Kita umat Melayu kini sedang secara politiknya diuji keras untuk punya pendirian, samada harus bersama Najib atau Mahathir. Kedua-dua mereka sedang bertarung untuk menjadi Negarawan Pembela Negara. 1MDB dan pelbagai perkara lain telah Mahathir jadikan sandaran untuk meminta Najib supaya berundur dari memimpin Negara. Pada Mahathir, 1MDB adalah menifestasi jelas kelemahan Najib dalam mengurus pembangunan Negara khusus untuk meletakkan Malaysia di tahap Negara Maju dalam 2020. Sedang Najib pula berkeras, lantaran dia telah terpilih secara demokrasi, juga diperkatakan masih punya sokongan kuat rakyat, maka tiada sebab untuk beliau berundur. Dia sedang mempertahankan segala apa juga tindakannya sebagai langkah Demi Negara. Najib seperti punya agenda besar, cuma lantaran persembahannya tidak crystal clear maka dia rakyat sedang lihat sebagai dalam banyak tidak pasti. Akibatnya, rakyat Malaysia yang sudah biasa dengan cara kerja Mahathir, kian kelabu dengan arah tuju Najib. Rakyat khususnya orang Melayu seperti terperangkap di antara pengalaman lepas yang jelas dan masa depan yang samar. Apapun hujah kedua belah pihak, pasti ada saja sangahan yang logik yang boleh diutarakan. Namun nan pasti rakyat menjadi semakin binggung lantaran kedua-dua belah pihak sedang bertungkus lumus untuk saling memenang dan menjatuhkan. Mereka sedang berperang kalah mati.
(2) Apa mungkin ada penghujung kepada pertelingkahan ini? Ada sememangnya ada. Cuma waktu, tenaga dan banyak wang ringgit akan tersia-sia sebegitu lama, sehingga banyak korban harus terjadi baru akan muncul penghujungnya. Yang pasti pertelingkahan ini jika tidak segera diatasi, pastinya WW2020 akan terkorban, keresahan dan kepayahan hidup rakyat pasti akan bertindan-tindan dan perpaduan Negara akan semakin goyah. Berapa lama titik lemah akan muncul hasil pertelingkahan ini? Jawabannya pasti sangat tergantung kepada persoalan pokok dari punca kepada kemelut ini, iaitu keadaan ekonomi rakyat. Jika ekonomi rakyat adalah baik, maka pertelingkahan ini boleh berlanjutan sampai kapanpun. Namun jika ekonomi rakyat semakin goyah, pertelingkahan ini pasti menumpahkan kebanjiran air mata akhirnya. Kegoyahan ekonomi rakyat, pasti sangat tergantung kepada kedua-dua faktor dalaman dan luaran. Kalau kita melihat akan faktor-faktor dalaman semasa, akan kita dapati bahawa keadaan kini adalah ibarat api sedang membakar sekam. Keadaannya kini sudah bukan lagi seperti api dalam sekam tetapi api sedang membakar sekam iaitu apinya sudah menjalar sehingga di permukaan timbunan sekam. Terlalu banyak perkara yang sudah menjadikan api kian semarak di permukaan sekam sebetulnya. Begitu juga jika dilihat dari sudut faktor luaran. Kegoyahan ekonomi dunia akibat masalah kewangan Greece, gangguan pada pasaran saham China serta kekuncupan ekonomi dunia, pasti menjadi angin deras yang bakal menyemarakan lagi pembakaran sekam dan segala apa di sekelingnya. Sebetulnya, kita sudah terlalu dekat dengan titik lemah di jalan kebakaran hebat. We are too close to a breaking point dalam sistem sosial, politik dan ekonomi kita.
(3) Sesungguhnya tidaklah terlalu payah untuk kita mengetahui seberapa jauhkah kita dari titik lemah, the breaking point kepada sistem hidup kita ini. Hakikatnya di dalam Negara keadaan Retak Menanti Belah sememangnya sudah wujud. Cuma kita sedang menanti ribut memukul saja untuk segalanya berkecai. Saya melihat, faktor ekonomi luaran adalah tanda-tanda ribut yang harus kita perhati hebat. Langkah pemulihan kewangan Greece akan menjadi pertunjuk segalanya. Kita harus tahu, Greece tidak punya apa-apa melainkan perlancungan. Kekuatan perlancungan Greece sebenarnya adalah bersifat keseronokan ie judi, arak, sek, dan dadah. Pendeknya ekonomi Greece adalah sebuah ekonomi dan sistem yang dikawal oleh para mafia dan montoya. Semua sistem mereka dibiayai dan dijaga hebat oleh kalangan ini. Namun biar mereka adalah mafia dan atau montoya, namun tetap mereka punya lunas-lunas perundangan sendiri. Maka dengan sebab itu, Greece tidak akan terlalu mudah untuk tunduk kepada kehendak IMF. Yang bermasalah adalah Kerajaan Greece, namun rakyatnya adalah suatu cerita lain. Rakyat Greece sebetulnya ditanggung oleh para mafia dan montoya. Para mafia dan montoya Greece tidak akan mudah mahukan Kerajaan mereka berbuat sesuatu yang boleh meranapkan urusniaga mereka. Jadi masalah Greece bukan a straight forward govermnent issue. Kerajaan perlu tunduk kepada para mafia dan montoya ini. Namun Greece harus kelihatan bersih untuk terus berada di EU. Jadi dilema di antara kepentingan Kerajaan dan para mafia dan montoya akan terus terjadi untuk sekian lama di Greece.
