.

2/7/19 POLITIK MELAYU SARAWAK KINI IBARAT MEMBANGUNKAN GAJAH LUMPUH...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 24, 2019

Share

& Comment

Politik Sarawak sebaik "bebas" dari British pada 22 Julai, 1963 adalah sangat menarik. Penubuhan pelbagai parti politik yang asalnya menentang dan menyokong Penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British akhirnya menyatukan mereka ke dalam Perikatan yang membuahkan percaturan kepimpinan politik Sarawak di tangan kaum etniknya. Kalong Ningkan (dilantik KM 22 Julai, 1963-1966) dan Tawi Seli (Jun-Sept., 1966-SNAP) adalah dua tokoh Iban yang telah berjaya menyatukan sebahagian kaum Iban ke dalam arena politik massa (SNAP) Sarawak. Akibat masalah pengalaman dan ilmu, kedua-dua Ningkan dan Tawi Seli tidak dapat membawa "penyatuan sebenar" kepada Sarawak biarpun di kalangan masyarakat Iban keseluruhannya. Maka dengan percaturan Rahman Yakub yang jauh lebih terpelajar dan berpengalaman, dengan Juggah akhirnya telah dapat menyatukan kelompok pribumi ke dalam gagasan politik yang lebih luas. Rahman telah "dihantar pulang" oleh Tunku Abdul Rahman untuk memimpin Sarawak khasnya bagi mengatasi masalah keselamatan Malaysia dari susupan Kominis di Sarawak. 

(2) Rahman Yakub, memulakan kerjaya politik beliau di Kuala Lumpur setelah terpilih menjadi Ahli Parlimen pada Okt 1963. Pastinya, beliau terlibat dalam banyak hal dalam usaha-usaha pembentukan dan pengukuhan Malaysia di bawah Tunku Abdul Rahman dan Abdul Razak. Bahkan lantaran dinamisma Rahman Yakub, beliau kemudian menduduki kedudukan yang sangat berpengaruh dalam Kabinet Tunku Abdul Rahman dan Razak. Razak, khasnya yang sangat terdedah dengan sistem birokrasi British dan DiRaja Melayu berserta tahap pendidikan beliau, menjadikannya seorang yang sangat "mudah digauli dan sangat terbuka". Sikap beliau sebegitu, dan dengan latar belakang keluarganya yang luhur, maka beliau menjadi seorang yang "merendah diri". Sifat "merendah diri" Razak saya yakin, adalah ibarat "ular menyusur akar, tetap tidak akan hilang bisanya". Ular tetap ular. Tabiat mematuk berbisa dan membelit membunuh pasti kekal bersamanya, biar dia berselidung menyerupai akar. Razak, sejak dari bangku sekolah seusia 15 5ahun (1975), saya membaca dan mengikuti bermacam-macam tulisan mengenai jalan pemikiran beliau, saya dapat katakan bahawa dia seorang genius licik. Razak adalah manusia pemikir dan action oriented person yang cukup strategis dan tektikal. Jiwa kepahlawanan military instinct pada Razak adalah sangat hebat. Rahman Yakub juga berpunya bakat yang sama. Dengan beliau bekerja bersama Abdul Razak, maka bakat beliau berkembang cepat dan mereka menjadi segandingan. Namun Razak berpunya Dr Ismail Abdul Rahman, Senu Abdul Rahman,  dan banyak lagi jaguh-jaguh Melayu, maka Rahman Yakub, Razak spared to keep Sarawak at length. Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 7 Julai, 1971- 26 Marc 1981 setelah berjaya bermain Aikido dengan SUPP and PESAKA.

