat, khususnya Melayu tidak berfikir lain selain berpolitik. Berpolitik untuk apa? RTM yakin, juga UMNO yakin, selagi Melayu berkuasa Melayu terjamin hidup mereka. Hidup sememangnya hidup, tetapi hidup macamana? Saya yakin RTM telah selama ini hanya mendidik Melayu untuk berpolitik meminta-minta dan mengharap. RTM hanyalah bermain politik untuk giving hopes dan banyaknya false hopes, bukan mendidik Melayu juga rakyat seluruhnya berilmu berkemahiran untuk berdiri bersama membina Negara. RTM gagal melaksanakan tugas penyiaran secara professional untuk menyatu rakyat bekerja bermoral untuk Negara. Ringkasnya fungsian Nation Building RTM gagal dan ianya menjadikan dirinya to sustain the fallacies of UMNO.
(5) Benar, RTM khususnya TV1 juga AL Hijerah banyak menyiarkan program berbentuk Islami. Cuba bandingkan dari 1960an, 1970an, 1980an, 1990an, 2000an, dan kini 2010an ini dari tahun ke tahun apakah perbedaan ketara tentang isi serta cara penyampian program-program Islami ini? Saya tidak nampak beda format apa lagi isinya. Sememangnya isi yang sama tetap sama, namun apakah ada kelangsungan isinya. Pengembangan pemikiran serta perluasan pandangan jarang sekali menjadi bahan yang harus RTM tekankan. RTM terus-terusan bercakap perkara-perkara yang sama, cuma oleh kelompok berbeda. Tajuk bicara terus-terus bersifat perkara pokok tanpa ada pengembangan sejajar dengan tahap perubahan demografi penonton. Sepertinya di dalam soal-soal Islami, RTM juga bersikap syok sendiri iaitu melepas batok di tangga janji buat, sampai atau tidak peduli apa. Akibatnya, apakah nilai moral Melayu kini semakin bertambah baik, atau sedang haprak? Kayukuran saya mungkin terlalu mudah, namun saya berkira sangat wajar. Contohnya, Melayu sangat jijik dengan babi. Namun adakah Melayu juga sangat jijik dengan rasuah?
(6) Paling saya kesali, RTM seperti menafikan Negara ini adalah Negara Majmuk. Di hutan, Allah tidak hanya menjadikan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan pula tidak semua adalah bunga-bungaan wangian. Sesungguhnya jauh lebih banyak tumbuhan di hutan yang dikira kurang bersahabat dengan manusia dari yang sangat berguna buat mereka. Juga di hutan, tidak semua haiwan di sana adalah kerbau dan lembu. Ada babi, ada buaya, ada ular, bahkan sebetulnya lebih banyak haiwan haram dari haiwan halal berada di hutan malah dalam lingkungan hidup manusia. Namun RTM seolah-olah melihat Negara ini adalah seperti hutan kebangan wangian dan dipenuhi hanya lembu, kerbau, rusa, kijang, ayam, dan itik. RTM seperti membutakan diri, betapa di taman penuh bungaan, yang mengindahkan taman itu, bukan sekadar kebangan mawar, namun ada berpuluh malah ratusan kembangan lainnya. RTM, atas kepentingan politik cara UMNO, menjadi buta, pekak dan bisu tentang fitrah kepelbagian di Negara ini. Cubalah, karyawan Melayu di RTM yang menerajui RTM apa lagi Menterinya, berfikir dan merasakan sebagai seorang rakyat India, Cina, Iban, Kedazan, Jawa, Bugis, dsb di Negara ini apakah kepuasan yang dapat mereka perolehi dari siaran khususnya di TV Negara ini? Apakah kesaksamaan telah tertunaikan? Cuba lihat apa yang disodorkan di TV1 dan TV2 umpamanya? Kenapakah segala-galnya harus Melayu, Islam, UMNO?. Apakah mahluk lain bukan ciptaan Allah dan mahluk Allah? Apakah sikap Negara dalam memikul amanah untuk mengurus segalanya ke jalan baik?
(7) Sesungguhnya terlalu banyak kejangalan yang dipertontonkan oleh Siaran TV dan Radio Negara ini. Kejanggalan ini, biar dari sudut manapun ie melayu, Islam, Kenegaraan dan apa lagi kesegatannya adalah lambang kegagalan para pemimpin Melayu untuk memahami tugas mereka sebagi khalifah Allah. Mereka terus-terus bersikap pemimpin kapitalis-feudalis yang toktok. Biar sekarang, Menteri yang bertanggungjawab dalam soal sebaran am ini adalah dari Ti8mur Negara ini, namun dia hanya bermain politik demi kehebatan diri dan bukan atas berkecuali dalam mengempur gerakan membina Negara.
Kuching, Sarawak
29 Okt, 2015
0 comments:
Post a Comment