.

6/12/13 MANDELA, AHMAD DEEDAT....dan Melayu?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 11, 2013

Share

& Comment

Afrika Selatan, seperti selalunya terbangun lantaran penguasaan oleh bangsa pelaut Belanda pada 1652. Mungkin Belanda (juga Sepanyol) adalah dua bangsa terawal di dunia yang mengerti akan peranan besar pihak swasta dalam mengembangkan kekuasaan sesebuah Negara. Belanda, lewat Dutch East India Company telah berjaya menguasai dunia sewaktu rata-rata pribumi di rantai Timur dan Selatan masih enak bercawat bersarung. Dutch East India Company berjaya menguasai India, kemudian langsung bergiringan bersama pelaut Spepanyol ke Filipina lantas menguasai Indonesia (juga seketika Tanah Melayu) lantas ke Afrika dan Selatan Amerika. Mungkin di antara tanah jajahan awal East India Company yang agak bertemaddun atau mungkin lembut-lembut manusianya mudah digiring suruh, maka Melayu-Jawa menjadi bangsa hamba abdi yang didagangkan meluas ke seluruh dunia. Cuma, kebangkitan Napolean Bonarpate lewat Revolusi Peranchisnya, maka British dan Belanda sepakat untuk mengekang perluasan Peranchis ke sebelah Timur dan Selatan (juga Utara). Sehingga pada 1806 akibat masalah kewangan Dutch East India Company, Cape Town akhirnya tergeletak ke dalam tangan British. Afrika Selatan, khusus mereka yang bertutur bahasa Afrikaan sangat membenci British lalu mengerakkan kemerdekaan pada 1931. Inilah bangsa kulit putih Afrika Selatan yang tidak gemar berkongsi kekayaan dan telah mengujudkan pelbagai Kanun Tanah bagi menyekat agihan kekayaan kepada pribumi yang berbilang dan saling berpecah sehingga suatu ketika hanya tujuh (7) peratus dari Bumi Afrika Selatan adalah milik pribumi.

(2) Kerajaan Merdeka Afrika Selatan sebermula dari penjajahan British telah memulakan gerakan pemisahan antara bangsa Putih Afrika dan rakyat pribumi Hitam Afrika. Gerakaan ini akhirnya secara rasmi membentuk fahaman Apartheid: Putih tidak bercampur Hitam. Tidak wujud istilah Kopi Susu di Negara itu. Yang ada samada Black Coffee dan atau White Coffee bukan Milked Coffee. Sesungguhnya sebermula penubuhan Apartheid bangsa Putih Barat sangat mendokong akan fahaman itu. Sebabnya mudah, kerana kepentingan perdagangan, sepertinya dokongan Barat kepada pelbagai MNC di seluruh tanah jajahan dan atau bekas tanah jajahan mereka di seluruh dunia. Dalam tempoh sebegitu, sesungguhnya segala bangsa berwarna selain putih adalah pariah. Malang sekali buat bangsa berkulit hitam, kuning juga kelabu asap. Ledakan perladangan dan pengembaraan Belanda mengheret bangsa Melayu-Jawa ke serata dunia menjadi hamba dan penunjuk kelautan. Ini kemudiannnya diikuti oleh dagangan bangsa Obama sejak ratusan tahun sehingga kini baru mereka dapat menjadi hamba boneka di Rumah Putih

(3) Dalam waktu perkauman yang sangat perit, tumbuh dua manusia di Afrika Selatan. Mandela di kalangan pribumi, dan Ahmad Deedat di kalangan hamba paksaan dari India. Kedua-duanya adalah Hitam, dipaksakan kemiskinan ke atas mereka. Mandela, akibat kemiskinan di luar bandar Hijrah ke Cape Town sama sepertinya perjalanan Sukarno dari Surabaya ke Bandung untuk menjadi Jurutera sedang Mandela menghambat menjadi peguam. Kedua-duanya meniti hidup yang sama dari sisa penjajah yang sama iaitu Dutch East India Company. Sedang Ahmad Deedat, lantaran kemiskinan bandar tumbuh dari keluarga penghambaan menjadi budak hamba di kilang dan dihina bertalu-talu bukan sekadar kerana dia Hitam, juga adalah Muslim. Mandela dan Ahmad Deedat (juga Sukarno), kedua-duanya dewasa dalam tekanan terjahan tidak berperi kemanusiaan. Kerana jiwa memberontak mahukan Kemerdekaan Mandela (dan Sukarno) menjadikan Penjara sebagai Universiti Kematangan dan Perjuangan mereka, sedang Ahmad Deedat mencabar tantangannya lewat Ilmu Inter-religious Study lalu menjadi pendebat menyanggah segala kehinaan dilemparkan ke atas Islam.