(3) Menyatukan Sarawak yang secara geografi dan antropologinya sangat recam adalah sukar. Bertambah sukar bilamana Sarawak sejak sekian lama sering terjajah sehingga rakyatnya berpunya fikiran dan jiwa terbelenggu. Sarawak pernah terbelenggu oleh aristokrat Brunei (dari kurun ke 16 sehingga 19). Sifat pemerintahan feudal Brunei telah menjadikan khasnya orang Melayu sebagai Hamba Sahaya Pak Turut. Raja dan pembesar dengan gaya besar mereka menjadikan jiwa rakyat kerdil dan menyingkir. Kemudian Sarawak terbelenggu oleh cara flamboyant Brooke (1841-1946). Dengan penuh gaya aristokrat-kapitalis British, ie dalam istilah Melayu Sarawak gap benar ie sangat hebat bergaya sekali lagi secara saikologi menjadikan jiwa Melayu Sarawak tersisih sebagai rakyat hamba jelata. "Siapalah Melayu berseluar belacu berbanding Brooke bersut gab benar. British (1946-1963) yang kemudiannya mendapat gadaian Sarawak dari Brooke melihat Sarawak sebagai khazanah yang harus dihabis kikis. Melayu menjadi budak suruhan. Melayu tersisih. Boroh Cina menguasai industri dan perdagangan. Melayu menjadi penonton juru isap jempol. Kemudian, kekerasan dan sikap kejam (1941-45)  Jepun tambah membelenggu pemikiran rakyat Sarawak. Melayu menjadi tunduk runduk khuathir takut kena penampar Jepun. Saat di awal merdeka, Sarawak sekali lagi terbelenggu dengan keganasan Kominis. Inilah waktunya Melayu Sarawak mula melihat para soldadu Malaya sebagai penyelamat. Jiwa Melayu menjadi tergantung bergantung. Namun bila segala-galanya telah berlalu damai, sayangnya kempimpinan Sarawak tidak segera membuka memerdekakan pemikiran dan jiwa rakyat Sarawak. Rahman Yakub, saya berani menegaskan di sepanjang pentadbiran beliau mengamalkan sikap payung, patronage kepada Melayu. Sikapnya itu saya yakin beliau perolehi dari sifat mondok pada bapanya. Di Kelantan dan dalam lingkungan Pattani bahkan di Jawa, institusi pondok, pesantren adalah berupa patronizing institution. Saya tidak ada masalah dari segi konsepnya asalnya iaitu Madrasah dan atau Maktab, namun apa yang saya perhatikan adalah fenomena penyalahgunaan konsep yang menjadikan institusi pondok dan pesantren menjadi institusi yang merosakkan Melayu.

(4) Di Mesir dan serata tanah Arab, Madrasah atau Maktab kini telah berubah menjadi Universiti, Kolej dan Maktab Pengajian ulung. Al Azhar, universiti tertua dunia bermula sebagai madrasah. Di Malaysia, Pattani, Indonesia, bahkan di Filipina, Pondok atau Pesantren terus kekal sebegitu dan hanya beranjak menjadi institusi politik atau tempat menikmati kemewahan dan demi kepentingan sosio-ekonomi para pengasasnya. Banyak Pondok dan atau Pesantren menjadi panggung wayang kepada para pengasasnya. Rahman sebagai fitrah ayahndanya (Yakub) yang condong kepada Islam, telah menjadikan dirinya Sheik yang bersifat patronizing. Beliau mengambil sikap dan sifat memayung Melayu. Untuk beliau mampu sebegitu, maka beliau terlibat secara langsung dan atau tidak langsung dalam menguasai kekayaan Negeri. Dari kekayaan inilah maka beliau mampu menjadi Kassim Baba dalam Filem P Ramlee. Akibatnya, Melayu melihat Rahman Yakub sebagai Godfather. Rahman Yakub mampu menguasai Sarawak dalam keadaan aman damai lewat usaha-usaha patronage. Inilah cara feudal para Sheik Arab dan bahkan Feudal Barat di zaman kebangkitan mereka. Melayu akhirnya, berasa selamat selagi godfather is around dan sokongan Melayu kepada godfather ini ibarat Rasul-Murid. No need to ask or question. Tiada berbelah bagi. Ketua tahu apa terbaik untuk pengikut. Melayu terus membelenggu fikiran mereka sebagai pengikut setia bukan Umat yang progresif. Saya tidak menafikan bahawa Rahman Yakub juga banyak membawa kebaikan kepada Umat Melayu, namun sebel saya adalah kebaikan beliau menjerumus Melayu ke alam pemikiran dan jiwa terbelenggu parah

