.

3/3/2020 TERANG BULAN SEMOGA MEMBAWA KE FAJAR ......

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 10, 2020

Share

& Comment

9 Mei, 2018, Barisan Nasional, BN tumbang di tangan PH+Warisan. 9 Mac, 2020 BN rasmi kembali berkuasa. Kabinet Muhyiddin Yasin membuktikannya. Muhyiddin adalah proxy kembalinya BN. Majoriti negeri-negeri ditadbir oleh BN kecuali Sabah, Selangor dan Penang. Kedah goyah dalam PH sebenarnya. Sarawak ingin menjadi King Maker. Sejak 28 Feb., 2020 bilamana Mahathir meletak jawatan sehingga kini, Negara seperti tenang. Rakyat Malaysia tenang. Jika politik bercelaru, rakyat terus tenang, saya kira, itulah tanda-tanda kematangan rakyat Malaysia yang dunia akan perakui hebat. Mudah-mudahan kekal sebegitu, I Shaa Allah.

(2) 9 Mac, 2020, Isnin dan bukan Selasa, 10 Mac, 2020 seperti telah banyak pihak sangkakan, Muhyiddin mengistihar Kabinetnya. Janjinya Kabinetnya bersih. Janjinya Kabinetnya, Kabinet bekerja. Pertama-tama, tahniah atas kebijaksanaan Muhyiddin tidak melantik Timbalan Perdana Menteri. UMNO hendak. Pas hendak. Bersatu hendak. Sarawak hendak. Maka jalan terbaik adalah tidak usah. Saya tidak nampak apa pentingnya jawatan TPM. Jika disorot dari sudut Islam, kebanyakan para nabi dan rasul tiada timbalan. Malah empat khalifah besar tiada timbalan. Bijak untuk Muhyiddin sekadar menjenama Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Kanan. Cuma siapa paling kanan di antara Menteri Ekonomi, Dalam Negeri, Pertahanan dan Kerjaraya? Saya pernah ditanya, siapa selepas Mahathir? Jawaban pasti saya adalah bukan Anwar Ibrahim. Telahan saya adalah Muhyiddin Yassin. Alhamdullilah tepat. Berlegar dalam benak saya, lantaran Muhyiddin kurang sihat, siapa bakal penganti beliau. Telahan saya adalah Mustapha Muhammad. In Shaa Allah perlantikan Mustapha sebagai Menteri Kanan dan bertanggungjawab dalam prihal ekonomi adalah lowongan jelas baginya buat saya.

(3) Kehebatan kedua Muhyiddin yang mendekati Mahathir adalah dengan melantik mantan Mufti Wilayah sebagai Menteri Halehwal Islam. Dia bijak. Dia berhemah. paling penting dia kurang ngomong celoteh. Dia sangat tepat menyandang jawatan tersebut, saya kira selepas Yusuf Nor (di zaman Mahathir). Big Salute untuk Muhyiddin. Semoga Zulkifli dapat segera mengorak langkah memperbetulkan jatidiri pemimpin Melayu di segala lapisan. Kita kini telah menjadi Melayu yang mulai lupa akan susila Melayu dan Islam. Usaha-usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam secara mel;uas di kalangan penjawatan awam dan kempimpinan Negara mesti dijalankan segera dan secara berkesan.  Sesungguhnya, lain-lain sosok yang menyandang jawatan tersebut, saya lihat selama ini lebih polimik dari berkerja keras membina jatidiri mulia Ummah. Paling saya tidak suka Menteri Halewal Islam adalah Mujahid dan Jamil Khir. Saya berkira inilah dua sosok yang ketokohan keagamawannya tiada. Saya melihat mereka lebih kepada macai agama. 