(4) Judi, arak, sek dan dadah adalah komoditi atau teras ekonomi Greece. Namun kerana semua ini adalah dikawal oleh para mafia dan montoya, nafsu haloba mereka tidak akan pernah terhenti di situ, mereka menjadikan perniagaan gelap adalah jauh lebih hebat dari segalanya. Kedudukan Greece dalam lingkungan wilayah yang sering bergolak adalah peluang terhebat untuk kegiatan pasaran gelap. Pasaran gelap Greece pula sangat terkait dengan pasaran saham. Ini adalah perlu bagi menghalalkan segala pendapatan haram mereka. Dengan masalah kewangan yang ada, pasti ini meresahkan pasaran saham mereka. Kerana mereka banyak bermain di Eropah, Amerika, dan pastinya di Hong Kong, dan bahkan Singapura. Kegalauan kewangan Greece akan mempengaruhi pasaran saham-saham di tempat-tempat ini. Dunia perniagaan kini adalah sangat speculative tabiinya, maka masalah di Greece paling sesuai untuk para penyangak untuk memainkan sentimen pasaran saham dunia. Cuma, anihnya, ianya lebih dijurus kepada berkesan negatif. Hal ini, jika berterusan, boleh menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan kerana akan menimbulkan speculative kegawatan ekonomi dan kewangan dunia. China sedang Barat heret untuk ikut sama terjejas akibat Greece ini sebagai satu tipu helah untuk melambatkan perkembangan ekonomi China. Barat dan Tokyo pasti tidak rela melihat China makmur sedang Barat tengah terkial-kial. Maka kini, masalah Greece bukan lagi menjadi masalah mutlak Greece tetapi telah menjadi permainan speculative kewangan, ekonomi, dan politik antarabangsa atas nafsu kapitalisma dan imperialisma Barat. Barat menjadikan Greece sebagai penghalal cara mereka untuk menguasai dunia. Saya mengira masalah Greece adalah permaianan para mafia dan para penyangak yang didokong oleh pakatan politik sejagat. Greece hanyalah sebagai the tip of the whole affairs. Berapa lama ini akan terus berlaku, itu hanya niat tangan-tangan di balik kegalauan Greece saja yang tahu. Akibatnya, dunia dalam keadaan tidak menentu, dan pasti Malaysia sebagai sebuah ekonomi kecil, akan menerima musibah sama. Musibah inilah yang akan mengecaikan segala sistem kita jika kemelut Mahathir-Najib tidak segera diredakan. Apakah ianya akan reda?
(5) Reda tidak reda, dan berapa lamakah kemelut ini akan berakhir, kita perhatikan halus-halus permaian Mahathir dan Najib dalam membela kebenaran masing-masing. Mudah-mudahan jika kita bijak menilai, pasti kita harus berani untuk membuat pendirian berpihak atau bertindak wajar.
