.

2/6/13 TERIMA.....dan jangan mangkir. (To borrow not to cheat)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 07, 2013

Share

& Comment

Kita sering berkeinginan. Anak kecilpun ada keinginan. Semua manusia ada keinginan. Itu adalah fitrah, selagi roh dikandung badan. Itulah tujahan naluri. Ada yang melihat keinginan sebagai cita-cita. Ada juga melihatnya sebagai impian. Ada juga melihatnya sebagai keperluan. Banyak melihatnya sebagai angan-angan. Banyak juga menjadikan keinginan sebagai suatu keazaman. Berusaha sekerasnya untuk mendapatkannya. Bahkan ada yang kegilaan untuk mendapatkan apa yang diinginkannya. Namun tidak semua yang kita inginkan kita dapat. Sama halnya tidak semua yang kita usahakan biar sekeras selama mana juga kita dapat. Kenapa? Pasti jawaban kepada persoalan itu sangat luas dan tidak terbatas hanya atas soal nasib, takdir atau ketentuan.

(2) Namun apa yang pasti, tiada siapa mengingin sesuatu yang tidak baik. Semua menginginkan yang baik-baik khususnya bila terkait dengan dirinya sendiri. Si gadis Melayu umpamanya inginkan rambutnya panjang lebat ikal mayang mengurai, muka bujur sirih, dahi rata lebar, hidung mancung sederhana, pipi gebu, bibir seulas pinang, gigi rapat halus putih berseri, leher jinjang, dada bidang montok, pinggang ramping kerengga bunting, betis panjang bunting padi. Saat sebegitu adalah milik fizik sesiapa, maka lihatlah perawakannya. Jelingannya, senyumannya, bicara suaranya, liuk lentok lehernya, gerak nafasnya, gemalai tangannnya, gerak-gerak jarinya, lenggang lenggok punggungnya, simpang siur langkahnya, semua pasti menguncangkan sesiapa saja memandang. Si Memerang (Otter)pun boleh tercegat kekaguman biar sebetulnya sedang terlalu sibuk berkejaran mencuri ikan di kolam peliharaan. Sedang, sang jejaka pula, jika dia tidak tampan ganteng pasti keinginannya berubah kepada keberadaan yang harus dia miliki. Dia pasti kepingin punya porsche untuk katakan menambat si jelitawan Melayu terakhir. Sebegitulah kitaran saikologi keinginan. Si gadis ingin agar jelita, agar boleh menambat jejaka tampan jika tidakpun berharta. Sedang si jejaka, jika tidak tampan, harus berharta atau paling-paling dusta berharta untuk mendapat si jelita.

(3) Allah sebelum menjadikan manusia, telah menciptakan segala isi alam. Matahari, sebagai penerang dan sumber tenaga bagi seluruh cakrawala. Dari tenaga matahari, segala tumbuhan mensintesis panganan buat segala haiwan termasuklah buat manusia. Air Allah adakan bagi menghidup segala. Dari air datangnya wap, dari wap lalu tumbuh awan, dari awan dan angin Allah menaburkan air ke serata alam. Rembulan untuk menandakan malam serta mengalirkan arus lautan agar ada pasang surutnya dan peredaran baik arus udara. Sedang lautan terbentang luas, agar hidup segala kehidupan laut. Lebih penting, laut adalah takungan kumbahan self treated bagi seluruh alam. Juga adalah agar manusia dapat belayar di permukaannya untuk meneroka seluruh alam ini. Sesungguhnya, apa juga, biar arang batu batu bara, biar gunung berapi, ribut taufan, nyamuk, cacing, segala apa sekalipun, Allah ciptakan segalanya adalah buat manusia. Tidak ada satupun yang Allah telah ciptakan bukan untuk manusia. Biar Setan dan Malaikat sekalipun. Apa lagi Neraka dan Syurga. Maka atas sebab itulah Dia menyatakan, betapa manusia adalah ciptaanNya paling sempurna paling tinggi darjatnya. Di situlah hakikatnya, saya berkira dan yakin, letaknya konsep seluruh isi alam, kecuali Setan bersujud kepada manusia. Segalanya adalah untuk kebutuhan manusia noting is at no man expense. Manusia adalah khalifah bagi segala, termasuk Syaitan jika manusia telah menjadi kelompok mereka.

