Institusi sekilas pandang banyak orang berfikir ianya lebih berupa sebuah badan. Namun, ianya lebih organik dari itu. Islam, umpamanya, apakah ianya sebuah institusi? Pasti ianya adalah institusi jika kita melihat ianya dalam perspective julat yang luas. Namun, Islam itu ada atas apa dan siapa? Pastinya, Islam wujud kerana penciptanya iaitu Allah. Maka, apakah Allah itu juga suatu institusi? Sekilas pandang, pasti banyak orang Islam akan berkata, jangan cuba-cuba mentarifkan siapa Allah. Maka jika pendekatan itu kita pakai, maka Allah tidak boleh ditafsir sebagai sesuatu institusi. Di sinilah letaknya, soal bidang luasnya maksud institusi. Bagi saya, Allah adalah juga institusi. Institusinya Allah pasti jauh lebih hebat dari apa juga institusi lainnya. Cuma dalam prihal Islam dan Allah, yang mana satu lebih besar, akal saya belum sampai ke situ untuk menjawabnya. Cuma saya mengagak-ngagak, Allah dan Islam adalah serupa jika tidak sama. Tiada Allah tiada Islam. Tiada Islam, akan adakah Allah? Namun nan pasti Islam dan Allah adalah institusi. Allah dan Islam adalah institusi untuk semua mahluk sejagat. Tidak kira samaada seseorang itu patuh penuh dan atau separa patuh kepada Islam, Muslim dan atau bukan Muslim, tetap Islam adalah institusi untuk semua. Sebegitu jugalah Allah adalah institusi untuk semua. Bagaimana dengan Muhammad SAW? Apakah dia juga berupa institusi? Benar Muhammad SAW juga adalah institusi. Cuma apa yang harus kita perhatikan, adalah darjah institusi baginda itu sehingga batas mana? Cuba renungkan, kata-kata Aishah RA tentang pribadi Muhammad SAW, iaitu "Pribadi baginda adalah Al Quran". Jika sebegitulah pribadi baginda, maka tidak salah jika saya katakan bahawa baginda adalah institusi Islam. Semua para nabi dan rasul adalah institusi Islam termasuk Musa AS dan Isa AS.
(2) Institusi itu sebetulnya apa? Mengikut tafsiran dari Wikipedia: "Institutions are "stable, valued, recurring patterns of behavior."[1] As structures or mechanisms of social order, they govern the behaviour of a set of individuals within a given community. Institutions are identified with a social purpose, transcending individuals and intentions by mediating the rules that govern living behavior.[2] The term "institution" is commonly applied to customs and behavior patterns important to a society, as well as to particular formal organizations of the government and public services. As structures and mechanisms of social order, institutions are one of the principal objects of study in the social sciences, such as political science, anthropology, economics, and sociology (the latter being described by Durkheim as the "science of institutions, their genesis and their functioning").[3] Institutions are also a central concern for law, the formal mechanism for political rule-making and enforcement.". Namun, ini jika dilihat sepenuhnya dari sudut sosial dan tadbirurus biasa. Ini adalah cara akademik Barat. Institusi boleh berpecah-pecah, khususnya agama dan lain-lainnya harus terpisah. Bagi Barat, agama dan dunia harus terpisah. Jika julat liputannya terus dikembangkan mencakupi apapun, maka akan jelas kepada kita betapa istitusi itu adalah berupa suatu organik yang mendukung bentuk statue, nilai (akhlak), dan tertib peraturan governance. Maka atas andaian yang sedemikian, saya berani mengatakan bahawa Islam dan Allah adalah suatu institusi. Institusinya Islam adalah Allah dan kemungkinannya (?) institusinya Allah adalah Islam. Begitu juga, institusinya Muhammad SAW adalah Islam dan institusinya Islam adalah Muhammad SAW. Cuma kita jangan keliru, ini tidak bermaksud bahawa Muhammad SAW adalah setaraf Allah. Tidak sama sekali. Pernyataan Muhammad SAW adalah institusinya Islam membawa erti betapa Muhammad SAW itu adalah gambaran hidup Islam sebenar. Muhammad SAW tidak bersikap di luar dari batas aturan Islam. Maka dalam bahasa moden mudahnya institusi adalah sistem.
