.

AKU SEMPURNAKANNYA UNTUK MU....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 03, 2009

Share

& Comment

Barat hakikatnya sedang pening kepala. Mereka sedang dalam kemelut yang sangat hebat. Asasnya, kerana mereka telah sekian lama, mengamalkan cara hidup pretentious ie tidak benar dan nyata. Selain masalah kewangan, mereka sebenarnya sedang juga dilanda masalah identity…sehingga membawa kepada….white no more supreme…black (colored) power is up rising, dulu-dulu mereka biasa berperang dengan musuh yang nyata, kini mereka dalam dilemma, Islam yang mereka istihar sebagai musuh ideologi…kini kian berakar di negara sendiri….cuaca dunia juga mulai menghantui dan mencabar kegagahan mereka….satu demi satu cabaran hebat di luar dugaan sedang menghantui mereka…….mungkin sebagai balasan ke atas pembakaran di bumi Iraq, Palestin, Afghanistan....Vietnam dsb yang meraka seronok lalukan selama ini

(2) Forum Ekonomi Islam Antarabangsa (OIC) di Putra Jaya pada 2003 dan di Jakarta baru-baru ini telah dengan berani menyatakan bahawa Ekonomi Islam adalah alternatif bagi Sistem Ekonomi semasa. Cuma, saya kira, kita jangan jadikan Ekonomi Islam sebagai alternatif, sebaliknya ianya adalah the new universal economic system yang mesti kita tonjol dan kembangan. Jika ianya satu alternatif, maka kita pasti memilih alternatif yang mudah dan sudah serasi dengan kita.

(3) Pembaikan kepada sistem ekonomi semasa perlu dilihat kepada keberanian kita untuk berhijrah dari sistem maya (speculative) kepada sistem bersifat nyata (sahih dan benar). Islam, dalam apa juga keadaan, hanya berdiri berdasarkan sahih dan benar, tidak kurang atau lebih dari itu.

(4) Dunia Islam kini, sepatutnya bersikap lebih berani, gigih dan hebat dalam mengenenggahkan Sistem Ekonomi (dan Perbankan) Islam. Tidak perlu kita hendak menyelaraskan segala-galanya, sebaliknya, kita amalkan sistem tersebut selaras dengan keperluan dan keadaan masing-masing. Kita kena sadar bahawa fitrah Islam itu pun pelbagai mengikut mazhab, maka tiada sebab untuk kita tidak mengamalkan ekonomi Islam hanya kerana tiada penyelarasan.

(5) Sebagai masyarakt Islam, kita juga tidak perlu menanti sehingga Kerajaan kita mengistiharkan penggunaan sistem ekonomi Islam.Elok kita pada keupayaan dan kemampuan kita mengamalkan sistem ekonomi persendirian yang bersifat Islamik. Kita jangan berhutang secara melampau dan bukan pada keperluan. Kita juga jangan berbelanja secara boros. Kalau kita punya wang yang lebih, kenapa tidak disimpan di Bank-Bank Islam, atau digunakan untuk membiayai usaha-usaha perniagaan atau perusahaan yang boleh meningkatkan martabat bangsa…….apa salahnya kalau wang atau harta kita yang terlebih umpamanya kita gunakan untuk membantu kaum keluarga atau jiran tetanga berniaga…buka perusahaan.

(6) Ayuh, kita desak supaya ada keberanian pada Najib, untuk berhijrah dari yang biasa (maya) kepada yang luar biasa (nyata dan benar)…selaras dengan tututan Ilahi. Kita wajib ingat, Dia telah menyempurnakan AgamaNya bagi ummah manusia….maka wajarlah kita kurangkan tidur untuk lebih berfikir dan bekerja demi bangsa dan agama ini……contohilah martabat Menteri Kewangan Jepun….bila tertidur semasa….maka dia kena berhenti…janganlah kita dok tidur terus…dan dalam kemelut begini dok sebok dengan benda-benda kecil…remeh temeh…

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.