.

MELAYU....kalau nak berjaya inilah masanya!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 31, 2009

Share

& Comment


Kita tidak sedar bagaimana tuhan itu dengan segala kekuasaan padaNya boleh menjatuh dan membangunkan sesuatu ummah. Sejarah telah banyak membuktikan kebangkitan dan keruntuhan bangsa......cuma mungkin kerana kita terlalu leka dengan kemelut sesama kita maka kita lupa untuk mempersiap diri bahkan mengambil segala peluang untuk menjadi bangsa besar....kita leka dengan permasalan pribadi, keluarga, teman taulan, kerjaya....seribu satu sebab untuk tidak peduli

(2) Pastinya, banyak di antara kita...berkata, mana mungkin kita boleh menjadi bangsa besar.....tanah (negara) kita kecil, penduduk kita kecil....apakah kerana itu semua kecil maka kita harus jadi kerdil? Di mana jiwa besar kita? Di mana kewarasan dan kebijaksanaan kita? Mungkin juga kerana Starbuck, McDonald, Kentucky, San Francisco Coffee, bar, pub, karaoke..kopitiam, kedai mamak....yang telah melalaikan kita....jiwa, fikiran, semangat juang kita semakin terhakis...dan menyerah!

(3)Bila Tun Husein Onn menjadi Perdana Menteri, dalam kegawatan kewangan negara, beliau dan teman-temannya masih boleh berfikir dan bertindak membangun Permodalan Nasional (PNB), yang kini mempunyai tunai berbillion ringgit. Sama juga dalam kemiskinan orang Melayu, Ungku Aziz masih mampu melihat pembentukan Tabung Haji (TH) sebagai jalan baik untuk menyatu dana orang Melayu....mereka ini berfikir untuk bangsanya....tidak leka, tidak lalai di kedai kopi atau berborak kosong di mana-mana!

(4) Orang Melayu (dan bumiputera lainnya)dahulu tinggal di pinggir kota: Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, dsb. Tanah-tanah mereka kian terjual, dan kini, menjadi prime area yang bukan lagi jasdi milik mereka. Proses ini terus berlaku, sehingga kini, dan bangsa kita terus-terusan meminggir! Bahkan tanah-tanah kita di kampung pun perlahan-lahan terjual....lepas dari pegangan bangsa kita....

(5) Syukur kerana negara kita negara kecil...kalau besar, maka kita akan menjadi penjual tanah terbesar dunia....maka biar sebesar manapun negara kita, pasti kerdil juga akhirnya kita...kerana otak kita sudah hilang kemahuan membela bangsa....

(6) Saya terfikir, kenapa tidak dana kita berbillion di PNB dan TH tidak digunakan untuk mengambil dan membangunkan semua tanah-tanah milik orang Melayu di tempat-tempat strategik. Harta-harta ini, terus dikekalkan dalam milik PNB, TH dan bahkan institusi lain seperti PETRONAS dan KWSP.....Kg Baru Kuala Lumpur, Pinggiran Sungai Melaka dan Kuching, Pinggiran Laut di Kuala Trengganu, Kuantan, Pulau Pinang...semua ini pasti boleh ditebus dan dijadikan prime comercial area...yang pastinya mempunyai nilai yang sangat tinggi....

(7) Wajar kita sekarang berfikir bagaimana, kebijaksanaan mereka yang lepas...perlu jadi landasan perjuang kita sekarang ini....harap-harap Najib taklah kaki tidur...dulu kita tertawakan Indonesia punya pemimpin kaki tidur...jangan sampai tertawa kita terbalik kepada diri kita...ayuh berfikir demi bangsa ini..

(8) Kegawatan ini adalah anugerah Tuhan bagi kita menghambat waktu mengejar hak kita!

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Tnie's Kiosk said...

Tulisan ini amat bermakna dan penyuntik semangat. Untungnya kalau seluruh anak muda dan bangsa Melayu Malaysia mempunyai semangat juang dan jitu seperti ini!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.