(5) Taib kemudian mengantikan Rahman sebagai Ketua Menteri Sarawak (26 Marc 1981- 14 Feb., 2014), suatu tempoh selama 23 tahun. Taib berusaha untuk sedikit berbeza dari Rahman Yakub. Namun sayang proses membedakannya telah dibaca sebagai lari dari jalan Rahman Yakub sehingga pada 1986 telah berlaku pergolakan Taib-Rahman. Rahman lantaran sikap patronage beliau, maka sokongan kepada beliau adalah kalangan Melayu yang telah biasa dengan dedak dalam istilah Mahathir. Maka bilamana Taib berjaya mengatasi tentangan Rahman Yakub, maka beliau sebagai strategis berpengalaman sengkatan Rahman bersama Tunku dan Razak, merombak circle of influence dari bergantung kepada Melayu kepada true Sarawak-based. Namun lantaran Sarawak masih mundur, penguasaan Taib ke atas Sarawak sangat mendekati jejak Rahman Yakub, cuma seperti saya katakan Taib melangkah keluar dari Melayu dan menjangkau tokoh-tokoh usahawan Cina terutama golongan Foochow yang mempunyai masalah dengan Rahman terdahulunya. Taib menjadikan "musuh" Rahman Yakub sebagai teman seiringan. Paling ketara, cara dan langkah Taib jauh lebih pantas dan ke depan dari Rahman Yakub. Taib membina Empayer Sarawaknya. Taib kemudian menjadi patron kepada seluruh Sarawak, tidak terhad kepada hanya Umat Melayu. Taib menjadi a better and more powerful godfather. Sehinggalah Melayu juga akur, Taib adalah a far better godfather. Kepimpinan Taib tidak pernah Melayu persoalkan. Jiwa dan fikiran Melayu terbelenggu dengan Taib knows best

(6) Siapakah yang berani menyanggah Taib? Kalangan Melayu di keliling Taib, paling kecut untuk menyanggah Taib. Sejarah lepas, di mana sesiapa tidak sealiran dengan Taib, tidak kira siapa pastinya akan menuju gaung kepunahan, biar Rahman Yakub sekalipun. Ketakutan inilah yang menjadi asas kepada sikap terbelenggu Melayu khasnya di kalangan pemimpin Melayu di keliling Taib. Cuma pada hemat saya, Melayu menjadi lupa, Allah itu Allahuakhbar. Siapa yang yakin akan Allah itu Allahuakhbar, maka Dialah penentu segala, dan bukan selain Dia. Melayu lebih kecut dengan apa yang di depan mata semasa dan bukan Allahuakhbar yang sebetulnya tidak pernah tidur dan tahu segala-gala.  Takut Melayu seringnya adalah kepada yang dekat, dan bukan kepada yang Mahaberkuasa di atas sana. Taib terlalu penting untuk kelangsungan kuasa dan kehidupan mereka. Mereka melihat Taib sebagai sumber kemewahan dan kekuasaan. Allah menjadi nombor dua. Semua menjadi manut. Akhirnya semua bersikap runduk, tunduk menyerah. Bahkan Melayu terus cukup taksub dengan pemimpin mereka yang cukup bergaya. Sindrom minority complex terus mengekang Melayu. Inilah jika disorot dari sejarah ketemadunan manusia tentang sikap para pembesar Roman di zaman mereka. Mereka bersikap menyerah dan tunduk kepada pemimpin yang kejam atau sangat bergaya (aura) dan mengambil sikap selamat menanti waktu akan muncul seorang perwira yang berani berperang sendiri mengalah Caesar yang ada. Namun lumrahnya, pahlawan Roman yang handal akan hanya mati di kandang gladiator berbunuh sesama sendiri dan Caesar terus seronok bersama permaisuri dan para gundek. Rahman dan Taib dengan gaya kepimpinan aristokrat feudal gagal dalam  melahirkan warisan kepimpinan Melayu Sarawak yang hebat-hebat.

