.

LAGENDA PAK AWI DAN WAK DOMO....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 18, 2009

Share

& Comment

Tahukah anda, terutamanya orang Kuching (Sarawak), dari mana datangnya Mee Jawa. Dari Ceribon ke Bandung, biarpun mengendap-ngendap kita merayau di Jakarta, pastinya kita tak akan bertemu dengan Mee Jawa. Maka dari manakah datangnya Mee Jawa....

(1) Mengikut Al Kisah, orang tua-tua kita, Mee Jawa berasal tak jauh mana sangat. Sebenarnya, asal usul Mee Jawa adalah hanya 12 batu dari Bandar Kuching.....bukan dari Ceribon, Bandung, atau Jakarta....Bt 12 Jln Kuching Serian. Pada zaman dulu-dulu (1960an), Cekur, iaitu Pasar Utama Kuching zaman dulu (dah ditutup sejak setahun lepas), adalah tempat persinggahan segala jenis pengangkutan laut. Di sinilah para pelaut, pelayar...terutama dari kawasan persisir bertemu dan berdagang....riuh rendah seperti sebuah Bazaar.

Biasanya, setelah penat berhari-hari menyusuri laut luas lalu berjam-jam memudiki Sg. Sarawak yang berliku-liku, selalunya, terutama Orang Laut (sebutan bagi orang Melayu Persisir).....mereka akan berduyun-duyun monjong (pergi ke) gerai Wak Domo.Beliau adalah seorang Jawa tok-tok dari Bt 12 Jln Kuching-Serian. Gerai beliau adalah sangat terkenal kerana beliau menjual Mee Special yang tak ada tandingannya....bagi yang mengenali beliau, maka di sebut Mee Wak Domo, tetapi lama-kelamaan, orang dah tak berapa tahu namanya...dan kerana tok-tok loghat Jawanya...maka Mee Wak Domo bertukar jadi Mee Jawa.....(begitulah perkisahan Wak Sapek Sepawi, Kg Terasi, Pendam, Jawa Banten seangkatan Wak Domo...Wak njalok ngapuro nek aku ngak bener!)

Kepada anda dari luar Sarawak, selain Mee Kolok, Laksa Sarawak, ....ingatlah makan Mee Jawa (Mee Wak Domo) bila bertandang ke mari.....


(2) Dulu-dulu, Tebekang (Serian, Sarawak) adalah sebuah kawasan pedalaman yang hanya boleh didatangi dengan berjalan kaki atau berbasikal. Di sini, ada seorang bernama Pak Awi, kerja beliau adalah sebagai peruncit...menjual apa saja ala kadarnya dengan berbasikal. Pelangan beliau adalah penduduk kampung terutamanya kaum Bidayuh di kawasan Tebekang dan pedalamannya....

Selalunya, bila beliau melewati sesebuah kampung, maka dia akan bertanya jarak kekampung seterusnya....dan biasanya penduduk kampung berkenaan akan menjawap ....JAUH Pak Awi...kerana perkara ini sudah menjadi kebiasaan, asal saja orang terserempak dengan beliau di jalanan...maka orang akan berkata Jauh Pak Awi...terutamanya anak-anak...bermai-ramai...

Maka sebutan Jauh Pak Awi telah merebak dan diguna seluas-luasnya oleh para penduduk tempatan dan sekelilingnya...sehingga tersebar luas di seluruh penempatan orang Melayu di Sarawak.....dan ada pun perkataan Jauh Pak Awi kini diertikan.....sebagai, JAUH SEKALI, ie Tak Mungkin, Sukar, Payah...untuk dilakukan sejauh dan sesukarnya perjalanan asal Pak Awi menjaja dikeliling kampung di Ulu Tebekang.....(perkisahan oleh Daniel Ranggu...friend don't create-create this story haaa!)

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

5 comments:

Sarawak Princess said...

HAHAHAHAHAHA.....this is a very interesting and nostalgic post indeed!!

Please continue more of such a story as it will help younger generation of Sarawakian esp Kuchingites learn the colorful local histoty and hence appreciate their unique and beloved land and language of SARAWAK TERCINTA!!!

Hidup ABC for enlightening us on MEE JAWA and paduhal-cam-ia origin JAUH SEKALI owh....hehehe!

@pgabsec said...

Ada dengar cerita, "Jauh Pak Awi" berasal dari bunyi "Jauh Far Away" kerana dikatakan orang kampung tidak ada sekolah formal untuk menyebut perkataan 'far away'. Tolong jelaskan

Abdullah Chek Sahamat said...

Ini cerita dari mulut ke mulut, tiada siapa yang boleh mengesahkan benar atau salahnya...diterima semata-mata kerana ada asasnya (logic)...terima kasih

Anonymous said...

interesting. kamek ada dgr version Jauh , far away... perkataan English lain mun nak kita link dgn bahasa Sarawak adalah spt dibawah

1. go head gostan - go ahead , go astern
2. mu pok lok - move off

Anonymous said...

hi, i am Sherrill. Few day ago, i published a great article about
phu khoa. I think it will be usefull for you now.
So if it is right, i can read my article at here:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.