.

5/4/14 HASILNYA...saat kita asyik jika berjika, kalau berkalau? (DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 15, 2014

Share

& Comment

Kalau tidak silap ada sepotong ayat di dalam Al Quran yang kira-kira membawa maksud: Allah tidak suka jika kita berkalau-kalau. Contohnya, Kalau aku kaya, aku tolong semua jiran tertangga dan atau Jika aku sihat, aku akan jadi baik-baik. Ayat ini saya kira ada kaitannya dengan sifat bolak balik berdolak dalik Yahudi. Mungkin ada yang boleh membantu saya tentang rujukan Ayat tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak cuba bercakap tentang niat. Saya bercakap tentang mereka yang suka meletakkan alasan untuk berbuat yang mereka tidak mahu buat biarpun ianya merupakan suatu kewajiban. Saya menulis ini, kebetulan hari Ahad lepas 13 April, singgah sepasang teman yang berkereta dari Sibu hendak ke Kuching. Dia singgah sebab sudah lama tidak bersembang dengan saya di Kampung. Kerana hari sudah agak lewat serta hendak hujan lebat, saya tawarkan saja mereka menginap di rumah saya di Kampung. Kebetulan, dia adalah pasangan dari Kelantan, pasti tajuk perbincangan tidak lari dari soal Melayu dan Islam.

(2) Kami, sambil makan malam terus berbincang. Dia menyatakan, dia sedih melihat Kelantan. Islampun tidak. Melayu berjayapun tidak. (1) Juga paling parah, anak-anak muda Melayu kian hilang arah. Apa Nik Aziz buat selama 22 (?) tahun jadi MB? katanya lagi. Disembar 1972, saya menjejak kaki ke Kelantan, ke Ulu Kelantan, di Kuala Krai. Kuala Krai ini, saban tahun sekitar Novembar-Disembar, pasti menjadi perhatian Negara. Saat Tangga Bradly di paras bahaya, maka Kota Bharu pasti berpesta Betis Tino. Biarpun kini saya sering ke Kelantan, dan selalunya pasti berpusing keliling berjumpa teman-teman sekolah di sana, terdetak juga di hati betapa tidak banyak yang berubah. Islam tidak Islam. Melayu masih kucar langar. Memanglah, dengan mudah kita boleh menyoal: Apa Nik Aziz telah buat?. Kita pasti mudah meleparkan persoalan itu jika kita bersemangat UMNO. Jika kita bersemangat PAS, pasti kita akan berkata: UMNO kafir; mereka penghalang kepada cita-cita Islam PAS. Pokoknya, Nik Aziz (PAS) berfikir, mereka akan dapat berbuat yang terbaik untuk Islam dan Melayu jika PAS dapat memerintah Negara. Di sebaliknya, Najib dan Muhhydin (UMNO) pula berpendapat dan berpegang: Mereka akan jadikan Kelantan inti Mekah, bukan sekadar serambi, jika mereka memerintah Kelantan. Inilah jika berjika, kalau berkalau yang saya kira Allah tidak suka. Maka atas sebab itulah, saya yakin maka Allah bersandarkan kepada Demi masa... dalam menghukum segala akhirnya.

(3) Sekarang PAS sedang terkial-kial untuk membentang Usul Rang Undang-Undang Hudud di Parlimen kerana undian Ahli Parlimen Muslim tidak boleh memberikan hasil dua pertiga seperti diperlukan oleh Perlembagaan. Hudud tidak dapat berdiri tunggal di mana-mana tanpa restu Parlimen. Apakah hanya kerana itu, maka segalanya akan terencat? Apakah, tanpa Hudud, Islam tidak dapat berdiri teguh? Sesungguhnya apakah dalam hidup ini tanpa dugaan? Sang Chimpanzee dan juga Orang Utan, tetap punya akal biar tampak bodoh bila berdepan dengan sesuatu galang dalam menunaikan nafsu mereka. Beda kita dengan mahluk Allah lainnya adalah kita punya nafsu dan akal. Roh Allah pada kita, Dia sertakan nafsu dan akal jika kita benar-benar jujur dan bersungguh dalam perjuangan kita, InsyaAllah ada jalan. Selagi kita jika berjika, kalau berkalau pasti tiada apa yang tertunaikan. Khuyuk dalam sholat iaitu didikan kesungguhan adalah tuntutan Allah dalam semua.