(6) Amat menarik bila dilihat cara Najib mengenenggahkan ciri budaya kental perjuangan keturunan Bugisnya sebagai pukulan mautnya untuk membantai Mahathir berketurunan Mamak. Di mata kasar budaya pasar Melayu Perdana darjat Mamak sememangnya adalah jauh lebih rendah. Apa puncanya jadi sebegitu, saya tidak pasti. Tidak mungkin kerana warna kulit kerana ada juga suku-suku Melayu yang berkulit hitam gelap namun tetap mereka terhormat. Di kalangan masyarakat Bugis itu sendiri, ada juga suku kaum yang berkulit hitam. Namun saya yakin, semuanya adalah sekadar bercirikan budaya pasar. Bugis adalah rumpun Melayu. Najib sedang memimpin parti politik Melayu Perdana ie UMNO. Maka laungan sebegitu saya kira hanyalah saiko-strategi perang Najib untuk meletakkan Mahathir sebagai under dog iaitu pada kedudukan saikologi bertaraf rendah. Najib sekadar mahu merendah-rendahkan Mahathir. Apakah strategi itu berkesan? Bila dalam perlawanan yang melibatkan adanya penyokong atau dalam proses membina pendokong, apapun hujah di sebelah pihak, pasti akan ada saja balasannya. Mahathir, di kaca mata budaya pasar mungkin berdarah Mamak bertaraf rendah, namun taraf Mamak beliau bukanlah Mamak sembarangan Mamak. Inilah Mamak yang telah terbukti sangat berjasa kepada Negara. Dunia memperakuinya. Dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran Mahathir contohnya, Najib biar sudah mentadbir selama enam tahunpun belum boleh menyamakan apa lagi menandinginya. Sesungguhnya, Najib di saat melaungan darah kepahlawanan Bugisnya sebetulnya beliau sudah mengkhabar kepada dunia, dia pantang beralah. Itu sememangnya menjadi adat dalam sebuah pertarungan. Apa lagi jika Najib berpunya agenda besar. Dia juga pastinya kepingin mahu jadi Negarawan. Saya telah menduga akan prihal ini. Namun hakikatnya, Najib, saat melaungkan nada kepahlawanan Bugis sebenarnya dia sedang meraih berusaha keras untuk simpati semua kaum-kaum Melayu untuk terus bersama beliau sebagai sebuah bangsa serumpun untuk tekad mengalahkan Mahathir Mamak. Namun Mamak ini bukan sembarangan Mamak, maka laungan Najib sudah bersambut dengan saikologi dualisma budaya Melayu itu sendiri.
(7) Melayu banyak suku kaumnya. Orang Pattani (Kelantan-Trengganu) lain caranya. Melayu Rhiau-Johor lain caranya. Apa lagi Jawa, Banjar, Sambas, Kedayan, Kedazan, Sulu, dsb. Tidak ada satu suku Melayu benar-benar boleh menguasai suku Melayu yang lainnya. Hakikatnya, satu suku Melayu tidak akan tunduk patuh penuh kepada suatu suku lain. Yang mengamankan Melayu adalah adanya keserasian budaya dan Islamnya. Saya melihat, Mahathir yang merupakan Mamak bukan sembarangan Mamak mengerti the Art of War Melayu. Dalam pemerhatian saya, Melayu ini ada sifat dualisma, dua alam. Contohnya, Melayu suka kepada kesopanan, namun tetap sifat kasar itu ada pada Melayu. Namun bila terlalu santun gemalai dan apa lagi terlalu kasar biadap, Melayu juga tidak suka. Bahkan Melayu berpantang pada sifat sebegitu. Juga Melayu cukup ceria menerima buah tangan, namun rasuah tidak Melayu suka biar ianya tetap juga berlaku pada Melayu. Melayu suka dipuji, biar menghina tetap juga ada. Namun tidaklah Melayu selesa jika terlalu dipuji apa lagi dipuja. Perhatikan dalam perang Mahathir-Najib kini, Najib sudah mulai menampakkan ketelanjuran sedang Mahathir terus mempertahan sikap tenang tetapi sesekali memukul. Atas strategi ini, apa lagi perkara-perkara yang Mahathir persoalkan adalah teras kepada keresahan dan kepayahan hidup rakyat saya yakin Najib telah Mahathir pukul secara diam-diam. Budaya Melayu, inilah hebatnya mereka, siapa dulu makan garam, pasti kenal maksud kilas ikan di air, dan apa lagi bila ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya, Najib kian termakan kekhilafannya untuk benar-benar mengerti budaya Melayu. Cara keduanya dibesar dan membesar pasti mempengaruhi cara fikir dan tindakan masing-masing. Ketelanjuran Najib, dan apa lagi adanya nada-nada dan suasana ugutan pasti membawa padah kepada dirinya. Cuma, berapa lama lagikah harus Melayu massa untuk menanti kemunculan juara dalam kemelut ini?
