![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxvMiSKXq2svqLFTEPeWtUCzrgJStUeJtneOU-OIR_cn1tGt_JJtUFB2CVS1iWL9WbD4Dh130MLL4gmsNQnvlwUIDs7IEZhyphenhyphen6VCdh57JReFexBrrX1mNvoHZIdiCaTLpyBDxZCAm3UwDp-/s1600/adam-and-eve-in-garden-michelangelo.jpg)
(2) Biarlah saya menulis tentang sikap "What is done, is done, why bother" atau dalam bahasa mudahnya: "Kenapa sibuk-sibuk, peduli apa!". In Shaa Allah, saya akan cuba menyorotnya dari sudut bagaimana sikap sebegitu sebetulnya menimbulkan segala keresahan sosial yang sedang melanda dunia Melayu. Pastinya sikap sebegini, menjadikan Melayu tersekat dari jalan luas kejayaan dan kebahagian. Asas kepada minat saya menulis ini, adalah lewat satu riwayat: Saat Muhammad SAW menoleh ke Neraka, baginda tertegun melihat kaum Hawa RA berbondong-bondong ke sana serta apa yang Barat lihat sebagai Behind a successful man, there is always a woman.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZamlVVD_zM_Fm2vs4v3jjFfGr2cfGyX4zKPWjHAF_HatdlbvtDyXB4_RBEu6qTbWVeVreuIfodLrFqjEBLRD7wzQtNNz9v2fcc7Ybh2hLi2lgTMjZIgVOapp63RlMXpuTrgEwNDOvvoPO/s1600/Msian+Sex+Structure.jpg)
(4) Fitrah asal Allah dalam menjadikan manusia kurang kita mengertikan. Kita mengerti sekadar sipi-sipi. Pertama Dia mahukan manusia jadi
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIkkv3lo78Z-pZMseqOP44aapbq8K3e9fF-np0b0OpF17fNyX6ZRE52Ca329I15TtTF0T5y1rN1Fhai70vJyKMA7B5W4MIGFd6S3vN7jGW3iad96dLijaV8rv7-2NRuRiLxkhNkuL61qmZ/s320/175160530_jesus_holds_the_world1_answer_2_xlarge.jpeg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6qGE3hsRdkqyd6t1SEr9eqvJPAwZOmnzs6wTIx7-23oQhx8GBNyKaa81US4P4RiaVGN6Dho28BxDyANs25HCMtbJPrsJy5_Npbu88L97I8KWSYEp81E9-EKZBjtjv3eR6duacpklW38dD/s1600/anatomy-chest-abdominal.png)
(6) Organ-organ di dada kita tidak melekap ke tulang rusuk. Kenapa begitu? Jika itu terjadi pasti payah untuk hati, jantung, paru-paru, malah perut untuk kembang kuncup. Itu saintifiknya. Namun apa maksud fitrahnya itu? Tidakkah mungkin Allah, menghendaki agar ada ruang antara lelaki dan wanita? Dalam hubungan suami-isteri, tidakkah itu mengambarkan kebijksanaan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQe5VToxd123IaTiBsGYSMBSmOhYAfHP9wDSgUzVpoY0lWo_ZvrQRh2h3PQ2ecdRJ75DUxUWLW6YSaHHrzXD0Xq-3xZ_2KK87w5Xg5L-4lE8ebf3jmq9smLQJGBVir9qD23spRVSjRyxLR/s320/6a00d8341c630a53ef0115703cac0e970c-500wi.jpg)
(7) Jika umat Islam, khususnya pemimipin Melayu berusaha keras cuba memahami Sains Islam dan atau Sains Al Quran, tidak sekadar mengambil sesuatu darinya atas kesesuaian kehendak diri pasti kedudukan wanita dalam Islam tidak akan sebagaimana Barat harus mempengaruhi kita. Islam menegaskan, wanita adalah pemimipin dalam rumah. Dia bertanggungjawap dalam menjaga keluarga, harta dan kehormatan diri dan suami. Inilah saya kira kias Allah, mengambil tissu rusuk sebagai mula kejadian wanita. Inilah bahagian yang menjaga segala jentera kerja manusia. Tidakkah itu serupa tugas wanita untuk menjaga kesiap siagaan rumah tangga? Juga kita harus ingat, sedari awal, penciptaan wanita adalah atas permintaan Adam AS. Dia meminta teman. Dia meminta adanya teman agar dia dapat menunaikan dengan sempurna fitrahnya sebagai khalifah. Itu kita harus jelas. Juga, lewat Hawa AS, mereka berdua akhirnya terjerat oleh godaan syaitan lalu terbit nafsu sahwat pada mereka. Tidakkah itu mengambarkan betapa, hadirnya Hawa AS adalah sebagai prasyarat kepada bernafsu sahwatnya Adam AS? Tidakkah itu juga mengambarkan, betapa wanita itu adalah pendorong dan yang memenuhi nafsu sahwat? Bernafsu sahwat itu untuk apa? Buat sekadar suka-sukaan? Apa perlunya nafsu sahwat dalam tanggungjawab kepeimpinan? Sesungguhnya, pembiakan adalah salah satu cara untuk pengembangan zuriat dan kelestarian kekhalifahan. Namun, lantaran kepunyaan nafsu sahwat, maka Allah siap siaga membuat hukum untuk mengawal segala lewat masing-masing manusia salah satunya adalah harus menutupi aurat? Hukum itu pula jauh lebih diberatkan kepada golongan wanita. Maka dalam dunia Islam, saya yakin Allah meletakkan wanita sebagai golongan yang harus punya tanggungjawab ringan namun amat penting.