(7) Lantaran Rahman dan Taib adalah dua cendikiawan yang sememangnya bijak, mereka tidak perlukan mereka yang hebat-hebat di keliling mereka. Apa yang mereka perlukan hanyalah Yes Boss. You execute or to be execute. Manusia-manusia di keliling Rahman dan Taib, saya kira kebanyakan adalah manusia-manusia yang hanya menunggu arahan. Self innovation mati. Dalam kata-kata mudah Mahathir, "Pemmpin yang rakus seronok mereka yang bodoh-bodoh di sekeliling mereka. Bila pemimpin ini mati, maka yang naik jadi pemimpin adalah yang bodoh. Pemimpin yang bodoh ini, lantaran cerdiknya mereka untuk terus kekal berkuasa, maka mereka suka yang lebih bodoh untuk terus bersama mereka. Maka akhirnya, "succession plan Malays leadesrhip" hanya berlaku di kalangan yang bodoh-bodoh". Mahathir di pusingan pertama pentadbiran beliau mempunyai banyak badot-badot juga, seperti pernytaan Musa Hitam, betapa "Mahathir juga tidak perlukan mereka yang bijak di sekelilingnya lantaran beliau was a very capable person". Pernyataan Mahathir ini adalah keras, namun hakikinya ianya sering terjadi dalam dunia Melayu. Allahyarham P Ramlee cukup hebat dalam mempamir watak ini dalam dunia Melayu lewat pelbagai filem yang beliau karyakan. Saya melihat, pernyataan Mahathir ini setidak-tidak lantaran semoga Allah telah memberikan dia nur kesedaran kesilapan lepas. In Shaa Allah.

(8) Di zaman Rahman dan Taib, saya melihat terlalu ramai square pegs in the round holes. Pegs pilihan Rahman dan Taib bukan sekadar bahan, bodynya tidak sesuai malah holes, tempatnya juga tidak sesuai. Ambil contoh Simunjan, kawasan di mana saya lahir dan In Shaa Allah dikebumikan, sering orang luar yang tak faham kesan pasang surut air kepada kehidupan rakyat yang menjadi pilihan Rahman dan Taib. Akibatnya, Simunjan (Batang Sadong) sehingga kini terus terbelenggu. Samalah bagi Samarahan, Batang Lupar dsb. Kunci manusia-manusia di keliling Rahman dan Taib adalah loyalist dan fullstop. Sangat berbeda dengan Muhammad SAW, beliau mengarap loyalist and capable. Namun apapun, Rahman dan Taib telah membuktikan itulah cara mereka dan mereka telah berjaya dalam cara mereka. What past is past, nothing to be polemic. We need to move far fast ahead.

(9) Adenan Satem, Ketua Menteri selepas Taib (Mac 2014 - Jan 2017) kira-kira adalah pemimpin Melayu seangkatan sepermainan dengan Taib. Taib dan Adenan adalah sahabat, rakan politik malah sebelumnya juga adalah keluarga dekat. Namun, politik Adenan tetap sangat beralun volatile. Banyak pasang dan surutnya. Banyak suka dan dukanya. Beliau mengantikan Taib dalam keadaan politik Sarawak yang sedikit kacau. Taib kehilangan pengaruh yang ketara ke atas masyarakat Cina dan sebahagian pribumi bukan Melayu pada PRN 10 (16 April 2011), biarpun beliau terus dapat menguasai majoriti dua pertiga DUN. Jika Taib terus bertahan untuk menjadi Ketua Menteri sehingga PRN 11 (7 Mei, 2016), saya menjangka BN Sarawak akan terkecundang terok. PBB akan menang, namun menang dalam kalah. Namun dengan gaya politik populist, Adenan telah dapat melonjakkan penguasaan BN dari 55 kerusi ke 72 kerusi dalam PRN11.  Adenan bijak menonjolkan dirinya sebagai the people leader. Beberapa tindakkan populist Adenan adalah bersifat terburu-buru, namun sangat dihargai rakyat. Sikap beliau ini harus kita dapat duga lantaran dua faktor terdesak, iaitu faktor politik semasa serta kesihatan beliau sendiri. Adenan tidak mempunyai masa dan tenaga untuk meneliti apapun tindakannya secara teliti dan jangka panjang. Adenan banyak memberi empowerment. Cuma sayang di balik usaha-usaha empowerment yang agak terburu-buru, dan kini sedang menjadi cabaran hebat kepada Abang Johari.