(8) Melayu benar-benar dalam dilema dalam mendepani kemelut Mahathir-Najib ini. Namun dilema ini, bukanlah dilema sebetulnya, ianya lebih kepada masalah saikologi. Melayu selama ini telah terdoktrin dengan segala macam ugutan. Melayu telah terlalu lama ditakut-takutkan. Dari semasa kanak-kanak, cara mendidik dan mendisiplin Melayu banyak bersifat menakut-nakutkan dari cuba menanam sifat suka menganalisa segala secara saksama dan teliti. Akibatnya Melayu menjadi bukan penganalisa yang baik lalu menjadi kurang yakin kepada diri mereka sendiri. Mereka jadi takut-takut dalam banyak hal. Mereka juga jadi terlalu bergantung kepada pihak lain dalam banyak hal. Dalam prihal kemelut kini, Melayu massa gentar untuk berpihak secara berani. Jika contohnya berpihak kepada Mahathir, apa mungkin Mahathir itu benar? Apa lagi bila dilihat belum ada jaguh di kandangnya Mahathir. Siapakah sebetulnya jagoan Mahathir? Jika ada jagoan Mahathir, apa mungkin beliau nanti juga bukan yang terbaik? Jika Melayu memihak kepada jagoan Mahathir, apa tidak nanti akan berlaku pemberontakan di kalangan Melayu lain? Jika keadaanh ini terjadi, apa tidak mungkin kekacauan akan terjadi dan kepimpinan Melayu akan terlepas? Samalah prihalnya dengan Najib. Jika Najib terus disokong, apa tidak mungkin segalanya akan menjadi lebih parah? Jika Najib juga terus dipertahankan, apa tidak mungkin kempimpinan Melayu tidak akan pecah? Pelbagai kesangsian melanda Melayu. Hakikatnya Melayu massa masih terlalu sayangkan UMNO, sehingga rasa taksub sayang itu melupakan Melayu kepada sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggalkan. Benar, kesangsian harus ada, namun kesangsian demi kesangsian jika terus berjalan lama, akhirnya pergolakkan akan berterusan dan menjadi semakin hebat parah dan akhirnya Melayu juga jadi korban.Haruskan Melayu bangkit dari nanah dan debu?
(9) Dalam kemelut Mahathir-Najib ini, biar Najib juga Mahathir tidak akan mahu mengalah. Kedua-dua punya keyakinan untuk mempertahankan kebenaran masing-masing. Biar apapun, keduan-duannya tidak akan mahu tunduk kepada sesiapapun di antaranya. Cuma, keadaan luaran kita sudah kian tidak menentu, diperkuat dengan kemelut dalaman yang kian membuah banyak kejadian songsangan sosial Melayu massa harus tidak lagi boleh membuang masa. Tanpa Mahathir mengusul keras jagoannya, saya menghitung beliau sedang membiarkan kepada Melayu massa untuk bertindak. Maka untuk itu, pihak ketiga harus muncul dan berani mengaman segala. Maka di sini kita harus boleh menilai pemimpin-pemimpin Melayu yang ada. Tengku Rezaleigh, Musa Hitam, Rais Yatim, Yusuf Nor, Muhammad Taib, Harris Salleh, Daim Zainuddin, bahkan saya yakin Wahid Omar dan Nazir Abdul Razak mereka boleh secara sepakat membentuk Kuasa Tengah dalam mengatasi kemelut Mahathir-Najib ini. Saya yakin, In Shaa Allah atas rasa hormat kepada Tun Abdul Razak Dato' Hussein, mereka pasti boleh meneruskan kesinambungan semangat perjuangan dan jati diri UMNO dan Melayu semasa beliau. Saya melihat, Najib harus stepped aside untuk pembersihan diri, dan dengan berlatarkan perjuangan dan sifat-sifat hormat kepada Tun Abdul Razak Dato' Hussien, sebagai pembayang dalam pembentukan Kuasa Tengah ini In Shaa Allah akan lebih mudah beliau terima, dan Kuasa Tengah ini harus punya mandat sebagaimana pengubal perlembagaan Amerika dalam mengaris perlembagaan baru UMNO yang bercorak melahir dan menyuburkan kepimpinan murni Melayu di samping meneliti kesahihan kebenaran permainan kedua-dua pihak. Saya juga yakin, Kuasa Tengah dari golongan ini, pasti akan dihormati oleh Melayu massa lantaran keselamatan UMNO adalah terjamin. Melayu massa harus berpihak kepada kepentingan mereka untuk hidup aman, makmur dan sejahtera. Inilah kepentingan hakiki masyarakat Melayu, Negara dan Islam. Kepentingan Mahathir juga Najib harus disingkirkan cepat. Mereka harus berani bergabung membentuk Kuasa Tengah dalam memperjuang dan mempertahankan hak mereka. Para pemimpin veteran dan cendikiawan Melayu harus berpakat cepat untuk membentuk Kuasa Tengah ini sebelum kempimpinan Melayu disaut hijjack oleh kalangan yang tidak karuan sebagaimana yang sedang berlaku di dunia Arab. Melayu tidak boleh bergantung kepada kalangan rhetoric sebagai pemimpin mereka. Melayu perlukan mereka yang pakar dalam Islam, politik, antarabangsa, dan ekonomi untuk mentadbir Negara.
(10) Selamat Lebaran Minal Aizin Walfaizin dan Selamat Liburan untuk semua pembaca. Semoga Syawal memberikan kita semua kekuatan untuk berani bersikap tegas demi Negara, Melayu dan Islam. In Shaa Allah.
Kuching, Sarawak
15 Julai, 2015

0 comments:
Post a Comment