(4) Apakah kabinet Muhyiddin bersih? Azalinya, hitam dan putih sentiasa bergandingan. Tiada malam jika tiada siang. Tiada gelap jika tiada terang. Tiada hitam, tanpa putih. Cuma kudrat Allah, yang hitam kerana usia kian memutih adalah rambut. Kenapa rambut Allah jadikan berpunya sifat sebegitu? Rambut pula di kepala. Kenapa juzuk pada kedudukan itu Allah ciptakan agar cukup berbeda evolusi warnanya dari juzuk-juzuk lainnya?  Lain-lain perkara, dari pelbagai warna dengan perubahan masa pasti kelam kusam jika tidak hitam. Rambut lantaran usia berubah jadi putih. Kenapa? Kudrat Allah, manusia semakin mendewasa, maka seharusnya semakin bersih hatinya. Cuma bila Iblis bersarang hebat di dalam hati dan fikiran kita, maka lainlah jadinya. Atas dasar itu, Kabinet Muhyiddin masih banyak bertitik hitam belum putih benar. Sekurang-kurangnya enam Kementerian telah Muhyiddin isikan dengan mereka yang berkemungkinan boleh mengambil sikap "You scratch my back, I scratch yours". Apakah Kementerian-Kementerian atau sosok-sosok tersebut? Itu saya biarkan pembaca untuk menduga-duga sendiri. Cuma satu yang harus semua pihak mengerti, biar Allah, Dia membenarkan debu dalam suci. Iblis, Malaikat dan manusia adalah tiga mahluk suci. Namun akhirnya Iblis berubah jadi debu. Dalam sejarah perjuangan Muhammad SAWpun, tetap ada ranjaunya. Tidak semua yang mengelilingi Muhammad itu bersih suci. Abdullah bin Udday (?) umpamanya biar bersih namun bersih munafik. Maka siapalah Muhyiddin untuk dapat membersihkan segala-gala?

(5) To the benefit of the doubt, kini Muhyiddin melantik Hishamuddin sebagai MenLu, maka seperti tawaran beliau kepada Mahathir, bahawa beliau boleh membawa Jho Low kembali untuk menyatakan kebenaran. Melantik Hishamuddin yang mampu membawa Jho Lo kembali ke Malaysia dan berdepan dengan pengadilan adalah kebijaksanaan yang cukup baik. Cuma, mampukah Hishamuddin? Juga dengan pertukaran Kerajaan kini, kekhuatiran Jho Low untuk kembali mengenengahkan pembuktian tidak bersalahnya beliau pasti lebih mudah. IGP yang ada cukup mesra Jho Low. AG sudah bukan Tommy Thomas. SPRM adalah jatinya SPRM. Maka condusive environment sudah terhampar buat Jho Low untuk pulang dan membersihkan apa yang seharusnya dia sucikan. Negara ini jauh lebih selamat bagi Jho Low dari hambatan Covid-19 berbanding dengan Negara di mana beliau kini disembunyikan. Mudah-mudahan seperti pintanya Muhyiddin, "Semoga Allah memberkati niatnya untuk memulihkan segera pergolakan panjang Negara kini". Negara kucar kacir lantaran 1MDB. Jho Lo adalah kuncinya. Maka tanggapan positif saya, "Semoga Allah membantu Muhyiddin untuk segera menjernihkan segala-gala". Hishamuddin, bawalah Jho Lo kembali cepat dan pulihkan keyakinan dunia bahawa kita bukan kleptokrat.

(6) Namun secara sinisnya, saya juga agak khuathir. Muhyiddin kerana tekanan dari Anwar khasnya, akan lebih membuang masa untuk kembali berpolimik sepertinya Azmin-Zuraida di tangan Anwar biarpun mereka adalah "Kerajaan". Jika Kabinet Muhyiddin adalah Kabinet polimik seperti Kabinet PH terdahulunya, maka rakyat akan menjadi musuh utama Muhyiddin. Jika sebegitu keadaannya, maka Mahathir sekali lagi akan menjadi alat kebangkitan rakyat. Di tokok dengan masalah kesihatan Muhyiddin, apakah mungkin bial timbuk keperluan untuk memangku jawatan Perdana Menteri, Azmin yang bersama Muhyiddin untuk menyingkirkan Anwar dan kini membentuk Kerajaan baru, boleh bersikap saksama. Azmin saya kira pelicik terbaik. Azmin bukan pekerja terbaik. Azmin hanya penumpang. Maka jika Muhyiddin tersilap pilih pemangku semasa ketiadaan beliau, maka apa tidak mungkin dia tidak akan direhatkan lebih cepat juga. Kita doakan agar Allah memelihara kesihatan Muhyiddin untuk dia dapat menjaga amanah kekhalifahannya dengan sempurna.

