4/5/11 CONTOHI IBN KHALDUM
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 04, 2011Petang ini, selepas kerja, saya duduk untuk makan mee goreng dan teh 'o' ais sebagai juadah makan malam di Cafe Samudra. Sedang menikmati hidangan, beberapa kenalan tumpang duduk bersama. Oleh kerana salah seorang memakai baju berlambangkan dacing ie lambang BN, maka tajuk perbincangan beralih dari soal-soal santai bercanda kepada soal-soal siasah.
(2) Berlaku perbincangan hangat tentang prihal beberapa kalangan yang mahukan Taib meletak jawatan seberapa segera. Juga dikatakan betapa Taib kelihatan agak sebel dan layu dalam beberapa 'public appearance' sejak kebelakangan ini.
(3) Saya, sebagai selalu, atas tanggungjawap untuk tetap setia dalam melaksanakan dasar yang bertujuan mendatangkan kebaikan kepada rakyat, maka saya bersuara mentelah kenapa Taib kelihatan sebel dan layu.
(4) Buat saya, dia sebel, dia layu, kerana saat sebegini, di mana, atas kekalahan teruk SUPP, dia dipersalahkan. Tidak seorangpun tampak sanggup hampir tegap bersama beliau untuk mengusaikan perkara-perkara yang mengusutkan fikiran dan jiwanya. Yang ada adalah suara-suara saling bertekak antara menyuruh atau 'menghalang' dia dari berhenti. Taib diperlakukan sebagai seorang ayah yang 'mengabaikan' seorang anak dari sejumlah empat orang anak yang dia miliki. Kerana salah seorang anaknya kecundang kecelakaan, maka Taib diibarat bapa yang tidak berguna. Apakah itu wajar? Wajarkah hanya kerana: seekor kerbau berlumpur, semuanya terpalit sekali; Kerana nila setitik, susu sebelanga rosak?
(5) Saya berkira, sebelnya Taib adalah kerana kesalnya dia. Dia kesal kerana tidak banyak yang mampu melihat (apatah lagi berfikir) apa yang beliau fikirkan. Dengan membangunkan perladangan sawit, sekurang-kurangnya Kerajaan mampu memperolehi Cukai Jualan sekitar RM500 juta setahun. Pendapatan ini, akhirnya dapat menampung kemungkinan kemelesetan pendapatan dari royalti balak dan petroleum. Pun begitu, perladangan dapat membantu Kerajaan membuka kawasan luar bandar. Inilah sebahagian strategi ekonomi: Sebelum hujan sediakan payung; berjagung-jagung dahulu, sebelum padi masak.
(6) Juga, pemberian projek-projek pembinaan, perladangan dan tebangan hutan kepada syarikat-syarikat besar, punya tujuan tersendiri. Biar ianya kelihatan seperti ada semacam kroni, namun kroni ini adalah untuk membantu mempercepatkan kecapaian dasar-dasar tertentu Kerajaan demi kepentingan masa depan Negeri dan Negara. Contohnya, dengan pertumbuhan penduduk yang agak tinggi, sekitar 2.3-3.00 peratus setahun, tidakkah ini memerlukan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, sekurang-kurangya sekitar 5-7 peratus setahun. Juga harus diperhatikan, adalah amat sukar untuk mengundang pelabur ke Sarawak, maka kehadiran syarikat-syarikat besar, yang punya kemampuan modal dan teknikal, sebenarnya adalah kroni Taib demi membangun Negeri: perhatikanlah Jambatan Tol Kuching, Jambatan Igan, Jalan-jalan balak dan perladangan yang kini dinaik taraf jadi jalan-jalan Negeri dan Persekutuan.
(7) Harus diingat, syarikat-syarikat besar seperti SinYang, Rimbunan Hijau, Shamling, KTS, WTK, TaAN, bahkan Naim Cendera, CMS, dsb dulunya adalah juga syarikat-syarikat 'local born' yang kecil. Pastinya, dengan bantuan Taib, syarikat-syarikat ini kemudian jadi besar. Juga kita harus tidak lupa, banyak syarikat-syarikat lain kecil turut dibantu sama, namun mereka tidak berkembang pesat sebagaimana yang disebutkan, contohnya Limbang Trading, Globaline, Forescom, dsb. Pokoknya, tidak semua yang dibantu akan berjaya, dan dalam keadaan sumber yang terhad, apakah kita terus mahu membantu yang tidak menjurus kepada kejayaan?
