Latest Postings
Loading...
Oct 10, 2018

3/10/18 BAGAIMANA MENJADI SELF-EDUCATED ..... siapa guru Muhammad lalu kemudian Ibnu Sina? (draft)

Mahathir, bila ditanya, bagaimana beliau kekal cergas dan cerdas. Jawaban tradisional beliau adalah gaya hidup sehat dan kekal cergas, aktif. Jawaban tambahan terbaru beliau yang berbunyi lucu tetapi benar adalah dengan selalu berfikir untuk menumbangkan musuh. Dia pada usia 90an, banyak berfikir untuk menumbangkan Najib. Setelah Najib tumbang kini Mahathir perlu terus lebih berfikir dan berkerja keras untuk memikul segala bebanan yang Najib telah tinggalkan.  Jawaban beliau, sebagai seorang Dr perubatan, pasti banyak pihak lihat sebagai benar. Memang benar. Cuma saya rasa, beliau tidak menjelaskannya secara ilmu kesihatan, medis yang tepat. Pada jawaban Mahathir ada unsur-unsur ilmu kesihatan tetapi tidak meluas dan lengkap.  Saya menduga, melihat kepada demografi masyarakat Jepun malah nenek moyang kita terdahulu, mereka berumur panjang sebab badan sehat melahirkan fikiran yang sehat. Fikiran yang sihat pastinya datang dari otak yang sihat. Maka dengan itu, saya berkeyakinan umur kita ditentukan oleh hayat otak kita. Jika hayat otak kita panjang, maka panjanglah umur kita. Jika hayat otak kita pendek, maka cepatlah kita jalan. Maka benarlah, badan sehat, otak sehat. Penghasilan dan pengekalan otak yang sehat, akan melanjutkan umur kita In Shaa Allah. Jika tidak percaya, tanya para doktor kenapa biar jantung sudah berhenti berdegup, tetapi dalam keadaan serangan jantung, kenapa mereka masih mahu memulihkan degupan jantung? Tidakkah itu bermaksud mereka masih mahu menghantar oksijen ke otak? Berapa lamakah otak dapat bertahan tanpa oksijen? Lima minit, paling lama? Dan kenapa, setelah mati organ-organ kita masih boleh dikitar semula untuk cedungan, transplant kepada pihak lain? Organ apa saja kita boleh dicedungkan kepada pihak lain, tetapi pernahkan kita mendengar manusia membuat cedungan otak?

(2) Maka jika otak telah mati iaitu terputus bekalan oksijen katakan lebih dari lima minit, maka matilah ia. Saat otak telah mati maka, seluruh fungsi badan manusia akan lumpuh dan akhirnya mati juga. Maka jagalah otak kita agar terus sihat, bukan hanya untuk berumur panjang tetapi lebih penting agar fikiran dan segala fungsian badan kita akan menjadi lebih sihat dan baik.

(3) Saya pernah berseloroh, pada masa Nik Aziz dan Mahathir dimasukkan ke IJN, kenapa tidak hati Nik Aziz dicedung ke Mahathir atau otak Mahathir dicedung ke Nik Aziz? Mungkin jika itu dapat kita buat, Malaysia pasti lain jadinya. Sebetulnya, otak yang sihat lantaran darah kita menghantar makanan serta oksijen yang bersih. Jika darah kita kotor, pasti usaha-usaha pertumbuhan dan pemulihan sel-sel otak kita akan terjejas. Jika ini terjadi, pasti kita akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan lainnya. Dianggarkan terdapat lebih kurang 10,000,000,000 sel-sel pada otak manusia. Pada seorang anak yang sedang membesar iaitu dari janin ke umuran 12 tahun, pertumbuhan otak sedang berlaku hebat. Lantaran itu mereka memerlukan penjagaan kesihatan yang baik. Pada usia dewasa, sel-sel otak pasti mengalami susutan. Pemulihan dan gantian sel-sel ini adalah penting. Untuk itu oksijen dan pemakanan yang sampai ke otak harus bersih dan suci.