(4) Beberapa kali saya singgah ke Pondok Nik Aziz bila saya berpeluang ke Kelantan. Di sana, suasana di sekitar Pondok beliau saya rasakan, tetap dia boleh lakukan penyusunan masyarakat yang baik, Islamis, biarpun dia bukan seorang Perdana Menteri. Dia boleh mengatur suasana kehidupan di sana menjadi tertib, makmur dan sejahtera, namun segalanya tetap Kelantan seadanya. Pergilah ke sana, pasti banyak yang akan mengeluh menyesal jika ada yang mampu duduk lama dan berfikir bukan tentang Nik Aziz, juga bukan tentang individu Kelantan, tetapi masyarakat Melayu. Sesungguhnya dalam banyak hal, kita sering terlupa untuk melihat masyarakat dari individu dan atau kelompok. Sesungguhnya, bila Muhammad SAW terhalau dari Mekah, bukan kerana apa, saya yakin, pertamanya, Allah mahukan Muhammad SAW melihat keluar dari kelompok Quraish, masyarakat manusia seluruhnya harus menjadi jalan perjuangan baginda. Keduanya, kaum Ansar dan Khazraj Madinah, jauh lebih kecil dan kerdil dari Quraish Mekah. Bukan sekadar itu, kedengkian Yahudi Madinah kemudiannya terbukti lebih merbahaya dari Quraish Mekah. Namun, pada yang sedikit dan merbahaya Allah limpahi kekuatan kepada Muhammad SAW. Muhammad SAW memulakan dari tiada kepada ada, dari kerdil kepada gagah dan baginda tidak tanggung-tanggung, jika berjika kalau berkalau. Sesungguhnya kerahsiaan Allah dalam sesuatu perkara jauh jangkauan waktu hikmahNya. Saya menduga, kegagalan Nik Aziz dan sesiapapun dalam menghambat apapun lantaran sikap jika berjika, kalau berkalau. Nik Aziz ingin terlebih dahulu dapat semua baru boleh berbuat apa mahunya. Saya tidak mencela Nik Aziz, saya mengutara khilafnya. Nik Aziz pada aura Islamnya harus telah meninggalkan lagenda mercu tanda untuk ikutan anak-anak Kelantan sepertinya Cik Siti Wan Kembang. Samalah dengan Najib dan Muhhyddin, kalau Kelantan dapat kita tawan kita buat yang lebih baik untuk Islam dan Kelantan. Kalau. Akhirnya, semua karam.

(5) Banyak bercita-cita hendak berbuat terbaik untuk masyarakat. Namun tidak banyak yang sanggup segera berfikir dan berbuat. Banyak bertangguh-tangguh. Banyak sering menanti punya upaya kuasa. Banyak saling menunggu siapa memulakan. Ramai berlepas tangan lantaran tidak upaya. Sesungguhnya inilah jiwa kerdil, kepicekan, kebutaan Sejarah Islam bahkan saya kira kebaculan hebat yang sedang melanda kebanyakan dari kita. Selain Muhammad SAW, sengaja Allah tunjukkan kepada kita, saya kira, dan kita tidak membacanya sebegitu betapa: Bilal ibn Rabah adalah antara pemberani terhebat dalam memulakan yang baik. Seorang hamba, hitam legam, kurus kering, tidak berpelajaran, Bilal ibn Rabah dengan berani mengaku menidakkan Uzza dan Latta. Bilal ibn Rabah dengan berani sendiri menantang Abu Jahal Abu Lahap, lu siapa? dalam jalan kebenarnnya. Ini kita lupakan. Ini kita kian tidak yakini. Allah, janjiNya, Tetaplah di jalan benar, Dia akan sentiasa ada bersama. Kita ingin, segalanya teratur baik baru kita dapat memulakan yang terbaik. Kita tidak berani memulakan langkah mula, biar kecil namun jelas ikhlas benarnya, maka kita mulakan saja biar sendiri. Bilal ibn Rabah, adalah pendiri sendiri, lantas Allah mendatangkan tangan besar, Abu Bakar Ass-Siddique membantunya, lalu sehingga kini Bilal berkumandang di mana-mana di New York, Las Vegas, Moscow, Beijing, Hokaido, Soul, Port Moresby, Canberra, Vientien, dsb.

(6) Kita biar pada apapun kedudukan kita, kita buatlah sekuatnya apa saja yang terbaik buat anak bangsa dan Islam. Kita tidak perlu tunggu sehingga kita ada segalanya baru kita hendak melangkah. Bekerjalah sekuat mana, cuba toleh ke belakang, apa jejak telah kita lunasi untuk pertapakan wajar anak bangsa di masa depan. Umur kita tidak ke mana. Harta kita juga tidak akan pernah dapat kita kumpul sebanyak semahunya kita. Keberkatan hidup adalah penting sebagai jaminan anak cucu cicit dan Islam. Tidak kurang dari itu. InsyaAllah

Nota:
(1) Dari pemerhatian saya, dari luaran orang Kelantan sangat berjaya. Saya berkira, mereka adalah antara Melayu paling berjaya dan bergaya. Saya telah hampir dapat berhubung dengan semua rakan-rakan pelajar saya di sana dulu, semua mereka pasti punya 3-5 orang anak dan kebanyakan dari anak-anak mereka pasti punya tertiary education. Pergilah ke Kuala Lumpur, naiklah bangunan Kerajaan, GLC dan swasta mana, akan kita ketemui banyak anak-anak Kelantan yang menduduki jawatan penting di sana. Juga ahli perniagaan Melayu yang berjaya, banyaknya dari Kelantan. Seperti juga saya tulis jauh terdahulu dari ini, siapakah anak Kelantan yang tidak branded concern. Anak-anak Kelantan cukup bergaya. Jualan Mercedes Benz umpamanya paling mantap adalah di Kelantan.  Pergilah ke Kota Bharu, pasti akan ada rasa seperti kehidupan Beverly Hill. Inilah lambang kejayaan anak-anak Kelantan. Namun yang mundur adalah Negerinya dan pasti masyarakatnya. Secara individu dana tau kelompok, memang mereka berjaya (dan bergaya). Kenapa? Pasti tidak ramai dapat correlate prihal ini dengan sebab keras Umar Al-Khataab dalam hal-hal kemasyarakatan.

Kuching, Sarawak
16 April, 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

balqiswilson said...

Assalamualaikum.
Dalam pencarian saya, mungkin ayat ini membawa maksud yang hampir sama.
Surah AlQasas:77,Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kamu(kebahagiaan) diakhirat,dan janganlah kamu melupakan sebahagian dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain)sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu. Tq.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.