(8) Pembangunan tanah NCR sebagaimana yang sering digambarkan sebagai usaha perampasan tanah rakyat, saya berkira itu tergantung kepada tafsiran masing-masing. Sebagai seorang strategis, Taib tahu apa yang dia perbuat. Sesuatu perlu dimulakan untuk menimbulkan kesedaran agar pemilik tanah-tanah NCR bergerak cergas 'memajukan' harta mereka. Sebelum tanah-tanah 'NCR' ini 'dirampas', tidak banyak pihak mahu bercakap tentang tanah-tanah ini. Kini, setelah banyak sedar akan keberhasilan dan nilai ekonomi tanah-tanah ini, maka kini barulah banyak mulai bersuara. Inilah apa yang saya lihat sebagai: 'Pukul anak sindir menantu; Cubit peha kiri (agar) peha kanan terasa'.
(9) Sememangnya perlaksanaan pembangunan tanah-tanah NCR dan perladangan besar ini agak tidak sempurna. Nama saja usaha manusia, pasti saja akan ada cacat celanya. Namun, jika kita menanti saat sempurna baru hendak bermula, Jauh Pak Awi; Sampai kucing bertanduk sekalipun tidak akan pernah bermula. Yang penting sekarang, semua pihak sanggup bertolak ansur menjaga kepentingan bersama.
(10) Sejak beberapa tahun dahulu, Taib telah berusaha keras membawa pelaburan ke Sarawak. Sejak perlancaran Projek SCORE, laksaan nilai pelaburan telah dapat beliau meterai. Semua cadangan pelaburan ini akan memberikan Sarawak suatu Lonjakkan Ekonomi yang sangat penting kearah pencapaian Negeri Maju selewat-lewatnya dalam tahun 2030. Saya pasti, jika Taib berundur sekarang ini, di dalam benak kepalanya, pasti dia risau akan masalah keyakinan pelaburan ini. Jika ini terjadi, pasti Sarawak akan mengalami Economic Setback yang sangat merugikan.
(11) Juga, sejak mentadbir, Taib telah menunjukkan sikap bertolak ansur yang mesti semua akui. Dalam soal beragama dan pengalaman budaya, masyarakat di Sarawak tidak banyak masalah sebagaimana yang dialami di Semenanjung. Makanya, timbul konsep beliau, Confluence of Many Rivers, unity out of diversity. Keamanan, kestabilan, dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan telah tercapai di sepanjang pemerintahan beliau.
(12) Saya percaya, saat sebegini, Taib memerlukan mereka yang sejujurnya boleh memahami dan mampu meneruskan dasar-dasar beliau. Untuk itu, saya melihat penjawat awam, yang seharusnya profesional dan neutral perlu memaikan peranan masing-masing dengan lebih cepat dan berani, mengambil langkah memperbaiki segala yang kelemahan yang ada. Meletakkan segalanya kepada Taib, atas kekalahan teruk SUPP, sama saja dengan menuding jari kepada penjawat awam, sebagai turut bertanggungjawap sama. Jika Taib didesak untuk berundur, saya berkira, penjawat awam yang gagal menjalankan tugas juga perlu berundur. Tidakkah kegagalan jentera Kerajaan untuk bekerja dengan baik, juga menyebabkan hilangnya 'hormat' rakyat pada Kerajaan?
(13) Kita harus jangan lupa, hampir tumbangnya BN dalam PRU12 Persekutuan adalah bilamana Abdullah Badawi mulai berdepan dengan jentera Kerajaan yang 'dyfunctional'. Juga sejarah membuktikan bagaimana penjawat awam yang baik, menjadikan banyak Kerajaan lama di China, India, Mesir, Babylon, dan Farsi menjadi kuat.
(14) Ibnu Khaldum umpamanya, atas kebijaksanaannya, maka para raja dan pemerintah yang dia jadi penasihat mereka menjadi kuat dan berjaya. Kita juga tidak harus lupa, kerana kebijaksanaan Nabi Yusuf, maka Firaun dibawah nasihat beliau menjadi gagah perkasa.
(15) Saat sebegini, Taib perlukan Ibnu Khaldum, yang suatu ketika dahulu dia mahukan penjawat awam Sarawak kaji dan fahami gerak lakunya. Semangat Ibnu Khaldum, khususnya perlu ada di kalangan pejawat awam Melayu Sarawak.
Kuching, Sarawak
4 May, 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam,
adalah satu usaha yg baik bagi seorang insan yg diperintah cuba memahami dan mendalami dilema pemimpin..namun persoalannya...
1. adakah pemimpin sanggup mendalami perasaan rakyat yang diperintah? disini saya tidak mengkhususkan mana2 pemimpin..terpulanglah pada inteprestasi anda...