(3) Saya membawa persoalan institusi di sini lantaran keanehan dalam saya melihat tentang bagaimana istilah tersebut cuba diputar belitkan untuk menegakkan sesuatu yang salah. Saya tidak heran jika perkara itu diutarakan oleh Barat. Tetapi lantaran perkara ini sedang diperkatakan hangat oleh orang Melayu, saya kira, perspektif institusi itu harus dibincang dalam julat yang betul. Julatnya adalah pada julat Melayu dan Islam. Bukan dari perspektif akademik Barat semata-mata. Apa lagi jika dibicarakan dari perspektif nafsu politik. Jika tidak ianya akan menjadi sebuah bicara untuk menghalalkan cara. Biar di Barat, apa lagi dari perspektif Islam, kerangka institusi adalah jelas. Institusi, harus bergerak dalam bentuk, norma, aturan dan tujuan seperti telah dipersetujui. Bentuk, norma, aturan dan tujuan tersebut pastinya demi kebaikan dan keperkasaan sasaran institusi berkenaan. Tidak harus lari dari itu. Contohnya, jamban, tandas atau kamar kecil adalah sebuah institusi. Dalam Islam ianya adalah institusi untuk kadha hajat. Sebetulnya ianya adalah sebuah institusi untuk kelegaan dan pensucian. Lantas, jika di Barat, institusi tandas ini adalah sesuatu yang sangat sempurna. Bagi Barat, tandas adalah tempat riadah. Mereka istirehat semasa di tandas. Mereka membaca di tandas. Mereka juga boleh bernyanyi indah di tandas. Maka tandas bagi mereka harus dibangun dan urus mengikut cara-cara khusus agar menepati bentuk, norma, aturan dan fungsinya. Namun lain bagi katakan masyarakat Jakun di pedalaman Pahang dan bahkan masyarakat Melayu di Kuala Bala, Ulu Kelantan umpamanya. Tandas bagi mereka sekadar tempat segera melepas.
(4) Maka UMNO jika kita kaji betul-betul adalah sebuah institusi. Sebuah institusi politik Melayu. Sejarah asas pengujudan UMNO harus semua ingat dan jangan dilupakan. Kemuncak kepada usaha pengujudan UMNO adalah di saat di mana institusi ketuanan Melayu mulai dicabar lewat pengujudan Malayan Union. Institusi Raja adalah jatidiri Melayu. Tanpa Raja, Melayu pasti tidak senang hati. Kenapa? Kewujudan masyarakat Melayu adalah berkisar dalam lingkungan Raja. Dari konsep Raja, maka Melayu punya Kerajaan iaitu institusi asas bagi masyarakat Melayu. Hakikatnya, Melayu berusaha membudayakan Islam. Dalam Islam, adalah wajib masyarakatnya punya pemimpin. Biar sekadar hanya berdua, dalam Islam salah seorang harus menjadi ketua, Imam. Itu prinsip, norma Islam bagi Melayu. Bagi Melayu, Raja adalah pemimpin mereka. Penghapusan institusi Raja, bermaksud menghapuskan kepimpinan di dalam masyarakat Melayu dan itu sangat bertentangan dengan Islam, Adeen hidup mereka. Maka bila kedudukan Raja Melayu hendak dihapuskan lewat Malayan Union, pasti Melayu tidak akan berdiam diri. Kenapa Raja itu menjadi terlalu penting bagi Melayu? Bukankah kerana terlalu banyak Raja, Melayu juga rugi? Banyak kepala banyak kerenah. Melayu tidak melihat itu sebegitu. Raja punya kawasan tadbir masing-masing. Sebetulnya tidak ada beda antara Raja dan apapun jenis kepimpinan kini, biar dinamakan Pegawai Daerah, Ketua Setiausaha, Kapten, CEO, Pengurus Besar atau apa sahaja. Tidak ada satu aturanpun yang menetapkan ketua hanyalah satu, melainkan bagi institusi Allah.
