.

22/5/11 PENGEMBANGAN BARAKAH

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 29, 2011

Share

& Comment



(Hadirnya dia sebegini, dalam hiruk pikuk kemewahan, adalah peringatan Allah, bukan lewat wahyu, tetapi penglihatan tampak-nyata, agar kita terus beringat).

Dalam beberapa tulisan terdahulu, saya menggunakan istilah Productive Growth sebagai tajuk asas. Dalam usaha untuk menerap pemahaman terhadap konsep yang sama kepada orang perseorangan, khususnya kaum Muslimin, sengaja kali ini saya cuba melihat ianya dari sudut Pengembangan Barakah iaitu pencapaian kemajuan diri dan keluarga dari sudut mencapai keberekatan hidup. Konsep Pengembangan Barakah, yang juga boleh bermaksud Sustainable Productive Growth, saya percaya adalah apa yang kaum Muslimin perlu hambat kuat. Istilah kembang dan tumbuh saya guna silih berganti yang memberikan maksud yang serupa.

(2) Saban hari, di kiri-kanan, depan-belakang kita pasti ada pertumbuhan. Pertumbuhan adalah penting untuk kesejahteraan dan kemakmuran hidup kita. Rumput, pokok, bunga, ayam-itik, lembu-kerbau, anak-anak, ikan, dsb yang hidup pasti mengalami pertumbuhan. Membesar, bertambah saiz. Begitu juga, kalau kita perhatikan selanjutnya, ada urusan-urusan niaga sesiapapun turut berkembang, melebarkan sayap, memperluaskan dagang mereka. Jalan-jalan semakin banyak dan panjang. Kereta semakin baik dan melimpah. Semua itu adalah menunjukkan adanya perkembangan, pertumbuhan dan itulah apa yang kita maksudkan sebagai perkembangan atau pertumbuhan.

(3) Dari segi perseorangan, kita juga perlukan perkembangan atau pertumbuhan. Dalam prihal ini, saya ingin menekankan konsep pertumbuhan bermakna (productive growth). Tumpuan saya lebih kepada Pertumbuhan Pendapatan perseorangan (Personal Income Growth), kerana, ianya sangat terkait dengan konsep Productive Growth yang perlu dicapai oleh negara.

(4) Dalam mengejar Pertumbuhan Pendapatan, adalah sangat mesti, konsep barakah dititik beratkan. Saya yakin, keberkatan dan bermakna adalah sangat berkaitan. Mengejar keberkatan dalam semua usaha adalah penting kerana ianya sangat terkait dengan keperluan lestari (sustainability). Setiap pekerjaan dan rezeki yang diperolehi secara barakat, pastinya akan lebih berkekalan (lestari) serta memberikan rahmat yang jauh lebih meluas.

(5) Orang Islam, sewajibnya tidak susah untuk memahami konsep mencapai keberkatan dalam setiap usaha yang kita jalankan. Paling penting, konsep berkat bagi orang Melayu khususnya sememangnya sudah berakar umbi, cuma kini mungkin kian menghakis. Pada zaman dahulu, adalah menjadi suatu keaiban besar bagi orang Melayu untuk menipu, mencuri, merompak, menyamun, apa lagi khianat dalam apa-apa urusan khususnya yang berkait dengan rezeki, pendapatan. Semua itu adalah petanda, betapa budaya Melayu itu sangat menghargai konsep Rezeki dan Pekerjaan Halal yang kemudiannya diterjemah dalam konsep barakah atau berkat.

(6) Mencapai keberkatan sangat terkait dengan soal-soal amalan yang bersih dan mulia atau dalam istilah kini sebagai Personal Good Governance. Bagi mencapai tahap pencapaian yang bersih dan mulia, ianya perlu bertunjangkan kepada melakukan yang baik dan dengan cara yang baik.

(7) Namun kebanyakan orang Melayu, pemahaman mereka untuk melakukan dengan baik adalah sangat cetek sehingga ianya tertarif hanya sebagai melakukan dengan betul, ikut peraturan dan tidak melihat ianya dalam hubungan yang lebih jauh. Saya yakin, bila Islam menuntut kita untuk melakukan apa juga yang baik dengan cara baik, maka maksudnya adalah agar kita lebih bersungguh-sungguh, jujur, berani, teliti, yakin dsb. Pokoknya, apa saja yang kita perbuat hendaklah agar mencapai kesempurnaan.

(8) Saya yakin, jika perseorangan Muslimin dapat melihat keperluan itu sebegitu, pasti kita, umpamanya dalam usaha mencari nafkah dan atau kesejahteraan dan kemakmuran hidup, pasti kita akan ada sikap bersungguh-sungguh, jujur, cekal, berani, sangat mementingkan kepentingan tugas dan tanggungjawap dari kepentingan diri, dsb. Jika ini tercapai, saya berkeyakinan, apa yang di sarakan oleh Mustapha Muhammed agar Malaysia mencapai Productive Growth akan jauh lebih berkesan dari sekadar melihat ianya dari sudut ekonomi sekular.

(9) Bagi setiap umat Islam, perlu kita menghambat jalan keberkatan hidup dalam kita mengejar kesejahteraan-kemakmuran diri. Ingat sajalah pada pesan Allah, betapa dalam setiap rezeki yang kita terima, ada padanya, bahagian orang lain. Begitu juga, setiap rahmat yang kita nikmati, pasti juga di dalamnya ada rahmat yang perlu kita perkongsikan sama dengan umah yang lain, contohnya, bila kita sihat, maka perlu kita guna masa sihat kita itu untuk tekun berbakti. Cuma, kita harus beringat, kita harus ada jalan yang jauh lebih bijak dalam memperkongsi rezeki atau nikmat itu bersama umah yang lain.

(10) Dalam Filem P Ramlee, kita mungkin pernah atau ingat, betapa seorang kaya menjadi sangat dermawan dengan menabur wang di jalanan bagi rebutan para miskin. Adakah itu jalan terbaik dalam kita berkongsi kekayaan yang kita perolehi? Tidakkah P Ramlee sebenarnya,engajak kita berdebat pintar agar berfikir secara lebih jauh?

(13) Pokoknya, tiada apa yang kita miliki atau dapati adalah milik mutlak kita. Kita perlu bijak dalam membelanjakan atau berbakti dengan kemakmuran dan nikmat yang kita perolehi. Jika itu fahaman kita, pasti umah ini akan lebih makmur, dan itulah tujuan Productive Growth yang kita hendak capai.

Matang Jaya, Kuching, Sarawak
29 May, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.