Allah menyempurnakan kejadian seluruh alam, sebelum Dia menjadikan manusia. Saat manusia Dia perbuat dengan tangganNya tersendiri, di Syurga Allah tempatkan manusia. Di sana, apa saja, segalanya Allah jadikan sujud kepada manusia. Segalanya sempurna, tersedia. Namun pada permulaannnya, ada sesuatu kekurangan yang Allah sengajakan buat manusia itu, iaitu pasangannya. Atas permintaannya manusia itu, lalu Allah tunaikan hajatnya, dengan satu syarat. Namun, kerana nafsu pasangannya, kedua asalnya manusia itu akhirnya Allah lekaskan hadirnya mereka ke bumi ini. Fikirkan, kapan, bagaimana dan di mana agaknya di dunia ini akan Allah hantarkan manusia itu, jika syarat tersebut tidak pernah terlanggar? Rahsianya pasti seperti huruf Alif Lam Min, Alim Lam Ra, dsb di awal beberapa Surah Al Quran, tidak akan tercapai fikiran manusia untuk memecahkannnya.
(2) Soalnya, mulanya Dia mengkhabarkan kepada para malaikat, bahawa Dia akan mencipta manusia untuk mengetuai segala mahlukNya di bumi ini. Maksudnya, dari awal lagi Allah telah berhajat untuk meletakkan manusia ke dunia. Namun, kenapa Dia awalnya meletakkan manusia di syurga, di alam serba lengkap melainkan satu dan bersyaratkan satu? Kenapa tidak langsung ditempatkan ke dunia? Kedua, dalam keadaan murka atas sifat mengikut nafsu manusia Dia seperti melemparkan manusia dan syaitan ke dunia untuk saling menguasai. Manusia pula tidak Allah turunkan di keadaan bumi yang enak selesa melainkan di gurun tandus bagi Hawa dan pergunungan dan atau pulau jauh bagi Adam AS. Mereka sepertinya, disiksa dalam segala kekurangan. Apa maksudnya?
(3) Saya kini berusia 54 tahun. Pada sekitar umur tiga atau empat tahun, iaitu sekitar 50 tahun dahulu saya berkira saya sudah Allah anugerahkan sifat suka memerhati dan berfikir. Saya perhatikan kehidupan di awal 1960an, tersangat payah. Jika saya membuat perbandingan dengan sekarang, kehidupan pada masa itu saya takrifkan sebagai tidak dalam kemiskinan cuma dalam kepayahan dan keperitan. Kaya sememangnya tidak, namun makmur tetap ada cuma pada cara yang tersendiri. Semua orang mampu pada menunaikan keperluan masing-masing. Contohnya, dulu keluarga saya makan berlauk udang galah, tiga kali sehari. Kini, melihat udang, saya minggir bukan kerana kolesterol, tetapi harga yang tidak munasabah. Cuma untuk mendapatkan yang terkhusus agak payah dan sulit. Biar dalam keadaan payah dan perit ini saya perhatikan para buyut-moyang, nenek-datuk, ibu-bapa, bibik-paman, kakak-abang bahkan seluruh pasangan para jiran tetangga jauh dan dekat saya dapati sangat akrab. Cocok, ideal sebetulnya. Ke kebun, mereka sama-sama ke kebun. Ke sawah, mereka sama-sama ke sawah. Ke laut atau sungai, mereka sama-sama ke laut dan sungai. Ke hutan mereka sama-sama ke hutan. Bertandang ke rumah jiran-jiran tetangga dan sanak saudara, mereka tetap bersama. Di rumah, ada bahagian masing-masing tanpa ada repot-repot. Siang, malam, pagi, sore berjalan penuh kekeluargaan. Susah, senang saling sama memikul. Sang ibu-ibu, memang kepenatan, namun tiada carik di wajah mereka. Biar sang bapa-bapa, tetap lelaki sifat mereka indifferent pada tudingan kini, namun sang ibu-ibu tetap ngidang kopi dan dirinya saat diperlukan. Tiada tangguh-tangguh. Keluarga pula terdiri dari sebuah keluarga besar. Serumah, mungkin ada 2-3 pasangan. Mereka tetap rukun, jika ribut, cuma di cangkir kopi. Perceraian, anak-anak terbiar, ibu-bapa terabai, sangat kurang terjadi. Kenapa sebegitu jadinya suasana rumahtangga di masa itu?
(4) Saya tidak melihat kekukuhan Islam pada mereka di waktu itu. Sholat mereka, jarang-jarang malah banyak tidak pernah. Mengaji, sememangnya ada. Cuma sering saya dengar anak-anak menghafal Muqadam dari bacaan dewasa Al Quran. Puasa, seboknya cuma di saat menyambut Ramadhan namun di sepanjang Ramadhannya, tetap dapur berasap tiga kali sehari malah empat atau lima kali sehari. Aidil Fitri sememangnya meriah. Dentuman meriam buluh, sudah riuh rendah di sana-sini berbalas-balas sebelum Maghrib sepuloh hari sebelum Aidil Fitri. Para ibu-ibu, dan nenek-nenek, memang 15 hari sebelum Aidil Fitri sudah para sibuk membikin apa saja. Sholat Aidil Fitri, banyak tidak berbuat lantaran untuk ke Masjid, pulang-balik harus seharian. Apa lagi dinamakan Sholat Jumaat, saya kira Buku Rekod para malaikat tidak perlu ditukar ganti kerana kosong catatannya saban tahun sepanjang tahun. Pokoknya, seluruh kaum keluarga serta jiran tetangga saya dulu-dulu adalah Melayu Muslim, namun Islamnya saya tidak tahu di mana. Namun, mereka tetap utuh sebagai sebuah keluarga juga sebagai masyarakat. Bagaimana ini bisa terjadi?
