SARAWAK....kita memang unik dan istimewa!


Berjuta tahun dahulu, Sarawak (dalam Borneo) adalah sebahagian tanah besar Asia. Dengan kuasa Tuhan, paras air bumi meningkat mendadak, kerak bumi beranjak.....memisahkan Borneo menjadi sebuah pulau tersendiri. Gua Niah di Miri (Utara)menjadi temadun unggul di kepulauan Borneo beribu tahun dahulu.....maka tidak heranlah di tahun 60an....bila kita ke Malaya, maka sering kali anak Sarawak disindir sebagai orang utan dan duduk di gua-gua.....alhamdullilah, hari ini, cuma ada dua orang sahaja Orang Sarawak yang masih tinggal dihutan (tapi tidak di gua) iaitu Orang Utan dan Orang Belanda....orang Sarawak lainnya dah....bertemadun....with self pride and self determination...

Let dream together and work our dream right!

(2) Beribu tahun dahulu, Sarawak dihuni oleh orang Melayu Proto yang berkembang biak dari Gua Niah, penempatan pertama temadun manusia di kepulauan Borneo.Ini, kemudiannya diikuti beratus tahun dahulu oleh penghijrahan Orang Melayu dari Sambas, Brunei, Kapuas, dan pelbagai daerah lainnya di Kalimantan. Kaum pendatang ini kemudian menguasai kawasan pedalaman dan persisiran Sarawak. Kaum Cina datang agak terkemudian dari kaum-kaum pribumi lainnya.

(3)Tiga puloh tahun dahulu...Sarawak adalah antara tiga negeri teratas paling miskin di negara ini.....ianya dilihat sebagai beban kepada Malaysia...tambahan lagi dengan masalah subversif komunis di awal 1970an....maka dengan itu....semasa kecil saya di Malaya....sering teraju pertanyaan...bila sampai ke Malaysia....biarpun lahirnya saya di Malaysia!

(4) Berkat kegigihan menghala haluan tersendiri...kini Sarawak adalah antara tiga negeri yang terkaya di Malaysia.....kini Sarawak dilihat sebagai aset penting negara, apatah lagi....bila Sarawak punya kuasa minyak, dan insyaAllah, akan menjadi the Malaysian Power House...........

(5) Kekuatan Sarawak sememangnya pada keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri....hutan, sungai, gunung ganang, laut, tasik, minyak, gas, teluk dalam, hujan yang lebat sepanjang tahun 5,000-6,000 mm/tahun....dan kepelbgaian flora, ethik dan budaya...semua ini adalah keunikan dan keistimewan tersendiri...

(6) Di Melaka ada cincaluk, di Sarawak ada encaluk, di Kelantan ada budu, di Sarawak ada rusip, di Pahang ada pekasam, di Sarawak ada kasam, di Perak ada tempoyak, di Sarawak ada empuyak.....paling istimewa....di Semenanjung petainya melintang (biji), di Sarawak petainya membujur.....banyak lagi...sebut saja apa yang ada di Semenajung, pasti ada di Sarawak..namun dabai, pelajiaur....pasti tidak ada di Semenanjung

(7) Terdapat kepelbagaian etnik yang amat nyata di Sarawak. Hasilnya, kita juga mempunyai kepelbagaian sosio-budaya, sosio-ekonomi, sosio-politik dan keagamaan. Tidak ada satu etnikpun yang boleh mendominasi mana-mana etnik. Semuanya saling bergantungan di antara satu sama lain.

(8) Keunikan inilah, yang perlu di fahami oleh rakan-rakan kita di Semenanjung samada di kalangan orang Politik, Pentadbir, Koprat dan bahkan NGO....jangan paksakan dasar, nilai, dan sistem yang digubal di Kuala Lumpur ke atas orang Sarawak...

(9) Dalam urusan pentadbiran pembangunan dan politik di Sarawak, elok kita bataskan segala sistem yang kita bentuk pada garis Perlembagaan Negara sahaja....orang-orang Sarawak (bahkan Negeri-negeri lain pun begitu juga)hendaklah di berikan kebebasan mengikut hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara....

(10) Maka yang penting...Perlembagaan Negara...hendaklah digubal sebegitu rupa bukan untuk mengawal tertapi memudahcara kepada Perpaduan Nasional, Pertumbuhan Demokrasi Sihat, Perkembangan Ekonomi saksama, dan keselamatan bagi semua.....fokus Parlimen harus ke situ dari menjalar kepada soal-soal micro-management!

(11) Bagi anak watan Sarawak, wajar kita punya mimpi tersendiri dalam membangun negeri kita ini....apakah Model terbaik...kita punya tanah yang luas, hutan yang besar, sungai yang banyak, minyak dan gas yang mencukupi.....namun dengan penduduk yang sangat sedikit....tetapi di kelilingi oleh gergasi dunia...China, Vietnam, Indonesi, Philippines, Jepun, Korea.....Australia dan British juga punya sentimental value yang sangat tinggi kepada Sarawak....apa perlu kita mimpikan....