(5) Bagi Melayu, Raja adalah payung rakyat. Kalau hujan rakyat perlu tempat berteduh. Begitu juga jika panas. Maksudnya, Raja bagi Melayu adalah kuasa yang dapat melindungi rakyat. Tugas Raja adalah untuk melindungi rakyat. Dalam perspektif kini, Raja adalah pemimpin yang boleh memberikan kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat. Itulah harapan dan kemahuan Melayu berpunya Raja. Sangat besar harapan dan penghormatan Melayu kepada Raja. Namun, Melayu tidak bodoh. Biarpun mereka hormat dan mengharap kepada Raja, mereka tetap ada safety net philosophy iaitu Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah. Ini bermaksud, sifat berRaja Melayu bukanlah sifat menyerah bulat-bulat ianya menuntut simbiosis sejati. Tuntutan Melayu berRaja adalah agar mereka kekal punya pemimpin yang baik-baik demi kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan Melayu. Malayan Union mengancam kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan Melayu. British, sebelum Malayan Unionpun sudah jelas sifat mereka menidakkan Melayu. Lantaran Raja adalah institusi kepimpinan yang ada kepada Melayu di waktu itu, maka dengan sebab itulah Melayu berani mati untuk mempertahankan institusi tersebut demi masa depan mereka yang makmur, sejahtera dan selamat. Itulah asas perjuangan Melayu yang disatukan di bawah UMNO pada waktu itu. Di atas perjuangan demi Melayu, bukan demi Raja, maka UMNO Melayu sokong dan dokong sekuatnya. Mempertahankan Raja, pemimpin mereka hanyalah sebagai alat demi Melayu, perjuangan Melayu sebenarnya. Tidak kurang dari itu.
(6) Bila UMNO tertubuh, maka konsep kepimpinan Melayu turut berkembang dari hanya berpaksikan konsep Raja yang bercirikan feudal kepada konsep kepimpinan berkonsepkan demokrasi. UMNO menyediakan bentuk kepimpinan alternatif bagi masyarakat Melayu. Tingkat kepimpinan dalam masyarakat Melayu juga menjadi berubah dengan tertubuhnya UMNO. Raja di atas, kempimpinan UMNO di bawah. Pemimipin UMNO adalah pimpinan Melayu akar umbi. Melayu menerima UMNO lantaran Melayu mahukan pemimpin yang benar-benar dapat mewakili diri mereka. Akibatnya maka wujudlah dualisma dalam kepimpinan Melayu lewat kelahiran UMNO. Perkara ini tidak menjadi soal kepada Melayu selagi urusan kehidupan mereka terus terjamin. Konsep kebersamaan kepimpinan beRaja dan kempimpinan demokrasi Melayu terima dengan baik. Kedua-dua bentuk kepimpinan tersebut, Melayu sangat harapkan sebagai saling mendokong bagi membina kekuatan dan keperkasaan Melayu. Sekali lagi, harus kita sadari, apapun institusi yang Melayu terima, ianya harus punya wajah dan dayausaha untuk memperkasakan martabat Melayu. Sesungguhnya, hakikat kepada asas penubuhan UMNO adalah atas rasa kesedaran segelintir bijak pandai Melayu betapa Bangsa tersebut sedang menuju alam peminggiran dan penindasan. Kehidupan Melayu yang semakin payah di tangan penjajah, adalah asas kepada kebangkitan Melayu untuk menubuh UMNO. Secara kebetulan, bila Malayan Union cuba hendak menghakis kuasa Raja-Raja Melayu, maka sentimen cinta taat setia Melayu kepada Raja telah para pengasas UMNO pergunakan dengan sebaiknya untuk memperkuat usaha penyatuan Melayu ke jalan perjuangan UMNO iaitu memperkasa martabat Melayu. Itulah hakikat asal perjuangan UMNO, memperkasa martabat Melayu.