(4) Sesungguhnya, Allah membezakan martabat manusia dari mahluk lainNya, lantaran akal otak manusia iaitu dalam bidang sains disebut sebagai higher degree of brain development. Otak manusia jauh lebih maju dan recam berbanding biar Chimpazee sekalipun. Lantaran itu, akal manusia pasti jauh lebih tinggi dari apapun mahluk lainnya. Ibarat sebuat Komputer punya RAM tinggi berbanding yang berpunya RAM rendah, maka sebegitulah perbandingan darjah ketinggian otak manusia dan lain-lain mahluk. Otak mengawal segala fungsian organ-organ dan organel-organel tubuh manusia (bahkan haiwan lainnya). Maka, jika kita jaga makanan, jaga keperluan rehat, jaga keperluan senaman, dan pasti jaga kesejahteraan jiwa, In Shaa Allah otak kita kekal sehat kerana ianya akan menerima aliran darah dengan bekalan nutrition yang suci dan sehat. Namun perkara ini, bukanlah tumpuan atau tujuan kepada penulisan ini. Saya ingin mengajak pembaca untuk berfikir, agak-agak bagaimana Muhammad SAW malah para pemikir besar Islam dan bukan Islam boleh menjelmakan ilmu-ilmu besar dunia? Cuba lawat https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_pre-modern_Arab_scientists_and_scholars akan kita ketemui para "saintis" awalan Islam yang hebat-hebat. Saya tidak menafikan bahawa "ilmu sains" mereka berkembang dari hasil pertembungan keilmuan Yang Tze, Indus, Euphrates, Nil malah Farsi dan Yunani dan Latin. Cuma jika kita melihat kepada cara Barat menyorot evolusi manusia, kita seolah-olah berkembang dari Orang Batu berkaki empat, kepada manusia berdiri tegak berkaki dua. Jika itu benar, maka pastinya temadun kita kembang dari kuno ke moden. Apakah itu benar?

(5) Sengaja saya mengambil SAW sebagai contoh manusia self-educated. Sesunggunya SAW adalah model self-education or self-educated yang terbaik yang kita pernah ada. Saya tahu dan sedar, ramai orang berkata, sifat pribadi SAW harus jangan kita bincangkan lantaran beliau adalah manusia pilihan Allah. Lantaran dia manusia terpilih, maka apapun padanya semua datang dari dan atas ketentuan Allah. Itu benar. Cuma saya berkira cara kita melihat itu sebegitu lantaran kita sedikit terlupa kenapa di dalam Al Quran Allah berkali-kali menyatakan bahawa Muhammad itu hanyalah persuruh Allah. Muhammad juga adalah manusia biasa. Dia menjalani hidup sebagai manusia-manusia biasa. Saya akur, pernyataan Al Quran itu ada maksud lainnya. Namun saya percaya, biarpun Allah telah menentukan bahawa Muhammad akan menjadi seorang Rasul terbaik, namun pengiktirafan itu bukan secara given iaitu terbentang percuma. Muhammad sebelum menjadi Rasul telah menjalani satu proses kehidupan manusia biasa yang sangat panjang dan penuh liku ie sekurang-kurangnya selama 40 tahun bergelumang dalam segala kepayahan dengan penuh sabar dan cekal baru beliau diangkat dan nobatkan menjadi Nabi dan Rasul. Alam dan kemahuan untuk berfikir saya lihat sebagai guru kepada self-education process yang Muhammad telah lalui sehingga sifat-sifat kerasulan beliau kental kukuh. Proses selama 40 tahun yang beliau lalui itulah yang menobatkannya menjadi Nabi dan Rasul terbaik. Selepas menjadi Nabi dan Rasul, ilmu-ilmu Al Quran yang dia perolehi, itu siapapun tidak boleh menyangkal adalah datang terus dari Allah.

(6) Saya bertanggapan, Al Quran yang Allah turunkan kepada Muhammad SAW adalah panduan, tiori jika dilihat dari sudut kini. Namun, lantaran pengalaman hidupnya yang luas, maka itu menjadikan Muhammad SAW dapat mengarap ilmu Al Quran itu jauh lebih hebat dari sesiapapun. Pengalaman silam dan dengan bantuan Allah, kepada saya adalah guru self-education process SAW.

