9/6/13 KEWASPADAAN atau KECURIGAAN?

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar mungkin tidak banyak dimerngertikan oleh anak-anak Melayu kini. Inilah azimat pesanan warisan Melayu. Jika dilihat dari sudut Business Management adalah berunsur Risk Analysis dan dalam Economic Management ianya adalah Sensitivity Analysis, cuma Melayu tidak pernah menghargainya sebagai sebegitu. Melayu sangat caluculative. Melayu paling berkira. Sebabnya mudah. Luka lama carik kembali adalah ungkapan azimat lain Melayu. Ianya merujuk kepada learning from the pass. Melayu, saat mereka terluka payah untuk mereka kembali pulih. Seribu satu kecurigaan akan melanda fikiran mereka. Apa lagi saat mereka menghidu ada udang di sebalik batu atau musang berbulu ayam. Sesungguhnya kecurigaan Melayu ada sifat calculativenya cuma, perkiraannya tidak berunsur Al Jibra, Hisab Modern atau Hisab Tambahan. Perkiraan Melayu sering atas sebab rasa-rasa tidak sedap hati. Maka bila keadaan ini muncul, maka segalanya akan mernjadi terlalu sulit. Inilah sebetulnya apa yang terjadi di Kampung Datu, Sibu sejak 10-20 tahun dahulu. Saya sedih dan kesal, saya tidak dapat membantu mengubah, biar tangan ini pernah bersama mereka sedikit masa dulu.
(2) Pada tahun 1979 saya pernah menyewa bilik di salah sebuah rumah di Kg Datu, iaitu Kampung Datu Ulu, berhampiran dengan Hospital Lau King Hwa lama. Selama dua bulan saya duduk di sana dan berulang alik naik basikal di awal pagi dan lewat malam untuk sekadar makan gaji sekitar RM5.50/hari di sebuah kilang papan di Jalan Lanang. Saya perlu bekerja sebagai persiapan untuk saya melanjutkan pelajaran saya ke Matrikulasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jitra, Kedah. Saya sekadar cuba mengumpul duit untuk tambang pesawat dari Kuching ke Kuala Lumpur. Itulah perkenalan pribadi pertama dan menyayat hati saya di Kg. Datu, Sibu. Rata-rata penduduk di sana adalah setinggan atau masyarakat persinggahan dari muara Rajang iaitu dari Belawai, Rajang, Daro, Matu dan bahkan Mukah-Dalat. Mereka adalah masyarakat persinggahnan yang ingin sekadar cukup hidup, lari dari keperitan hidup di tanah paya bakau yang sukar dikerjakan di persisiran. Kini sebahagian dari mereka sudah menetap di Teku, Kampung Muhibbah, AsiaJaya(?), SibuJaya, dsb di sekitar Sibu dan tidak kurang yang hijrah menetap di Bintulu.

(3) Cuma pada tahun 2002, saya kembali diperkenalkan dengan Kampung Datu dalam bentuk yang lain. Sebelumya, atas usaha pengswastaan sebahagian penduduk Kg Datu Hulu telah berjaya dipindahkan melalui kerjasama pihak swasta dan agensi Kerajaan bernama PELITA (LCDA). Saya dilantik dan menerajui PELITA pada Okt, 2002. Pada tahun-tahun awal saya di PELITA iaitu sekitar 2002-2009, saya terpaksa menghadapi kemelut hasil projek tergendala akibat masalah Krisis Kewangan 1997. Perhatian saya tidak pernah menyentuh masalah lanjut bagi Kampung Datu selebihnya iaitu Tengah dan Hilir. Juga Projek kendalian PELITA bagi Kampung Datu Hulu telah meninggalkan parut luka yang sangat berbekas kepada penduduknya. Maka akibatnya, Projek Kampung Datu menjadi terlalu sensitif dan sikap cooling terpaksa diambil kira. Namun, kebakaran demi kebakaran terus berlaku di sana, cuma jumlah terlibat boleh terkawal. Juga sering penduduk menjadi kelam kelibut saat ada bah besar di Hulu Rajang kerana pukulan air deras Batang Rajang boleh membawa sisa balak yang merbahaya dan apa lagi sering terjadi tongkang hanyut lalu melanggar rumah-rumah di pinggir sungai tersebut.