(4) Mandela, biar terpenjara sehingga 27 tahun, bila dibebaskan, mengerti akan kepayahan perit bangsa Hitamnya. Dia memilih jalan tengah, tidak berdendam. Jika Putih dia cuba hancurkan sebagai mana jalan pilihan Sukarno, apa lagi pada sebilangan pemimpin Arab, pasti Hitam akan terbelanggu dalam kancah perperangan yang belum tentu mudah bagi mereka. Negara-negara jiran serta sekutu Putih di Barat pasti akan menghulur tangan-tangan gelap membantu membelasah Hitam. Maka dengan sebab itu, sebaik dibebaskan tangan FW de Klerk Mandela gengam dan julang serta menuding that army, that police, all these, yang pada masa itu rata-rata adalah Putih belong to us all. Mandela pemain saikolgi handalan, tidak kurang hebatnya Abdul Razak Husein saat kita sedang diancam Komunisma. Paling terkesan saya berkira, empat tahun selepas pembebasannya, Mandela menguasai Parlimen Afrika Selatan dan menjadi wakil tunggal dicalunkan sebagai Presiden. Di sepanjang tempoh menjadi Presiden, satu sikap jelas Mandela adalah tidak pernah dendam dan haloba.

(5) Benar, biar Afrika Selatan adalah Negara High Middle Income, biar rata-rata rakyat pribuminya masih mendapat sekitar U$1.25/seorang/sehari, namun saya yakin suatu hari akan muncul Mandela Baru yang mengerti untuk menyusun ekonominya agar rakyat seluruhnya mendapat rahmat atas prinsip tidak dendam, tidak haloba. Allah sebegitulah MahaBijaksananya, jika tidak wujud dalam dunia Islam manusia sebegitu, Dia wujudkan Mandela dalam dunia lain namun tetap dalam tadbirNya untuk menjadi penyuluh kepada Umat Islam yang meraba-raba biar dalam terang. Saya berkira, jika Najib mengamalkan prinsip tidak dendam, tidak haloba dalam mentadbir Negara ini, InsyaAllah kita akan mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi serta (saya ulangi  serta atau dan) rakyat juga dalam keadaan makmur dan sejahtera, tidak sepertinya Afrika Selatan, Negara makmur rakyat melarat. Kelantan Negeri Melayu, sama Melayunya seperi Perlis, Kedah, Trengganu dan Pahang. Jangan Kelantan didendamkan. Jangan tamak untuk menguasai seluruh Negara, sedang Allah telahpun memberikan kekuasaan untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Tidak perlu kekuasaan mutlak untuk berbakti hebat. Saya berkira, jika manusia tidak berkuasa tetapi dapat berbakti hebat, maka dia adalah manusia terhebat, sedang sebaliknya bagi manusia paling berkuasa namun tidak boleh berbakti hebat. Jangan jadikan Kelantan juga Melayu-Melayu lainnya di bawah kekuasaan penguasa lainnya dipinggirkan, kerana itu adalah bakal menjadi arang di muka Melayu.

(6) Sesungguhnya biar Islam telah menyentuh hati Melayu sejak 700 tahun dahulu, namun dendam, dengki dan tamak belum dapat terpisah dari jatidiri bangsa ini. Kenapa? Muhhyiddin, kena mengkaji secara dalam akan kenapa sistem pendidikan kita belum dapat mengujudkan Melayu yang Islam. Mungkin di situlah pokok masalah semuanya. Tanamlah jiwa Islam kepada Melayu agar kita menjadi bangsa yang jujur, adil, amanah, dan kental. Alihlah kiblat dan acuan kita dari Barat ke Islam.

Kuching, Sarawak
11 Dec., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.