(7) Saya juga yakin, apapun dan siapapun telah Allah tentukan apa akhiran jadinya. Cuma proses yang dijalani akan menentukan apa dan siapa sesuatu itu akan jadinya akhirnya. Bungkah batu, tertakdir dengan luluhawa akan menjadi kelikir dan pasir malah akhirnya tanih dan debu. Muhammad menjadi Nabi dan Rasul lantaran self-education yang beliau jalani dari selepas lahir sehingga umuran 40 tahunan. Pada usai remaja, dia adalah seorang yang sangat memerhati dan sering bertanya; berfikir. Dia sentiasa mencari kebenaran di atas apa yang beliau lihat dan alami dari keadaan sekelilingnya. Inilah sebenarnya sifat-sifat para Nabi dan rasul sebelum Muhammad, malah inilah sifat-sifat para pemikir sebelum dan selepas beliau. Jika kita dapat mencontohi itu, In Shaa Allah jejak rasul adalah dekat dan mudah bagi kita.

  (8) Self Education bukanlah sesuatu yang payah. Segalanya telah Allah programmed pada diri kita. Pada kita telah wujud  knowledge chip yang telah Allah tanamkan. Untuk lebih jelas, mari kita melihat perkembangan ilmu dalam dunia manusia. Bagaimana ilmu itu menjelma kepada manusia? Bagaimana sebahagian manusia menjadi lebih berilmu dari yang lain? Adakah lantaran mereka berpunya guru-guru yang hebat? Siapa pula para guru bagi guru-guru hebat ini? Cuba imbau kembali Surah Al Kahfi, siapakah guru kepada Khidir yang kepadanya Allah minta Musa berlajar? Tidakkah Musa seorang nabi yang jauh lebih hebat dari Khidir, dan anih, kenapa Allah memintanya berlajar dari Khidir? Tidakkah ini seolah-olah Khidir lebih bijak dari Musa? Juga tidakkah ini menunjukkan bahawa Allah telah mengangkat Khidir untuk menjadi guru kepada Musa? Maka, siapa pula guru Khidir? Saya belum menemukan sebuah buku atau tulisan yang menjelaskan siapa guru kepada Khidir. Yang pernah saya baca adalah bahawa, Khidir tidaklah lebih bijak dari Musa, kerana kehebatan Khidir adalah hasil dari wahyu Allah. Wahyu Allah sering kita gambarkan sebagai bisikan Jibrail. Jika wahyu, itulah prosessnya. Namun kebijaksanaan seorang nabi atau Rasul, apakah ianya semestinya datang dalam bentuk wahyu. Saya yakin tidak. Wahyu hanyalah berupa suruhan atau peringatan. Wahyu bukan perkara akal-akalan. Khidir kelihatan lebih bijak berbanding Musa, lantaran Khidir berpunya wisdom yang lebih tinggi lantaran usianya. Wisdom tidak semestinya berupa wahyu, ada darinya adalah ilham.

(9) Bila Allah berkata bahawa Dia telah mengajarkan kepada Adam AS segala ilmu yang perlu baginya, lalu dengan itu meminta Iblis dan Malaikat untuk sujud kepadanya, adakah itu bermaksud Allah mengajarkan contohnya sehingga nama Galus-galus yang kemudian Umat Melayu namakan sebagai Ayam Kampung kepada Adam. Saya yakin tidak. Jika tidak, lalu bagaimana anak cucu Adam Latin boleh mencipta nama Galus-galus lalu menjadi Ayam Kampung kepada Melayu, Manok kepada Tagaloq, Petek bagi Jawa, Chicken bagi Inggeris dsb? Cuba fikirkan, adakah perlu untuk Allah mengajar anak cucu cicit Adam akan semua nama-nama itu? Jika tidak, maka bagaimana manusia punya akal untuk membina ilmu sebegitu?