(4) Sebetulnya, penduduk Kampung Datu, sering diancam kebakaran, rempuhan sampah-sampah pembalakan, tongkang-tongkang terlepas ikatan, bahkan kemungkinan wabak penyakit berjangkit akibat keadaan sekitaran yang kotor. Gempuran ombak-ombak bot express, sudah terlalu biasa bagi mereka. Anak-anak jatuh ke air saat berjalan di titian sekeping papan juga sudah biasa. Susunatur penempatan sememangnya tidak ada. Berasak-asak berebut ruang. Tempat letak kereta tidak usah dikata lagi, sememangnya menyesakkan. Maka pada tahun 2009 bila saya membangkitkian soal Kg. Seberang Hilir, Kuching kepada Taib Mahmud, maka usaha untuk menempatkan semula penduduk Kampung Datu (termasuk Kg. Masjid, Bintulu) telah mulai diperhitungkan kembali. Sebuah kawasan di Kampung Bandung telah disediakan. Cuma kawasan tersebut tidak mencukupi untuk semua penduduk jika semua inginkan banglow. Beberapa siri perbincangan langsung dengan penduduk setempat telah diadakan. Pastinya, nada suara mereka amat panas dan mengusarkan. Pengalaman kekecewaan 15-20 tahun lepas menjadi perhitungan curiga mereka apa lagi bila sekali lagi usaha tersebut juga akan terkait dengan pihak swasta. Pokoknya, mereka sudah ada rasa perit dengan sikap kapitalis sebahagian pengusaha. Kudrat, saya dan rakan-rakan pada masa itu seperti sedang cuba memperbaiki rumahtangga yang bercerai berai, punya sejarah hitam yang memilukan

(5) Sesungguhnya apa yang dikhuatiri oleh penduduk Kampung Datu adalah mudah Apakah mereka tidak akan lebih susah setelah berpindah nanti?. Pertama, adakah ruang rumah mereka mencukupi? Apa lagi jika setelah berpindah, apakah tidak mereka terpaksa menangung hutang? Rata-rata penduduk di sini punya extended family sedang ruang rumah yang akan disediakan hanya untuk core family, jadi ke mana extended family akan di tempatkan? Jumlah extended family adalah antara sekali ke satu setengah kali jumlah core family. Kebanyakan pula hanya bekerja sebagai boroh atau golongan berpendapatan rendah atau miskin. Keduannya, dan paling saya hargai adalah semangat mereka: Kenapa kita orang Melayu-Melanau harus terus terpinggir meminggir saat pembangunan hendak sampai? Kg. Datu adalah asal kedatangan kami, jika kami pindah, bukankah roh kami juga akan berpindah dari kota ini? Kenapa kami harus pindah atau tersingkir bila tebing Sungai Rajang hendak dimajukan? Mereka sebetulnya ingin mempertahankan keberadaan ciri-ciri kekeluargaan Melayu-Melanau  mereka di tengah kota. Melayu sudah serik asyik terasak ke pinggir kota saat kota akan berkembang. Dan ke tiga, jika extended family terpaksa terpisah ke tempat lain seperti di SibuJaya, Kemunyang dsb, tidakkah itu akan menimbulkan masalah pengangkutan kepada mereka. Ke empatnya, pemerhatian saya, mereka di sini ada yang mendapat sedikit rezeki dari usaha kecil-kecilan, maka segalanya pasti akan terjejas saat perpindahan sudah berlaku. Juga rumah-rumah mereka punya 4-6 bilik, di mana sebahagiannya disewakan. Para penyewa yang berupa saudara-saudara yang baru datang dari Kampung pasti akan menghadapi kesulitan. Juga pendapatan tuan rumah pasti akan terjejas. Apa lagi bila saya lihat tapak yang diperuntukkan di Kampung Bandung adalah agak terhad dan extended planning sukar dilakukan. Beberapa pilihan cuba saya ketengahkan, namun curiga serta keinginan mengatasi segala sehingga saya, dalam bahasa Kelantannya dok gi mari gi mari, satu gapopun tok menjadi atau kata orang Kedah Pi Mai Pi Mai Dok Tang Tu Jugak atau kata orang Jawa Koyo ngopo koyo ngopopun koyo ngunu jugak atau kata orang Melayu Sarawak gago sik tentu pasal, macam pusak mau beranak, sik ada apa-apapun hasilnyta lalu akhirnya bersama sebab-sebab lainnya saya mengambil keputusan melepaskan semua tanggungjawap saya di PELITA pada akhir 2011 dan hasrat Muhyiddin Yassin dalam ucapan PRU12 Sarawak pada 2011 pun kini jadi semarak kebakaran. Namun syukur tetap saya panjatkan kepada Allah, sebetulnya sebuah rumusan telahpun mulai mencerah sehingga dalam PRU12 Sarawak, penduduk di Kg. Datu telah thrown their bodies in the hand of the promising one. SubhannaAllah. Seperti Yunus AS, kini, saya menjadi kesal yang sangat perit menyaksi 100 keluarga (dari 50 buah rumah) kehilangan tempat berteduh. Pada tahun 1970, keluarga saya sendiri pernah menghadapi musibah yang sama menjadikan saya tertegun tidak terkata terimbau kembali akan pedih yang terpaksa kami lalui di saat sebegitu.