2.DAN sejauh mana pemimpin kita sekarang boleh menerima dan memberi peluang serta ruang kepada insan seperti "ibnu khaldun" bagi menjana buah fikiran dalam pucuk pimpinan?sedangkan ada pemimpin (bkn semua)tidak memanfaatkan peranan ahli intelektual/akademik malah ada yang disekat "mata pena" mereka, mahasiswa pula "umpama" dibisukan dan rakyat dilumpuhkan dalam menyuarakan pendapat...masakan kita rakyat boleh memahami pemimpin walhal pemimpin tidak sebegitu rupa...
cadangan:
dengan mengadakan dialog dan wacana ilmiah dikalangan ahli2 bijak pandai dan manusia yang memiliki nilai ketakwaan lagi budiman perlu ditekankan...begitu juga penerimaan pemimpin2 dalam tidak menafikan pendapat orang2 bijak pandai dalam menjana solusi2 dan ide2 yg boleh mendukung kegemilangan negara. malah penulis (ABC) sendiri turut mengemukakan ide2 yg bernas dalam menunjukkan kepekaan beliau terhadap masyarakat melayu umumnya dan khususnya disarawak perlu diberikan peluang...makanya timbulah kefahaman dua hala yakni pemimpin peka/ faham akan rakyat dan begitu jua sebaliknya..
akhir kata pemimpin dan semua lapisan masyarakat harus mengembleng tenaga dalam memastikan keharmonian bersama dibawah label "demokrasi"..
perkataan itu bermakna, namun kadang2 tdak kesampaian maksudnya...pendek kata maaf jika terlancang kata.....
sekian,
anak jati kenyalang
Ibn Khaldum, terjadinya beliau sebagaimananya beliau bukanlah mudah. Beliau melewati jalan getir yang sangat panjang. Pernah tersisih, terpenjara, tersiksa, fitnah dsb beliau lalui. Apa yang saya lihat, yang ada pada beliau adalah keazaman yang kuat, mahu membina negara, membela bangsa dan agama, biar sukar dan derita sebagaimana sekalipun dia tetap bertekad. Allah sudah berjanji, jika kita jujur, kita ikhlas, kita mengunakan sepenuh akal, nescaya Dia akan tetap membantu. Itulah keyakinan beliau, kejayaan akhirnya bersama beliau.
(2) Bacalah kisah Seribu Satu Malam. Juga kisah Siti Zubaidah. Bacalah kisah Al-Bukhari, Abu Muslim, juga Mahatma Ghandi, Nelson Mandela, Jose Rizal dsb. Pokoknya, ditingkat manakah keyakinan kita atas pemikiran kita? Juga, setakat manakah kesadaran kita tentang nilai-nilai 'kepemimpinan' yang kita fahami yang Allah berikan kepada setiap diri kita?
tidak dinafikan akan kehebatan ibn khaldun sehingga menafikan gelaran father of sociology yg dinaungi oleh auguste comte...para ilmuan dan penegak keadilan rakyat seperti malcom x, mandela, mao tse tung, ghandi, galileo galilei dsb telah berjuang dalam ruangan masing2..ada yg ditentang, ada yg dibunuh..setelah mati kata2 pujangga mereka diagungkan, ketika hidup tidak dimanfaatkan sebaiknya.malah hamka dan imam syafie sendiri pernah dituduh sesat kerana membawa pembaharuan..dalam era kita sekarang ada beberapa individu yg mgkn tidak setanding tokoh2 yg disebut tadi namun mereka mendukung keadilan sebagai paksi kehidupan..apakan daya,org2 sebegini sekali lagi disekat kelantangan mereka bagi menjaga kepentingan peribadi.hasil tulisan mereka jika tidak kena pada "bulunya" di label menyentuh sensitifviti kaum dsbnya..nah, apa kurang keazaman org2 sebegini...kenapa suara mereka tidak bergema?
2. adanya kesedaran namun kurangnya "pasaran" dari segelintir pemimpin, lantas dengan mudah kita labelkan streotaip "melayu itu layu, malu meneraju,suka mengampu"(ditekankan ini adalah tidak benar sma sekali) sedangkan hakikatnya ada jua yg miliki kesedaran ttg nilai2 kepimpinan namun tidak diberi peluang seperti mana perjuangan tokoh2 besar seperti ibn khaldun....dan saya yakin, perjuangan dan keazaman org2 sebegini masih tidak berhenti cuma belum kena pd waktu dan tempatnya...ringkasnya, kenapa tidak dimanfaatkan sepenuhnya org2 sebegini..perlukah mereka mati barulah pengiktirafan diberi?
sekian,
anak jati kenyalang
Post a Comment