Dulu-dulu, seronok kita melihat kanak-kanak berduyun-duyun mengepit kitab Al Quran samada untuk pergi mengagi atau kembali dari mengaji....sangat rajin mereka, tak kira panas atau hujan...mereka berjalan meniti batas atau denai-denai (lorong) untuk ketempat/pulang mengaji...
(2) Pendeknya, kita bersungguh-sungguh mahukan anak-anak kita untuk boleh mengaji...dan akan menjadi satu kebangaan jika mereka dapat khatam...dan biasanya majlis khatam anak-anak akan menjadi penyeri di majlis-majlis perkahwinan....
(3) Teringat saya, dalam siri pelayaran Mushi Abdullah (kurun ke 18) ke Trengganu, dia kehairanan kenapa anak-anak, gadis-gadis Melayu begitu mengambil berat mengaji Al Quran dalam bahasa Arab, dia tercenggang apakah mereka faham dengan apa yang mereka baca (ngaji)?(Adalah lagi heran lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mau belajar bahasanya sendiri dan tiada mau menaruh tempat belajar bahasanya itu....
(4)Sehubungan dengan ini, pernahkah kita bertanya,....kenapa kita menggunakan istilah mengaji....dan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah mengaji tersebut...dan apakah pula kata dasarnya perkataan mengaji itu...tidak mungkin GAJI...pastinya KAJI...saya pasti, istilah mengaji adalah terbit dari kata dasar KAJI..
(6)Apakah kesannya kepada kita sekarang ini jika...perkataan MENGAJI kita tukarkan dengan istilah MENGKAJI? Maka perbuatan mengaji Al Quran kita tukarkan pula dengan MENGKAJI Al Quran!
(7) Janganlah kita singkatkan pemahaman kita dengan istilah MENGKAJI pula...kita boleh buat secara berperingkat-peringkat, bermula dengan membaca dalam bahasa Arab, elok juga kita baca maksudnya dalam bahasa yang kita fahami (Melayu, Cina, Iban, Tamil, Inggeris, dsb)...kemudian terus dikembang kepada pemahaman tafsirannya...kemudian membuat pelbagai semakan dengan lain-lain sumber rujukan, bak kata Munshi lagi:...tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dulu....(akan tetapi) ia berkata-kata itu dengan bahasa Melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dengan bahasa Melayu juga...maka belum pernah aku melihat baik orang Melayu, baik peranakan, atau barang bangsa yang lain-lain mengunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya....melainkan dalam sembahyang dan berdoa itulah sahaja...
(8)Yg sering menjadi batu penghalang bagi menanam minat orang kita untuk MENGKAJI Al Quran ialah bilamana fikiran kita terperangkap dengan fahaman bahawa kalau kita hendak mengkaji Al Quran, maka kita mesti fasih dalam bahasa Arab....kita pula mesti rujuk kitab-kitab Arab, tetapi adakah ini kemestiannya, adakah ini benar...pernahkah kita bertanya, adakah segala ilmu yang tersurat dan tersirat di dalam Al Quran itu dapat dijelaskan oleh bahasa Arab....kalau betul, kenapa pula Muhammad saw mengajak kita belajar sehingga ke negeri China...
(9)Pokoknya, yang mana lebih besar pahalanya, sekadar membaca atau faham apa yang dibaca, dan atau membaca, faham dan amal apa yg dibaca? Kata, Mushi Abdullah lagi:..maka adapun segala perkara ini semuanya datangnya dari sebab tiada mempunyai ilmu tau pelajaran adanya..oleh sebab itu menjadi bencilah segala bangsa yang lain akan dia....
(10)Pesan Munshi Abdullah" Bahawasanya barang siapa hendak belajar bahasa-bahasa bangsa lain-lain, maka seyoginya hendaklah diketahuinya bahasanya sendiri dahulu supaya memberi faedahlah baginya bahasa yang hendak dipelajarinya itu, adanya...
(11) Let think, let change for the better!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
i've heard of munshi abdullah but i didn't know he said all these things n get us thinking... thank u for sharing your thoughts....
To read is to learn, to learn is to understand!
What better way to understand if not from our own language right?
Post a Comment