APA NAMA APA NAMA.......CheDet hang kata apa?

CheDet (MM) bila dia bercakap/berucap....selalulah dia dok kata...apa nama apa nama....apa nama apa CheDet...awat (kenapa) yang jadi lagu (macam) ni? Awat yang dok kalut (kecoh) lagu ni?

(2) Kerajaan BN (sejak MM) dok resah gelisah tengok pelajar-pelajar Melayu tidak dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik. Risau kalau-kalau berpanjangan akan berlaku ketakseimbangan (antara kaum) bekalan tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal dan professional....parah kalau ni terjadi...maka sebab itu Hishamuddin sanggup menhunus dan mencium keris kerana mahu meniup kan semangat juang anak-anak muda Melayu....tetapi lepas tu sembunyi jauh-jauh takut nanti orang kecik hati....lain kali cium gagang keris je le (semangat Flip Flop...pinjam CheDet no!)

(3) Orang Perok (Perak) dah kalut (kecoh) pasai (pasal) titah Sultan udah idok (tidak) dihirau dek rakyat ....titah sudah tidak dijunjung!

(4) Si Datuk A Samad Said (Ho Chi Minh) dan Datuk Hassan Ahmad dok kalut pasai (pasal) nak hapuskan pengunnaan Bahasa Inggris dari digunakan untuk mengajar Matematik dan Sains....macam dulu-dulu jugalah dia dua orang ini dok suka nak menghunus keris demi Bahasa Jiwa Bangsa...heeehhhhhe Pak Samad and Pak Hassan, dah berumoq (tua) ni boleh lagi nak bersilat ke....? Larat nak pukoi lagi ke?

(5) Dengar cerita YB Datuk Ibrahim Ali dah bertelagah dengan pentas wayang (PAS) di Kelantan. Dia pulak nok (hendak) kupol (kumpul)NGO nok berarok (berarak) membelo dan menegokke (menegakkan) ketuane Melayu (mace berok pulok ore Melayu ada tue-tue deh!)....weee loh, guanao (kenapa) jadi gini (bergini) ni....ooo parok (teruk) dah kito ni! Tok Him, guano perangai lamo dok mari balik ni? Dok kelip pas kelip pas (pejam celek), lamo dok situ jugok dehhhh, tak leh kemano jugok deehhh! (Pandai dia, dia guna istilah Pribumi ganti Melayu)

(6) Pak Rais Yatim pulak, kerano kuek (kuat) semangat berpogang (berpegang) dek Adatnyo....mau pulak kekebalan rajo-rajo Melayu dikembalikan....aik macamano ni...poning kepalo den hahhhh...ni apo dah jadi dek budak Rais ni...gilo agaknyo ehhh...apo kono eh jang?

(7) Semuanya saya kira, kerana orang Melayu sudah mulai resah kerana kubu kekuatan mereka sudah mulai roboh. Bahasa, Adat, Pegangan Agama, Pendidikan, Kekuasaan Politik....dan perekonomian yang kian meruncing...itu lah eden raso punconyo....(apalah kitak urang tok eehhh...sik pande duduk diam berfikirkah? Cobalah diam di Gua Niah, bertafakur...ada juak asil!...nak tau sila tanya oghang-oghang Saghawak!)

(7) Tidakkah mungkin semua ini kerana cara (strategi) kita berfikir dan bertindak sudah tiba dipersimpangan. Yang lama-lama dok nak mempertahankan cara berfikir dan bertindak secara lama. Dok minta rakyat menunggu-nunggu perubahan. Janji demi janji ditabur. Tetapi kesan positif tak juga berkunjung datang. Yang baru (muda) yang inginkan keputusan dan kesan segera (sebab dok selalu makan mee maggie dan KFC ni!) dah tak sabar dengan cara lama....maka timbullah yang tua tak faham yang muda, yang muda derhaka kepada yang tua..... Eloklah kita mulai berfikir, berbincang (tak usah debat), nermusyawarah dan carilah CARA yang baik untuk kita kembali kuat bukan saja dari segi Bahasa, Adat-Budaya,Agama, Pendidikan, Politik dan Ekonomi...tetapi juga dari aspek Perpaduan Nasional

(8) Kena ingat juga, CARA kita membina perekonomian orang Melayu, telah menimbulkan keresahan bagi yang bukan Melayu....the cake share dah tak menyebelahi mereka....sekali lagi CARA (pendekatan/strategi) kita mungkin telah ada kesilapannya...marilah kita menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak terurai...

(9) Hakikatnya Pak Samad/Pak Hassan....Bahasa itu molek diperjuangkan....cuma kita kena sedarkan Kerajaan bahawa....kekuatan ilmu orang Melayu itu....sangat tergantung kepada CARA kita mengajar anak-anak Melayu....ini termasuklah dalam pengajaran Bahasa Melayu itu sendiri. Saya perhatikan...penguasaan Bahasa Melayu itu sendiripun kita sudah lemah....kerana CARA pengajaran kita sudah tidak berkembang (DBP dok buat apa?)...maka kalau CARA kita mengajar Bahasa Melayu, Inggeris ,Matematik dan Sains di buat dengan betul...pasti kita tidak akan menghadapi kemelut Bahasa ini....CARA...segalanya kerana CARA kita telah sekian lama tak betul!Eloklah dari dok berarak di jalanan, elok kita carikan CARA mengajar anak bangsa kita dengan betul....saya percaya guru-guru kita di tahun 60an dulu ada CARA-CARA yang baik yang boleh kita ubah suaikan..

(9) CheDet....apa nama apa nama, Bung Najib sedaq ke perkara ni.....kalau tidak mai kita berpakat beramai-ramai kita habaq kat dia...biaq dia kurang tidoq....Najib let sleep less...

(10) Uhhhhhha, nama kaban laut aku tok, nadai nemu kak berandau sama pangan dirik ...namo selalu ajak kak belayak sama pangan dirik ajak....anang baka nyak ...kitai tu sama pangan diri...tuseh laut, tuseh kami Iban....(nak tahu makna nya jom kita berambeh (duduk) di Rumah Panjang di Sarawak)

No comments:

Post a Comment