(7) Di zaman British Melayu mulai tersisih. Tersisih lantaran asas ekonomi Melayu tidak berkembang di luar dari batas kebutuhan sendiri dan Nusantara. Ekonomi Melayu pada waktu itu, sangat terbatas kepada ekonomi asas sara diri. Sedang, kebutuhan British dan seluruh kuasa-kuasa Barat hadir ke Timur ini adalah untuk memenuhi kebutuhan keperluan ledakan sektor industri mereka. Lantaran kecetekan asas ekonomi dan kemahiran Melayu di masa itu, maka British mengambil peluang untuk memperhambakan dan membawa masuk rakyat India dan China sebagai boroh-boroh murahan bagi meneroka keupayaan industri sebenar di Tanah Melayu dan Nusantara. Melayu dibiar terus semaput dalam lingkungan ekonomi mereka yang sempit dan cetek. Namun, tidak kurang asas-asas ekonomi Melayu juga digarap sebegitu rupa yang langsung tidak memberikan kekuatan kepada Melayu. Akibatnya, lewat waktu yang sebegitu lama, Melayu akhirnya menjadi musafir keparat di bumi dan rantau sendiri. Martabat Melayu benar-benar hancur. Sebarang kebangkitan untuk memperbetul martabat Melayu telah ditekan dengan bijak dan di mana perlu kekerasan digunakan. Inilah gejala-gejala yang telah membangkitkan tekad Melayu untuk bersatu menuntut hak martabat mereka. Itulah asas sebenar, kebangkitan penyatuan Melayu, demi martabat Melayu.
(8) Secara ringkasnya, Melayu merestui penubuhan UMNO dan Melayu sanggup bermandi darah mempertahankan institusi Raja, bukanlah kerana UMNO apa lagi Raja, tetapi demi masa depan Bangsa itu sendiri. Kekuatan martabat Melayu terletak pada darjah kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan Melayu. UMNO dan Raja hanyalah alatan untuk Melayu memperkuatkan martabat Bangsa tersebut. Itu asas dan itulah tujuannya Melayu berpunya UMNO dan Raja. Apakah ini anih? Cuba lihat, Quraish sebelum Islam adalah sekelompok bangsa Arab yang Jahil dan sesat. Mereka sebetulnya sedang menuju jalan kemusnahan. Jika tidak segera di selamatkan, Quraish pasti punah di tangan Byzantium dan Farsi kafir.Tidakkah Melayu juga sedang menghadapi bahana yang sama semasa pemerintahan British? Maka, Allah menurunkan pemimpin kepada Quraish iaitu Muhammad SAW. Kepimpinan Muhammad SAW pula didokong oleh Islam yang Allah datangkan langsung kepada baginda. Kedua-dua Muhammad SAW dan Islam ini dalam prihal Melayu adalah ibarat Raja dan UMNO. Muhammad SAW adalah Raja, pemimpin. Islam adalah ibarat UMNO. Kedua-duanya wujud bersama demi Ummah. Raja hakikatnya terus wujud lantaran UMNO. Namun UMNO hakikinya tidak wujud demi Raja. Samalah Islam tidak wujud demi Muhamad SAW. Tetapi Muhammad SAW wujud demi Islam. Bermaksud, Raja perlu sujud kepada UMNO. Juga Muhammad SAW perlu sujud kepada Islam. Namun UMNO dan Islam bukan untuk Raja dan Muhammad SAW. Kewujudan UMNO dan Islam, hakikinya adalah untuk mahluk, Ummah.