(4)Namun Allah juga berpesan, segalanya hanyalah pijaman dariNya. Anih bagi yang tidak mahu berfikir. Jika tadi dinyatakan betapa segalanya Allah ciptakan untuk manusia, mengapa pula manusia harus meminjam apa yang menjadi haknya. Sesungguhnya tidak ada satu nas di dalam Al Quran dan Hadith yang menyatakan apa juga ciptaan Allah adalah menjadi hak kepada manusia. Yang sering ditegaskan adalah Allah mencipta segala, Allah memiliki segala. Dia adalah Tuhan semesta alam, Dia pencipa semesta alam, Dia memiliki semesta alam. Maka segalanya di Bumi ini khususnya adalah hak Allah dan manusia hanya punya hak untuk meminjam. Untuk mengerti akan hal ini, biar kita kembali kepada asal kejadian manusia. Allah mencipta Adam AS, bapa manusia dari debu dan tanah liat. Pada hari ke enam penciptaanNya, sengaja Allah biarkan patung Adam kaku terbiar bersendiri. Syaitan kemudian memasuki rongga tubuh Adam yang kosong dan menyatakan keinginannya Jika Adam sujud kepadanya, maka dia akan hormat kepadanya. Jika tidak, dia akan pastikan menyesatkan Adam. Syaitan sudah ada keinginan untuk menguasai Adam. Namun pada saat sebegitu Adam tidak ada nilainya. Ianya sekadar patung yang kaku. Tidak punya kuasa apa-apa. Kaku. Patung. Kenapa Allah berhenti di situ? Membiar Adam sebagai patung yang kaku? Apakah Allah sangsi atas kemahuanNya? Sedang letihkah Allah? Sedang tidurkah Allah? Sedang makankah Allah? Atau sedang buang air besarkah Allah? Saya berkira, dan yakin, sengaja Allah atas MahaBijaksananya Dia, Dia ingin membuktikan betapa biar jasad Adam telah sempurna, dia tidak punya apa-apa. Dia kaku. Dia bisu. Dia buta. Dia tuli. Setaraf tunggul, batu, dan apa-apa saja yang mati. Maka, Allah hembuskan nafasnya ke dalam tubuh Adam, lalu menjadi rohnya dia, lalu hiduplah dia. Nafas itu adalah nafas Allah. Ianya menjadi roh kepada Adam. Nafas Allah. Roh Adam. Apakah itu bermaksud roh itu sudah menjadi milik Adam hanya kerana tubuh Adam sudah mengendong roh tersdebut?. Saya yakin tidak. Roh itu tetap pinjaman nafas Allah kepada Adam. Seperti juga dalam proses cedungan, transplant tissu atau organ. Biar tissu atau organ tersebut telah baik tercedunbg ke tubuh lain, tetap tissu dan organ itu adalah milik penderma. Nafas Allah yang menjadi roh manusia adalah sama saja dengan konsep cedungan tissu atau organ. Inyan sekadar derma, sekadar pinjaman. Maka sebab itu, Allah sampai kapanpun tetap berkuasa mengembalikan nafasNya mencabut roh Adam juga seluruh manusia. Di sinilah konsep pijaman yang harus dimengertikan. Tubuh, sememangnya tubuh Adam. Apa sangat ada pada tubuhnya itu, sekadar tanah dan debu. Apa bedanya dengan lumpur, peceran, atau tompokan najis lembu? Saat roh sudah tidak ada, maka tubuh kembali kepada asalnya iaitu tanah. Sedang, roh yang menjadi milik Allah asalnya iaitu nafasNya, maka ia kembali kepada Allah di lingkunganNya, Luh Mahfuz.

(5) Kita kembali kepada konsep ingin. Kita ingin sebab kita belum memilikinya. Bayangkan, kita sekadar mampu naik Cup Chai, pasti kita ingin juga hendak bergaya gila, maka kita terliur hendak pandu Proton Perve, namun ada teman baik hati lalu pinjamkan kita Porsche. Saat dipinjamkan Porsche ada berbagai watak akan terjelma. Ada yang mungkin menolak sesungguhnya menolak hanya ingin sekadar yang dia inginkan. Dia seperti berpijak di bumi nyata. Dia benar-benar mengukur baju ke badan sendiri. Pasti ada yang terus saja menerima, lalu memecut semahunya biar sekadar di jalanan Kampung. Bergaya penuh. Bergembira penuh. Pasi ada juga yang mahu lebih. Sepertinya sudah diberi betis hendak terus selak kain pula. Manusia, ada saatnya kita bersikap syukur seadanya, ada waktunya kita riak sombong mengada-ngada tidak kurang terus haloba. Buat saya, saya berkira Allah tidak peduli jalan mana yang kita pilih. Dia memberikan kita kebebasan sepenuhnya memilih apa yang kita mahu. Kerana di dunia ini, itulah masanya kita kerana Dia ada masaNya tersendiri seperti peringatannya dalam Wal Asri. Jika kita biasa berCup Chai, lalu diberikan Porsche lalu kita tetap memilih Cup Chai, berpuas hati dengan Cup Chai, dan menyimpan kemudahan Porsche untuk kemudahan manusia lainnya, Allah pasti jelas akan ganjaran bagi mereka sebegitu. Sesungguhnya itulah teladan Muhammad SAW dan para Sahabah. Mereka adalah Pemimpin Ummah, namun mereka tetap menjadi rakyat jelata. Sebabnya, jika mereka memilih untuk menjadi MahaRaja, pasti tanggungjawab mereka tercacat lantaran pemesongan taraf keMahaRajaan mereka. Sepertinya, siapa lebih gelis tangkas sikapnya, si gadis yang terlalu hebat dandanan atau si gadis yang sekadar adanya. Jika kita ingat, Khalid Al-Waleed adalah panglima Islam paling agung. Perlantikan beliau adalah oleh Muhammad SAW, namun Umar Al-Khataab menurunkan beliau bila dia menjadi Khalifah. Kenapa? Dalam banyak kejadian, selepas sesuatu peperangan, seringnya Khalid Al-Waleed sedikit bermewah dengan rampasan perang serta tawanan perang. Ada ketika beliau berhias di luar batas, bahkan serta merta mengahwini isteri atau puteri pembesar musuh yang terbunuh. Umar Al Khataab, atas pandangan Ilmu ke depannya melihat itu sebagai tidak sihat, lalu bila beliau diangkat menjadi Khalifah, kepanglimaan Khalidpun dilucutkan. Apa jadi kepada Khalid Al Waleed selepas itu? Selama empat tahun dia mengasingkan diri, menghayati Al Quran, dan sadar betapa Umar Al-Khataab sebetulnya terlalu sayangkan beliau lalu memberikan beliau peluang untuk lebih dekat kepada Allah agar segala jasa baktinya dalam mengembang menegak syiar Islam di Tanah Arab, Farsi dan Asia Tengah mendapat rahmatNya. Dalam bicaranya sendiri, Khalid sadar Betapa jihad telah melarikan dia dari Al Quran.