(8) Fitrah kejadian wanita adalah untuk melahirkan zuriat. Kemudian memelihara mendidik zurait tersebut secara sempurna. Lantaran itu, dia harus menjadi pemimpin di rumah mengurus segala perolehan si suami demi kebahagian keluarga. Menjaga
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWMpPEflv34oG6slizc6BqUq4wjxd6sy-nVyrTZxTGs1iuQOWc_lyDvzqf7NR02Pdb0EYopNxrbrDTELaNoCRNlUJXdFjAUBo06NxPI16OVMjDjL1Ayj2KFz0W34y2s7b0h6Vg_QrHg_wH/s320/MG_4851.jpg)
(9) Perhatikan saat wanita sudah menonjol diri menjadi Khalifah. Lihat pada Cleopatra. Tidakkah Mesir akhirnya disundalkan kepada Rom seperti dirinya kepada Caeser dan Mark Anthony. Dalam prihal Aishah RA selepas kemangkatan Muhammad SAW dan Usman Affan, apa terjadi apabila beliau terlibat untuk memimpin penentangan terhadap Ali Abi Thalib? Tidakkah ummah jadi kucar kacir? Tidakkah itu, sebetulnya Allah hendak tunjukkan, wanita tugasnya bukan di medan perang. Memang ada yang mengata, bukankah Hindun isteri Abu Suffian memainkan peranan besar dalam mendokong peperangan menentang Byzantium? Sesunguhnya peranan Hindun adalah atas dasar dia ingin menebus dosanya dan tugas beliau adalah sekadar membantu logistik dan untuk memastikan Abu Suffian terus berperang biar terpaksa gugur. Di Eropah, apa terjadi kepada semua empayer Eropah bila mana kepimpinan Negara beralih tangan kepada wanita? Semuanya kecut dan terbebas merdeka. Juga perhatikan apa terjadi kepada Kerajaan Moghul Islam di India di saat wanita mulai mempengaruhi Raja. Kerajaan jadi lalai, terumbang ambing dan pecah belah kalah. Sehingga kini, Benua Kecil India (India, Pakistan, Bangladesh) terus-menerus menyaksikan wanita silih
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlzUnwzGGSvPwU7zMXV9hWlKB1rUCJhQZVe4BMW0IO07y6G6pLX3DUxZ5RI-VTUW2oGGPx-lknTx8zJFr9s0k_n3g2ofBn7bO8tqCBbn3civbSBiI-z1oMPFVikcaADMKNGkBpoq5Gc2wT/s320/tumblr_kwljipKol81qzx1npo1_400.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhf36AIKo1qf0qAXp4piYgxjK2LVhgiLFuIrDt4yUUlHPBQ95kAjpc9X_gkx6J7XItGlp5OliXHbsVdpnlvMhb7H5nkBphNvusfYY3Oh8RlIE2r-m9WvQ6V8ecfIFLneWrcaSqEbXdlLZ0s/s1600/Bees_iStock_605.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9P0j0iCjl1oXN0Amskp5T-Gsiz1-ahVBUzEBNfnNDNCufSHxSAPY3TH1OXe3JRS1Zac_jelSh7rN61D2PhQnAJdJoNh_Fhzih-wFcruGPdDQYP0NzM2OTBD7fNgAmaXT6LmeEY8n2-vRG/s1600/lady+truck+driver.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIYiWq1gLLfHsqxFkZ0tBfJN0T1B7b7msa3RUxOQ9Ao-Mxlh4WLgPkyy7Z8EjyhYd9QR8aF4ej4122tNharbh3FhNSXUUeNhglTp4aFYdY5RHGmOjO2qRrp4ESnPsFFUuh52Ckk81PvNmR/s1600/tmpaFY7Tb.640x360.jpg)
(13) Khilafnya, kita mengukur Islam pada kacamata Barat. Jika kita hendak Melayu terus menjadi Muslimin yang sempurna, Melayu yang teguh, punya jati diri utuh, mereka harus berdiri dalam Islam. Bukankah itu tujuan kita? Maka, Islam Melayu tidak boleh diukur daripada kacamata Barat. Islam harus berdiri sendiri. Saya mengira untuk mengembalikan lelaki dan wanita Melayu ke kedudukan asal mereka, pertamanya Negara ini harus bergerak cergas kepada pentadbiran Islam. Setiap sektor urusan Negara dan rakyat harus sentiasa digerakkan kepada cara urus tadbir Islam. Melayu harus punya keazaman untuk