(9) Bagi mencapai falsafah dan asas tujuan penubuhan UMNO, parti itu mempunyai susunan kepimpinan yang sangat baik. Rakyat sangat terwakil dalam struktur yang ada. Namun, sebagai sebuah parti politik, UMNO tidak terlepas dari pergolakan dalaman. Pergolakan dalaman ini, adalah sangat terkait dengan keberkesanan Parti itu dalam menunaikan tanggungjawabnya. Di zaman Tunku Abdul Rahman, UMNO pernah dianggap sebagai sebuah Parti Melayu yang lemah. Lemah lantaran Kepimpinan semasa tidak mampu menunjukkan langkah-langkah segera dan berani dalam mengatasi keresahan dan kepayahan rakyat, khusunya orang-orang Melayu. Ini mengakibatkan peralihan kuasa pertama secara tidak demokratik di dalam UMNO. Perkara ini, tidak anih, lantaran di awal penubuhannya juga, Tunku Abdul Rahman juga menerima kepimpinan UMNO juga bukan secara demokratik. Datuk Onn Jafaar telah meninggalkan UMNO menyebabkan Tunku terpaksa memikul beban memimpin UMNO. Peralihan kuasa dari Tun Abdul Razak kepada Tun Husein Onn juga tidak pada jalan demokrasi sebenar. Ianya berlaku mengikut adat atas keadaan. Kemudian perlepasan kepimpinan UMNO dari Tun Husein Onn kepada Dr. Mahathir juga bukanlah berbentuk demokrasi sebenar. Ianya lebih berupa warisan feudal Melayu. Peralihan kuasa dari Tun Husein Onn dan Dr. Mahathir berlaku atas kesedaran Tun Husein tentang ketidak mampuan beliau untuk berkhidmat untuk memenuhi tuntutran UMNO.Maka jika diikuti secara menyeluruh, dari Dato' Onn Jaafar (pengasas UMNO) sehinggalah ke Datuk Sri Mohd Najib kini, peralihan kuasa kepimpinan tertinggi UMNO adalah berteraskan sistem feudal Melayu bukan pada landasan demokrasi yang sebenar. Demokrasi pada hakikatnya, telah dipergunakan untuk memasyurkan kesahihan peralihan kuasa tersebut.
(10) Sejarah asas UMNO dan sejarah peralihan kuasa kepimpinan terttinggi dalam UMNO harus semua umat Melayu ketahui jelas, khusus dalam menilai pendirian masing-masing dalam mendepani kemelut politik UMNO kini. Bagi rakyat Malaysia seluruhnya, sejarah UMNO dan peralihan kepimpinan tertinggi UMNO sebetulnya tidak pernah lari dari teras institusi feudalisma Melayu maka itu harus semua hargai. Melayu, sejak dari dulu, saat inginkan peralihan kuasa pimpinan sering bergolak, namun pergolakan itu tidak semestinya menghancurkan Negara. UMNO telah membuktikan itu sejak 69 tahun lepas. Cuma yang menghancurkan Melayu adalah bilamana pemimpin UMNO dan Negara sudah tidak mengikuti asas perjuangan UMNO yang sebenar iaitu demi martabat Melayu: kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan Melayu.
(11) Tunku turun kerana beliau dikira lemah dalam mempertahankan martabat Melayu. Biar jasanya amat besar sebagai Bapa Kemerdekaan, itu tidak penting bagi Melayu lantaran itu tidak menjamin martabat Melayu. Sama juga keinsafan kepada Tun Husein Onn. Dia sadar dia tidak mampu menunaikan permintaan tanggungjawab Melayu, maka dia berundur. Apa lagi Tun Dr Mahathir, dia dilihat sebagai faktor memecah belahkan Melayu serta menimbulkan banyak prasangka buruk, beliau insaf lalu berundur. Tun Abdullah juga sama. Beliau terpaksa berundur lantaran serangan betapa beliau sangat lemah dalam membela hak-hak Melayu. Kini, Datuk Seri Mohd Najib sedang diserang kuat lantaran Melayu melihat dia kian hanyut dalam perkara-perkara yang boleh memporak perandakan kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan Melayu. Pokonya, Melayu tidak peduli siapa dan sejarah cemerlang pemimipin mereka, apa yang mereka mahu adalah perjalan berterusan kepimpinan yang dilihat jelas dapat menjamin kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan Melayu. Ini bukanlah suatu perkara yang anih. Lihat di dalam Islam. Tiada nabi dan rasul yang kekal. Allah tidak menjadikan pemimpin Islam sebagai kekal. Yang kekal adalah Islam. Islam adalah roh iaitu bentuk statue, norma, nilai dan waswasan untuk kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan saksama bagi semua Ummah dan mahluk Allah. Maka, jangan diheran jika Melayu juga tidak terlalu taksub kepada pemimpin mereka, kerana pemimpin UMNO bukan segalanya. Dalam prihal dulu dan kini, Presiden UMNO tidak serupa apa lagi sama dengan UMNO, jika gerak langkah keduanya tidak menetap pada asas perjuangan UMNO yang sebenar. Melayu juga kemungkinan akan menolak UMNO jika kemakmuran, kesejahteraan dan keselamatan Melayu tidak UMNO dapat jamin dengan baik.
