![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAYl7uo8lTmxbyo4ADqQhzkgSr-5QeUtYpUaZUFVTG5I9SMQafrLQ1_MUskNiVqdQHVjCojMvd-Da9LafIAOgVnFXFYQBxkWAkr8vu02zCLPeEbuKbGK00rJ2oZEW8TKKgmqhzj0tcucky/s1600/Police+Road+Block.jpg)
Saya berasa amat hairan, saat tiba musim perayaan khususnya yang berkaitan dengan Melayu dan Cina, pasti banyak sekatan jalanraya dibuat. Yang banyak diperiksa adalah kenderaan persendirian awam. Apa tujuannya? Memang alasannya nampak
logik untuk memastikan semua kendaraan punya Cukai Jalan, pemandu ada Lesen Memandu dan kenderaan tidak lebih muatan. Segala macam pemeriksaan pula dibuat ke atas kenderaan pengakutan awam. Itulah masanya hendak memeriksa apakah bas punya permasahan teknikal, muatan lebih, pemandu ada masalah dadah atau alkohol dsbnya. Sepertinya
Road Block adalah sebuah bengkel bergerak JPJ. Semua ini menambak resah rakyat. Paling perit, saban tahun ianya semakin parah. Tidak berubah-ubah ke jalan lebih memudah dan mengamankan. Itu poko isunya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgD-ybOWYgknX2urVv1LTRKzpSxZjh5RZpvWA83DPWJZ34lTAakxZlcjNqkKB2_lkGisgilG5THPZYNAzcCp99ajz-NhSiAiReBpCkRjwx5pdZvRb20ss5vryExuyemvdANCTehy9ZIkq4A/s1600/maxresdefault.jpg)
(2) Saya ingin bertanya, Idris Jala, Menteri pakar GTP Mohd Najib, sudahkah membuat
Lab untuk meneliti akan perkara ini agar
bukan sekadar cekap dan kos berkesan tetapi lebih penting tidak menyusahkan rakyat. Saya kira GTP
lab Idris Jala mengenai ini adalah
tingkatkan jumlah anggota. Lagi banyak anggota, maka lagi cepat pemeriksaan dapat dibuat, jadi
kecekapan jadi lebih baik. Memanglah betrul pada
hitungan budak tadika. Namun, kesan kewangan bagaimana? Kesan politik, baguslah, lebih banyak pekerjaan akan dapat dicipta. Banyak pangkat baru boleh dicipta. Sebetulnya
formula ini adalah sama dengan 1+1= 0 + 0. Inilah apa yang saya lihat kini sedang berlaku
di pintu-pintu masuk Boarding di lapangan terbang kita. Saya yakin sebegitulah juga di tempat-tempat lain seluruhnya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQTyO0kKZCuJ9S5-CkG4b12QkXGDKQgew8Zi9CHHnn2ybShZ7zwlTHyfFNQKiQfusUKpGB2QlpvP_Fqtj7InguOFayMf8Q_NEoQL-tYnGt_QlOAVNWBFUTWlP5UpTVB2l2RQ2enMEqVqxg/s1600/vlcsnap-2012-07-18-10h13m36s149.png)
(3) Saya tidak mempersoalkan tentang tujuan segala ini dilakukan, saya mempersoal
waktu dan mekanisma perlaksanaannya. Saban tahun kesesakan jalan raya sebahagiannya adalah akibat
Road Block bermusim ini. Contohnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dalam keadaan biasa adalah sekitar 6-7 jam, namun saat menjelang musim perayaan ini boleh memuncak sehingga 18 jam. Ini adalah 300 peratus lebih lama dari biasa. Memang kesempitan jalan, serta curahan mendadak kenderaan pada waktu yang hampir sama boleh dipersalahkan, namun jika itu sebagai sudah
sebab azalinya, kenapa harus pula ditambah dengan sebab-sebab lain? Saya tidak nampak
Road Block yang tidak berunsur mencegah dan atau mengesan jenayah harus dijalankan pada musim perayaan. Untuk keperluan menangkap mereka yang tidak selayaknya memandu serta kenderaan adalah layak
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7CjQKsxG_M6JKWruERxwAdo-84c6KQrrOnlCnqHRK_t3WK4gRB-AQ-yMfRAAjQJR3O1uFz7_SzOsjOUihLzPZ2lreQaq5oYj8GnzfppR_FlrrzNTEWOfnk-p8kOnCyb1VNwqY7yZEXk3i/s320/8da8f0a02df583255bc74bc3d55882b7_330.jpg)