mentadbir urus Negara ini berasaskan Islam untuk kesejahteraan semua. Untuk itu, Melayu itu sendiri mesti menjalani kehidupan Muslim sejahtera. Selagi Melayu berkecamuk, tidak Melayu akan terhormat. Bahkan Islam juga pasti tidak dihargai. Maka, keluarga Melayu mesti berdiri pada landasan Islam. Lelaki Melayu harus memikul penuh tanggungjawab lelaki. Wanita Melayu harus memikul penuh tanggungjawab wanita. Saling membantu di antara mereka, tidak mengapa namun jangan sampai membawa kemelut dalam kekeluargaan Melayu. Istilah saling membantu itu harus dimengertikan baik-baik. Kedua-dua harus tidak memikul tanggungjawab yang sama. Nama sudah membantu, tidak bersama dan atau mengambilalih. Kaum wanita harus mengambil peranan ringan di luar rumah, dan lebih di dalam rumah. Sebaliknya bagi lelaki. Soal menanggung hidup keluarga mesti menjadi tanggungjawab lelaki.
(14) Apa boleh ini dilakukan sekarang dalam keadaan dunia kian mahal. Itulah sebabnya, dalam Islam, segalanya telah Allah duga. Semua ini terjadi lantaran kita lari dari suruhan dan panduanNya. Suasana ekonomi kita menjadi panas lantaran kita yang membuatnya sebegitu. Allah telah berjanji selagi kita patuh kepadaNya kita tetap kebahagian rezeki. Tidakkah kita yakin kepada itu? Jika kita was-was, maka apa maksud Syahadah kita? Saya yakin, Ekonomi Negara boleh digerakkan baik, tanpa penglibatan menyeluruh tenaga wanita di lapangan ekonomi Negara. Lelaki harus memikul semua itu. Itu tugas lelaki, tugas utama lelaki, membina keluarga, membina Negara, mendokong Islam. Secara makronya, saya yakin jika Kerajaan punya niat dan iltizam ke arah pembentukan Ekonomi Makmur Rakyat Sejahtera pasti boleh dilakukan. Para bijak pandai kita dalam semua sektor harus berbincang hebat dalam menentukan arah itu. Kita harus berkerja kuat ke arah itu. Kita kurangkan berpolitik tentang itu. Saya yakin boleh dan ada jalannya. Bagaimana, secara terperinci, terlalu panjang untuk saya huraikan di sini. Cukup jika saya perkenalkan sebagai ikutlah cara Allah mengetahui segala sesuatu tentang mahluknya. Pasti ada caranya Dia yang kita boleh ikuti. In Shaa Allah saya akan menulis mengenai itu sedikit waktu lagi.
(15) Secara mikronya, keluarga Melayu mesti punya niat dan iltizam membina keluarga Muslim sejati. Anak-anak, para remaja, gadis-gadis dan pria-pria Melayu harus didedahkan kepada sistem kekeluargaan baik. Hidup mereka harus punya asas Islam yang kukuh. Budaya Melayu mereka mesti mengerti secara meluas dan mendalam. Namun, sebarang yang lari dan atau agak lari dari landasan Islam harus mereka ketepikan segera. Saya yakin jika suami tahu tanggungjawabnya, dan isteri mahir dengan tugasnya, sebagai bapa, sebagai ibu, sebagai tonggak dan sebagai sokong dalam sesuatu keluarga, In Shaa Allah akan aman damailah keluarga Melayu. Pasti akan terhormatlah Islam. Keluarga zuhud harus jadi hambatan keluarga Melayu. Kita lihat kesan sebaliknya jika keluarga Kapitalis adalah hambatan Melayu. Sesungguhnya itulah punca segala masalah Melayu kini iaitu Kapitalis melitupi Zuhud. Nafsu haloba tamak menutupi syukur dan sabar.
Kuching, Sarawak
27 August, 2014
0 comments:
Post a Comment