Bayangkan kita Ketua Cawangan/Bahagian Parti Politik utama negara ini (katakan UMNO). Dalam keadaan apapun, sebagai Pemimpin Akar Umbi parti, kita adalah Barisan Hadapan. Kampung banjir, anak-anak kampung nak ke sekolah, kenduri...dsb, kalau Pemimpin Besar (katakan Menteri/Timbalan) tak dapat hadir/tolong, maka kitalah jadi wakilnya/gantinya. Dilemanya, Menteri/Timbalan/SUPol/SuPar...atau siapa saja yang berpangkat, dia orang, ada gaji, ada kemudahan. Kemana saja mereka pergi pasti ada yang tanggung. Tetapi kita sebagai Pemimpin Bawahan, siapa yang nak bayar minyak kereta, makan minum belanja penyokong....anak bini kat rumah macamana pula?
(2) Jadi, kalau, Pemimpin Bawahan ini tak nak kerja (mogok), punahlah Para Pemimpin Atasan ini. Maka, terpaksalah Pemimpin Atasan ini kena 'jaga' Pemimpin Bawahan. Tetapi, Pemimpin Atasan ini, gaji taklah sebesar mana sangat. Keperluan sendiri (tambah dengan ego), pun tak mencukupi. Jadi, kenalah pulak 'menoleh' (atau menoreh) kepada sumber yang lain. Pastinya tidak lain dan tidak bukan para kontraktor, pembekal, peniaga.....macam-macam lagilah. Kepala kena ligat cari siapa yang boleh ditoreh!
(3) Sama halnya dengan Pemimpin Bawahan, kena jaga orang bawahan, para penyokong. Ini bukan seorang dua, beribu, berpuloh-puloh ribu. Maka, semua ini perlukan ribuan, bahkan mungkin jutaan Ringgit. Nak harap yang di atas, bolehlah....sedikit-sedikit, dan tak boleh selalu sangat. Kenalah pula cari pokok-pokok 'getah' sendiri. Jadilah 'penoreh' sendiri. Akalpun kena lebih ligat, lebih berani....mulalah guna apa saja, janji dapat. Maka begitulah, kerja 'menoreh' ini, berkembang, membiak....menguasai segenap lapisan kepimpinan. Ketika ini, bergemalah istilah 'RASUAH'.
(5) 'Memberi' kepada UMNO (dan lain-lain parti BN), pasti dapatnya laba....kontrak, projek, pangkat, dsb. Wujud timbal balas. Maka ini dilihat sebagai kotor. Sekat/pintas/potong jalan orang biasa!
(4) Dalam UMNO (atau parti-parti komponen BN), rasuah sangat 'terserlah', sangat di marah. Sebaliknya di parti lawan (PR), tiada rasuah, tampak sungguh bersih? Benarkah? Perhatikan saja, dalam semua siri ceramah PAS, DAP....(mungkin PKR juga), pasti ada yang 'pusing keliling' kutip 'derma'. Untuk apa, 'derma ini', tidakkah untuk tanggung para pekerja/penyokong parti? Maka asasnya, sama, siapapun nak hidup. Mana boleh terus kerja tetapi kehidupan sendiri tak terjaga.
(5) Dalam PAS, DAP (dan PKR), 'menderma' bukan rasuah. Itu 'derma', ikhlas, terbuka, semua orang nampak, sungguh TELUS. Para penyokong ini, selepas 'menderma', pastinya dalam piliharaya akan mengundi PAS/DAP/PKR. Sekali lagi mereka 'menderma'. Kemudian, bila menang dalam pilihanraya dan dapat jadi pemerintah (Kelantan/Kedah/Perak/Selangor/PPinang) pastinya 'jasa' para penyokong ini akan 'dikenang'. Semuanya bertimbal balas. Tidakkah ini juga RASUAH!
(6) Rasuah dimana-mana. Kenapa? Apa, adakah rasuah politik ini sememangnya perlu?
(7) Bagaimana hendak membendungnya?
(8)Dalam politik, asasnya saya kira, kita terpaksa merasuah bilamana kita tak buat kerja pada waktu kita semestinya bekerja. Kerana kedudukan kita dalam bahaya, untuk kekal, tetapi belum berjasa, maka kita terpaksa merasuah. Pokoknya, kita tiada atau kurang kejujuran dalam tanggungan (accountability) kita. Ini asasnya.
(8)Soal tamak, ego...itu, apa pun semuanya halal. Cuma kesengsaraan dari Tuhan saja yang dapat mengubah hatinya.
(9)Dua perkara, boleh kita pertimbangkan. Rakyat terbanyak, tahu menilai peminpin yang baik dan tak baik. Biarlah pemilihan pemimpin di peringkat parti dibuat terus oleh rakyat, bukan melalui wakil (seperti dalam UMNO). Calon bakal pemimpin juga hendaklah ditentukan oleh rakyat (sistem pemilihan ala tapisan di Amerika mungkin boleh diteladani). Biar segala-galanya oleh rakyat.(Mungkin kerana inilah maka slogan 'From the People, By the People...' itu tercetus). Cuma UMNO buatlah sistem pemilihan yang 'Systematic dan Focus on Full Member Participation', kalau ini berjaya, yang lain-lain pastinya mengikut...maka UMNO akan terus jadi 'pemimpin'.
(10)Di peringkat rakyat, pemimpin yang tak buat kerja, tak reti buat kerja, yang tak senonoh....walau sebijak mana, sekaya mana, setinggi mana darjat keturunan mereka....singkirkan saja. Cari yang mahu bekerja, boleh bekerja, bertanggungjawap....rakyat kena buat pilihan.
(11) Soal, Pemimpin Atasan perlukan Pemimpin Akar Umbi, untuk membantu para pemimpin ini bekerja, saya kira tidak begitu mendesak. Kakitangan Kerajaan ada. Mereka sudah bergaji dan diberikan segala kemudahan untuk bekerja. Jika dasar kita baik, kemudahan untuk bekerja itu sempurna, dan sistem pengurusan kita teratur, segalanya boleh dibuat oleh kakitangan awam (termasuk para penghulu, ketua kampung, imam, dsb yang dah bergaji). Yang penting, janganlah pemimpin politik menunjukkan 'Kepimpinan Melalui Rasuah', jika ini berlaku, pastinya kakitangan kerajaan juga akan ikut 'berasuah'.
(12) Eloklah sekarang, para pemimpin Kerajaan bekerja erat dgn para penjawat awam. Dalam kemelesetan ekonomi sekarang ini, jangan biarkan kedai kopi penuh dengan penjawat awam. Nanti jadi politikus kedai kopilah mereka. Berjangkit pula penyakit kedai kopi....cari duit kopi nanti.
(13) Kenapa kita mesti menerima rasuah. Rasuah adalah bukan hak kita. Jika kita mengambil yang bukan hak kita, InsyaAllah, Allah akan mengambilnya kembali melalui pelbagai cara.....secara terhormat (contoh rumah di pecah masuk, sakit jantung....suapan kita akan habis terbelanja tanpa faedah) atau secara memalukan...(contoh dipenjara....). Yang belum bermula, Alhamdullilah, teruskan. Yang dah bergelumang....hentikanlah dan bayarlah balik....jangan hanya sekadar bertaubat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment