.

HO CHI MINH, JANGAN PERGI DULU.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 19, 2009

Share

& Comment

Orang Arab, Parsi, China, India dsb, semuanya dikatakan punyai temadun yang sangat cemerlang. Landasannya kerana mereka mempunyai Falsafah Bangsa yang terus berkembang dan diperkuatan selaras dengan peredaran zaman.....mereka terus Hidup Dengan Falsafah tersendiri...

Kita orang Melayu, biarpun punya kekuatan tersendiri, namun tidak kita pedulikan......lantaran kerana kita telah tersilap menamainya, sehingga ianya adalah hanya sebagai bunga bahasa yang tidak menarik...doesn't sound great......maka kita mulai melupakannya, tidak nampak kekuatannya, ibarat kata Munshi Abdullah....maka heranlah aku, kenapa mereka (orang Melayu) itu tidak pernah mahu mengkaji Bahasanya (Budayanya) Sendiri.....

(2) Dalam Bahasa Melayu, kita pasti biasa mendengar istilah Perumpamaan, Pribahasa, Simpulan Bahasa...dan pantun. Kerana kita telah menamakan ianya sebegitu rupa, maka dengan sebab itulah kita sudah mulai mengambil enteng tentang kekuatan bahasa kita sendiri. Umpamanya, kenapa perumpamaan Ular Menyusur Akar Tidak Hilang Bisanya…, tidak dilihat sebagai Falsafah Melayu, sebaliknya hanyalah dilihat sebagai sebuah perumpamaan. Tidakkah ungkapan Ular Menyusur Akar Tidak Hilang Bisanya mengambarkan satu saranan pegangan hidup yang mulia iaitu betapa orang Melayu, biar setinggi mana darjatnya, jika dia mengamalkan sifat rendah diri, saling menghormati, mementingkan masyarakat keliling, dsb pastinya akan lebih dihormati dan dimuliakan….kerana ianya hanyalah sebuah perumpamaan dan tidak di tafsir sebagai Falsafah bangsa Melayu…maka biar betapa tinggi nilai yang tersirat di sebalik ungkapan tersebut pastinya tidak akan pernah kita kaji, fahami, dan amalkan….

(3) Fikiranlah, betapa kekuatan ungkapan dari sedikit contoh yang diberikan seperti berikut: (a) Seperti Anjing Menyalak Bukit…, (b) Seperti Portugis Dapat Tanah,….(c) Melepaskan Anjing Tersepit….(d) Menarik Rambut Dalam Tepung, Rambut Tak Putus, Tepung Tak terurai…jika dijadikan panduan untuk kita bertindak terutama dalam kita mengadapi kemelut politik Melayu masa kini. Semua rangkai ungkapan ini, adalag sangat strategik dan mantap untuk diamalkan, suatu Falsafah Perjuangan, bukan sekadar perumpamaan atau pribahasa. Betapa hebatnya nenek moyang kita dahulu, telah memperingati dan mempersenjatakan kita bagi menghadapi kemelut beribu tahun dihadapan mereka.

(4) Hakikatnya, kita sebenarnya tidak pernah sadar bahawa semua itu adalah Falsafah Bangsa yang jauh lebih hebat dari cetusan pemikiran moden. Kita lebih Hebat dari Havard!

(5) Pokoknya, kita sendiri yang tak pernah ambil tahu......kerana rasa rendah diri akibat fikiran kita yang terjajah sekian lama...dan berterusan dibelenggu rasa tak percayakan diri sendiri, sekali lagi, seperti terungkap dalam nota kecewa Munshi Abdullah melihat nasib bangsanya,….mereka itu bukan semakin pandai melainkan semakin tinggilah kebodohannya, lantaran kerana mereka tertindas oleh pemerintahan terdahulu (raja-raja Melayu yang memeras dan menindas)….kerana mereka tidak berilmu (mengkaji dan memahami kekutan bangsa dan bahasa sendiri).

(6) Hakitkatnya, kita sudah semakin malas untuk berfikir, mengkaji dan menghargai kekuatan sendiri…mengkaji dan mengembangkannya selaras dengan semua perspektif yang ada….semoga sebelum perginya Melayu-Melayu seperti A Kadir Jasin, Hassan Ahmad (Datuk), A Samad Said (Ho Chii Minh…) dan lainnya…sadarkanlah bangsamu ini…tentang khazanah bangsamu…janganlah pergi dulu.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.