(10) Pendapat seperti yang saya nyatakan di atas, iaitu Muhammad SAW adalah hebat, bagi kebanyakan umat Islam, itu harus diterima seadanya. Di dalam Inggeris inilah apa yang sering mereka tegaskan sebagai as given. Jika kita berpegang bahawa segala ilmu yang ada pada manusia adalah as given dari Allah, maka sikap sebegitu adalah punca utama kepada permasalahan kenapa umat Melayu seperti umat yang kurang berilmu. Benar segala ilmu itu dari Allah. Namun ilmu tidak datang bergolek dengan sendirinya. Ambil contoh, umat Melayu sering mengalah di dalam perihal ilmu Mathematik dan Sains. Sedang di sisi lain, kaum Cina umpamanya mereka sangat gemar dan mahir di dalam bidang Mathematik dan Sains. Kita corot dalam bidang-bidang professional dan teknikal berbanding dengan kaum-kaum atau bangsa-bangsa lain. Cuba lihat, Zaaba atau Zainal Abidin bin Ahmad (1895) boleh dianggap seangkatan dengan Einstein (1879), tetapi kenapa Einstein bertaraf cendikiawan malah saintis dunia sedang Zaaba hanya pendita di peringkat dunia Melayu? Bahkan kenapa bidang kepakaran Einstein jauh lebih rumit dari Zaaba?  Maka di awal kemerdekaan Negara ini dan sehingga kinipun umat Melayu terus corot dalam bidang-bidang professional.  Apakah mungkin Allah sedang berpilih kasih? Melayu yang berpegang kepada Islam dijadikan secondary citizen selepas kaum Cina dalam hal ilmu Mathematik dan Sains. Apakah itu benar? Pastinya tidak benar malah suatu tanggapkan yang cukup menghina Islam.

(11) Jika diikuti proses penciptaan Adam sedari debu dan tanah, sehingga dia bernyawa, Allah dengan tegas memperakui bahawa Adam berpunya ilmu jauh lebih luas dari Iblis dan Malaikat yang jauh lebih berilmu pada masa itu. Allah nyatakan bahawa Dia telah memberikan Adam segala ilmu yang dia perlukan. Sebagai umat Islam, kita percaya kita berasal dari Adam dan Hawa, maka tidakkah itu bermaksud bahawa pada kita juga telah Allah semaikan segala ilmu yang kita perlukan? Bagaimana ilmu itu Allah tanamkan kepada kita, saya belum menemukan jawabannya. Pada masa saat ini, biar saya kelaskan manusia itu sebagai "robot". "Robot manusia" ciptaan Allah pastinya berbeza dengan robot rekaan manusia. "Robot Manusia" hidup sendiri berdasarkan unsur-unsur di alam semesta seperti air, makanan, udara, cahaya dsb. Sedang robot buatan manusia, perlu dihidupkan oleh manusia. Paling ketara kebijaksanaan, intelligence "robot manusia" pastinya jauh lebih hebat dari robot. Robot mungkin bijak intelligent namun belum berilmu sendiri. Beda paling ketara antara keduanya adalah keupayaan keilmuan. Robot mempunyai sifar ilmu, biar ianya berpunya intelligent chips tetapi ianya tiada otak. Di tahap ini, biar saya  namakan induk ilmu sebagai knowledge chip. Saya menjangka knowledge chips tersimpan di otak. Dalam ilmu yang kita ada kini, istilah paling dekat kepada knowledge chip ini adalah genetic code. Manusia menjadi manusia lantaran gene manusia yang ada pada kita. Allah sepertinya mementukan kita sebagai mahluk manusia lantaran kita berpunya gene manusia. Melalui gene Allah membedakan mahluk-mahluk hidupNya. Secara saintifik, gene adalah rantaian susunan code-code protein yang dinamakan DNA. Gene adalah susunan rantaian DNA yang tersusun sedemikian rupa yang menimbulkan sifat-sifat manusia kepada kita. Salah satu sifat terpenting manusia adalah sifat keilmuan, yang dalam bahasa Melayu mudahnya disebut sebagai akal. Di dalam otak kita, terdapat satu knowledge chip atau genetic knowledge code.