untuk berada di atas jalan, pasti ada jalan lain di waktu yang lebih baik dan tidak menyusahkan rakyat yang harus kita fikirkan. Saya mengira, rakyat akan faham jika kelajuan pacuan biasa dari 90-120KM/J akan berkurang kepada 60-90KM/J di waktu puncak, di mana waktu perjalanan akan meningkat sekitar 40-60 perastus dari biasa. Setidak-tidaknya rakyat mahu merasa mereka
masih bergerak agak selesa tidak tersekat-sekat sekitar 30-40 KM/J. Maka wajarlah kita cepat-cepat belajar
Mengurus Trafik dari terus bekerja seperti kita sejak zaman
Dharurat Komunis 1960an dulu. Saya dapati Singapura punya sistem
Land Traffic Management yang baik sehingga mereka boleh menawarkan perkhidmatan ke Eropah. Kenapa kita malu untuk belajar dan berubah?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyRkerhTZMIiuNJUhzGgm6nzY4YNPp71SMgovztOIi4LJCLp0b4OLpeei1gPDkHqs_-5SKo4r-RJoDz-N54qxOVusOiPV8qqRG8_Zo4JSPGCE_vFfhPjgBxGfXDHo3lOxaT3o5VnZorc8y/s1600/king_penguin_breeding_1sfw.jpg)
(3) Saya yakin jika Negara ini diurus dengan baik, pasti rakyat baik-baik akan jauh lebih ramai dari yang
nakal dan atau jahat. Mungkin tidak sampai lima peratus dari mereka ini punya sikap
tidak senonoh. Sesungguhnya betapa Allah dengan jelas menunjukkan perkara ini di dalam masyarakat burung. Lihat saja kelompok
penguin, angsa, flamingo, pipit, dsb bilangan mereka boleh mencapai pulohan ribu namun hidup penuh damai. Namun tidak pada
monyet dan kera kerana segala
ketua harus didahulukan. Maka sebab itulah Allah menyuruh sesiap yang menjadi pemimpin agar memimpin dengan penuh amanah. Tidak kiralah di peringkat mana. Kalau contohnya Perdana Menteri sendiri dan apa lagi dikelilingi oleh mereka yang
nakal dan atau jahat pasti akan lebih ramailah rakyat yang
nakal dan atau jahat. Lihat apa yang berlaku di Filipina, Columbia, Greece, dsb. Bila pemimpin
gila rakyat pasti
gila-gila. Mungkin wajar Mohd Najib melihat
Indek Nakal dan atau Jahat Rakyat sebagai
KPI Reflection of his Good Governance. Maka untuk mengelak rakyat dari bersikap
nakal dan atau jahat maka urustadbir Negara ini harus bersih dan sempurna. Saya bercakap sebegitu bila membanding sikap kita dengan contohnya di sebahagian negeri di Amerika, Kanada, Australia, Jepun, Jerman, New Zealand, Switzerland, dsb. Paling dekat adalah Singapura. Kerana tadbir urus Negara adalah baik, maka rakyat secara sendiri akan lebih
berdisiplin. Saya mengira, asas pertimbangan negara-negara ini adalah mudah. Tidak ada manusia yang berminat berbuat jahat. Semua ingin jadi baik-baik, Hanya segelintir yang suka berbuat sebegitu, maka yang ada cenderung ke arah itu harus dihukum paling berat. Saya mengira Israel dan masyarakat Yahudi paling keras dalam soal ini. Inilah sebetulnya,
kias Allah pada Hukum Hudud yang
seperti Mohd Najib dan rakan-rakan sangat takutkan. Sesungguhnya tidak ada rakyat yang suka mencuri, jika kehidupan mereka terjaga. Tidak ada Muslimin gemar untuk murtad jika lingkungan akhlak mereka terjaga. Tidak ada Muslimin seronok terus berzina, jika
lingkungan zina itu musnah. Namun tidak dinafikan, tetap ada
segelintir yang suka kepada yang
tidak boleh. Di situlah MahaKebijaksaan Allah, mengadakan Hukum Hudud bagi unsur-unsur yang sangat memudaharatkan Ummah:
curi, rompak, zina, dan murtad.Apakah sebenarnya
kias Allah tentang ini untuk kita laksanakan dalam cara kita mengurus sistem pengangkutan kita?
