8/6/13 TUTUP-BUKA AKAUN.....(revisit)

Semalam, 15 Syaaban, adalah hari yang sangat bersejarah bagi Umat Islam. Sekitar waktu Assar, di Masjid Qiblatin tidak jauh dari Madinah, sekitar di tahun 2 Hijrah dulu iaitu 1,432 tahun dahulu, Muhammad SAW telah diwahyukan untuk menukarkan Qiblat Sholat Umat Islam dari Masjid Aqsa, Baitul Muqaddis ke Baitullah di Mekah. Iaitu beralih kiblat dari Timur ke Barat. Jika sesiapa pernah melawat ke Masjid Qiblatin, jelas Qilat baru dan lama berada dalam kedudukan bertentangan. Jika di baca periwatan oleh banyak penulis, sebab pertukaran itu adalah kerana Yahudi sering memperolok Umat Islam betapa mereka juga berQiblat sepertinya kaum Yahudi. Pendeknya, mereka sedang mempersendakan Islam sebaran Muhammad SAW tidak lain adalah caduran dari agama Yahudi.

(2) Dalam Islam, 15 Syaaban, terutama di dua bahagian terakhir malamnya iaitu antara jam 0200-0.530 pagi (waktu terbaik Sholat Tahajjud ke Subuh), Buku Akaun catatan amalan manusia akan diangkat ke langit dan ditukar dengan Buku Akaun baru. Maka dari Maghrib 15 Syaaban, Umat Islam khususnya digalak banyak bersholat dan memohon keampunan dan keredhaan Allah atas prilaku mereka selama setahun lepas disamping memohon keberkatan bagi tahun selanjutnya. Sesungguhnya amalan Sholat pada malam 15 Syaaban adalah tanda apakah manusia mengingati Alla atau sedang enak menikmati bantal dan selimut sewaktu=waktu Buku Akaunnya sedang ditutup dan buka. 15 Syaaban adalah tarikh tutup dan buka Akaun Tahunan bagi Umat Islam. Allahuaalam.

(3) Namun, pada fikiran saya, keperluan dan pengajaran dari pertukaran itu adalah jauh lebih besar dari itu. Ianya mengajak Umat Islam untuk membuat "hijrah" tahunan. Saya berkata sebegitu kerana, Muhammad SAW sejak sekian lama telah berdoa kepada Allah agar menukarkan Qiblat kaum Muslimin dari Al Aqsa ke Baitullah. Hanya pada tahun 2H baru Allah memperkenankannya. Bermaksud, sejak Muhammad SAW diangkat jadi Rasul, Umat Islam pada masa itu terus-terusan berQiblatkan Al Aqsa berbanding ke Baitullah. Saya belum ketemu sebuah tulisan yang jelas mengenai kenapa pada asalnya Qiblat Umat Islam terdahulu telah beralih dari Baitullah ke Al Aqsa. Cuma, mungkin dapat saya mengambil kias dari penceritaan Ismail AS dan Ishak AS. Pada masa dulu-dulu kedua-dua kelompok pimpinan Ismail dan Ishak mereka bersama sujud kepada Kaabah. Mereka ke Baitullah untuk mengerjakan Hajj. Hanya kerana akibat perkahwinan Ismail dengan perempuan Yaman, yang mengamalkan agama berbilang Tuhan, lalu (kaumnya) akhirnya menjadi ingkar akan keEsaan Allah lalu mencemarkan Kaabah dengan pelbagai berhala, maka akhirnya Ishak (kaumnya) mengalih Qiblat ke Baitul Muqaddis.

(4) Dari capaian di internet, saya perturunkan ertinya Syaaban: Syaaban dalam bahasa Arab bermaksud berpecah-pecah atau berpuak-puak. Sememangnya kaum Quraish dulunya berpuak-puak. Setiap puak ada perkampungannya tersendiri, yang dinamakan Oasis. Kerana keperluan air untuk manusia dan binatang ternakan, perebutan ke atas Oasis inilah yang sering menjadikan mereka bersikap barbaric. Jika kita mengerti, maka sebab itu di dalam Al Quran, Allah sering mengambarkan betapa Syurga itu penuh dengan sungai mengalir air jernih, sebagai tarikan kepada khususnya puak Arab babaric untuk kembali jadi manusia azalinya. 

(5) Saya cuba melihat peristiwa 15 Syaaban ini dalam hubungan keperluan semasa kini, betapa:

(i) Pertama, sengaja Muhammad SAW mengekalkan Syaaban sebagai nama kepada bulan sebelum Ramadhan. Kita Umat Islam sehingga kini, juga terus berpuak-puak, berpecah-pecah. Bukan untuk berebut Oasis, tetapi hasil rasa tamak dan dengki. Melayu dengan Melayunya, Jawa dengan Jawanya, Melanau dengan Melanaunya, Kedayan dengan Kedayannya, dsb. Namun akhirnya, apakah penyampu berdiri atas sebatang lidi atau seberkas lidi? Sesungguhnya pengekalan nama bulan Syaaban oleh Muhammad SAW adalah sebagai peringatan betapa syaabanlah yang menjadikan bangsa Arab jadi jahilliah. Syaaban juga aakan mele4mahkan Umat Islam. Tanpa Islam, Arab mungkin sudah berkubur pupus. Juga tanpa datangnya Islam, Melayu mungkin juga terus sesat kalau tidak jadi hamba pariah. Namun penyucian Islam ke atas kekotoran kita kian kita lupakan. Sesungguhnya, inilah bulan di mana Umat Islam harus memulai persiapan "hijrah" untuk mengharungi bulan Ramadhan dengan penuh persediaan. Setidak-tidaknya kita perlu memperbaiki segala apa kekurang akidah dan pribadi yang sedang menyelubungi kita, agar nanti di bulan Ramadhan, segala amal kita akan menjadi lebih sempurna dan diterima Allah.

