Dr. Mahathir (DMM) kerana dia dilahirkan duluan, dalam keadaan orang Melayu masih dalam serba kemunduran dan kedaifan, khususnya di Kedah sebuah negeri yang tergolong termiskin di Malaysia, pastinya sebagai anak yang berpendidikan tinggi, pasti jiwanya begitu hebat mahu membela bangsanya….mungkin juga kerana darah keturunannya seorang penghijrah, maka dia punya satu sifat yang hebat iaitu Courage…apatah lagi ditambah dengan ilmu perubatan yang ada padanya menyebabkan dia…suka membedah, memotong, dan menganti….
(2) Bila dia berkuasa, kerana dia tahu, hayatnya (sebagai seorang perubatan) tidak lama, maka dia mesti buat apa juga yang dia fikir baik untuk bangsanya dengan cepat….seperti lagu Sudirman Hj. Arshad…kerja..kerja…kerja…cepat…cepat..cepat. Maka bermulalah, era…hang buat saja kerja, biak aku fikir, aku plan….siapa lambat, hang dok diam-diam. Aku nak cepat, jangan dok buang masa.
(3) Saya kira, kerana yang boleh buat keputusan dan kerja dengan cepat adalah golongan korporat, maka di zaman MM maka golongan inilah yang berkembang luas. Dikalangan mereka, siapa saja yang mampu bekerja dengan cepat, maka dialah yang dapat lebih…..dan khilafnya, para penjawat awam mulai membawa diri….atas dua sebab, satunya…sebab tak larat nak kejar, semput ditengah (kadang-kadang tepi jalan) dan keduanya….biasalah PhD…hasad dengki dok tengok segelintir ahli koprat dok kaut untung….maka timbullah slogan kronism….dan seperti kata Tun Musa Hitam….sistem pentadbiran Kerajaan punah ditangan MM (tafsiran saya)…kita berjaya membina, tetapi kita gagal menyelanggara (mengurus) banyak perkara yang telah kita buat….penjawat awam membalas dendam…hang ingat hang tera (hebat), hang urus apa yang buat….mereka lepas tangan
(4) Maka bila Pak lah mengambilalih kuasa….isu penyelenggaraan menjadi kucar kacir…bangunan parlimen bocor…pelbagai bangunan di Putra Jaya (yang berumur setahun jagung) pun mulai bocor, tanah runtuh, jejantas koyak rabak di sana sini….hahhhh penjawat awam mendabik dada dan saling menuduh….itulah dulu tak nak dengar nasihat kita, so sekarang baru tau! Mana CheDet….? Zaman pemerintahan Pak Lah diwarnai zaman kerosakan dan bencana (tsunami, banjir..dsb. Maka kita pun dibebani dengan isu kos penyelenggaraan…tiada peruntukan untuk kembangan (new development)….so ekonomi kita kian kuncup…rakyat mulai tak ada kerja…jadi resah gelisah…dan kini seronok berdemonstrasi di jalanan sebab ada orang tanggung makan…seronok!
(5) Tun Musa (dalam salah satu ceramah beliau di Kuching), bila saja Pak Lah mengambilalih kuasa, sangat yakin, bahawa Pentadbiran Kerajaan akan bertambah kukuh, cekap, dan bersih di bawah pemerintahan Pak Lah….dan itulah arah tuju Pak Lah. Saya juga berpendirian, bahawa kekhilafan besar MM ialah bila House Keeping beliau adalah lemah…maka apa saja yang beliau buat, selepasnya, kita akan ketiadaan sistem untuk melestarikannya (sustain)…saya amat gembira bila Pak Lah (dan Tun Musa) sadar mengenai perkara ini….
(6) Pak Lah..saya kira mulai mengumumkan pelbagai usaha kearah aspirasi beliau dan negara…banyak pengumuman dibuat sehingga seluruh negara feel good…dan berikan BN mandat terhebat dalam PILU 11…tetapi Pak Lah nampaknya tiada follow through….segalanya tidak berjalan baik...…penjawat awam sekali lagi…ambil sifat lengai (ignorance)…masih terbawa-bawa dengan kepiluan penyisihan era MM…maka itulah mungkinnya apa yang MM dok selalu kata Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri (JPM) mulai wujudkan kelompok penasihat khas…yang juga bersikap menyisih penjawat awam…EPU/UPP/Bank Negara/MAPEN…dsb sudah mulai longlai…..paling sedih agensi-agensi yang namapk tidak cekap, tidak bersih pada awalanya adalah agensi-agensi di bawah PM sendiri...
(7) CheDet…hang dah khilaf, Pak Lah kita dah silap…elok bak kata orang tua-tua kita…sesat di hujung jalan, jom kita balik kepangkal jalan…para penjawat awam…ayuh kita bangkit semula, marilah kita bina negara ini. Ingatlah, orang-orang kita di desa dan di jalanan, tengah sengsara…kita ada gaji, kita ada kemudahan…apa ada pada mereka…tidakkah haram gaji yang kita ambil sedangkan kita leka di meja mesyuarat yang tak habis-habis tanpa kesan…atau di padang golf dan kelab-kelab riadah…masihkah kita mahu terus tidur lena atau terus tertidur di mana-mana…
(8) Jangan hancurkan bangsa kita yang nenek moyang kita bina dengan darah dan keringat...untuk kita dan cucu cicit kita...sadarlah, cukuplah, let sleep less...
No comments:
Post a Comment