(6) Sememangnya bila hati tidak sabar, pasti segala tuntutan penduduk tempatan menjadi agak melampau. Cuma tergantung dari kacamata siapa kita melihat? Dulu di saat kita menuntut Kemerdekaan Negara, kita telah berlembut akibat diputar belitkan oleh Penjajah sehingga sebahagian hak kitapun terlepas. Jika penipuan Penjajah tidak dapat kita pelajari, pastinya tuntutan penduduk Kampung Datu juga sukar kita fahami. Sesungguhnya, kita orang Melayu, khusus yang berkedudukan biar kecil atau setinggi mana, selagi Melayu, Islam tidak benar-benar kental dalam diri kita, maka kita dengan mudah akan termakan pancingan. Sesungguhnya, Kg Datu Sibu, tuntutan mereka sama sahaja dengan Kg. Masjid, Bintulu, Kg. Dagang Sri Aman, Kg. Seberang Hilir, Kuching bahkan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Maka atas sedikit pengalaman saya berurusan dengan Kampung Datu, Sibu, Kampung Masjid, Bintulu dan Kg. Seberang Hilir, Kuching telah menyedarkan saya betapa roh Melayu dan Islam perlu ada di kota-kota di seluruh Negara ini. Maka dengan sebab itulah saya melihat Kampung Baru, Kuala Lumpur harus kembali dibangun untuk meniup menegak memperingat roh Melayu-Islam bagi Negara ini jika tidak rantau Melayu juga Darul Hana, Kuching menjadi roh Melayu-Islam bagi Sarawak jika tidak Borneo. Sesungguhnya, Yahudi bermati-matian mahu menawan BaitulMuqaddis, kerana di sana Allah telah menjanjikan roh mereka dan beigu juga Palestin sanggup biar berkecai jasad mereka di mana-mana kerana BaitulMuqaddis asalah roh mereka. Juga, kita kena tahu kenapa Osama Ibnu Laden meruntuhkan NY Twin Tower dan Pentagon dalam misi samarnya. Maka Melayu rohnya di mana?

(7) Sekali lagi, saya ingin menegaskan, seluruh pemimpin polilitik, kaum serta penjawat awam dan GLC Melayu, kita terlalu sibuk dan bekerja keras menunaikan tanggungjawap kita kepada Negara, namun tenaga dan kebijaksanaan kita untuk membangun Melayu dan Islam sering kita jadikan perkara kedua jika tidak sampingan. Inilah kelemahan kita. Allah itu MahaPengasih, maka jika kita bijak, Rahmat MahaBesar Dia pecarkan lewat kebakaran Kg, Datu. Inilah jika teman-teman mengerti kenapa saya sering bersikap keras dan ingin lekas-lekas dalam semua perkara kerana saya takut menjadi Melayu yang selalu menyesal di hujung jalan. Mudah-mudahan kita mengerti dan bersikap tangkas dan tegas. Buat penduduk Kg. Datu yang terlibat dalam musibah besar itu, saya doakan agar semua mendapat peliharaan Allah serta berubah menuju sikap waspada, bijak dan tangkas. Tukarkan curiga kepada kewaspadaan berkira-kira Al Jebra, Hisab Moden , Hisab Tambahan dan atau Metamatik Dinamik. SubhannaAllah.

nota:
Gambar sisipan kebakaran di Kg. Datu dan Komplex Al Aqsa adalah capaian dari internet. Terima kasih kepada yang memaparkan gambar-gambar tersebut.

Kuching, Sarawak
25 Jun, 2013

No comments:

Post a Comment