(4) Kelantan adalah Negeri yang saban tahun akan dilanda banjir. Baru-baru ini, Pahang paling teruk dilanda banjir. Kenapa?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSk_xv4NvNGOA0YTvWh3m8i6WqpUXGEh-FHrTHXnLOF-VBJ-SmcY5sWD36hjgHUezFPl-wDGqoC54KuBpcG89RZ6XTf8h14xP4ORDec7-GvSkKJAGiK__strI0jV4BimHYRwy8T2aqJLna/s320/ktm+serdang1.jpg)
Betullah, hujan lebat. Memang jelas sungai Kelantan dan Pahang cetek. Bila hujan lebat, pasti melimpah banjir. Jawapan itu semua betul. Cuma, itu betul di mata, tidak di
otak yang Allah jadikan agar terus kita junjung. Sesungguhnya ada waktunya Allah mendidik kita pada jalan mudah. Namun saat
otak kita buta, bisu, pekak pasti Dia akan mengajar kita cara payah. Fikirkan, saat hujan lebat, sungai-sungai kita sempitkan; apa akan terjadi? Saat saluran darah kita
blockage apa kita buat? Saya yakin, sebahagiannya, Allah ingin menyatakan sesuatu
musibah jangka panjang di atas musibah yang Dia datangkan untuk kita fikirkan jalan penyelesaiannya. Juga pengajaran Allah tidak terbatas pada suatu perkara, Dia hanya mahu kita berfikir dan berusaha, dan saya yakin Dia pada roh Rahman dan RahimNya, pasti setiap ketika siap menepati janjiNya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaJ0Bu_5P4ZFaYEYWbWw_G-i4IdegbVo-Hs78KbOoG0Kxf2OJxhzvGjDaK4NA7taaswr2Q8X7UnWmNiHIC5sd-FPhn4jiYInp9SVPWLtU4a5BkM-gdvZb8nKY20mvAzPlbW4ZfPtaZupSz/s1600/281013check.jpg)
(5) Dalam soal
Transport and Traffic Management saya mengira pertamanya
Undang-undang kita banyak lemah dan rasanya terlalu "kacang". Harus ada
severe punishment seperti
roh yang hendak disampaikan oleh Hukum Hudud. Sesungguhnya, Syariah Islam, ada yang berat, ada yang sederhana, dan ada yang sangat ringan sifatnya. Jika kita bijak, pasti akan kita dapati bahawa yang berat, seringnay mencakupi kepentingan kemasyarakatan yang sangat tinggi. Keduanya, perlaksanaan
hukum juga tidak bersungguh-sungguh dan seringnya ada "leeway". Lantaran
leeway ini maka ada yang terang-terang
melanggarnya. Dalam perlaksanaan Undang-Undang dan Peraturan kita, kita menyediakan banyak
lowongan untuk disalahgunakan. Sebabnya mudah, bila
Hukum Hudud yang datang dari Allah kita takut dan permainkan perlaksanaannya, pasti
hukum-hukum lain adalah "nothing, who care". Di snilah pentingnya Mohd Najib dan seluruh kuncu-kuncunya harus berani melaksanakan apa yang wajib. Ketiga, saya melihat kenapa harus
Road Block dijadikan mekanisma untuk memeriksa segala? Kenderaan baik tidak baik hendak diperiksa di situ. Segala keperluan permit juga hendak diperiksa di situ. Apa tidak boleh kita adakan mekanisma lain. Tidakkah boleh kita jalankan di waktu lain? Kenapa harus di musim perayaan segala ini hendak dilakukan? Apa yang kita buat di luar musim? Tidakkah wajar di waktu musim perayaan kita
manage and facilitate smooth traffic movement? Tidakkah perkara-perkara
mekanikal dan
pengurusan manusia khususnya yang melibatkan kenderaan berat dilakukan secara
in situ? Keempat saya melihat
