Muhammad, sebelum kenabiannya adalah seorang pedagang. Dia juga kemudiannya mengahwini seorang wanita yang jauh lebih dewasa, juga seorang pedagang…..hidupnya, adalah perdagangan. Maka bila dia menjadi rasul, maka diingatinya ummahnya supaya berdagang, kerana katanya 90 peratus dari kekayaan dunia ini adalah dari perdagangan…namun kita bangsa Melayu, satu-satunya bangsa di dunia yang mengikat ras dengan agama iaitu seorang Melayu adalah seorang yang mengamalkan budaya Melayu dan beragama Islam…dan dengan tafsiran tersebut, maka sepatutnyalah kita mengikat diri kita dengan apa jua pengajaran dan teladan hidup Muhammad saw terutamanya dalam dunia perdagangan bagi menjamin 90 peratus kekayaan hidup dapat kita takluki.
(2) Kalau kita merantau ke Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Cambodia…dan bahkan di Amerika, dan apatah lagi di Malaysia, suatu kepincangan anak pribumi adalah bilamana mereka tidak secara mendalam dan meluas menceburi bidang perdagangan. Mereka lebih cenderung untuk bergiat cergas dalam sektor pengeluaran, khasnya pertanian.Jika mereka terlibat dalam dunia perdaganan, hanyalah terbatas kepada secara kecil-kecilan dan tertumpu pada bidang dalam ruang lingkup kehidupan biasa mereka sahaja. Ekonomi mereka jauh ketinggalan dari masyarakat pedagang dari keturunan apa sekalipun.
(3) Kita, orang Melayu telah dengan sewenang-wenang membiarkan 90 peratus dari sumber kekayaan kita dikuasai oleh orang lain. Akibatnya, kekuatan ekonomi bangsa Melayu juga telah semakin terhakis selaras dengan penghakisan kuasa politik kita.
(4) Jika kita mahu mengubah cara orang Melayu berfikir, cara berkerja, dan semangat kemandirian (survival) mereka, maka kita kena memulakan langkah berani untuk menceburi bidang perdagangan dengan secara yang lebih terusun dan terancang. Dengan berdagang kita akan menjadi masyarakat yang sentiasa memikirkan tentang kejayaan, jiwa kita, semangat kita, usaha kita…akan menumpu untuk berjaya. Kejayaan perdanganan kita adalah kesinambungan bangsa kita, martabat agama kita. Perhatikan saja sifat dan cara masyarakat pedagang Cina dan India, mereka begitu terpusat kepada kejayaan. Sukar untuk mereka terlibat dalam perkara-perkara yang tidak menjamin kehidupan masa depan mereka.
(5) Tiori ekonomi dengan jelas menunjukkan bahawa Kitaran Tunai (Money Cycle) adalah penting untuk menjamin pertumbuhan ekonomi. Bila Kitaran Tunai terputus, maka pertumbuhan ekonomi akan terjejas. Pertumbuhan ekonomi masyarakat Melayu, turut terpengaruh dengan tiori yang sama. Kerana kita tidak berdagang, sebaliknya hanya menumpu kepada usaha-usaha pengeluaran dan perkhidmatan asas, maka Kitaran Tunai kita tidak lengkap. Wang yang seharusnya terus berkitar dalam masyarakat kita telah tercicir dan seterusnya terlepas dari penguasaan kita.Maka dengan sebab itu, kepelbagaian asas ekonomi tidak berkembang di dalam masyarakat kita,malahan akan terbantut.
(6) Telah tiba masanya semua GLC yang bertanggungjawap dalam membangunkan usahawan Melayu sadar akan perkara ini, dan tidak hanya memikirkan bagaimana hendak membelanjakan peruntukkan yang diberikan…sedang sebaliknya…dari tahun ke tahun…habukpun tarak. Begitu juga, janganlah politik terlalu banyak mencampuri urusan pentadbiran pembangunan usahawan-usahawan Melayu, sehingga kita tidak mampu nak membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.
(7) Bagi orang Melayu yang telah diberikan peluang untuk berdagang, berdaganglah dengan baik, dan wajiblah kita ingat, bahawa peluang yang diberikan adalah amanah yang wajib dipikul dengan betul dan jujur demi menjamin kejayaan dan martabat bangsa dan agama kita. Janganlah kita menjadi....harapkan pagar, pagar makan padi...bila bangsa kita runtuh, anak-cucu kita besok pun akan punah ranah. Biar seribu kekesalan, manangis keluar air mata darah sekalipun, pastinya Tuhan akan berpaling dari kita.
No comments:
Post a Comment