(12) Dalam tiori ilmu genetik, gene biasa disebut sebagai genotype. Hasil atau penjelmaan geneotype biasanya disebut sebagai phenotype. Contohnya genotype Albino akan menjelmakan suatu sosok Albino. Genotype lelaki iaitu gene Y akan menghasilan sosok lelaki. Maka tubuh manusia itu terbangun dari kumpulan-kumpulan gene yang khusus. Gene otak pastinya berbeza dengan gene kuku. Gene rambut pastinya berbeza dengan gene usus. Di antara sesama manusia, kelainan di antara kita semuanya bersebabkan faktor penjelmaan gene, phenotype. Penjelmaan gene, atau phenotype telah Allah programmed sangat terpengaruh oleh faktor ransangan. Allah menjadi semesta alam yang berbeda-beda sebagai faktor ransangan kepada penjelmaan gene. Hakikatnya, faktor aruhan gene tidak berlaku kepada seluruh sistem gene iaitu DNA tetapi lebih kepada ransangan kepada kod-kod tertentu yang berkenaan sahaja. Contohnya, gene otak mempunyai kod-kod berfikir. Tetapi kod-kod ini tidak ada atau terpendam pada jari kaki atau bontot kita. Inilah mahabijaksana Allah. Jika semua bahagian tubuh manusia mempunyai kod-kod gene yang sama, cuba bayangkan lengan, kaki, perut, mata, otak dsb berfikir secara serentak jika teraruh sesuai. Kod gene berfikir hanya timbul atau ada di gene otak, dan tidak pada yang lain. Kod gene lapar hanya ada pada perut. Kod gene perasaan hanya ada pada hati. Kod gene rasa sedap hanya ada pada lidah dan hidung. Tutup mata, tutup hidung, dan letakkan Ayam KFC di pinggir telinga, apa kita akan terhidu bau melaparkan KFC?

(13) Dalam erti kata lain, sesungguhnya kemampuan berfikir manusia bergantung dengan aruhan kod-kod gene berfikir manusia yang ada di dalam otak. Maka dengan itu, saya bertanggapan di atas pengalaman sendiri serta memerhati mereka yang geliga semuanya terhasil dari kalagan yang kuat berfikir. Jika kita kuat memerah otak kita untuk berfikir In Shaa Allah banyak penemuan hebat akan kita perolehi. Allah sesungguhnya, menanamkan ilmu pada seorang manusia hanyalah dengan memberikannya otak darjah tertinggi berbanding mahluk-mahluknya yang lain kepadanya. Saya tidak yakin, Allah mengajarkan segala ilmu kepada manusia. Cukup hanya Allah memberikan manusia otak taraf tinggi untuk mereka berpunya ilmu yang sangat luas dan hebat. Otak darjah tertinggi well developed brain adalah otak yang dilengkapi dengan gene-gene yang sempurna dan lengkap. Gene-gene otak manusia mempunyai kod-kod yang lengkap dan sempurna. Maka, Muhammad menjadi sebegitu bijak dan hebat lantaran dia sering memaksa dirinya untuk berfikir. Memaksa dirinya untuk berfikir adalah aruhan yang diperlukan untuk kod-kod berfikir gene otak untuk bekerja dan melahirkan buah fikiran. Hasil pemikiran yang mendatangkan mafaat kepada kehidupan manusia itulah apa yang dinamakan ilmu. Muhammad SAW atas sifatnya untuk tunduk penuh menjalankan amanah Allah sebagai khalifah, maka beliau sangat hebat berfikir sehingga apa yang lahir dari buah fikirnya tiada tolok bandingnya pada zamannya juga kini.