(5) Cuba lihat kini. Di dalam sebuah Kampung, ada berapa Surau? Juga berapa jauh Masjid dari rumah para khariahnya? Di sekolah-sekolah, berapa banyak para Ustazah dan Ustaz yang mengajar Pendidikan Islam dan Fardhu Ain? Berapa banyak Institusi Islam kini bersebaran di serata Negara? Berapa banyak Pusat-pusat Pengajian Islam Rendah, Menengah dan Tinggi kini terbangun indah di mana-mana? Juga berapa banyak graduan-graduan Islam terlahir dari segala pelusuk bumi Allah ini? Siaran TV, ada berapa Saluran dan Waktu Islam dan Pendidikan Islam berkumandang kapanpun saban hari setiap waktu? Keberhasilannya di mana dan apa kayukurannya? Di zaman saya kecil-kecil dulu, kami adik beradik sekelurga hanya berkeroyok mengumpul seperti semut terjumpa gula mendengar siar Bimbingan Islam dari Pak Hamka dan atau Ibu Syamsiah lewat sebuah radio transistor Philip yang kadang-kadang jelas, kadang-kadang sayup-sayup pancarannya. Hanya di usia 16 tahun baru saya dapat ketemu Pak Hamka sebanyak dua kali. Namun di Kampung saya, hanya sekitar pertengahan 1990an baru Islam terbuka luas menghadir diri di sana. Namun, kini keluarganya, masyarakatnya, kian sendiri-sendiri, bobrok. Kenapa?
(6) Tulisan saya ini, mungkin masih berperisa kuno. Sesunguhnya, Sejarah lalu adalah cermin terbaik. Saya ingin mengimbau ciri-ciri hubungan suami isteri masa lalu sekitar 50-60 tahun lalu yang kini melahirkan keluarga-keluarga asas core family generasi saya, yang sangat berjaya, namun kini sedang menghasilkan keluarga-keluarga pertengahan umur (anak-anak) yang kian melahirkan anak-anak (cucu-cicit) yang kian bobrok dari kacamata jati diri Melayu apa lagi Islam. Sengaja saya mengambil pendekatan menyakitkan agar ada yang marah dan bersuara dan membantai jika mahu. Itu tidak mengapa. Dipersilakan.
Pasangan Dulu-Dulu 50-60 Tahun Dulu
Rata-rata pasangan dulu-dulu tidak berpendidikan tinggi. Untung kalau habis Sekolah Dasar Melayu. Banyak adalah sepertinya Ramlee, Sudin dan Aziz dalam Filem Bujang Lapok. Sang isteri, mungkin tidak pernah menjejak kaki ke Sekolah. Sebabnya, Melayu dulu-dulu cara mereka menerima Islam sangat mudah. Kerana Islam melarang pergaulan bebas lelaki-perempuan, maka anak-anak lelaki saja ke sekolah, sedang anak-anak perempuan hanya dibenarkan berada di sekitar rumah dan atau dalam lingkungan pemerhatian rapat ibu-bapa. Di zaman 1960an dan awal darinya, soal tutup aurat tidak wujud dalam dunia Melayu. Bagaimana mahu tutup aurat, hendak isi perutpun belum cukup. Jadi aurat terjaga baik lewat, budaya pemisahan geografi lingkungan iaitu anak-anak lelaki boleh berpetualang dan anak perempuan bergurulah di dapur.
(2) Lantaran sebegitu, anak lelaki Melayu dulu-dulu punya sifat adventurous. Bersifat bebas merdeka, berdaulat. Mereka mengikut jejak datuk-bapa mereka meneroka hutan, meredah laut, mengubang sungai dan paya danau. Mereka melakukan kerja-kerja keras dan payah. Ada waktunya, mendapat kecederaan berat jika tidak tergadai nyawa. Kelelahan dan perit kerja sebegitu sangat-sangat dimengertikan oleh para ibu-ibu, isteri-isteri dan bahkan gadis-gadis di zaman dulu-dulu. Lantaran itu, dengan penuh tertib, rasa bertanggungjawap kepada para datuk, suami, paman, saudara, abang adik lelaki maka layanan yang sewajarnya dari para nenek, ibu, isteri, serta gadis-gadis Melayu dulu-dulu mereka tunaikan tanpa soal dan atau keluh kesah. Para lelaki dulu-dulu juga tahu, betapa pada mereka tergantung segala kebajikan rumah tangga.
(3) Saya mengira, keluarga dulu-dulu, ketentuan hidup mereka hanya satu iaitu: kemasyrakatan. Keluarga mereka tafsirkan sebagai diri, pasangan, kerabat, dan jiran tertangga. Konsep masyarakat dalam Islam mereka budayakan. Pendeknya perhitungan hidup mereka mencakupi saling ketergantungan individu dan masyarakat. Individu dan masyarakat tidak terpisahkan. Keharmonian harus terjaga sebilang masa. Jika perlu, individu harus terkorban demi masyarakat. Masyarakat dulu-dulu, yakin dan berpegang teguh betapa keutuhan dan martabat bangsa adalah ulung. Makanya dulu-dulu banyak perhitungan dan keributan diselesaikan atas perhitungan maruah dan martabat bangsa.
Keluarga Kini
....bersambung. In Sha Allah

Serikin, Bau, Sarawak
3 May, 2014
0 comments:
Post a Comment