.

BERANIKAH NAJIB....Lat kian sepi...menyendiri?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 06, 2009

Share

& Comment

Data-data terbitan dari pelbagai pihak sudah mulai mengakui bahawa ekonomi kita kian menguncup. Penguncupan ini, pastinya mengambarkan masalah pekerjaan dan perolehan pendapatan bagi rakyat kita….tidak hairan jika dalam beberapa bulan lagi akan meningkat masalah, rasuah, elat tanggungan hutang, jenayah, along, krisis rumahtangga…..dan mungkin subur kembang dagangan warisan zaman…pelacuran. Tidak juga hairan jika penyelewengan agama, politik, dan segala macam pelarian (escapism) akan timbul….Pak Najib, siap siaga untuk perhatikan indek keresahan rakyat ini….

2) Ubat bagi segala masalah ini, tidak lain melainkan kebijaksanaan dan keberanian (being smart and brave). Adakah kita berani, khususnya Pak Najib, untuk terlebih dahulu mementing kesejahteraan negara dari kepentingan politiknya dan atau UMNO/BN (kedudukan dan keselesaan kita). Beranikah Pak Najib (kita), dengan gagah dan tegas, mengadai masa, tenaga, fikiran, emosi...bahkan keluarga dan menumpukan perhatiannya (kita) hanya untuk menyelamatkan ekonomi negara…..beranikah dia (kita) mengutarakan pemikiran dan tindakan yang mengesapingkan buat sementara segala kepentingan berbentuk pribadi (UMNO/BN dan atau kedudukan kita)….menumpu dulu kepada menyediakan pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat…subsidi bukan jalan keluar…bahkan akan membawa kita muflis!

(3) Pepatah Arab ada berkata….bangsa 100 tahun mendatang, adalah terbina oleh kita sekarang ini. Jika kita gagal, maka mungkin punahlah bangsa ini 100 tahun mendatang…..orang Cina pula berkata....jangan kasi ikan, kasi dia pancing...inilah temadun awalan yang perlu kita jadikan landasan!

(4) Saya kira, Pak Najib (kita) sekarang ini wajib mengumpul segala kekuatan pemikiran dan pengalamann yang ada di negara ini untuk bersatu mencerna, merangka dan mengambil tindakan segera bagi kepentingan memantapkan ekonomi negara secara segera dan jangka panjang.

(5) Pengalaman dari mereka yang masih aktif atau telah bersara dalam bidang masing-masing (pentabiran, pengurusan koprat, politik, sosial, agama, budaya, dsb) mesti kita garap kembali. Satukan mereka, biar apapun pandangan dan ideologi hidup mereka. Berikan mereka kemudahan untuk berbincang, merangka dan meyumbang mengikut kadar masing bagi mencari buah fikiran yang terbaik buat panduan tindakan kita. Kita wajib kumpulan mereka, dan biarkan mereka sibuk, memikul tanggungjawap membina dan meyelamatkan negara kita. Tak apa dok berbincang bawah pokok pun Ok jugak

6) Kesilapan lampau kita untuk hanya bergantung kepada fikiran kumpulan tertentu, yang mungkin belum cukup umur biarpun pandai....tapi belum tentu bijaknya (bijaksana)...kewarasannya....kematangannya...(lack of wisdom)....wajib kita semak semula. Tidak perlu kita menyisih sesiapapun. Nenek moyang kita selalu berpesan....kalau tiada rotan, akarpun berguna...bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat....

(7) Jika di zaman serba kekurangan, sambil mengharung lumpur, meredah rimba, biarpun bertongkat, dan sedang menuju kematian......Tun Razak mampu mengembeling tenaga dan fikiran, menyatukan bangsanya......dalam menghapus kemiskinan (hakikatnya unemployment)...kenapa Pak Najib (kita) tidak mampu....berbuat sebegitu di zaman serba mudah ini....mungkinkah kerana kita adalah manusia bacul dan jahil tentang nasib bangsa kita...pengecut dan bongkak untuk hanya terus mendabik dada mementingkan diri....kita tidak sadar...belum mahu sadar...masih mahu tidur lena! Masih leka!

(8) Jika kita ingin kuat, menjadi bangsa yang kuat, percayalah inilah masanya. Allah telah bentangkan peluang ini untuk kita menjadi gagah...kalau kita tak rebut sekarang mungkin akan dialihNya menjadi kekuatan orang lain buat mengajar kita...

(9) Hakikatnya, ’Money Flow’ atau ’Capital Flow’ tidak mungkin mengarah ke barat. Tiada siapa akan yakin mengenai mereka. Jikapun mereka meningkatkan kadar bunga, pada masa ini, Tiori IMF ini tidak mungkin laku dan sedang mereka tinggalkan. Money and Capital, kini di tangan kita bangsa timur, khasnya masyarakat Arab, China dan Jepun. Malaysia juga tidak kurang hebat pegangan ’Money and Capitalnya’. Cuma beranikah kita memecahkan kepala mengambil kesempatan ini, sekali ini, telah di berikan Allah peluang maha besar ini untuk kita menang, dan kekal menang....ingatlah bila Dia berkata...Telah Aku sempurnakan Agamaku untuk mu....dan akan tiba saatnya (demi masa)....Agamaku untukku, agamamu untukmu....begitulah kebijkasaanNya mengatur masa dan keadaan bagi memenangkan kita, ummah pilihan ini...cuma ingatkah kita tentang cabarannya....Tidakkah Kamu Orang-Orang Yang Berfikir!

(10) Cuma, pokoknya, beranikah kita untuk berterus terang dan menerima teguran secara terbuka (biarpun mengaibkan) dan melakukan pembaikan tanpa gentar dan pilihkasih ’without fear and favor’...di saat begini, semangat Panglima Bukit Gantang, Mat Kilau, Tok Bahaman, Rosli Dobby, Sharif Masahor dan Rentap...menghunus keris dan tombak...menepik seperti halilitar mebangkitkan semangat bangsa kita bersatu...menantang penjajahan...perlu kembali ditiup dan disempurnakan....jika kita leka dan gagal, kita pasti terjajah kembali....

(11) Pak Najib, dan semua kita...kurangkan tidur, banyakkan berfikir, banyakkan bekerja secara tekad dan sejujurnya...

(12) Aku kian rindu ide Lat biarpun kartun namun sinis....kenapa kau diam, tidak lagi seperti dulu...apakah mungkin kau menyisih....jangan begitu...kita bersatu saja untuk anak cucu kita...

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.