(12)Permulaannya adalah kita mesti tetap sebagai anak Sarawak. Orang Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, China....kita mesti kembali pada landasan dulu-dulu....boleh duduk semeja, boleh bergaul secara bebas...tiada prejudis...penuh rasa hormat di antara satu sama lain....

(13)Jika kita dapat tingkatkan baseline purata pendapatan kita ke RM2,500.00/keluarga/bulan...berbanding dengan lebih kurang RM1000.00 sekarang ini...pasti semua akan gembira. Untuk itu, pertumbuhan ekonomi kita kena berkembang 15-20% setahun, untuk tempoh lima tahun akan datang. Ini tidak mustahil. Kita cuma perlukan Grand Economic Development Plan dan Grand Corporate Financing Plan. Sudah pasti, untuk ini, kita perlukan Grand Public and Private Sector Management Plan/System.....Model yang boleh kita lihat mungkin bagaimana New Zealand, sebuah negara berasas pertanian, kemudian bergerak ke perhidmatan dapat menyokong taraf hidup yang sangat tinggi.....tanpa pertumbunan GDP yang besar....

(14) Tidak mustahil bagi Sarawak....menjadi the Green Prosperous and Healthy State in Malaysia....dimana kepentingan semua kaum terjaga dan dihormati....

(15) Ayuh kita ke arah itu.....kita fikir sendiri, kita buat sendiri....tangan-tangan luar harus kita kawal...jangan sampai kita terjebak dalam perangkap...janji rhetorik sahaja.....let work as a Sarawakian...with our own pride and our determination...others....they should take care their backyard...not trying to use us or put us on their trial....everybody...!

(16) Anak Sarawak yang suka tumpang sekaki kepada idea-idea luaran yang belum teruji....elok berwaspada....jangan sampai kita di gelar tali barut yang tak sedar diri...jadi kuda, jadi keldai....

(17) Sarawak is Unique and Special...we keep it that way!

7 comments:

  1. ..ya..we can see some progress based on the yearly revenue the state can collectbut if we can charged high premium onto say..provisional lease land we are evenricher..i think that Selangor eventhough small state in term of size can collect high rvenue on land premium..and also reduce the 'ketirisan wang rakyat'..cant imagine how many billion of our money falls in this category..worst still the money is kept oversea, not spending here..hehe...maximmise the land use for greater income esp rural folks.....

    ReplyDelete
  2. Let work for the best interest of all Sarawakian...but keep ourselves open to all Malaysian...as long as they have respect on us...I believe we can contribute in our own way...as long as we are cool and open...Thanks

    ReplyDelete
  3. We of all races must believe in ourself & our people. Trust them and support them. We have all the resources and I believe our people are willing to learn and work hard. Just give them the opportunities - less politiking and be fair to all. Create economic, business and jobs opportunities for them, build Sarawak a better and harmonious place to stay. IN ANOTHER WORDS - DEVELOP SARAWAK INFRASTRUCTURE, FREE EDUCATION OPPORTUNITIES TO UNIVERSITY LEVEL, EXPAND AIRLINES CONNECTIVITY, REVIEW UNPRODUCTIVE IMMIGRATION LAWS, FORM SARAWAK BASED BANK AND FINANCIAL INSTITUTION (IF BANKS FROM SEMENANJONG CANNOT HELP), SYNERGIZE STATE GOVERNMENT AGENCIES & GLCs (AVOID DUPLICATION, BUREAUCRACY & DEAD WOOD HEADS/CEOs), ETC, ETC. GOOD LUCK.

    ReplyDelete
  4. WE SARAWAK...must be together and work our tought to make the State as the number ONE . I believe your writing has pictured your spirit to chart and change the future of the people... We must stand firm and create a creative generation... to work what you have written... Let us the SARAWAKIAN to have GREAT commitment and GRAND ideas that can make your tought workable...For the sake of Sarawak... and for the NATIONAL Spirit... let us proof that we have the CHAMPION ideas and COMPLETE Planning for our people... We can give birth of 1,000,000 more Idris Jala... and 1,000,000 more Abdullah...

    ReplyDelete
  5. ..yeah bro...people like abc is a rare find, godsend...but let we work together to materialize each one of them, with complete balance....hehe...

    ReplyDelete
  6. Ya... we hope that by utilizing them to the fullest we can produce more than 1,000,000 Sarawakian that have the Grand Brain, Knowledge power and responsible heart to move Sarawak ahead ....Including you bro... you have objective comments and constructive view... Caya Bro

    ReplyDelete
  7. Bro
    people like abc are rare species, but not too rare.In everyone of us, there is a slight trace of nation building. We all contribute, not him alone becoz one man cannot do everything although he'd like to do things his way.

    Good mission and vision, going uphill in his journey because he forgot a few elements of life and living......but who dares tell him? everyone is scared of him...not i.

    ReplyDelete