ABU NAWAS....and the economic crisis
Tadi pagi lebih kurang jam 0630, sambil menkmati milo dan telur separuh masak di sebuah warung di Kota ini, saya terdengar tentang kegelisahan manusia kebiasaan akibat ekonomi kita yang tidak bergerak mengikut keperluan pertumbuhan pendapatan dan pekerjaan. Kegelisahan ketara mungkin akibat kuncupan di sektor pembuatan dan pembinaan. Dua sektor yang selama ini memacu ekonomi Negara, kini…seperti tidak bermaya….
Kecurian, pecah rumah, peras ugut,….mungkin penculikan akan berluasa….entah…maka saya terfikir bagaimana jalan pintas bagi mengurangkan kegilaan manusia yang tidak mahu berkerja……teringat saya akan kisah dulu-dulu….
(2) Di sebuah kampong entah berantah, ada seorang Kepala Desa yang namanya cukup hebat, Pak Abu Nawas…..dia sangat hebat, sehingga segala apa juga masaalah rakyat dapat diselesaikan oleh kepalanya yang bergeliga….
(3) Mengadap seorang hamba rakyat mengadap Tok Ketua….di pagi-pagi buta…seawal sebelum segala ayam bubar bertebaran mencari cacing dan belalang…melapurkan tentang rumahnya di masuki pencuri….habis segala harta bendanya di curi orang…..pintunya dipecah dan dirosakan….
(4) Tanya Tok Ketua….dari apakah pintu rumahmu di buat….dari daun nipah dan papan-papan buangan To Ketua….dan dari apa pula dinding dan lantai rumahmu di buat….ahhhh Tok Ketua…pasti dari kayu cengal…tidak mungkin dari daun nipah atau rumbia…mana tahan…
(5) Baiklah…kau baliklah, buka dinding rumah kau…gunakan segala papan yang ada dan binalah pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah yang kukuh….ohhh…bagaimana dinding rumah pula…tak mengapa, tak payah pakai dinding…cukup ada pintu dan tingkap yang kukuh sahaja….
(6) Sang hamba rakyat….kerana yakin akan kebinjaksanaan Tok Ketua Sang Abu Nawas….pulanglah sambil berfikir dalam-dalam….kemudian dia tersenyum luas…memang bijak Tok Ketua ini….betul juga….mana ada pencuri dan perompak masuk ikut dinding…semuanya masuk ikut pintu dan tingkap….maka wajarlah tak usah ada dinding…cukup sekadar ada pintu dan jendela yang kukuh…bijak, memang bijak…..hhhhhhhaaaaahhhhh.
(7) Begitulah adanya…Si Abu Nawas …
(Lebuh Wayang Kuching)
No comments:
Post a Comment