.

BILA PROFESORE TOK NUJUM...pun mengalah!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 02, 2009

Share

& Comment


Tersebut al-kisah…Sang Tok Nujum yang bergelar profesore, takala sedang bersantap dengan Sang Maharaja Negeri Entah Berantah, telah tercabar kebijaksannya. Tertakdir Sang Tok Nujum, kebijaksanaannya sudah terbilang di sentaro dunia…apa jua kemuskilan Negara pasti dapat diselesaikan dengan seklip mata. Pandangannya jitu, penyelesaiannya ampuh. Tiada tandingan.

(2) Sang Paduka Raja….terkenal juga dengan petah dan tajam fikirannya…mahu menduga panjangnya keris Sang Tok Nujum….lalu bertitah: Wahai Tok Nujum beta, beta dengar akan kehebatan akal dan ketajaman fikiran tuan hamba…..pasti dilautan mana sekalipun pasti keris tuan hamba dapat menduga-duga…..

(3) Kemuskilan beta….telah lama juga beta ingin menguji apakah benar fakwa beta….maksud tuanku, celah Tok Nujum Negara….begini Tok Nujum, cuba Tok Nujum buatkan ayat sepanjang yang boleh dengan semua patah perkataan sebermula dengan huruf J…….

(4) Maka terkebil-kebillah mata Tok Nujum Negara, mengaru-garu kepalanya yang udah tidak berambut barang sehelaipun….seharian mundar-mandir di anjung astana….seperti kucing hilang anaknya….ahhh Tuanku…tidak boleh hamba membantu Tuanku dalam hal ini….

(5) Tok Nujum Negara….cuba dengar syair beta ini….perhatikan betul-betul…apa ada sebarang sepatah dari syair ini ada terkandung perkataan yang sebermulanya bukan dengan huruf J…..silakan wahai Tuanku….

(6) Jenap jalan-jalan, Jalan-jalan jumpa Jenal. Jenap jeling Jenal. Jenal jeling Jenap. Jenal jamah Jenap. Jenap jangan-jangan. Jenal jamah juga Jenap. Jenap jom-jom…jeng jeng jeng jeng jeng……

(7) Wah Tuanku…syair Tuanku sungguh indah dan tiada tandingannya…maka lebih bijaksanalah Tuanku dari patik Tok Nujum Negara…..patik tidak akan lagi sekarang bergelar profesore!

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.