PINANG dan PINGAT

Suatu waktu dahulu, di sebuah negeri yang bermaksud ''SERAH PADA AWAK'' maka dibawa mengadap para hamba Wakil Rakyat, sempena hari ulang tahun Tuan Raja. Tuan Raja ini bukan dari kerabat diraja, cuma Tuan Besar dari Great Britain (In Serah Pada Awak, it sound Beritan Besar), kononnya. Yang datang, adalah Wakil Rakyat dari kaum Dayak, Cina, dan Melayu. Maka, pada hari yang membahagiakan ini, Tuan Raja hendak menganugerahkan hadiah sebagai tanda terima kasih beliau diatas sokongan semua kaum jajahan takluknya. Sebagai Tuan Raja yang bijaksana dan saksama, beliau sangat prihatin tentang keperluan sebenar hamba rakyatnya, sehingga untuk memberikan hadiahpun beliau memohon pandangan Wakil-wakil Rakyatnya:

(1) Wakil Rakyat Dayak, dengan segala gah pakaian dan perhiasan panglimanya, menjunjung, ampun: "Tuan Raja, rakyat aku, orang menua bukai (luar bandar), perlu (keperluan) kami mimit (sedikit) ajak (saja). Nadai (tidak) mayoh (banyak). Tik (jika) uleh (boleh), mintak buah pinang ajak." Melihat sang panglima Wakil Rakyat Dayak tersebut sedang mengunyah pinang dan sirih, maka yakinlah si Tuan Raja tentang keperluan rakyat sahaya kaum Dayaknya. "Ah...is that all, such a simple request. Very humble. You really, Wakil Rakyat with my people in your heart. Ulih (boleh) Apai Tuai (Tok Ketua), no problem, you can have all the beetle nuts in town". Maka giranglah Wakil Rakyat Dayak ini, namun dia punya satu kemuskilan. Tuan Raja, sembahnya, "Kati (bagaimana) tik kami anak biak (hamba rakyat) nambak (nanam) buah pinang tok (ini). Kati (bagaimana) runding (prihal) tanah ditambak kami deh?" Tuan Raja sungguh kagum dengan Wakil Rakyat Dayak ini, sungguh dia berjiwa rakyat. Sahutnya "OK, the land is yours and you can plant and use the menua land as you wish" Dengan ini, maka terbangunlah apa yang pada hari ini di sebutkan Native Customary Right (NCR) Land. 

(2) Sang kancu, Wakil Rakyat Cina, mahunya mudah aja."Tuan Laja, wa mau niaga sajalah. Itu lu punya lepan (depan) Astana, kasi (bagi) wa niaga saja. Nanti ini Tuai (sambil menuding pada Wakil Rakyat Dayak), manyak (banyak) keluar buah pinang, wa boleh tolong jual". Tuan Raja is very proud of his Wakil Rakyats....they seem to bersatu hati, helping each other, complementing and supportive. Maka, begitulah mulanya al kisah perkembangan Gambir Street di seberang Astana Tuan Raja. Di situlah buah pinang dan gambir banyak terjual.

(3) Maka tibalah gilirannya Temenggong Melayu mara mengadap. Dengan tengkolok gah di jemala (asal perkataan kepala kot), pakaian Melayu asli perrwira bangsa, sebilah keris tersarung rapi (mungkin keris ini hanya tinggal hulunya saja...matanya tinggal dirumah)...melangkah gah tanjak perwira gagah perkasa....Tuan Raja sembahnya, sampil duduk tepat bertinggung tak ubah seperti mahaguru silat perkasa, kami anak-anak melayu (dia lupa emak bapak nenek datuk), menyembah perkenan agar budaya melayu mesti disubur dan kembangkan. Tidaklah molek, jika Temenggong hanya di gelar Temenggong, dan Penghulu hanya di gelar penghulu....tiada juga molek pembesar negeri tiada berbintang....(hahhh nasib baik dia tak mintak matahari), darjat kita mesti sentiasa dijunjung.....(Apai Tuai dan Kancu...saling berpandangan dan tertanya-tanya..nama (apa) jakok (cakap) ia (dia ni)!). Saya memohon perkenan, gelaran Datuk Temenggong, Datu Penghulu...kita wujudkan. Tuan Raja, tersenyum....dalam benaknya, I thought he want my post...it should be alright, at least now, they are under my full control....who ever among them who are loyal to me...then I'll bestow them Datukship....ahhhh this great Malay thinker....no problem Datuk Temenggong....maka begitulah alkisahnya gelaran-gelaran melayu ini terbentuk. 

(4) Cuma niat tersirat Datuk Temenggong...gelaran-gelaran ini di anugerah kepada yang berjasa, dan akan menjadi payung kepada orang Melayu...sungguh mulia dan berwawasanlah Datuk Temenggong kita ini.......namun, dia tidak terfikir, dengan adanya pengurniaan bintang-bintang ini, maka bersinarlah mata-mata tertentu untuk membaham segalanya....merosakkan orang kita....bukan menjadi payung panji-panji negara. Begitulah....kini, orang bertanah, orang berniaga...kita....ahhh syok sendiri saja....Alkisah.

No comments:

Post a Comment