(ii) Kedua, perubahan Qiblat adalah pertunjuk kuat betapa kita tidak boleh mendewakan yang kotor, biarpun ianya berkedudukan paling tinggi atau berkuasa. BaitulMuqaddis adalah tapak suci bagi Islam, Nasrani dan Yahudi. Namun Yahudi telah mencemarkan BaitulMuqaddis dengan sifat tamak dan haloba mereka. Kini, BaitulMuqaddis adalah lambang Yahudi. Maka MahaBijaksananya Allah, Dia tidak mahu Umat Islam sujud berkiblatkan Yahudi, maka Qiblat asal tersendiri Islam mesti dibangunkan semula. Makanya, kita tahu dunia kini sedang dikuasai oleh Kapitalis. Ideologi Kapitalis, samaada kita setuju atau tidak, adalah ideologi penemuan Yahudi Zionis yang bersekongkol dengan para Rabbi Yahudi untuk memesongkan Umat Islam. Kerana mereka gagal untuk menghapus Islam dari sudut pertembungan langsung keAgamaan, maka mereka mencipta sesuatu yang mudah tampak kesan pancingannya. Pada masa kini, wang, harta, dan kekuasaan adalah sesuatu yang sangat semua orang inginkan, maka Kapitalis adalah wadah paling tepat untuk dijadikan alat menuju ke jalan itu. Seperti saya katakan terdahulu, golongan kebanyakan Nasrani, sangat menerima akan konsep Kapitalis, makanya mereka kini sudah dalam pelukan enak Yahudi. Yahudi sudah memerangkap mereka kuat. Umat Islam kebanyakan juga sedang hebat menuju ke arah itu, maka dengan sebab itu, maka kita juga sedang menghadapi keresahan sosio-ekonomi yang berlanjutan silih berganti. Beruntungnya, Islam tetap ada dan sebahagian pihak biar dalam keadaan payah dan susah, sedang berusaha keras menjadikan Islam sebagai jalan keluar bagi kemelut sosio-ekonomi yang sedang dihadapi oleh Umat Islam di mana-mana. Jika Umat Islam tidak mahu tersesat mengantikan pertintah Allah dengan aturan Yahudi, kita mesti keluar "hijrah" dari pengaruh Kapitalis sepertinya, kita berpaling dari Al Aqsa ke Baitulllah. Najib dan Mahathir tidak perlu banyak cakap dan berpolitik, mereka mesti menjadikan Kewangan Islam sebagai teras ekonomi Malaysia dan serantau.

(iii) Baitullah adalah pusat suci bagi agama Allah, Islam. Pastinya dengan segala kekuasaan Allah, tidak ada apa yang boleh menghalangNya jika Dia hendak mengembalikan Kaabah seperti sebermula ianya didirikan oleh para malaikat, Adam AS serta Ibrahim AS. Namun, Allah memerintahkan pembinaan Kaabah, bukanlah untuk DiriNya, maka tiada keperluan mendadak kerusuhan bagiNya untuk mengembalikannya kepadaNya. Kaabah Allah suruh bina adalah untuk manusia dan segala mahluknya yang lain. Maka segaja Allah payahkan kerja-kerja pembebasan dan penyucian Kaabah, sebagai sebahagian dari ujianNya tentang keImanan kita. Maka untuk kita membebaskan "hijrah" diri kita dari kekotoran dan pemesongan semasa pastinya adalah payah dan merbahaya. Muhammad SAW hampir-hampir hilang nyawanya hanya kerana mahu membebaskan Arab Jahilliah dari sifat jahilliah dan bodohnya mereka. Baginda bahkan kehilangan hampir segala-galanya, namun keikhlasan, pandangan jauh, keuletan baginda, menjadikan segalanya Allah kemudian permudahkan. Sesungguhnya dugaan Allah untuk sesuatu kejayaan besar dan bermaksna buat masyarakat, Ummah bukanlah lewat jalan mudah. Cuma, apakah kita ada kesedaran, kebijaksanaan, keberanian dan kesabaran untuk memperjuangkannnya.

(6) Sesungguhnya di dalam bulan Syaaban, Muhammad SAW dan para sahabah sangat teruji dengan beberapa kejadian pengkhianatan Yahudi. Mungkin kerana kita buta sejarah, atau tidak peduli kepayahan Muhammad SAW dalam menebar Nur Islam buat kita, maka kita sudah tidak peduli akan payah getir baginda. Sayapun seringkali menyoal, Cukupkah mengangungkan Muhammad SAW hanya dengan berselawat ke atasnya? Bagaimana seharusnya keinsafan perit getir perjuangan Muhammad SAW harus dimergerti dan terjerap hebat ke dalam diri kita, agar rohnya tetap bersama kita dalam perjuangan seterusnya kita? Saya berkira pemikir Islam harus melihat ini dari hanya terus-terus berseru Agungkan Muhammad SAW sedang rohnya tidak pernah kita rasai dan jiwai. Maka bagaimana mungkin, roh Islam akan berada dalam diri kita?.

Kuching, Sarawak
25 Jun, 2013

No comments:

Post a Comment