(10) Adenan bertindak wajar dengan beberapa langkahnya hendak mengekang masalah rasuah di Sarawak. Cuma, langkah beliau hanya di sektor terhad dan tidak menyeluruh. Lagipun saya melihat tindakan beliau lebih bersifat Fire Fighting dari benar-benar menyusupi segala institusi. Saya melihat, bukanlah rasuah sasaran utama Adenan, tetapi memuaskan aspirasi mereka yang tertindas oleh pembalakan. Sebegitu juga dengan cara beliau mengembangkan ekonomi Sarawak.  Sebetulnya, ekonomi Sarawak sedikit terencat di masa pentadbiran beliau. Adenan banyak put a break ke atas usaha-usaha perekonomian, semua bukanlah kerana apa hanyalah untuk kelihatan yes I'm curtailing all these greedy enterprises. But then the greedy remain steady in the different forms. Perkembangan ekonomi Sarawak di bawah Adenan adalah fenomena que sera sera akibat things running as usual. Tiada yang baru dan berkesan. Hakikatnya, faktor masa tidak bersama Adenan itu kita fahami, namun dia harus sedar, seperti perpatah Arab tegaskan "generasi 100 ke depan adalah hasil tindakan kita kini". Bagi saya, Abang Johari jelas adalah penganti Adenan. Adenan harus percaya bahawa jikapun dia tidak mampu mengadakan landmarks semasa pentadbiran singkat beliau, namun jika foundation kukuh dia telah letakkan, In Shaa Allah ganjaran pahala akan tetap beliau perolehi juga di atas pemudahcaraan terhadap kerja-kerja selanjutnya bagi Abang Johari.

(11) Hakikatnya kini, Abang Johari (13 Januari 2017) adalah Ketua Menteri Sarawak. Dia juga adalah reflect pemimpin Melayu Sarawak. Salasilah Darul Hana asal ada pada beliau. Bagi saya, kini, saya melihat Melayu Sarawak sedang dicabar hebat dari segi politik dan urustadbir Sarawak Civil Service. Akibatnya, saya agak pesimistik dengan lonjakan ke depan sosio-ekonomi Melayu Sarawak. Dari segi politik, PBB khasnya komponen Bumiputera adalah Parti Tua jika tidak jumud. Parti Bumiputera asalnya adalah dari gabungan Parti PANAS dan BARJASA yang diasaskan oleh kalangan Melayu-Melanau (Muslim). Gabungan Parti Bumiputera dan PESAKA (Iban) membentuk PBB yang menjadi teras Kerajaan Sarawak kini.  Asas Perlembagaan PBB adalah UMNO. Perlembangaan  dan Struktur PBB adalah Perlembagaan dan Struktur UMNO. UMNO adalah parti jumud malah berlumut dan berkulat, makanya ianya terkecundang dalam mempertahankan pemerintahannya bagi Malaysia. PBB sejak Adenan sehingga kini terus dipenuhi mereka yang menjadi pilihan Taib. Saya tidak mengata mereka adalah orang-orang Taib, mereka adalah golongan terbelenggu. Kuda kepang Taib. Biar Taib sudah tiada, mereka tetap terbelenggu fikiran dan jiwa mereka. Saya berani berkata, sebahagian besar dari mereka yang memimpin PBB kini adalah mereka yang berkarat, berlumut dan berkulat. Melayu, bukan Melayu melihat PBB with lesser hope. Sifat patronage Taib dan populist Adenan telah tidak menyuburkan perkembangan kepimpinan di dalam PBB khasnya dalam komponen Bumiputera. Saya belum menyaksikan Abang Johari berani melangkah keluar dari bayangan Taib dan Adenan. Dalam kata-kata mudah, hakikatnya Bumiputera dan PBB secara keseluruhannya kekal mengamalkan Politic of Inertia

