9/3/11 SEMANGAT LASKAR PELANGI (Tajuk asal: Jiwa Yahudi yang melemahkan kita...)
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 18, 2011(Bayangkan jika segalanya adalah kuning, apakah kuning itu akan jadi indah? Adanya merah, hijau, putih, dsb pada kedudukan yang tersendiri, dalam hamparan kekuningan....tidakkah itu mengambarkan menambah keindahan akan warna kuning itu!)
Lewat Zabur dan Taurah, maka kaum Yahudi dibekali Allah dengan Kitab terawal agamaNya. Kedua-dua kitab itu menjadi penyuluh jalanan hidup dan seterusnya berkembang menjadi ketemaddunan kaum Yahudi. Mereka menjadi lebih baik dari kaum-kaum lain di sekeliling mereka. Mereka punya tatacara hidup. Mereka punya budaya yang lebih tersusun. Mereka lebih bersatu. Mereka lebih kuat sebagai sebuah kaum dan bukan lagi kabilah-kabilah yang bertebaran. Betani, berdagang dan berkampung menjadi susunan kemasyarakatan mereka.
(2) Kitab-kitab itu Allah berikan kepada mereka, atas sifat Maha PengasihNya atas sengsaranya kaum ini akibat pelbagai penindasan sebelumnya. Allah pastnya, atas sifatnya yang Maha Berkuasa, menjanjikan: "Bahawa kamu adalah kaum terpilih..." menjanjikan kesejahteraan buat mereka atas laba sengsara dan tututan kepatuhan buat mereka.
(3) Sedang kaum lain masih terus dalam kegelapan. Terus mengembara secara kabilah. Terus berpecah. Terus mundar-mandir. Terus tidak punya jati diri utuh, melainkan segala bentuk kejahilan dan keganasan yang menghancurkan.
(4) Atas sikap, taksub pada janji Allah bahawa mereka adalah 'kaum terpilih', maka kaum Yahudi, membatas segala apa yang perlu mereka perkongsikan dengan kaum-kaum lain hanya buat diri mereka sendiri. Sikap taksub pada kebanggaan sebagai kaum terpilih menjadikan kaum Yahudi berkembang menjadi bangsa yang: mulanya kedekut lalu bahil. Sebagai lumrah, bila sifat bahil telah berputik, maka sifat itu akhirnya berkembang menjadi tamak, lalu haloba. Lantas mereka menjadi mangkir (pemutar belit), khianat, lalu kembang menjadi kejam. Dalam dunia moden, mereka menjadi spekulator dan licik.
(5) Menariknya, biar sudah banyak bangsa yang tidak sukakan mereka, namun mereka tetap utuh. Permusuhan mereka, mulanya dengan Firaun, lalu penganut Kristian, telah menjebak mereka menjadi musuh kepada Rom, lalu kemudian bangsa-bangsa Barat, bermulanya dengan komplot Russia-Peranchis, dan Jerman. Namun mereka tetap mandiri (ujud sehingga kini). Keututhan mereka kerana mereka adalah bangsa yang terpilih licik. Jika terdahulu, mereka terpilih sebagai kemungkinan bangsa penyuluh bagi umat yang lain, maka kini sudah seperti terpilih untuk menjadi bangsa licik buat pengajaran kepada bangsa-bangsa lain.
(6) Namun saya tidak berminat untuk membuka ruang untuk berbicara tentang sikap licik mereka. Saya ingin mengajak kita, khususnya orang Melayu, yang tertarif secara siasahnya Melayu agar berfikir dan merenung bagaimana jika kita sudah bangga diri akan apapun pencapaian kita, maka kita selalunya melihat yang lain lewat sebelah mata atau picek. Kita seperti sudah ada sikap, persetan dan peduli apa!
(7) Saat ini, mungkin kerana terlalu banyak makan ayam percik serta nasi kerabu, di Restauran Yati Ayam Percik di Jalan Perkeliling, tidur saya agak tergannggu. Kerana tidak berminat untuk berputar-putar di ranjang, maka saya menulis, menyambung menulis lewat pemerhatian serta bicara saya dengan beberapa teman yang dulu-dulu adalah teman sepersekolahan saya di Kelantan ini.
(8) Bicara kami, adalah berkisar agar anak-anak dewasa ini perlu dipersiapkann untuk lebih ke depan supaya mereka bangkit meneroka bidang yang telah generasi kini atau terdahulu tinggalkan.
(9) Terdahulu, jika kita belajar, maka niat kita adalah untuk mendapat pekerjaan khususnya dengan pihak awam. Kini, ianya mulai beralih untuk menceburi pekerjaan di kalangan swasta. Namun, banyak masih berfikir untuk tetap bekerja untuk pihak lain.