(6) Sesungguhnya terlalu banyak antara kita, saat diberikan rahmat oleh Allah, kita menjadi lalai. Banyak yang menerima rahmat Allah sebagai hak pribadi. Diberi kesihatan baik, menggunakannya sekadar untuk diri sendiri atau lebih kepada diri sendiri. Di berikan harta, jadi tidak puas-puas mengerjar harta, sedang tanggungjawab kepada Ummah kian dicampur baur dengan segala bentuk kepentingan sendiri. Ada yang diberi Ilmu, paling bakhil untuk berkongsi Ilmu. Juga bila diberi kuasa, paling takut untuk tidak berkuasa hanya kerana haloba bahkan bacul untuk berdiri atas kekuatan sendiri sebenarnya. Kuasa seringnya diguna untuk lebih menjaga kepentingan diri atau kelompok diri, tidak diperguna untuk kesaksamaan semua yang berhak. Juga bila diberi kejelitaan, mengguna kejelitaan bukan untuk menambak biak Umat tetapi kejelitaan lebih untuk bersenang lenang bermegah-megah. Saat diberi kemerduan suara, tidak diguna untuk memperkukuh dakwah Ummah, tetapi lebih kepada mensenandung segala kegairahan untuk kepentingan diri. Semua ini, kerana kesedaran kita tentang konsep meminjam sudah terpesong. Kita sedang hanyut oleh konsep Barat You is who you think who you are. Itulah asas konsep Individualism. Manusia sudah lari dari konsep Segalanya adalah milikKu. Di dalam dunia Kapitalis, dunia keTuhanan kini, meminjam tidak semestinya dibayar atau pulangkan kembali. Semakin besar pinjaman semakin liat usaha untuk membayar kembali.  Maka sebab itu yang kaya terus mahu kaya, yang cantik terus berusaha keras mahu cantik biar dengan cara apa sekalipun. Tidak banyak mahu melihat segala yangb kita dapat adalah rahmat Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk kita tebar luas saksama kepada semua yang berhak.

(7) Sesungguhnya Allah mencipta segala untuk Umat manusia. Segalanya Allah cipta agar kita pergunakan untuk mencapai keredhaanNya. Kita mesti terima itu sebegitu dan jangan sekali-kali mangkir. Kita berjaya, agar kita juga terus berjaya berlaku saksama terhadap semua yang berhak. Kita berjaya bukan untuk terus berjaya demi kita, tidak demiNya. Sesungguhnya, tiada yang lebih berharga buat kita, selain dari nyawa, roh. Jika roh adalah pinjaman Allah buat kita, apalah nilai pinjaman lainnya. Jika roh adalah pinjamanNya, maka yang lainnya pasti juga adalah pinjaman dan milikNya. Maka, segalanya seharusnya kita pergunakan sebagai harta pinjaman, hutang. Setiap hutang wajib dibayar. Sesungguhnya, biar gelaran kita Tun Sri sekalipun, juga harta kita bernilai Tetrallion, atau kecantikan kita mengalah segala bidari sekalipun, yang akhirnya kita bawa adalah sekadar selembar kain buat menutup malu sementara sebelum dimamah cacing. SubhannaAllah.

(8) Sesungguhnya, terus keberadaan kalangan yang perlukan pembelaan di sekeliling kita, adalah ujian Allah tentang apakah kita sanggup membayar hutang di atas segala bentuk pinjaman yang dia anugerahkan.


Kuching, Sarawak
11 June, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.