(14) Cuba kita kembali ke zaman Muhammad. Pada zaman itu, apa saja boleh menimbulkan pertelingkahan kaum dan suku. Perkara ini Muhammad perhati dan sedar. Banyak hal boleh saja menimbulkan ketidakstabilan kepada masyarakatnya. Dia sedar jika sifat-sifat Jahilliah masyarakatnya tidak diubah, maka akan sampai waktunya, kaumnya pasti akan punah ranah. Muhammad sedar, satu bentuk kepimpinan baru perlu ada dalam masyarakatnya. Dia berfikir keras untuk merobah. Dia khalwat ke Hira. Dengan memerhati dan menyedari prihal keburukan budaya Jahilliah, maka apa saja yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak manapun harus dielakkan. Beliau akhirnya "belajar" untuk bersikap adil dan amanah. Maka lantaran keketentuan, berlaku pertelingkahan Siapa harus meletakkan Hajaratul Aswad kembali ke kedudukannya di dalam membaik pulih Kaabah maka Muhammad Allah hadirkan untuk menunjukkan jalan penyelesaian. Ilmu berlaku adil dari siapakah Muhammad belajar? Samalah ilmu Al Aminnya dia, dari siapa beliau belajar? Bagi saya, mahabesar Allah, Dia menghamparkan alam untuk kita perhati, paksakan otak berfikir, In Shaa Allah Dia akan datangkan ilmu kepada kita. Tidakkah itu apa yang terjadi kepada para pemikir Islam sebelum lahirnya para pemikir Barat? Newton jika tidak memaksa dirinya untuk berfikir kuat, apakah Allah akan mendatangkan ilham g = 10ms^-2 atau kepada Eisntein E=MC^2 bahkan a^2+b^2=c^2 dalam Geometri kepada Al Jabar?

(15) Saya yakin dan berpegang teguh bahawa sikap suka memerhati, jujur bertanya, berfikir dan terus berfikir menyemak adalah jalan kepada self-educated. Muhammad SAW membuktikannya. Sebelumnya, Ibrahim AS membuktikannya. Ibrahim sangsi banagimana sebuah patung ciptaan manusia boleh menjadi Tuhan kepada manusia. Bahkan kehebatan Yusuf AS di Mesir lantaran dia hebat sering berfikir, lalu timbul ilmu BaitulMal atau Bank Negara. Khidir AS jauh lebih hebat dari Musa AS lantaran Musa AS "hanya suka menyoal dan tidak berfikir". Sesungguhnya Allah telah menanamkan segala ilmu yang perlu dalam diri kita, iaitu dengan memberikan kita otak tahap tinggi; maka hanya kita kini wajib keras berfikir untuk mengembang pertunjuk, signs Allah seperti yang Dia kalamkan sebagai Al Quran.

(16) Temadun manusia, tidak berasal dari kuno ke modern seperti fahaman Barat. Temadun manusia asalnya adalah lengkap sejahtera makmur seperti dijelaskan oleh Taurah, Zabur, Injil dan Al Quran; namun akibat masalah kurang kemahuan untuk berfikir akhirnya manusia perlu menjalani kehidupan manusia batu, cave man baru kembali modern. Melayu lengai, lembab, corot lantaran kita tidak menghargai dan menginsafi betapa Allah telah menjadikan semua manusia at par. Kita semua sama. Penan dan Melayu sama saja darjat otaknya. Jakun dan Melayu setaraf darjah otaknya. Bahkan Yahudi dan Melayu sama saja taraf otaknya. Yahudi tidak hebat lantaran mereka terpilih. Yahudi hebat lantaran mereka mengubah sikap dari hanya suka menyoal kepada kelompok manusia mahu berfikir keras. Allah, saya yakin memilih mereka sebagai kelompok suka berfikir sebagai teladan kepada kelompok yang lain terutama kaum Muslim, Melayu. Saya berkira, Allah paling banyak mencabar manusia "Tidakkah kamu orang-orang berfikir" di dalam KalamNya. Kenapa? Sikap kita menentukan siapa dan di mana kita. Melayu boleh hebat jika kita kuat mengkaji, berfikir dan mencipta dari hanya menjadi bangsa pengguna, consumer. SubhannaAllah.

Kuching, Sarawak
10-18 Oct., 2018

0 comments :

Back To Top