(10) Kami cuba merungkai, persoalan yang berligar ligat di kepala saya semasa penerbangan dari KLIA ke Kota Bharu, tentang kemungkinan adanya sikap Yahudi pada kita yang telah melemahkan kita. Secara kebetulan, salah seorang teman saya, dulunya kerana himpitan kemiskinan, maka terpaksa berjalan merangkak dalam mengejar ilmu. Namun kerana sikap gigihnya, maka kini dia adalah antara bebarap teman saya di sini yang paling berjaya. Jalanan kejayaannya penuh rantau dengki dan khianat!
(11) Saya mengambil sikap Yahudi sebagai dasar perbicaraan, kerana, sifat-sifat haloba, hasad, bahil, dan mangkir adalah sifat-sifat paling Allah caci pada kaum Yahudi. Bagi orang Melayu, mengikat sesuatu sifat dengan sifat Yahudi, pasti mengetarkan mereka. Mudah-mudahan dengan cara itu, jika kita dapat terus tanamkan kebencian kita atas kaum Yahudi, bukanlah kerana kita benci akan kaum tersebut, tetapi agar kita membenci sifat-sifat yang Allah keji atas mereka, yang utama antaranya: haloba, hasad, bahil, dan mangkir.
(12) Sebetulnya, saya dan beberapa teman di sini, sedang berfikir dan mencari jalan bagaimana kami seusia ini, dengan anak-anak bakal keluar dari menara gading, nantinya dapat disatukan agar mereka dapat menyambung persahabatan kami bukan lagi hanya secara sosial, tetapi atas pekerjaan yang boleh mengembangkan kekuatan Melayu.
(13) Kami pada asasnya saling berkenal saat usia yang tidak mengenal erti tamak, dengki dan mangkir. Saat usia remaja ie 13-15 tahunan, persahabatan kami adalah persahabatan tulin, atas rasa benar-benar saling ingin bersama. Maka jika diperhatikan, anak-anak pada usia ini, mereka sangat akrab dan perhubungan mereka tidak mengenal batas kaum dan darjat. Mereka menjadi akrab atas naluri ingin bersama dan berkumpulan.
(14) Namun, bila kita meningkat dewasa, sikap itu menjadi luntur dan hilang. Soalnya kenapa? Tidakkah mungkin rasa prasangka telah membibitkan kita menjadi sedikit tamak, lalu adanya dengki, dan terus berkembang menjadi seorang yang sering saja mahu bahil dan mangkir dalam banyak perkara. Apa juga 'kebaikan' yang kita lakukan, pasti ada saja 'laba' menjadi ikatannya.
(15) Pertimbangan kita bila menjadi dewasa telah menjadi lebih kepada menjaga kepentingan diri dari cuba bangkit sebagai kelompok yang besar dan kuat. Sifat anak-anak kita dulu yang sanggup berkongsi gula-gula, ais krim, bahkan saling berkongsi kepintaran untuk berdepan dengan guru-guru yang 'garang' telah luput. Sifat-sifat setiakawan, atas nilai-nilai saling ketergantungan yang ikhlas dan jujur sudah kian longgar.
(16) Syukur, di akhir sidang minum teh tarik kami, kami seperti bersetuju agar saling sering berkunjungan khususnya agar anak-anak kami dapat saling lebih akrab serta dapat kami bimbing menjadi generasi baru yang siap untuk memikul tugas membina bangsa dalam watak-watak dan cara yang jauh lebih luas dan lebih berani.
(17) Cuma, kesetiakawanan kami harus tidak dikotori oleh sikap tamak, dengki, kedekut dan mangkir. Kami ingin kembali bersahabat dan membina kekuatan pada asas persahabatan yang murni di saat keanak-anakan kami. Mudah-mudahan inilah ilham yang Allah turunkan buat saya dan rakan-rakan laskar pelangi semasa di Kelantan dulu dan kini.
(18) Saya kini sedang berujikaji akan perkara ini, kerana saat ini saya sedang parah sedih serta kesal teramat sangat atas kegagalan saya membentuk ikatan persahabatan dengan mereka yang saya kenali dalam jalanan dewasa dan kemuncak kerjaya saya, khusus dalam niat saya selama ini untuk membangkit dan menyedarkan bangsa dalam merebut masa depan mereka. Saat ini saya sedang kesal dan sedih, mereka yang saya harap menjadi sahabat dalam mengejar cita-cita membiina bangsa, biar hanya kecil-kecilan, kini seperti mangkir dan telah menjadi tamak dan bahil dalam hanya membela tembolok sendiri.
(19) Mudah-mudahan jalanan mundar mandir saya di tanah Cek Siti Wan Kembang ini, telah memberikan saya ilham cara baru yang harus saya rombak dan perkukuhkan dalam mengejar cita-cita saya ini. Mudah-mudah Allah akan memberikan saya kekuatan ilham dan azam dalam pencarian kali ini.
Kota Bharu, Kelantan
18 March., 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
secara kesimpulannya penulis ni nak bg tau die x suke org yg bersyarah agama dgn die!betoi x!
Post a Comment