Pendidikan Kepenggunaan Jalanraya sudah kian pupus. Sekolah sudah tidak menjadi
wadah bagi mendidik bangsa depan ke jalan berdisiplin. Apa lagi media massa kita, sudah jauh dari
sifat membantu membina bangsa Negaranya. Soal pendidikan tidak penting buat media massa kita. Kita benar-benar sudah lemas dalam dunia Kapitalisma. Saya menghitung, lantaran Kementerian sudah berlambak-lambak, serta Jabatan lebih taat kepada Kementerian masing-masing, dan apa lagi
celakanya bila Menteri pentingkan kedudukan politiknya dari membina bangsa Negara, segalanya menjadi
monyet dan kera di hutan. Saya melihat, kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) juga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sudah kian
kecairan kuasa akibat minat budaya berpolitik sempit yang sedang hebat kita amalkan. Konsep pengurusan bersepadu, saling mendokong sudah jauh hanyut dalam segala hal.
(6) Mungkin wajar bagi Mohd Najib dan para kuncu-kuncunya bersama pakar-pakar
alami dan tafsir Al Quran ke khutub utara
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg__wDCekQlqDrYrncV8WW1HRnhAs_qVz8m7tqNfQ2IEU37CyqKIl6NC93BiVAEgUnoYmSvqNoOAiY4m2hYBkC2IHrIgoXjmXgzT1pe6gYJWqWTLDVbjfUC4X8hyphenhyphenhDx7GEiHYZQUrvVPfze/s320/lake-nakuru-flamingos-3%5B6%5D.jpg)
atau selatan, dan belajarlah dari segala burung dan binatang serta tumbuh-tumbuhan di sana tentang cara mengurus hidup agar semua dapat bahagian dan hidup secara aman makmur. Sesungguhnya, keindahan pada flaminggo, angsa, penguin, segala tidak pada warna-warna mereka, namun adalah pada susun tatacara kehidupan mereka. Allah menjadikan mereka cantik pada sifat fizik, agar manusia juga harus berminat pada ciri-ciri budaya kehidupan mereka. Namun, jika ada di antara kuncu-kuncu Mohd Najib suka
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEii7yr5VrYOAreGQ2x9qgEynffJ39mFnv0KdquOl_m4pLRWBS65RjjHZhKh6EE28i3I2jlHZfLmGFkpnAih2HRSVHRYmc45mjgsUg3P533xHbKW5nUcq-Agz5sU86wgYjkdrqEsuxIlxtkR/s320/Ants'+Hive+Structure.jpg)
berfikir dan menyelidik, pasti akan ada yang berkata;
"Tidakkah Allah menjadikan alam tropika itu lebih dari segala? Para semut, anai-anai, para cacing, dan para lebah, pada sarang mereka, tidakkah mereka menunjukkan gaya pengurusan pergerakkan massa yang sangat cekap?". Sesungguhnya, maksud Allah
"Aku turunkan para 'persuruhKu' di kalangan kamu, agar mudah kamu mengerti" apakah mengerti akan kita maksud luasnya? Sesungguhnya, bilamana yang kita perbuat adalah tidak demi kepentingan Ummah iaitu mengurus tanggungjawap kita secara beramanah agar semua manusia akhirnya mensyukuri nikmat Allah, maka banyak galang pasti akan kita hadapi. Saya mengira, Mohd Najib telah tiba masanya untuk
berhenti berpolitik buatlah kerja pada penuh tuntutan
professionalisma. Saya ingin melihat para Pak Polisi kita punya kerjaya yang mereka dan rakyat hargai dan hormati, bukan sekadar Pak Pacak di mana-mana yang tidak seharusnya.
Somewhere Allah will me be
25 July, 2014
0 comments:
Post a Comment