Nota:
Beberapa bulan terdahulu, dan beberapa hari yang lalu, saya bertemu dengan beberapa kenalan (baru) yang pada wajah mereka tertanam seribu kehampaan, lalu saya mendekati untuk cuba mengerti. Semuanya kerana 'Hawa: hawa' atau 'Adam: adam' hanya hadir sebentar dalam hidup mereka, kemudian kerana apa juga, semuanya putus medukacitakan. Lantas, dadah, pil tidur, rokok, arak menjadi teman baru mereka. Hidup mereka seperti anak yang baru pinter berjalan-bertatih, terumbang-ambing.
(2) Hari ini, saat saya sedang membaca, saya terima SMS dari seorang teman yang sudah lama hilang. Sejarahnya juga seiras. Lantas, membuahkan luahan ini, agar ada yang bisa menyaran yang mungkin ada jalan 'pulang' yang lebih membahagiakan!
selalunya bila aku lewat di sini
pasti aku mampir pada ajakan mesranya
tawanya,
senyumnya,
bicaranya,
segala cerita dirinya,
(seperti puteri kecil bercetita tentang bonekanya)
menjadikan kami bersatu dalam penuh gembira
tubuhnya segar,
jiwanya besar,
fikirannya merentas segala samudera
asanya menerjah segala gunung
dia manusia perkasa ke depan
(lalu kami bercita-cita melangkah jauh)
semuanya, pada saat di dadanya
sedang mekar madu kasih dari syurga
kini
aku terpaksa ke sini
meladeni-usap sebuah tubuh kujur lemah
matanya: sirna duka,
suaranya: jeritan tangis,
senyumnya: serantai doa ngeri
nafasnya: sudah hanyir-memualkan
gerak jarinya: tidak mahu hadirnya aku di sisi!
asanya sudah mati
dirinya sukar kukenali
pada diriku
perihnya: adalah lirih di jiwaku
sesalnya: adalah kewalahan juga akan aku
terkapar sekujur dia: juga terkapar fikiran singkatku
doanya hanya agar segera pulang: menjadikan aku terpinga
cintanya mahu kembali kepada Allah: menyesakkan dadaku!
ya Allah, hanya kerana cinta hawa yang mati entah di mana nisannya
maka dia ingin pulang tanpa peninggalan: dan aku penasaran
cintanya padaMu adalah doa kematian: di mana erti kehidupannya dia?
mohon kembalinya padaMu adalah tiada jalan pulang: menjadi aku kini bersoal derhaka!
adakah sebegitu akan Adam jika Hawa tidak pernah Kau jadikan?
adakah sebegitu akan Adam jika Hawa bukan dari rusuk kirinya?
adakah sebegitu akan Adam jika dia darinya Hawa?
atau hanya Engkau ingin menjelas: punahnya dia seperti kataMu jua, kerana hawa?
atau hanya Engkau ingin menjelas: kata rasulmu, matinya dia kerana hatinya?
namun
sepertinya juga
aku kini sedang lirih
menatap kepayahan yang tak upaya kuubah
dan mahukah Engkau aku lebih derhaka?
menyoal, sebeginikah takdirku Kau tetapkan?
bersatu hati dengan dia dalam gembira dalam duka?
(sebagai tanda kami setia?
haruskah sebegitu?
dan kami jadi korban buat teladan manusia?
tiadakah kibas buat gantiannya seperti kudratnya Ismail?)
Terasi, Pendam, Simunjan
17 Nov., 2010

2 comments:
syahdu sekali pak Abdullah..gue bisa jadi penganti kok.
lumrah kehidupan, manusia dijadikan berpasang pasangan, saling memerlukan dan melengkapi. Bagi mereka yang sedar akan hakiki maka isu adam dan hawa tidak perlu wujud. Sepatutnya diambil akan seadanya kerana ada hikmah di sebalik segala ketentuan. Tapi kepercayaan yang sebegitu amat sukar, kerana manusia itu sering tertanya tanya kenapa kau? kenapa cubaan itu datang dan pergi tanpa putus? manusia itu jarang sekali merenung jauh dan mengucap syukur kerana mereka telah diberi kehidupan yang penuh sempurna dan serba lengkap.
Post a Comment