(7) Saya yakin Mahathir bukan musuh mendatang Muhyiddin. Musuh dalaman itu pasti. Ikan-ikan yang mabuk tuba dengan apa carapun pasti mahu terus hidup. Apa lagi jika ada para anjing tersepit. Azmin mungkin mampu membantu mengatasi ini. Musuh luaran Muhyiddin pastinya Anwar. Anwar akan mengumpul siapapun untuk berperang dengan Muhyiddin. Bagi saya, masa depan Anwar sudah tamat. Cuma langkah Muhyiddin terhadap Mahathir harus penuh wisdom. Jangan lawan Mahahtir. Jangan nafikan Mahathir. Dengar cakapnya. Teliti dengan baik, dan berhujahlah secara direct dengan beliau. Saya berkira Mahathir adalah manusia yang gemar discourse. Jika Muhyiddin mengambil Zulkifli Al Bakri sebagai Menteri Halehwal Islam lantaran hormat di atas keperibadian beliau, maka wajar Muhyiddin mengambil contoh akan sikap Zulkifli Al Bakri dalam mendepani Mahathir. Mahathir bukanlah manusia yang mudah dicabar di khalayak terbuka. Budaya orang Utara, pantang mereka dicabar secara terbuka.

(8) Sandaran saya di atas kejayaan Muhyiddin adalah kepada Mustapha Muhammad dan Zahrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan. Mustapha hemat wang Negara. Zahrul mengerak dana swasta. Gabungan keduanya, In Shaa Allah memantapkan ekonomi kita. Saya yakin Mustapha Muhammad jika diberikan sedikit ruang bebas untuk menjalankan kerja beliau, pasti banyak prihal pemikiran Mahathir akan diserap ke dalam rentak pembangunan masa depan Negara. Bahkan jika Mustapha kembali membawa mereka yang bekerja bersama beliau semasa Mahathir, In Shaa Allah segala-galanya tidak perlu dirombak atau susun kembali. Less need to reinvent the wheel. Dalam tempoh yang singkat, apa yang penting adalah untuk deliver. Saya yakin, Mustapha pasti tahu, pada penghujung 2020, seperti rencana diam Mahathir, Malaysia sudah berada di landasan kestabilan ekonomi dan kewangan. Tahun 2021, Malaysia sudah mampu untuk bergerak cergas menggunakan seluruh kekuatan dalammnya. Maka Mustapha dan Zahrul Abdul Aziz In Shaa Allah mampu melonjak ke tahap apa yang Mahathir telah rangkakan. Jika ini terjadi, In Shaa Allah Mahathir akan berrehat dan menumpu menulis.

(9) Muhyiddin tidak harus gusar dengan Undi Tidak Percaya. Hadi juga tidak perlu gundah tentang itu. Rakyat jangan dikerliru dengan pemikiran keliru ahli-ahli politik itu sendiri. Pengundian di Parlimen diperuntukan yang ada di Perlembagaan Negara. Lebih wajar Parlimen mengundi, dari rakyat perlu mengundi dalam masa singkat dan apa lagi berdemo di jalanan. Jika ada pendapat mengatakan Muhyiddin jangan digugat lantaran dia dilantik oleh DYMM YDPA, maka Mahathir juga terlantik oleh DYMM DYPA. Keadilan harus ditegak untuk semua pihak dan tidak pada pihak berkepentingan sahaja. Biarkan proses demokrasi berjalan lancar. Biar kematangan demokrasi adalah hikmah selanjutnya yang akan kita lalui.

Pulau Pinang
10 Mac., 2020


#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.