(12) Masyarakat Melayu sebetulnya adalah masyarakat mudah. Apa yang perlu, mereka mahukan kejujuran sejati. Jika sesiapa jujur kepada Melayu, anak gadisnya pun Melayu akan serahkan buat isteri. Maka untuk terus-terus mendapat dokongan Melayu, pemimpin dan UMNO sebagai sebuah Partai harus jujur kepada Melayu. Janji kewujudan UMNO harus pemimpin UMNO tunaikan. Melayu sangat ingat pada janji. Jangan Melayu dimungkiri janji. Janganlah kehidupan Melayu terus berada dalam ketakpastian dan tertipu selalu. Janganlah Melayu diperbodoh-bodohkan kerana demografi mereka sudah jauh berubah. Saya melihat, kemelut Mahathir-Najib terkini dapat di atasi dan harus di atasi oleh hanya keduanya, jika kedua-duanya jujur duduk bersama dalam tradisi Melayu bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Adat Melayu dan kesungguhan demokrasi adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini. Mohd Najib sebagai upper hand harus sedar betapa Melayu sudah terlalu faham tentang kematangan demokrasi sehingga terjelma dalam perupamaan mereka yang berbunyi ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya lantaran lagi tua kelapa, lagi pekat santannya. Jalan hormat dan jalan diplomasi adalah jalan terbaik untuk menganding dua gergasi pemikir Melayu yang sedang berkemelut kini. Ketajaman pemikiran Mahathir jangan dibunuh. Kecergasan tenaga Najib jangan dikeringkan. Keduanya adalah kekuatan Allah berikan demi keperkasaan Melayu. Keduanya harus seperti keris dan sarungnya. Nan salah, mengaku saja salah dan perbetulkan bersama. Nan betul, betullah dan binalah bersama. Ego keturunan darah daging tidak menyelesaikan apa-apa. Allah tidak suka pertikaian hidup ini dilihat dari sudut ego darah daging dan darjat dari hanya untukNya dan demiNya.
(13) Di Kelantan Melayu pernah menolak UMNO. Kemudain di Trengganu. Begitu juga di Kedah. Juga pernah berlaku di Perak. Paling muktahir di Selangor. Melayu juga pernah menolak barisan Nasional. Di Sabah, Barisan Nasional paling awal pernah ditolak. Kini kecenderungan menolak barisan Nasional sudah menular di mana-mana. Begitu juga banyak pemimpin UMNO Negeri dan Nasional sudah Melayu tolak. Maka, menolak institusi bukan keanihan bagi Melayu. Ianya pasti terus berlaku dan akan berlaku.
(14) Kerajaan dan UMNO, pemimpin tertinggi UMNO dan Kerajaan bukanlah institusi Melayu jika di tangan mereka Melayu tergadai. Melayu hanya mengiktiraf sesuatu institusi itu milik mereka, jika dan hanya jika jikka institusi itu benar-benar membela Melayu. Kini nasib Melayu hanyalah ibarat guruh di langit. Langit petang, guruh berdentum, kilat menyambar, namun mendung hanya berlalu. Melayu akan bangkit menolak semua cukup pada waktunya.
Kuching, Sarawak
13 Mei, 2015

0 comments:
Post a Comment