.

11/10/09 KETUPAT....apakah ianya berasal dari budaya Melayu?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 24, 2009

Share

& Comment


Hari ini saya melawat Pusat Kraft di Chennai, Tamil Nadu. Di sini, terbina kawasan kerajinan yang antara lainnya terbangun pelbagai seni rupa rumah tradisional dari pelbagai wilayah India. Salah satu wilayah yang di pamerkan adalah Kerala, sebuah Negeri di barat Tamil Nadu.

(2) Bila saya meninjau kawasan perumahan Kerala ini, apa yang saya dapati adalah bentuk rumah mereka seakan-akan rumah Melayu, di mana 'Tebing Layar' rumah tersebut adalah sangat bersamaan dengan rumah-rumah Melayu lama, cuma saiznya saja agak kecil.

(3) Paling memeranjatkan saya, adalah seorang nenek sedang mengajar seorang anak pelawat bagaimana menganyam ketupat. Namun, di khabarkan di Kerala, ketupat hanya untuk mainan sedang di Malaysia-Indonesi-Brunei, ketupat adalah dibuat makanan. Saya terfikir, siapa agaknya meniru siapa? Melayu atau puak India Kerala?

(4) Namun jika diikuti sejarah silam, perkembangan Islam di Nusantara ada kaitan rapat dengan India Muslim dari Kerala dan Malabar.

Chennai, Tamil Nadu, India
24 Oct., 2009

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.