Pertama, kira-kira seminggu selepas bersalin, dulu-dulu, adalah menjadi adat orang Melayu untuk ikat perut. Dalam adat Jawa, ianya seperti menjadi suatu kewajiban, bahkan menjadi budaya lewat pemakaian lilitan Batik Lepas seperti pamakaian Sari pada wanita India. Cuma, bagi kaum Jawa, atas tuntutan Islam, Batik Lepas dililit melewati pusat, sedang kaum India lebih mendedahkan pusat serta perut yang agak menyembul. Pemakaian kebaya pada orang Jawa, Melayu dan Nyonya punya tujuan yang sama iaitu agar perut para wanita mereka tidak terbonjol apa lagi terburai. "Pejamlah mata, bayangkan lewat di batas sawah, Cik Limah Pinggang Kerengga, apa lagi Mak Limah Janda Beranak Dua, sedang berlalu berkebaya ketat berpayung Nyonya. Aduhai, panas terikpun tersara salju menyimbah muka!" Dalam pemerhatian saya, itulah tarikan maka biar masyarakat Iban, Orang Ulu dan Bidayuh sekalipun, anak-anak gadis juga wanita pertengahan umur sangat gemar berpakaian kebaya. Keanggunan menjadi pendorong utama. Ikat perut bagi kaum Hawa sebahagian adalah untuk tidak memboroikan mereka. Dudukpun tertib, berjalanpun gemalai, nafas terlepas beralun berombak menimang dada dan pastinya makannya tertahan-tahan dan pasti the last is much more significant, yang terakhir paling terkesan! Lihat pada patun Bintang Peranakan (13 Dis., 1930 dlm Wan Abdul Kadir, 1966) berikut:
"Anak rusa di-tepi paya
Makan padi mengulom rumpot
Tidak orang seperti saya
Tahan hati mengulom perot"
(2) Kedua, istilah cukin saya kira ianya adalah istilah Melayu Sarawak kalau tidak Sambas. Juga mungkin ianya dibawa oleh masyarakat Banjar yang banyak di Johor dan Perak. Pastinya, mereka yang berumur 40 tahun ke bawah sudah tidak lagi pernah mendengar apa lagi tahu erti akan istilah tersebut. Sepertinya juga, rata-rata lelaki Kelantan biarpun umur mereka mungkin pada tahap 50an, sudah asing dengan konsep Ore Tino MPM. MPM adalah istilah yang sangat terkenal masa saya masih anak-anak di tahun 1970an di Kuala Krai dulu. Angelina Joli, Julia Robert, Sandra Bullock adalah adalah contoh-contoh MPM. Victoria Principal dalam siri Dallas adalah MPM remaja di tahun 1970an. Juga cukin adalah terkenal di daerah saya, Simunjan pada 1960-70an. Saya berkira, semua Orang Melayu Laut lama, tahu akan apa itu cukin. Bapa saya, sering menyebutnya sebagai coken membawa erti anduk dalam Bahasa Jawa atau kain basahan lelaki, yang juga berupa tuala. Kain cukin dibuat dari kain kapas murahan India yang di sebut belacu. Seringnya berwarna biru. Hakikatnya, cukin dan belacu termaktub dalam Budaya Silam Melayu cuma kini Cotton Towel sudah mengantikannya. Selain untuk kain basahan lelaki sebetulnya di kalangan para petani dan nelayan cukin samada dililit di pinggang buat ikat perut dan atau dililit di kepala buat penahan kepanasan. Lilitan ini, boleh dilihat sebagai sabuk. Perhatikan para nelayan di Kelantan, Pattani, Trengganu, juga di kalangan masyarakat Champa, sebegitulah mereka di tahun-tahun 1960-80an. Dari situ terbit pula istilah-istilah sabuk pinggang dan atau sabok kepala. Cuba hit Google untuk Sabok, pasti keluar gambar di sebelah di mana sabok adalah pakaian biasa masyarakat pengembala Kenya. Kain lilit berwarna merah pinang itulah sebetulnya sabok juga cukin. Di Barat, cukin, sabok bertukar jadi belt. Maka bila mengikat perut dengan cukin atau tighten your belt, sebetulnya para petani dan nelayan di zaman dulu mahu bekerja lebih masa dan lebih kuat, tidak mahu cepat lapar, kerana pencernaan mereka terkawal akibat ikatan kuat cukin atau ikat perut. Perhatikan dua rangkap pantun di bawah sebagai bukti betapa cukin dan belacu adalah sebahagian budaya Melayu Nusantara:
Kain belacu buat penutup
Buat penutup mulut tempayan
Anak dan cucu penyambung hidup
Buat bekalan di hari kemudian
(dalam Ali Badrun, Patun Dalam Masyarakat Johor (Banjar?))