(12) Di sektor Perkhidmatan Awam Negeri State Civil Service, SCS kalangan Melayu juga kian lengai, inert. Melayu dalam SCS sedang berada dalam keadaan lengai, Inertia. Tidak berubah progressif. Mungkin jika inertia ie status quo itu lebih bagus, tetapi sebetulnya SCS Melayu sedang mengundur. Dari jauh saya perhatikan penstrukturan Institusi terutama di Jabatan Ketua Menteri (JKM) dibuat bukanlah untuk tujuan kecekapan penyampaian tanggungjawab service delivery tetapi lebih kepada keperluan Perjawatan dan Pengisian Perjawatan. Pangkat lebih penting dari amal bakti. Kedudukan dunia lebih afdal dari nikmat Akhirat. JKM telah menjadi Jabatan Perdana Menteri (JPM) di zaman Abdullah Badhawi dan Najib Razak. Terlalu banyak cabang, saling bertindih tugas dan pemuas para haloba dalam SCS. Lantaran JKM telah menunjukkan teladan yang kurang baik, maka di peringkat Kementerian dan agensi bawahan juga telah melakukan perkara yang sama. Penstrukturan tidak mementingkan fungsian penyemampaian deliveries function tetapi lebih terdorong untuk what good for me. Paling merosakkan SCS Melayu adalah penuaan. Mereka yang seharusnya bersara terus menerus kekal menjawat jawatan mereka tanpa ingat yang muda harus dibenarkan berenang seawal-awalnya. Bila yang tertua bersara, yang muda sudah menua maka jadi tualah SCS Melayu. Harus juga diingat, sekitar akhir 1990an, kemaruk kemasukan orang luar ke dalam SCS telah memusnahkan moral mereka yang bertaraf penduduk asal SCS. Inilah titik mula penyuburan sikap inertia dalam SCS Melayu.  Penduduk asal SCS Melayu mengambil sikap "aku tak berguna, maka biarlah yang hebat-hebat dari luar buat kerja". Malangnya, bila kalangan orang luar yang dibawa masuk mendapati laba dalam SCS terlalu kurang maka mereka meninggalkan SCS mentah-mentah. But too much damage had been done.

(13) Abang Johari kini umuran 69 tahun dari segi politik, just nice and energetic namun dengan PBB dan SCS Melayu yang lengai, maka beliau kian kedengaran sebagai Guruh di langit, airnya di mana?. Saya berani mengatakan, terlalu sedikit mereka yang mahu meneliti prihal ini, lantaran kebanyakan merasa kecut untuk berada di sekeling yang lebih cerdik dan atau bertenaga. Dunia politik dan SCS Melayu sama saja. Why rock the boat?. Politik Melayu menuju jumud, berlumut dan berkulat, maka SCS Melayu juga menuju jumud, berlumut dan berkulat sama. "Malangnya" dalam Abang Johari cuba "memperkasa" SCS, beliau sedang saya dengari melakukan kesilapan yang Abdullah Badhawi telah lakukan. Sesungguhnya tidak semua theoritist menepati keperluan sebenar Negeri apa lagi rakyat. Dalam budaya petani Melayu, belakang parangpun kita boleh tajamkan, jika betul cara mengasahnya. Kesabaran dan kekentalan In Shaa Allah merobah segala.  Namun, hanya masa akan menjadikan Melayu sebagai bangsa yang penuh sesal. Melayu hanya terngadah setelah terhantuk, lantatran tidak bermata, telinga, otak dan hati terbuka sentiasa. Astarfirullah Halazim.

(13) Akibat patronage dan I don't need smart brilliant people to be around yang telah berlalu sekian lama dalam dunia Melayu (sekurang-kurang dari kurun ke 11 sehingga kini 21), maka kini Abang Johari sedang berdepan dengan tugas untuk membangunkan gajah lumpuh atau menumbang kayu mati dalam politik dan SCS Melayu. You need an "elephant" to push the limp elephant or dead wood.  Walau bagaimanapun bagi saya, Abang Johari harus berani mengorak langkah strategik dan tektikal demi kebaikan semua di Sarawak. Kita diutus menjadi khalifah, maka menjadi khalifah Allahlah kita dan jangan kurang dari itu.

Kuching, Sarawak
24 Julai, 2019

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.