.

11/5/11 JIKA MUHAMMAD TAK HIJRAH, JIKA PARAMESWARA TAK DATANG KE MELAKA..

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 18, 2011

Share

& Comment


Muhammad Ibnu Abdullah Ibn Mutalib Ibn Abdul Manaf lahir dan dibesarkan di Mekah. Beliau subur menggali ilmu dan kematangan juga di Mekah. Kerana keluhuran dan kebijaksanaan Mutalib dan Abi Thalib, serta kedudukan kekayaan isteri baginda Khadijah, baginda dewasa dalam penuh kehormatan Quraish di Mekah. Diwahyu dan diangkat menjadi 'hamba' Allah, juga di Mekah. Mekah adalah tanah tumpah darahnya dia. Namun, saat baginda mahu berbakti kepada ummah, menyelamatkan ummah, baginda Allah 'henyakkan' dengan keperluan 'lari': hijrah. Baginda memulakan jalan 'bakti' sebagai 'perlarian', terhalau, terancam.

(2) Di Madinah, kaum yang sering bertelagah di sana, dapat baginda satukan, biar kaum Yahudi atas sifat ingkar mereka yang toktok terus saja menduga kerja kebaktian baginda. Jika Muhammad tidak dipaksa hijrah, apakah kita kini akan dapat menerima betapa jalan kejayaan itu tidak mudah? Juga jika Yahudi tidak terus mengingkari Muhammad, apakah kini kita akan sentiasa diingati betapa di sekeliling kita akan tetap ada kepura-puraan? Juga apakah juga mungkin kita akan percaya:"There is always a light at the end of the tunnel", jika selepas dihenyak hebat, keazaman dan kejujuran Muhammad akhirnya membuahkan hasil?

(3) Di abad ke 12, Melaka sudahpun berpenghuni. Di sinilah dulunya, perkampungan Melayu sudah terbina. Mereka punya budaya dan temaddun hidup tersendiri. Pastinya, lewat nukilan Munshi Abdullah, yang terkarang di abad ke 19, tercerita bagaimana dhaifnya keadaan perkampungan dan cara hidup Melayu. Kalau kita baca, kita hayati, pastinya, tidak ada Melayu hari ini mahu mengaku Melayu. Kita akan malu dengan 'budaya jijik' yang dulunya kita warisi.

(4) Saya ingin kali ini, hanya mahu berbicara setakat itu, dan menyisipkan sebuah lagu, nyanyian Iwan Fall, dulunya Artis Jalanan di Jakarta. Saya sangat beruntung dapat ketemu penyanyi ini semasa saya melawat Jaya Pura, Papua, Indonesia sedikit masa dahulu. Iwan secara kebetulan menginap di kamar bersebelahan dengan kamar saya. Dia diceritakan pernah terpenjara kerana jerit susahnya membela bangsa di zaman Pak Harto.

jaman berubah perilaku tak berubah
orang berubah tingkah laku tak berubah
wajah berubah kok menjadi lebih susah
manusia berubah berubah rubah

tapi yang dicari yang komedi
revolusi yang dinanti yang datang azali
lembaga berdiri berselimut korupsi
wibawa menjadi alat melindungi diri

pendidikan adalah anak tiri yang kesepian
agama bagi topeng yang jijik
kemiskinan memaharajalela
yang kaya makin rakus saja
hukum dan kesihatan dijual belikan

tapi yang terkhusus oleh berkepentingan (ngaur:serabut)
pemrintah keasyikan berpolitik (ngaur)
partia politik sibuk mentuhankan uang
ada rakyat yang melapar makan daun dan arang
telivisi sibuk mencari iklan
sementara banyak yang tunggu giliran
rakyat dan sang jelata menatap dengan mata kosong
di mana aku hampa ditelan tsunami

Kuching, Sarawak
18 May, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.