Kain cukin basahan mandi
Jemur mari di hujung galah
Ditamatkan pantun kebajikan budi
Memohon ampun barang yang salah
(dalam Prof Madya Dr. Zahir Ahmad, Pensejarahan Dalam Pantun Melayu)
(3) Ketiga, Hutang Isi Rumah rakyat Malysia sangat membimbangkan. Menurut Maybank Investment Bank Research: "In the wake of Bank Negara Malaysia's move last week to control the debt level. Household debt is currently at 82.9% of GDP and growing at 11.5% a year - and could hit 97% in 2018 if GDP were at 7.5% per annum. Concerns would arise if unemployment or inflation/higher interest rates becomes an issue. As it stands, we are expecting inflation to rise from an average of 1.8% this year to 2.0%-2.5% in 2014 with the re-commencement of the gradual subsidy reduction programme that would result in higher electricity and fuel prices. Malaysia's household debt/GDP ratio of 81% at the end of 2012 was one of the highest in Asia, second only to South Korea at 91%. The ratio was nevertheless lower than that of the other developed economies, which averaged about 90%. Maybank Research said there were three main components of the debts: mortgages at 45% (end March 2013), vehicles 18% and personal financing at 17%. Others include non-residential properties at 7.5%, securities at 6% and credit card at 4.2%. Although Bank Negara has introduced a series of measures to control housing loan since 2010, monthly mortgage loan growth has averaged 12-14% since July 2010 and continues at 12-13% year-on-year up to May 2013, with little sign of cooling down". Tidak heran, kerana masalah hutang inilah, Along bermaharajalela. Rakyat secara am, khusus golongan berpendapatan Rendah dan Lower Middle di kota-kota (siapa mereka ini?) khasnya sangat tertekan. Rumah dan peralatan rumah, serta kenderaan menjadi asas beban mereka. Prihal ini, apa mungkin rakyat harus atau mampu mengikat perut atau Kerajaan perlu cepat bertindak dalam mengatasi masalah kediaman dan pergerakkan rakyat. Sistem perumahan dan pengangkutan kita adalah dua bidang yang sedang menghantui hidup masyarakat kita. Perumahan kita, saya lihat tidak menjurus kepada memudahcara kehidupan rakyat. Corak perumahan kita, sangat membebankan rakyat. Saya melihat, Serious Public Intervention adalah perlu dalam Perancangan Bandar dan Desa kita. Membiarkan private hands berwenang dalam membangun sistem perumahan, pasti lebih mengawatkan keadaan.
(4) Dalam masa yang sama juga, Kerajaan, Negara juga sedang terbeban dengan Hutang yang tinggi. Lapuran Bank Negara berikut meringkaskan keadaan Hutang Negara kita:"Malaysia recorded a Government Debt to GDP of 53.10 percent of the country's Gross Domestic Product in 2012. Malaysia Government Debt To GDP averaged 47.63 Percent from 1990 until 2012, reaching an all time high of 79.50 Percent in December of 1990 and a record low of 31.80 Percent in December of 1997. Generally, Government debt as a percent of GDP is used by investors to measure a country ability to make future payments on its debt, thus affecting the country borrowing costs and government bond yields. Government debt as a percent of GDP, also known as debt-to-GDP ratio, is the amount of national debt a country has in percentage of its Gross Domestic Product. Basically, Government debt is the money owned by the central government to its creditors. There are two types of government debt: net and gross. Gross debt is the accumulation of outstanding government debt which may be in the form of government bonds, credit default swaps, currency swaps, special drawing rights, loans, insurance and pensions. Net debt is the difference between gross debt and the financial assets that government holds. The higher the debt-to-GDP ratio, the less likely the country will pay its debt back, and more likely the country is to default on its debt obligations.". Ini satu lagi perkara yang sangat membimbangkan kita. Hakikatnya, kini sudah menjadi sukar untuk Malaysia meminjam dari Negara luar. Cara yang sangat Kapitalis dalam Penerafan Kewangan Negara, memburukkan keadaan. Saya yakin, syarikat-syarikat Malaysia juga akan menghadapi perkara yang sama. Kini seperti kita tahu MayBank dan CIMB sedang bergerak cergas di luar Negara khusus di ASEAN. Apa mungkin penduduk atau pengusaha di negara-negara berkenaan punya keyakinan untuk menyimpan apa lagi berurusan dengan institusi kewangan Negara? Namun saya berkira, kita harus bersyukur Allah masih memanjangkan usia Mahathir Mohammed, Daim Zainuddin dan Rezaleigh Hamzah. Pasti mereka boleh membantu dalam mengembali-turunkan Hutang Negara. Cuma, kini keadaan mungkin sudah berbeza di mana rakyat sudah juga dalam keaadan terbeban hutang serta Kapitalisma sudah kian menganyang dunia, berkedudukan paling upper hand.
(5) Dua keadaan di atas memerlukan rakyat dan Negara untuk "mengikat perut". Namun, bila sudah biasa makan sedap, bila terpaksa mengikat perut, pasti kepala yang pusing. Itu hal rakyat. Namun apakah Negara boleh bersikap ikat perut. Jika pembangunan di Negara disekat, pasti Pertumbuhan Ekonomi akan terencat. Perencatan ini akan memaksa Inflasi dan pengucupan berterusan Pendapatan Rakyat dan Negara. Kita sedang dalam kesasauan mengugat jika kewarasan dan kejujuran sudah melayang. Najib perlu bertegas dalam membasmi Organised Crime dan Rasuah serta sikap Inert Civil Service. Inilah langkah Keselamatan, Penjimatan, dan Asakan Produktivi Segera yang harus kita buat. Langkah lanjut adalah bagaimana untuk menyelamat sekitar 20 peratus lagi wang rakyat yang tidak terikat dengan hutang agar menjadi asset untuk pengembangan Pendapatan Rakyat dan Negara. Saya melihat GLCs dan badan Korporat sebagai pilihan Najib untuk mengasak usaha peningkatan Pendapatan Negara dan Rakyat. Namun, Negara harus segera mencari jalan bagi memperkukuhkan Sistem Ekonomi Islam. Kita tidak boleh rasa cukup dengan Sistem Kewangan Islam sedia ada, kerana saya berkira dalam merumuskan Sistem tersebut, kita masih mengukur melandaskannya berpaksikan Sistem Kapitalis. Sistem Kewangan Islam harus Islam tulin, tidak bersandarkan selain dari Islam. Kita kena melakukan evolusi pantas dalam pencarian Sistem Islam Tulin tersebut.
(4) Keempat, Ibadat Puasa. Hakikatnya, 1,400 tahun dahulu, malah telah diwajibkan kepada Umat sebelum Umat Muhammad SAW agar manusia berpuasa, biar di dalam Budaya Buddha dan Hindu sekalipun (3,000BC). Puasa adalah Fardhu Ain. Puasa adalah rukun Islam. Sebegitulah kita terus-terusan mendengar, melihat, dan mengamalkannya. Bagi sebilangan anak-anak muda kini, mereka berpuasa sebab mereka hendak merasa seronok untuk berbuka. Juga kemudiannya mereka hendak merasa seronok sakan untuk beraya. Ada juga berpuasa kerana malu jika tidak berpuasa. Alhamdullilah, kita harus bersyukur, sekurang-kurangnya mereka mahu berpuasa, biar atas alasan senget apa sekalipun. Mereka tidak harus dipersalahkan, lihat tentang cara kita mendidik mereka tentang ibadat puasa. Saya kira, jalan Pendidikan Islam kita masih penuh dan tetap jumud!
(5) Kelima, itulah kita saat hakikat sebenar tidak kita mengertikan, pasti kepelesetlah kita dalam banyak perkara. Pertama, kita tidak kenal kain cukin belacu serta tahu akan peranan kain cukin dalam menahan lapar bagi meningkatkan produktiviti. Kita melihat kain cukin sebagai kuno, lantas kita mengantikannya dengan towel. Kita lupa falsafah kehidupan di balik kain cukin. Begitu juga kita tidak ambil pusing akan di sebalik ikat perut selepas beranak, serta perlu ikat perut pada kebaya. Kita melihat indahnya kebaya pada lenggang punggung serta membusut dada pemakainya. Kita tidak mengerti akan falsafah berjimat makan, menahan nafsu pada kebaya. Maka kerana itulah, bila Allah mewajibkan kita berpuasa, maka berpuasalah kita, penuh wajib, penuh sunatnya. Kita tidak berpuasa untuk hidup sejahtera. Kita tidak mampu melihat MahaBijaksana Allah dalam apa juga suruhanNya yang menjangkau apa yang tersurat. Kita gagal menjadikan berpuasa sebagai aturan dan budaya untuk kita memakmurkan Ummah. Kita berpuasa untuk berpuasa Ramadhan dan Sunat lainnya. Kita tidak berpuasa kerana kita mampu berpuasa di sepanjang jalan kehidupan. Kelestarian falsafah berpuasa bukan amalan hidup kita. Kita boros, Kita rasuah. Kita rakus. Kita dengki. Kita Khianat. Kita bahil, kikir. Kita tidak boleh menahan nafsu dari godaan kehidupan ego massaging Kapitalis. Lantaran sikap kita yang suka mempersempitkan natijah suruhan Allah, maka kita juga kian mempersempitan Islam. Islam kita pandang selari dengan cara Barat memandang Islam iaitu agama tidak lain hanyalah agama. Islam bukan kehidupan. Islam adalah agama, itulah gendang mereka, sebegitulah tarian kita. Kita lebih suka menari ikut rentak orang lain, kita tidak ada sikap pemikir dan pembuat tersendiri. Kita tidak melihat Islam sebagai Adeen, Islam adalah Temaddun. Kita tidak bangun menjadikan Islam sebagai Temaddun. Mungkin bila kita hanya melihat apa yang dilihat, mendengar apa yang didengar, merasa apa yang dirasa, menyentuh apa yang tersentuh, maka beginilah jadinya kita, berhutang, terhutang sekadar untuk hidup. Islam kita untuk apa, mengapa? Najib, telah tiba masanya diadakan TIIP (Transformation of Islamic Infusion Process)!
nota:
Semua foto sisipan adalah capaian dari Internet. Terima kasih kepada yang meletakkan fot-foto tersebut di alam maya.
Kuching, Sarawak
25 Sept., 2013
0 comments:
Post a Comment